30

55.8K 3.1K 2.2K
                                    

Semuanya berlaku terlalu pantas. Tahu tahu sahaja harini merupakan hari pernikahan Adrian dan Kiara.

Kiara melihat dirinya di dalam cermin, dari tadi senyum sorang sorang dia ni.

"Happy betul nak kahwin." Suara Mia dibelakang membuatkan dia berpaling. Dia senyum lagi ke arah kawan karibnya lalu memandang cermin semula.

"Cantik gila kau," Mia memegang pipinya, "Haih dah nak kahwin dah kau."

"Mesti tok abah suka kan kalau dia ada sekarang?" Secara tidak sengaja, matanya mula berkaca, "Haritu dia nak sangat aku kahwin dengan Rian." Kata Kiara dengan nada menahan sebak.

Mia mengusap lembut belakang badan Kiara, "Dia happy sekarang. Lagi lagi tengok kau macam ni. Dah lah tak payah sedih sedih."

Kiara angguk perlahan dan menyekat air matanya dari turun.

Mia memandang sekeliling dalam bilik persiapan Kiara, "Ni, mana helper kau yang lain?"

"Aku suruh dorang keluar. Aku nak duduk sorang sorang."

Mia mengangguk.

"Kie..."

Kiara mengangkat wajah memandang Mia, "Apa?"

"Kau suka dia kan sebenarnya?"

Terus mati senyumannya apabila Mia kata begitu. "Apa kau cakap ni?"

"Kau kata kau tak nak kahwin tapi during the process, kau tak ada melawan untuk cancelkan the wedding pun. Kau lagi happy and excited ada lah aku tengok."

Baru sahaja Kiara mahu menindakkan apa yang dikatakan oleh Mia, Mia menyambung lagi, "The reason kau tolak idea Adrian untuk kahwin dengan kau haritu sebab kau tak nak Nia terasa. Kau tak nak gaduh dengan Nia sebab Adrian. Kau tak nak Nia tahu yang kau suka Adrian juga. Betul tak?"

Kiara berpaling dari terus memandang Mia. Dia duduk di atas kerusi.

Ya. Dia memang sukakan Adrian. Dari dulu lagi.

Sejak lima tahun yang lepas.

Tiba-tiba segala memori lima tahun lalu itu kembali bermain di mindanya semula.

Kiara turun dari tangga setelah seharian dia menyiapkan assignment di atas.

"Kie." Panggilan tok abahnya membuatkan dia berpaling, "Meh sini kejap sayang. Ada tetamu." Sambung Adam.

Kiara angguk dan saat dia berjalan ke arah ruang tamu itu, dia ada ternampak dua orang lelaki bersama tok abahnya.

"Kiara! Lama tak jumpa." Kata uncle Haiqal saat Kiara mula menghampiri.

Kiara terus senyum melihatnya, "Eh uncle datang tak cakap pun?" Kiara mengambil tempat duduk disebelah tok abahnya.

Kiara kenal sama Haiqal kerana Haiqal merupakan salah seorang kawan Adam yang mengajarnya seni mempertahankan diri.

"Uncle saja datang, ada kerja sikit dengan tok abah kamu."

Kiara angguk, "Ohh." Kemudian matanya dialihkan melihat lelaki disebelah uncle Haiqal.

"Oh ya, ini anak uncle. Korang tak pernah jumpa lagi kan? Nama dia Adrian."

Kiara senyum, "Hi Adrian!" Kiara menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Hm."

"Adrian," Haiqal mencuit pehanya disebelah. Haih perangai.

Kiara hanya senyum tipis sahaja dengan tindakan lelaki itu.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now