78

67.4K 3.5K 1.3K
                                    




"Sabar lah Adrian. Semua yang berlaku pasti ada sebab. Tuhan uji kerana sayang." Sempat ustaz berpesan padanya setelah selesai majlis membaca Yassin buat Kiara.

Adrian hanya sekadar senyum tipis sebagai respon.

Habis sahaja majlis di rumah Adam Kamil, Adrian pulang ke rumahnya.

Pulang seorang.

Masuk sahaja ke dalam, rumahnya terasa kosong. Terasa sunyi.

Terlalu sunyi sehingga dengan hanya melihat sekeliling rumah itu, suara Kiara terngiang-ngiang di kepalanya.

"Riannnnn!"

Adrian senyum saat air matanya mengalir jatuh ke pipi.

"Happy birthday Rian! Abang Rian suka tak?" Kiara memeluknya.

"Hehehehe abang Rian suka tak?" Kiara senyum.

"Allah." Ucap Adrian perlahan saat dia dapat melihat bayang-bayang Kiara sewaktu dia begitu gembira ingin menyambut hari lahirnya yang lalu.

Kemudian pandangan dialihkan ke arah sofa, "Rian, boleh tak kita pergi Italy? Kie tak pernah pergi jalan jalan."

"No."

"Ala boleh lah Rian. Kie teringin juga nak jalan jalan."

Kemudian dia melihat ke arah dapur, "Riannn...Rian buat apa tu? Rian masak ke?"

"Kie nak tolong boleh? Pleaseee."

"Haish ni garam lah bukan gula." Adrian ketawa kecil apabila teringat kembali peristiwa lepas tetapi air matanya masih jatuh.

Langkah dibawa ke atas. Pintu biliknya dia masuk.

Sebelum masuk, depan pintu itu dia pandang, "Betul ke ni Rian? Kita nak pergi Italy?" Kiara memeluknya dari belakang.

Adrian angguk, "Tapi kau kena dengar cakap aku. Boleh?"

Kiara senyum suka, "Yayyy!!! Thanks Rian!"

Adrian masuk ke dalam bilik.

Katil dipandang, "R-Rian...Boleh tak Rian peluk Kie? Kie takut."

"Sebelum aku tengking kau! Baik kau jangan kacau aku!"

Dan apabila dia teringat akan semua itu, dia terus jatuh terduduk memeluk lututnya, "Kenapa kau buat aku macam ni Kie? Kenapa? Kenapa kau hukum aku macam ni?"

"Kiara!"

"B-Balik lah...Balik lah sayang, tolonglah bangun."

"Baru sehari aku tak dengar suara kau dah buat aku macam ni. Aku tak boleh tahan Kie, aku tak kuat macam kau."

"P-Pulang lah sayang. Rian rindu Kie."

Dan akhirnya, bilik itu dipenuhi dengan tangisan dan esakan Adrian.







"Hi sayang. Sorry Rian lambat, tadi jalan jam."

"S-Sayang, kau nak tahu tak, tadi kan umi masak gulai daging tau. Tiba-tiba Rian teringat dekat Kie," Dia senyum, "Nanti Kie masak lagi untuk Rian ya?"

"Kie...Kau dengarkan apa yang aku cakap ni?"

"Kalau macam tu, kau bangunlah teman aku dekat sini. Dah seminggu dah sayang aku tunggu kau. Dah seminggu aku tak dengar suara kau."

Air matanya tumpah, "Kie memang suka eh tengok Rian macam ni? Kie tahu tak yang Rian rasa dah nak mati sekarang ni? Kie tahu tak yang Rian sakit sekarang ni?"

Adrian Kiara : Her Guardian AngelTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon