15

47.8K 2.9K 568
                                    

Mereka semua baru sahaja habis makan malam bersama-sama tadi. Adrian juga turut sertai makan malam tadi. Sekarang, Kiara, Nia dan Farrel di ruangan menonton televisyen. Adrian? Tidak tahu mungkin di dapur bersama mommy dan papa kerana tadi Mak Piah ada buat popia basah.

Adam menghampiri mereka bertiga, "Kie, Nia, kejap lagi tok abah nak jumpa dengan kamu berdua."

Kiara dan Nia memandang sesama sendiri bersilih-ganti.

"Kitaorang berdua?" Nia menunding jari ke arahnya dan Kiara, meminta kepastian.

"Iya, dekat pool."

"Okay!" Kata Nia riang. Setelah itu Adam pergi meninggalkan mereka bertiga di situ.

"Ayok titayok, mesti korang buat salah!" Farrel menakut-nakutkan adiknya dan Kiara.

"Eh tak akan lah. Kalau ada Kie, mesti tak kena marah punya." Balas Nia, menindakkan apa yang dikatakan oleh Farrel. Mana mungkin kena marah lagi-lagi jika ada Kiara. Kiara tak pernah kena marah dengan tok abah kot.

"Tah-tah kan Nia, tok abah nak bagi kita duit! Wuuu bestnya!!" Kata Kiara pula.

"Eh haah lah! Sep sikit!" Nia pula menyokong kata Kiara itu.

Nia memandang abangnya, "Kesian Rel, tu lah padahnya kalau tak jadi cucu favourite."

"Diam ah kau!" Balas Farrel geram.

"Kie, Nia, tok abah dah panggil. Katanya dia tunggu dekat pool."

"Ha okay thanks Mak Piah." Balas Kiara. Terus Kiara menarik lengan Nia untuk pergi ke arah kolam renang.

"Good luck kesayangan-kesayangan abang Rel!" Balas Farrel yang sedang menonton televisyen itu.

Tiba sahaja di kolam renang, mereka ternampak tok abah duduk di meja bulat yang muat untuk menempatkan empat orang dan dia bersama...Ya. Adrian. Ugh! Ada lagi mamat bisu ni, ingat dah balik!

Kiara mengambil tempat duduk di sebelah Nia yang berhadapan dengan Adrian.

"Kenapa tok abah? Tok abah panggil Kie dengan Nia kenapa?" Pelik. Sudah kenapa Adrian ada disini juga.

"Ada benda yang tok abah nak cakap dengan kamu bertiga."

"Cakap apa?" Soal Nia, dari tadi dia tersenyum. Nia dan Kiara banyak persamaan. Dua-dua manja, lemah lembut, hormat orang tua dan penyayang. Kalau nak kata dari paras rupa, hm tak boleh pilih. Dua-dua memang cantik.

"Nia, Tok Abah nak kamu dengar betul-betul okay?"

Senyuman di bibirnya masih diukir buat tok abah kesayangannya. "Sure, apa dia?" Balas Nia.

"Tok Abah nak kahwinkan Adrian sama-"

"Setuju! Nak nak! Nia nak! Tapi lepas Nia habis belajar this year, okay tak? Then after that Nia terus masuk kerja dekat company tok abah." Potong Nia laju sambil tersenyum riang.

"Aduh, kalau bab nak jodohkan Nia, baik Kie tak payah ada dekat sini. Buat suspend je lah tok ni." Celah Kiara pula. Haih, ingatkan apa tadi. Nak suruh Nia kahwin sama Adrian rupanya.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu