23

48.2K 3K 677
                                    

Dia menghampiri Kiara dan Keith yang sedang berbual. "Kiara." Satu barisan nama itu disebut oleh Adrian.

Terus Kiara dan Keith berpaling apabila suara garau menyapa dari belakang. Keith terus bangun dari bangku apabila lelaki itu ialah Adrian, "R-Rian."

Adrian pula tidak endahkan Keith dan terus mengambil tempat duduk disebelah Kiara. "Kiara, jom balik."

Kemudian, Keith yang berdiri itu duduk semula apabila dengar Adrian berkata begitu, "Uhm Rian, aku nak bawa Kiara keluar sebenarnya kejap lagi."

Kiara pula dari tadi berasa hairan, Macam mana dua orang ni boleh kenal each other? Fikirnya sendirian.

Adrian hanya mencerlung wajah Keith itu setajam-tajamnya, Semak betul.

"Kiara, dengar tak apa aku cakap? Jom balik." Kata Adrian lagi.

Si Kiara ini pula masih diam, Adrian punya tahap kesabaran pula senipis kulit bawang. "Aku cakap sekali je Kiara, kalau kau tak bangun, aku heret kau keluar dari kubur."

"Rian, apa kau ni? Cakap elok elok tak boleh ke?" Balas Keith apabila melihat Adrian langsung tidak menjaga adabnya ketika bersama Kiara.

Adrian mengalihkan pandangan memandang Keith, "Kau diam. Kalau tak, badan kau yang aku heret masuk kubur."

Keith memandang Kiara disebelah, Adrian itu tidak diendahkan. "You nak I teman you? Pergi makan, nak?"

Kiara memejam mata rapat dan bangkit dari situ. Nanti si mamat airport dengan Adrian ni bergaduh pula. "Okay fine jom balik."

Adrian senyum sinis kepada Keith. Dia bangun lalu memakai kaca mata hitamnya semula dan terus meninggalkan Keith dan Kiara dibelakang dan berjalan keluar terlebih dahulu.

Sebelum meninggalkan kubur itu, Kiara sempat berpaling ke arah Keith, "Sorry, I balik dulu."

Cepat-cepat Kiara mengatur langkah ke arah Adrian yang sudah jauh beribu batu, takut kena marah lagi.

Kiara memandang wajah dua orang lelaki yang turut ada sekali disitu bersama Adrian saat kakinya sudah melangkah keluar dari tanah perkuburan.

"Masuk." Kata Adrian saat mata Kiara masih lagi ralit memandang Harraz dan Rafael.

"Kita handsome sangat ke Raz?" Bisik Rafael disebelah.

"Tah. Tak berkelip tengok kita." Balas Harraz.

"Kiara." Panggil Adrian lagi. Kiara menoleh melihat Adrian yang sudah lama di tepi pintu kereta.

"T-Tapi, I naik kereta I."

"Nanti Raf uruskan. Kau balik dengan aku." Balas Adrian.

"Tapi Rian-"

"Kau nak aku heret kau masuk kereta pula ke? Masuk." Kata Adrian lagi.

Kerana takut, Kiara hanya mengikut sahaja cakap Adrian. Kiara masuk ke dalam kereta dan Adrian memandang Rafael, "Kereta dia bawa balik rumah aku." Katanya dan terus masuk ke dalam kereta.

Adrian menekan pedal minyak dan mula bergerak keluar dari tanah perkuburan.






Keadaan dalam kereta itu hanya diam. Adrian fokus memandu, Kiara pula langsung tidak membuka topik untuk bicara.

Kiara melihat simpang jalan yang diambil oleh Adrian, Nak pergi mana ni? Soalnya dalam hati apabila jalan itu bukan ke rumah tok abahnya.

Kiara memandang Adrian disebelah, "Adrian, kita nak pergi mana?"

"Balik." Balas Adrian sepatah. Matanya masih tertumpu di atas jalan raya.

"Balik mana? Ini bukan jalan nak pergi rumah tok abah I kan?"

Adrian Kiara : Her Guardian AngelDär berättelser lever. Upptäck nu