43

51.2K 3K 973
                                    

Orang kuatnya yang juga merangkap sebagai kawan baiknya dan budak budak kumpulannya berdiri benar benar dihadapan Adrian yang sedang duduk di sofa empuk di dalam rumah agam miliknya.

"Aku tanya, mana fail tu pergi?!"

Rumah agam yang sunyi sepi itu dipenuhi dengan suara lantang milik Adrian Muqriz.

"Tuan, kami dah check satu Cyrex, fail tu tak ada." Salah sorang anak buahnya bersuara.

BAM!

Meja kaca dihadapan itu Adrian tumbuk, "Bukan itu yang aku nak dengar." Jawab Adrian dingin dengan wajahnya yang cukup garang dan bengis itu.

Mandi air peluh mereka malam ni.

Revolver yang benar benar disebelahnya diangkat, "Aku dah lama tak bunuh orang." Katanya dingin lalu mata helangnya memandang semua, "Lagi sekali aku tanya," Picu ditarik, "Mana fail tu pergi???!"

Zayyan yang merupakan salah satu orang kanannya tampil kehadapan, "Tuan-"

BANG!

Zayyan ditembak di bahagian bahu kanannya.

Kesemua orang kuat Adrian Muqriz dan anak buahnya terkejut apabila melihat Zayyan ditembak dengan tiada belas kasihan oleh ketua mafia itu.

Zayyan yang tidak sempat menghabiskan kata katanya itu terus tersungkur jatuh ke lantai apabila bahunya ditembak.

Zayyan menahan sakit sambil kedua matanya dipejam rapat. Pedihnya ya Tuhan.

"Dekat sebulan aku bagi tempoh, satu apa pun tak jalan!" Picu revolver itu Adrian tarik lagi.

Yang lain hanya diam, menelan air liur kelat. Zander yang rapat dan berani dengan Adrian itu pun tidak berani lagi untuk menyampuk kata kata Adrian kerana yang dihadapan mereka sekarang bukan Adrian Muqriz. Ini ialah Dree. Ini ialah sisi sebenar Dree.

Takut yang lain apabila sisi kejam Adrian sudah datang, Dree.

Yang lain hanya melihat sahaja Zayyan, orang kanan Dree ditembak.

"Ini pengajaran untuk korang semua."

Revolver itu diacukan kehadapan semua anak buahnya dan orang kanannya yang lain, "Kalau aku boleh buat dekat dia, jangan ingat aku tak boleh buat dekat korang semua. Faham?!!!" Dengan lantang Adrian berkata.

Kesemua tunduk.

"Dan kau Zayyan," Adrian memandang Zayyan yang masih melutut dihadapannya, "Dalam banyak banyak manusia dekat sini, kau sorang je yang kerja dekat Max."

Keith tampil kehadapan, "Tuan-"

"Kau diam." Revolver itu Adrian acukan ke arah Keith, "Diam sebelum kepala kau berlubang aku kerjakan."

Adrian kembali melihat wajah Zayyan, "Kalau kau sorang yang duduk Max maknanya kau sorang je yang tahu apa benda yang jadi dekat Max."

Adrian menyambung, "Aku belum nyanyok sampai aku lupa mana aku letak barang aku!"

Zayyan mengangkat wajah memandang Adrian dihadapannya, "Sumpah Tuan, langsung tak ada siapa yang masuk bilik Tuan-"

Revolver diacukan ke arah Zayyan, "Aku percaya kau tau Zayyan," Kemudian revolver itu beralih dan diacukan ke arah semua orang, "Aku percaya semua orang dekat sini."

"Jadi...Kalau aku tahu ada sesiapa dekat sini pengkhianat, peluru revolver ni yang tembus dekat kepala otak korang."

Setelah habis kerjanya di mansion, Adrian terus bergerak keluar dari rumah agam itu. Jam dikerling, sudah hampir satu pagi.

Adrian Kiara : Her Guardian Angelحيث تعيش القصص. اكتشف الآن