03

58.1K 3.6K 714
                                    

KAKI dengan laju melangkah masuk ke dalam rumah agam atuknya. Dari di pusat membeli-belah lagi dia tidak senang duduk bila Farrel, abang sepupunya memberitahu bahwa tok abah mereka rebah di ofis dan tidak sedarkan diri tadi.

Kiara terus masuk ke dalam kamar tidur Tuan Adam. Lagi laju air matanya mengalir saat Tuan Adam yang sedang berbaring di atas katil itu menyapa sistem penglihatan. Dia benar-benar risau akan keadaan tok abahnya.

Semua mata kini tertumpu ke arah mereka bertiga yang baru sampai.

Kiara berjalan laju ke katilnya. "Macam mana boleh jadi macam ni? Kan Kie dah kata, kalau sakit jangan pergi office." Kekura tangan Tuan Adam dipegang lalu dielus.

Kiara memandang wajah Tuan Luqman, bapa saudaranya. Adik kepada daddynya. "Pa, tok abah okey ke?"

Tuan Luqman mengangguk kecil. "Okey je Kie, Alhamdulilah. Nasib Rian ada tadi, kalau tak, haih dah kena masuk hospital rasanya." Sambil-sambil itu mata memandang abahnya. Degil.

"Rian ada dekat sini?" Nia mencelah. Tadi dia, Kiara dan Farrel terlalu tergesa-gesa ingin ke atas, sampai tidak perasaan ada orang lain juga di rumah. Kisahnya tadi, dia dan Kiara keluar bersama. Tiba-tiba abangnya, Farrel datang dan mengajak mereka  untuk pulang kerana tok abah.

"Ada, tapi tadi dah turun. Balik maybe," jawab Puan Dahlia, ibu kepada Farrel dan Nia, isteri kepada Tuan Luqman.

Mata Kiara kembali pada Tuan Adam. Tuan Adam tersenyum kecil. "Jangan risau, tok abah okey je ni," kata Tuan Adam bila melihat wajah gelisah cucunya itu.

"Risau ke buat-buat risau? Entah-entah kau suka laki aku nak mati. Senanglah kau nak bolot semua harta dia." Puan Marina yang dari tadi senyap kini bersuara. Menyampah dia melihat cucu keduanya itu beria risaukan suaminya. Entah-entah semuanya hanya lakonan.

"Mak, apa cakap macam tu? Dah-dahlah tu," marah Tuan Luqman. Tidak suka bila maknya tidak habis mahu mencari salah Kiara.

"Apa? Sebabkan budak itulah abang kau mati! Sebabkan dia jugalah aku hilang anak! Yang semua nak bela budak tu kenapa?" Suara Puan Marina melonjak naik bila anak bongsunya itu tidak sudah mahu membela Kiara. Tidak tahukah mereka sebabkan budak itu, anaknya mati? Sebabkan budak itu dan isteri Aariz, dia kehilangan anak kesayangannya.

Kiara hanya menunduk, tidak membalas apa-apa. Takut mahu melihat wajah maktok yang bengis itu.

"Maktok, Kie tak pernah salah. Itu semua kan takdir." Kini Nia pula mempertahankan sepupunya itu. Sejak dari dulu maktok meletakkan salah di atas bahu Kiara. Dia rasa tidak adil Kiara diperlakukan begitu. Bukan salah sepupunya yang pakciknya sudah tiada. Kiara juga tidak pernah meminta untuk kehilangan daddy dan mamanya.

Puan Marina berdecit halus. "Korang tengoklah, silap-silap budak bawa sial ni yang rampas semua-"

"Sudah! Sudah Marina!" Tuan Adam yang terlantang di atas katil itu bersuara. Penat dia mahu mendengar perbalahan yang tidak pernah sudah ini. Isterinya tidak sudah mahu menyalahkan Kiara.

Terhinjut sedikit bahu Kiara yang berada disebelahnya. Kalau tok abahnya marah, memang semua takut. "Lagi sekali kau cakap cucu aku bawa sial, aku halau kau dari sini!"

"Tok..." Kiara cuba menenangkan tok abahnya. Dia geleng perlahan. Dia tidak mahu sebabkannya, keadaan makin keruh.

"Sukalah kau kan Kiara? Patutnya kau mati juga macam mak kau!" Sejurus itu maktok keluar dari bilik, meninggalkan semua orang.

Hilang saja Puan Marina dari pandangan mata, Puan Dahlia terus menghampiri Kiara. "Kie..." Dia mengusap lembut belakang badan Kiara.

"Melampau." Tuan Adam menggeleng kepala. Tidak suka dengan perangai isterinya itu.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now