17

47.8K 2.7K 293
                                    

Zayyan yang memang bekerja di Max Corp itu mengatur langkah ke dalam bilik Adrian.

Tuk Tuk

Zayyan mengetuk pintu bilik dan masuk ke dalam. Adrian berpaling ke arah pintu memandang Zayyan, "Ada apa-apa?"

Zayyan geleng. "Tak. Saja datang, kerja aku dah habis." Balasnya lalu melihat Zander yang sedang duduk melepak di bilik Adrian. Kalau Zander tiada kerja, syarikat Adrian akan menjadi tempat dia tuju.

Adrian menyambung menaip di laptop, macam dia tak tahu perangai kawan-kawan dia. Suka sangat datang bilik dia lepastu duduk borak-borak. Dah banyak kali marah pun masih sama. Suka hati lah nak buat apa, janji tak bising.

"Kau menung apa hah!" Zayyan mendapatkan Zander lalu menepuk bahunya perlahan. Punggung dilabuhkan disebelahnya. Termenung jauh betul si Zander.

Zander memandangnya tajam, "Diam lah Zayyan, pergi buat kerja kau sana."

Zayyan memandangnya pelik, "Kau kenapa ni Zander? Dari tadi kau sampai Max sampai sekarang asyik diam je. Kalau kau ada kerja macam Dree tu aku faham lah." Zayyan menunjukkan ke arah Adrian yang sedang khusyuk menaip di laptop itu. "Ni aku tengok kau dah macam mati kucing kenapa?"

"Tah, kau kena tinggal ke apa?" Soal Harraz lalu gelak kecil.

Oh ya lupa, bukan Zander je ada, semua. Ya haah, semua.

"Eh kena tinggal apanya? Awek pun tak ada! Hahahahaha." Sambung Rafael pula. Sakan yang lain gelakkan Zander. Zander mengetap gigi geram. Si Adrian pula langsung tiada perasan, lansung tak gelak, senyum pun tidak. Sibuk sangat dengan kerjanya itu.

Adrian menutup mata rapat, "Diam boleh tak? Kalau nak bising-bising semua keluar." Adrian berhenti menaip, dia memandang wajah-wajah kawannya yang sedang sibuk melepak di dalam pejabatnya. Entah kenapa semua datang ke sini pun tak tahu.

"Aduh bakal menantu tiger sudah marah lah." Gurau Hayyaz selamba. Lagi kuat yang lain gelak.

Melihat wajah Adrian yang masih lagi tiada ekspresi itu membuatkan mereka semua tiba-tiba diam membatu. Takut!

"Okay...sorry..." Kata Hayyaz sambil menunduk dengan nada merajuk.

Adrian sambung menaip semula di laptopnya.

"Kenapa dengan Rian? Broken ke?" Bisik Rafael kepada yang lain.

"Pasal plan uncle Adam kot." Bisik Zayyan pula.

"Korang rasa dia nak kahwin ke?" Soal Rafael sambil membisik.

"Cuba tanya Zander, dia kan rapat dengan Rian." Bisik Hayyaz lalu memuncung ke arah Zander. Semua memandang ke arah Zander.

"Rian! Kau tahu tak, diorang semua mengumpat pasal-" Laju sahaja Zander mahu mengadu pasal Adrian, si Zayyan menutup mulut Zander. Tak guna betul si Zander ni. Mati katak semua nanti.

Adrian berdengus kasar, "Aku dah kata, aku nak korang diam. Tak faham-"

Pintu dibuka. 

Semua memandang ke arah pintu. Mata mereka tertumpu ke arah seorang perempuan yang memakai kemeja putih dan skirt hitam pendek paras lutut beserta kasut tumit tinggi. Rambut dilepaskan dan perempuan itu tersenyum melihat jejaka-jejaka tampan yang ada dalam bilik itu.

"Hi all! Tak sangka dapat jumpa you guys semua dalam ni."

"Anatasia?" Ujar Harraz perlahan saat melihat perempuan itu masuk ke dalam bilik Adrian. Membulat mata mereka semua.

"Anatasia, kau buat apa dekat sini?" Soal Hayyaz lalu mengjungkit kening. Terkejut mereka semua, sejak bila minah ni balik?

"Bila kau balik?" Tanya Zayyan pula. Rafael? Dia dari tadi sedang syok tengok Anatasia. Cantik betul Anatasia sekarang. Biasalah, playboy of the group.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now