38

54K 3.1K 684
                                    


Adrian melihat Zayyan yang sedang sibuk menghias meja, "Yan, boleh tak tangan kau tu berseni sikit? Tak cantik lah."

Zayyan yang sedang sibuk menghias kelopak bunga ros di atas meja itu menoleh, "Encik harimau, kalau kau nak perfect sangat, kau boleh buat sendiri." Balasnya geram. Haritu kena jadi bodyguard tak berbayar, ini kena jadi orang gaji pula.

Adrian menjelingnya kemudian pandangan dialihkan memandang ke arah Hayyaz, "Haish," Adrian mengeluh, "Boleh tak kalau ikat belon tu jangan senget senget? Kau tak reti ke kira magnitud longitud semua? Aku nak straight, tak nak senget senget." Arah Adrian kepada Hayyaz yang sedang berada diatas tangga sambil mengikat belon.

Hayyaz memalingkan wajahnya memandang Adrian dibawah, "Kau ni banyak songeh lah. Dah lah dekat atas ni sejuk."

Kemudian Adrian ke arah Harraz yang sedang berada di meja panjang bersama iPad di tangan, "Appetiser?"

"Frittata."

"Main course?"

"Salsiccia Con Cima Di Rapa, Spinach Stuffed Braciole, Swordfish with Puttanesca Sauce and Polpette Di Peppe."

"Dessert?"

"Veneto." Balas Harraz yang masih tertumpu dengan iPad untuk makan malam hari ini.

"Great, make sure semua sedap."

Harraz mengangguk. Kemudian Zander yang sedang duduk di tepi bersama Keith di meja tepi itu Adrian hampiri.

Zander dan Keith pula dari tadi hanya memandang yang lain kena marah dengan Adrian. Padan muka kena buat kerja.

"Tak payah nak seronok sangat, nanti korang pula yang sambung kerja Zayyan dengan Hayyaz." Kata Adrian saat kerusi ditarik untuk duduk.

"Baik aku ikut Raf je tadi..." Ujar Zander perlahan apabila dengar Adrian kata begitu. Rafael tiada, dia pergi ambil helikopter untuk kegunaan malam nanti.

"Rian! Aku dah penat! Nak tukar shift dengan Zander!" Jerit Zayyan dari jauh.

Adrian toleh kebelakang memandang Zayyan, haih kerja dia decorate meja je pun.

Terus Zander menjawab, "Ah takdenya! Kau setakat baling baling ros tu je pun! Apa yang penat!" Nak main petik petik nama dia pula.

Adrian mengeleng kepala. Kemudian pandangan dialihkan memandang Zander dan Keith.

"Ha ni, Kiara tahu ke kau keluar?" Soal Zander sambil tangannya mengeluarkan sebatang rokok.

"Tak." Balas Adrian sepatah. Zander angguk lalu menghulurkan sebatang rokok kepada Adrian, Adrian geleng perlahan tanda tidak mahu. Dia tak hisap rokok.

"Kau?" Soal Zander lalu rokok itu diajukan ke arah Keith.

Keith geleng, "Tak nak. Nanti mati awal."

Zander memandangnya geram. Tak guna betul.

Keith menyambung, "Habistu dia tak cari kau ke? Dia tak takut ke duduk bilik tu sorang sorang? Kalau dia keluar macam mana?"

"Aku dah suruh orang jaga dari luar bilik. Sekeliling hotel pun sama." Balas Adrian.

Keith dan Zander keduanya mengangguk.

Adrian menyambung setelah teringat sesuatu, "Oh ye, aku nak tanya ni, sebab aku baru teringat."

"Ingat apa?" Tanya Zander.

Pandangan dialihkan memandang Keith, "Nama kau apa?"

Keith menelan air liur perlahan. Dah kenapa mahu tanya nama dia pula sekarang.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now