57

59.1K 3.4K 1.8K
                                    


"Aku dah malas sia nak cakap dengan kau." Ucap Zander lalu mengeleng kepala perlahan. "Aku tahu lah kau jealous, tapi yang kau nak bertumbuk dengan si Keith depan dia dah kenapa?"

Adrian dan kawan kawannya masih lagi di rumah Adrian.

Mereka tahu sahaja Kiara dimana, ini semua kerana GPS yang dipasang tetapi Zander menghalang Adrian untuk ke Cyrez. Zander kata biarkan Kiara bertenang dulu.

"Ha yang kau pulak," Zander menoleh memandang Keith, "Kau apahal keluar dengan bini dia? Tak takut mati dengan Adrian? Asal tak bagitahu Adrian yang kau nak keluar dengan Kiara?"

Keith mengeluh, "Aku ingat Kiara dah bagitahu Dree."

"Yang kau keluar dengan dia apahal?" Soal Harraz pula.

"Dia ajak aku lunch sebab..." Aduh nak jawab apa pula ni. Kang kalau jujur, Adrian malu pula.

Pantas Adrian memandang Keith, "Sebab?" Adrian menunggunya untuk menyambung.

"Sebab dia nak beli hadiah untuk kau." Balas Keith, dia tidak mahu cakap part yang Adrian confess.

"Tu ha jam tu," Keith menunjukkan ke arah beg kertas Patek Philippe yang ditinggalkan oleh Kiara.

"Dia kata dia tak tahu kau suka jenis jam and style yang macam mana jadi dia minta tolong aku. Tu je."

"Habistu asal dia tak jawab text aku? Kitaorang call pun kau tak jawab." Balas Adrian dingin.

"Battery dia habis and aku pula silentkan phone aku."

Keith menghela nafas berat, "Macam ni lah Dree, aku tahu kau jealous and aku minta maaf sebab-"

"Siapa cakap aku jealous?" Potong Adrian.

Eh eh dia ni. Lagi tak nak mengaku.

"Aku dengan mamat ni!" Zayyan membaling bantal kearah Adrian. Geram betul.

"Aku nampak Kiara tu sayang betul dekat kau. Kau layan je lah dia elok elok. Lupakan je lah plan nak buat dia bencikan kau tu. Kalau nanti dia benci betul betul, baru kau tahu." Balas Hayyaz panjang lebar.

"Senang cerita macam ni," Rafael, si playboy mulakan langkah. Lengan tangan disensengkan, "Kalau suka Nia, then kau layan Nia je tapi kalau suka Kiara, kau layan Kiara je. Jangan lah sampai dua dua kau nak sapu."

Semua kawannya yang lain mengangguk setuju.

Rafael menyambung, "Sebab aku nak lagi satu."

Semua memandangnya tajam. Sempat pula dia. Tak serious langsung.








"What is this?" Kiara mengambil fail biru tua itu.

Dia duduk di kerusi kerjanya lalu fail itu dibuka.

The White Shark Family

"A-Apa ni?" Menggigil tangannya saat membaca helaian pertama fail itu.

"White Shark Family? Siapa white shark?"

Helain seterusnya dibelek.

"Allahuakbar." Kiara menutup mulutnya dengan tapak tangan.

Bergelinang air matanya apabila melihat gambar yang berukuran gambar pasport milik Adam Kamil beserta biodata sebagai ketua mafia kumpulan White Shark.

Nama : Adam Kamil Hassan
Nickname : White Shark
Tarikh lahir : 13 Jun 1940
Tarikh meninggal dunia : 19 Mac 2021
CEO of Cyrez Holding and owner of Cyrex Holding.

"Cyrex?" Kiara mengerut dahi. "A-Apa tu Cyrex?"

Helaian dibelek lagi.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelDove le storie prendono vita. Scoprilo ora