40

58.3K 3.4K 1K
                                    

Kiara bangun dari tidur. Dengan gembira dia terseyum lebar dan mengeliat sambil menunjukkan rahang giginya sambil menoleh kesebelah, "Good morning Ri-"

Adrian tiada.

Kiara mencebik, ala ingatkan Adrian ada disebelah, baru je nak peluk.

Kiara turun ke bawah dengan baju tidurnya yang masih belum tukar.

Sudah satu rumah dia mencari Adrian tapi tiada.

"Mana Rian pergi ni?"

TUP!

Bunyi seperti pintu ditutup. Kiara terus berpaling, "Dekat bilik bawah ke?" Terus laju Kiara lari ke bilik bawah yang dulu Adrian pernah memarahinya kerana ingin masuk.

Haah, Adrian berada dalam bilik itu.

"Eh Rian." Kata Kiara saat melihat tubuh Adrian yang baru keluar dari bilik itu. "You buat apa dekat dalam tu?"

"Tak ada apa, aku...aku baru balik dari gym."

"Dalam tu gym ke?" Setahu dia, gim berada di tingkat dua.

"Tak. Tadi aku check barang je dalam tu."

Kiara angguk. "Nak masuk boleh?"

"Dalam rumah ni, aku izinkan kau buat apa je yang kau suka kecuali masuk dalam bilik ni. Faham?"

"Tapi-"

"No more questions Kiara." Terus Adrian berlalu pergi dari situ.

Kiara menoleh melihat bayang bayang Adrian pergi meninggalkannya. Ish, dah dingin balik. Semalam elok je siap cakap bahasa apa pun dia tak tahu.

Kiara dengan laju berlari mendapatkan Adrian, "Rian..." Panggilnya meleret.

"Apa?" Balas Adrian yang sedang menaiki tangga itu.

"You start pergi office balik bila?"

"Esok."

"Hah esok?" Terus Kiara menarik tangan Adrian untuk menghadapnya, "Cepatnya."

"Aku ada banyak kerja Kie."

Kiara mencebik, ala! Dia ada baki lagi seminggu. Bosan lah kalau duduk rumah sorang sorang.

"You extend lah lagi seminggu. Tunggu cuti I habis juga."

"Tak boleh, kan aku cakap aku banyak kerja." Terus Adrian menyambung naik ke atas semula.

"Ala Rian," Kiara mengikut Adrian dari belakang, "Teman lah Kie. Kie takut lah sorang sorang."

Mendengar Kiara berkata begitu, baru Adrian teringat sesuatu.

Adrian toleh.

"Apa?" Soal Kiara apabila Adrian tiba tiba berdiri diam depan dia.

"Sini," Adrian menarik tangan Kiara, "Aku nak ajar kau."

"Ha?!!" Takut pula Kiara dibuatnya. Nak ajar apa pula dah.

"Okay lah okay lah, you tak perlu teman I. Jangan lah Rian. You nak ajar apa pula ni."

Adrian toleh kebelakang sepintas lalu, "Kau fikir apa ni? Merepek je lah kau ni."

Setibanya di tingkat ketiga rumah itu, Adrian membawa Kiara ke kolam renang.

"Y-You nak ajar I berenang ke?" Soal Kiara tersipu malu, "Ala I malu lah, you ajar lain kali eh? Nanti I beli bikini-"

Dahi Adrian sudah berkerut. "Apa benda kau merepek ni?"

"Kenapa? Salah ke?"

"Siapa kata aku nak ajar kau berenang? Kalau kau lemas, pandai pandai kau lah."

Terus Kiara mencebik. Tak sweet langsung lah Adrian ni.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ