05

57.1K 3.4K 345
                                    

"Sampai bila awak nak layan Kiara macam tu?" tanya Tuan Adam memandang kolam renang dihadapannya. Dia sangat kesal dengan perbuatan isterinya itu.

"Sampai saya mati," balas Puan Marina dibelakang.

Tuan Adam berpusing badang menghadap Marina. "Dia tak pernah salah Marina. Humairah pun sama. Apa yang awak benci sangat dengan Humairah sampai awak nak libatkan Kiara?"

Puan Marina memandang wajah suaminya tidak percaya. Boleh lagi dia bertanya? "Apa dia dah buat? Awak dah lupa ke apa? Humairah buat anak sulung saya tak dengar cakap saya. Dan yang paling teruk, dia ialah punca anak saya mati. Dan kalau awak lupa, anak saya mati juga kerana cucu kesayangan awak tu!"

"Marina, apa yang berlaku bukan salah Humairah, dan bukan juga salah Kie." Sudah berkali-kali dia ingatkan namun hati isterinya masih degil dan keras.

"Suka hati awak lah nak cakap apa. Kalau saya cakap pun, awak still akan menangkan cucu awak tu."

"Jangan sampai satu hari, Kiara tu tengok muka awak pun dia tak sanggup." Marina bercakap dengan sinis di wajahnya. Kalau rahsia mereka terbongkar, dia pasti Kiara tak akan boleh terima mereka semua.

"Maksud awak?"

"Kalau dia tahu siapa awak yang sebenarnya, rasanya dia boleh terima? Kalau dia tahu yang satu keluarga rahsiakan daripada dia tentang family dia sendiri, rasanya dia masih lagi akan tinggal dengan kita?" tanya Puan Marina dengan sinis.

"Awak jangan memandai nak bagitahu Kiara," balas Tuan Adam dingin.

"Tengok lah macam mana. Tapi kalau budak tu sakitkan hati saya, jangan marah saya kalau saya terlepas cakap nanti."





Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik tidur tok abahnya. Dia lihat Tuan Adam sedang baring di atas katil. "Tok... jom makan."

"Tak apa, tak ada selera lagi. Nanti tok abah makan."

Kiara duduk di atas katil. Dia mengeluh kecil. "Ala please tok, nanti tak ada tenaga kalau tak makan."

Tuan Adam memandang wajah Kiara. Mata turun melihat tangan cucunya yang dibalut kerana luka. "Tok abah minta maaf pasal maktok tadi."

"Bukan salah sesiapa pun. Memang salah Kiara." Balas Kiara sambil senyum. "Dah lah, jom kita makan. Kie tolong tok abah turun okay?" Kiara menolong Tuan Adam sewaktu menuruni anak tangga.

"Tuan, ada orang datang." Kata Mak Piah yang datang menghampiri mereka.

"Siapa?"

Mak Piah hanya diam, tidak tahu bagaimana mahu beritahu, sudahlah Kiara ada disitu. Dia kematian kata-kata bila Tuan Adam menyoal.

"Siapa Mak Piah?" Soal Kiara pula.

Melihat Mak Piah yang hanya diam tidak membalas itu membuatkan Adam tahu siapa yang datang ke rumahnya pada waktu malam-malam begini.

Tuan Adam berpaling memandang Kiara. "Kie, Kie pergi makan dulu. Nanti tok abah datang."

"Siapa yang datang? Tok abah tahu ke?" Tanya Kiara lagi.

"Kawan tok abah, tadi dia ada call kata nak jumpa."

Kiara mengangguk. "Oh okay, nanti tok abah join Kie dinner okay?"

"Ye."

Kiara pergi kehadapan, ke arah ruangan makan dan terus Adam memandang Mak Piah, "Piah, macam biasa, jangan bagitahu Kiara."

"Baik Tuan."






"Kenapa kau datang sini? Nak apa?" Kata Tuan Adam dingin sambil berpeluk tubuh.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now