12

47.9K 2.9K 167
                                    

"Morning tok." Kiara membawa sup ayam yang dimasak oleh Mak Piah ke dalam bilik.

"Kenapa bawa sampai atas? Tok abah boleh je turun bawah makan sekali dengan kamu semua."

Kiara menggeleng perlahan. "Tak apa, Kie tak nak tok abah penat jadi Kie bawakkan naik atas. Jom makan." Lalu dia meletakkan dulang yang dibawanya tadi di atas meja.

"Hm, okay." Tuan Adam mengangguk kecil namun matanya dari tadi tidak habis memandang Kiara. Terasa pelik dengan penampilan Kiara pada pagi ini. "Yang Kie pakai cantik-cantik ni kenapa?"

"Kiara kan dah dua bulan habis belajar. Jadi Kie ingat nak masuk office."

"Kie dah cakap dengan papa?" tanya Tuan Adam lagi.

Kiara geleng. "Belum. Kejap lagi Kie pergi office lepastu ingat nak masuk sekali."

"Bagus lah kalau macam tu. Kie ambil bahagian daddy ya?"

"Bahagian daddy? Bukan ke bahagian daddy tu papa yang take over?" Balas Kiara keliru sambil menyuapkan sup ayam itu ke mulut Tuan Adam.

"Tak. Tok abah memang kosongkan bahagian daddy untuk Kiara."

"Habistu papa?" Soal Kiara bingung.

"Papa bahagian kewangan syarikat. Kie akan ambil alih bahagian pentadbiran."

"COO?" Bulat matanya apabila Tuan Adam kata begitu. Baru saja mahu masuk kerja dan dia harus memikul tanggungjawab sebesar itu?

"Yea. Kenapa? Kie tak suka?"

"Kejap, so maksudnya, selama ni Papa hanya CFO sahaja? Bukan COO?" Soal Kiara lagi. Kenapa bapa saudaranya hanya memegang sebagai Ketua Pegawai Kewangan?

Tuan Adam mengangguk.

"Why?" Tanyanya lagi.

"Kie kan anak daddy. Kiara yang patut galas tugas itu. Dan selepas ini, Kie akan jadi CEO, ganti tempat tok abah. Jawatan Kie akan dipegang oleh papa dan jawatan papa akan digalas oleh Farrel."

Membulat matanya. "Apa tok abah cakap ni? Kie masih muda dan banyak lagi yang Kie tak tahu hal-hal company. Papa lebih layak. Macam mana Kie nak jadi CEO kalau bekerja di sana pun tak pernah. Jangan katakan CEO, jadi COO pun belum lepas."

"Ini permintaan tok abah. Tok abah nak Kie yang pegang syarikat."

"Kenapa Kie? Kenapa bukan papa? At least, kalau apa-apa jadi dekat papa sekalipun, papa ada Farrel. Kie tak layak tok." Tolaknya lagi.

"Itu syarikat tok abah dan tok abah yang berhak menentukan. Kiara hanya ikut sahaja okay?"

Kiara diam sahaja. Kerja gila. Masuk office pun hanya untuk melawat tok abah, papa dan Farrel.

Kerja pun belum pernah kerana baru sahaja habis belajar dua bulan lepas. Tahu-tahu, sudah kena jadi bos besar? Jawatan lebih tinggi dari bapa saudaranya pula.

Perasaannya bercampur baur. Biar betul tok abah ni. Lebih baik bagi dekat Farrel. Sekurang-kurangnya, Farrel sudah bekerja setahun di syarikat kerana dua tahun lepas baru sahaja Farrel menamatkan pengajiannya. Farrel ada pengetahuan tentang syarikat berbandingnya. Dia langsung tidak tahu apa-apa.

"How about Nia? Nia pula tok abah letak di bahagian mana?"

"Nia dan Farrel memang tok letakkan di bawah papa. Mereka semua di bahagian kewangan syarikat. Tapi, Nia ada cakap yang dia mahu ambil bahagian pentadbiran. Tapi tengok lah macam mana, lagipun, next year baru Nia habis belajar." Terang Adam.

Kiara mengeluh kecil. Farrel memang sudah dia tahu yang lelaki itu memang minat bab-bab keluar masuk duit jadi tidak hairanlah kalau dia di bahagian kewangan. Nia pun sama, memang Kiara pernah dengar yang Nia mahu mengambil bahagian pentadbiran dan rasanya, tok abah akan menturuti permintaan Nia yang itu.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now