27

48.1K 2.7K 137
                                    

Kiara melihat rumah banglow milik tok abahnya dari luar tingkap kereta Audi milik Adrian.

"Keluar lah, kau nak tunggu apa? Nak tunggu aku bukakkan pintu untuk kau baru nak keluar?"

Mendengar bebelan dari Adrian disebelah membuatkan dia menoleh melihatnya, "Ye ye nak keluar lah ni."

Baru sahaja mahu membuka pintu kereta, Kiara memandang Adrian semula, "Rian, kejap." Kiara memegang lengannya membuatkan tindakan Adrian untuk membuka pintu juga turut terbantut.

"Apa lagi?"

"Thank you Rian sebab dah jaga I seminggu," Kiara senyum, "I ikhlas ni cakap thank you, senyum lah sikit." Pintanya lembut.

Senyum? Ha ha ha. Wajah beku yang dilemparkan adalah.

Terus Adrian membuka pintu dan ingin keluar.

"Eee si bisu ni!" Jerit Kiara saat Adrian sudah keluar dari kereta, "Kerek betul lah boyfriend kau ni Nia!"

Kiara keluar dari kereta dan mereka berdua masuk ke dalam rumah saat Mak Piah membuka pintu buat mereka.

"Yang lain ada di ruang tamu Kie."

Kiara mengangguk dan mereka berdua berjalan masuk ke arah ruang tamu.

Semua mata tertumpu ke arah Adrian dan Kiara saat bayang-bayang mereka mula menyapa.

"Lah, tahu pula balik. Ingat lepas wasiat tu dibaca kau dah tak reti nak balik." Terus berapi kembali hati Marina saat melihat Kiara.

"Oh ya, macam mana pula lupa nak balik kan? Dah semua harta jadi milik dia sekarang." Sambung Marina.

Kiara hanya memandang sahaja Marina tanpa menjawab apa-apa.

"Asal? Kau nak halau aku dari rumah ni pula sebab rumah ni atas nama kau? Sebab segala aset suami aku atas nama kau? Macam tu?" Kata Marina lagi.

"Mak, Kiara baru je balik. Tak boleh ke tanya dia okay ke tak. Ni tak, terus marah marah." Sampuk Luqman ditepi.

"Tanya sihat ke tak?" Marina tergelak kecil, "Mestilah sihat Luq. Dia dah kaya raya sekarang! Silap hari bulan, kita ni yang dihalaunya!" Lantang betul si Marina ini bercakap.

Tanpa banyak cakap, Kiara terus ke arah Luqman dan Dahlia terlebih dahulu untuk menyalam tangan mereka.

Setelah itu, Kiara dan Adrian mengambil tempat duduk. Kiara duduk disebelah Farrel dan Adrian disebelah Luqman.

"Uhm..." Nia memandang Adrian dan Kiara silih berganti, "Kenapa you bawa Kiara balik? You tahu ke Kiara duduk mana selama ni?" Soal Nia depan semua orang.

Semua tidak tahu ke mana Kiara menghilang buat tujuh hari ini. Yang tahu hanya Farrel dan Luqman sahaja, itupun kerana Luqman yang meminta Adrian untuk berbuat demikian.

Bukan dia tidak mahu menumpangkan Kiara saat maknya bergaduh dengan Kiara kerana wasiat dibaca itu cuma dia rasakan ia tidak sesuai jika Nia dan Kiara duduk dalam satu rumah kerana wasiat itu ada menyatakan berkaitan Kiara dan Adrian untuk berkahwin. Nanti bermasam muka pula mereka berdua.

"Kiara duduk rumah Adrian." Laju sahaja Luqman membalas bagi pihak mereka berdua.

"A-Apa??? Kie duduk dengan Rian?" Nia menoleh memandang Kiara, "Kau duduk rumah Adrian ke Kie?"

"A-Aku..."

Marina tiba tiba sahaja gelak jahat, "Nia Nia, kau tak nampak lagi ke? Dia tu perampas! Lepas dia rampas harta dari kita sekarang ni dia nak rampas Adrian dari Nia pula. Tak nampak lagi ke?"

"Luq yang suruh mak. Mak jangan nak main tuduh Kiara macam tu."

"Ah! Kau masih lagi nak bela dia Luq? Dia ni-"

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now