16

47.9K 2.8K 565
                                    

"Habistu? Rian nak buat apa? Terima? Nia macam mana?" Bertubi-tubi soalan ditujukan oleh Amelia. Adrian nak kahwin dengan Kiara dah satu benda nak kena fikir banyak kali, Adrian mahu tinggalkan Nia? Ha sudah, memang tak tidur lah abang dia jawabnya.

Adrian meraup wajahnya. Buntu. Kenapa harus dia? Kenapa uncle Adam beriya mahu dia yang menjadi menantu cucunya.

"I don't know lah Em. Abang pun tak tahu nak buat apa."

"Okay Mel tahu. Macam ni, siapa lagi cantik? Nia ke Kiara tu?"

Adrian hanya memandang sahaja adik perempuannya itu. Soalan tidak membantu langsung. "Apa? Jawab lah. Susah sangat ke?"

Puan Khatijah menarik kerusi untuk duduk, "Abang Mel tu mana boleh jawab. Mesti lah dia jawab Nia yang cantik." Balas mamanya, Puan Khatijah.

"Oh, ye lah, dia kan sayang sangat dengan Nia tu." Amelia membuat muka.

Adrian mengeluh. Ah pening kepala! Keluarganya banyak terhutang budi sama keluarga Adam Kamil dan tidak pernah satu pun Adam meminta apa-apa dari mereka sebagai balasan. Rasa bersalah makin menebal jika dia tidak turuti permintaan uncle Adam itu.

"Mama selalu doakan yang terbaik buat Rian. Mana tahu, Kiara itu sebenarnya jodoh Rian?" Mamanya, Puan Khatijah mengusap lembut bahu Adrian.

Adrian toleh, "Adrian tak pernah sayangkan orang lain selain Nia dan Adrian tak rasa yang Rian boleh sayang orang lain macam mana Rian sayangkan Nia."

"Cuba. Mama tak nak paksa tapi kalau itu yang sudah tertulis, kita tak boleh lari Rian."






"That's all?"

"Yup. If you need anything, just tell me. I akan bantu mana yang boleh." Balas Daniel sambil tersenyum lebar. Aik, haritu bukan main sombong. Ini pandai pula senyum. Senyum pula je kerja dia ni tak habis-habis.

"Okay, you boleh sambung balik kerja you. Thanks."

"Okay, bye." Perlahan-lahan Daniel menutup pintu bilik Kiara. Hilang sahaja Daniel dari pandangan mata, terus Kiara memulakan kerjanya sebagai COO syarikat itu. Tugas yang patut digalas oleh arwah daddynya.

Sedang leka membuat kerja, ketukan di pintu bilik menyentakkan Kiara.

"Yes, come in."

Pintu bilik dibuka. Kiara memandang ke arah figura lelaki yang amat dia kenal. Farrel Aqasha.

"Yes?"

"Nak masuk boleh tak bos besar?"

"Masuk lah."

Farrel melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Kiara. Ditatapnya wajah Kiara yang mulus dan cantik itu.

Kiara yang perasan Farrel hanya memerhatikan dia itu kini bersuara. "Kenapa? Ada benda ke?" Soal Kiara yang masih lagi menghadap komputer ribanya itu.

"Aku tahu apa jadi semalam." Kata-kata yang keluar dari mulut Farrel menyebabkan jejari Kiara yang sedang menaip itu berhenti.

"Aku tahu permintaan tok abah tu tak masuk akal, tapi kalau itu yang dia nak, apa kata kau buat je."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now