Reena mengeluh nafas berat. Helaian rambut panjang ikal mayangnya diraup kebelakang.

"Macam mana awak tahu kami bercinta?"

"Dua hari lepas, Hanif balik ke rumah mak ayah saya. Masa dia mandi, saya nampak mesej awak masuk dalam chat box dia. Siap bersayang-sayang lagi. Mula-mula saya tak percaya tapi bila tengok Hanif tersengih-sengih balas mesej awak, call tengah malam sampai dua tiga pagi, saya dah tak boleh tahan. Saya bukak telefon dia masa dia tidur. Saya cari tempat kerja dan nombor telefon awak. Mesej-mesej awak berdua pun saya baca dari awal sampai habis. Sebabtu saya tak salahkan awak...tapi saya salahkan diri sendiri. Saya kecewa dengan diri saya..." Luah Nafisah. Bahu wanita itu terhinjut-hinjut bersama tangisan kecil.

Nasib baiklah mereka duduk di penjuru kedai, jadi takdelah menjadi perhatian pelanggan-pelanggan lain. Pekerja wanita yang baru tiba bersama menu yang dipesan mereka tadi hanya mendiamkan diri tika melihat Nafisah menangis teresak-esak tanpa bunyi. Reena tersenyum ke arahnya sebelum mengucapkan terima kasih.

Setelah pekerja wanita itu beredar pergi, Reena kembali menatap Nafisah bersimpati. Kedua-dua tangan wanita tersebut diraih dan digenggam erat.

"Awak...semua manusia dekat dunia ni takde yang sempurna. Mesti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Awak kecewa dengan diri sendiri bermaksud awak kecewa dengan Allah yang ciptakan awak. Saya jugak tak sempurna. Sekali lagi, saya betul-betul mintak maaf atas salah silap saya bercinta dengan suami awak. Saya tak sangka yang dia tipu saya selama ni. Saya janji saya akan putuskan hubungan dengan Hanif—"

"Jangan!" Cantas Nafisah. Reena terdiam seketika. Tadi kata suruh jauhkan diri dari suami dia. Sekarang dah berubah fikiran pulak?

"Cik Reena...betul-betul sayang dan cintakan Hanif ke? Kalau Hanif mahu berkahwin dengan awak, saya takde hak nak bantah keputusan dia...." Soalan dari Nafisah membuatkan Reena tergamam. Apa yang Nafisah mahukan sebenarnya? Seorang isteri sepatutnya perlu pertahankan hubungan suami isteri daripada orang ketiga sepertinya. Siapa je suka dimadukan?!

"Puan Nafisah...kalau Hanif mahu berkahwin dengan saya pun, saya tetap akan tolak. Isteri mana je yang suka dimadukan? Saya pun tak suka dimadukan sebab saya taknak bakal suami saya nanti berat sebelah dengan isteri pertama-"

"Saya tak kisah. Kalau keputusan Hanif tetap nak jadikan awak isteri dan beri lebih kasih sayang pada awak berbanding saya pun saya tak kisah sebab saya tahu saya tak mampu nak bagi dia kebahagiaan. Dia tak ceraikan saya pun saya dah bersyukur."

"Apa maksud awak ni?!" Soal Reena semakin bingung. Mahu saja dia meninggikan suara kepada Nafisah kerana tidak bercakap terus dan berbelit-belit. Tapi, disebabkan mereka berdua di tempat awam, dia tahankan saja niatnya itu.

"Hanif mahukan anak dari zuriatnya sendiri tapi saya tak mampu nak kasi. Dua tahun lepas, saya menghidap kanser ovari dan terpaksa menjalankan pembedahan. Ovari saya terpaksa dibuang. Jadi, kami tiada anak dan sampai bila-bila pun takkan ada. Kami dah bincang untuk ambik anak angkat tapi Hanif taknak. Dia kata perasaan jaga anak angkat dengan anak sendiri tak sama. Sejak dia tahu yang saya tak boleh mengandung, dia berubah perlahan-lahan. Bila dia dapat surat tawaran bekerja di salah satu syarikat besar di KL, dia jarang balik ke rumah tapi dia still bagi nafkah pada saya. Saya kesian tengok dia. Saya faham perasaan dia yang mahukan anak dari seorang isteri. Lepas saya tengok awak berdua seperti pasangan bahagia, saya cemburu tapi kalau Hanif memang nak berkahwin dengan awak, saya izinkan dengan rela hati...."

Luahan hati Nafisah membuatkan Reena tak mampu membendung air matanya. Air mata jernihnya menitis jatuh ke pipi setelah mengetahui dugaan yang terpaksa ditanggung Nafisah dan Hanif.

Dia berdiam diri. Mereka bertentang mata antara satu sama lain tanpa membuka sebarang suara.

"Kalau awak dah buat keputusan untuk mengahwini dia, tolong jagakan Hanif baik-baik untuk saya. Dia lelaki baik cuma dia lebih pendiam lepas hari pembedahan saya. Tapi, kalau awak tolak, tolaklah secara baik. Saya taknak tengok dia disakiti lagi..." Mohon Nafisah seraya bangkit dari kerusi. Mereka bersalaman sebelum Nafisah mempamitkan diri untuk beredar.

Kini, tinggal Reena keseorangan. Wanita itu menghelakan nafas berat sebelum wajah diraut sekali lagi.

Apa patut aku buat sekarang ni?

•••••

SAMPAI saja di syarikat milik Tuan Nazman, beg tangan kulit diletakkan di atas meja kerja dalam pejabatnya. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi. Skrin komputer dipandang kosong tanpa rasa ingin menyambung kerjanya semula.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

Klerk!

"SAYANG!" Dengar saja suara teman lelakinya, perasaan serba-salah sekali lagi menyelubungi diri Reena. Wajah gembira Hanif ditatap lama.

"Nah, untuk you..." Sejambak bunga ros diberikan kepada Reena. Reena diam tapi tangannya tetap mengambil huluran bunga ros tersebut. Tanpa segan silu, Hanif melabuhkan punggung di kerusi depannya.

"You free tak malam ni? I ingat nak ajak you tengok wayang. Kita release tension sama-sama. Lepastu, kita pergi makan and main game sikit. Kita main pool ke, archery ke takpun bowling, nak? Sebelum pukul 10, I janji I hantar you balik! Trust me!" Bersungguh-sungguh Hanif mengajaknya keluar. Tangan kanan diangkat seperti orang sedang berikrar.

Reena hanya diam tanpa secalit senyuman di bibir. Hanif yang terlebih excited tadi, perlahan-lahan senyumannya memudar. Tangan kanan Reena diraih dan digenggam erat.

"You okay? Kenapa muram ni? You kalau tak senyum, tak cantik tau..." Kata Hanif meleret. Bibir dicebikkan sebelum senyuman manis dihadiahkan buat Reena membuatkan wanita itu perlahan-lahan mengukirkan senyumannya.

"You ada problem ke? Mind to tell me? Kenapa diam je ni?"

"You sayang I?" Hanif tergelak kecil. Hidung Reena dicuit manja.

"Soalan apa you tanya ni? Mestilah I sayangkan you kalau tak buat apa kita bincang untuk bertunang kan?—"

"Kalau betul you sayangkan I, I nak kita putus." Potong Reena membuatkan Hanif terdiam serta-merta. Wajahnya terkejut yang teramat apabila Reena berkata sedemikian.

"You cakap apa ni, Reena? Jangan buat lawak..." Hanif gelak paksa. Dia berharap apa yang Reena cakap tadi dusta semata-mata. Namun, apabila melihatkan wajah Reena yang betul-betul serius, riak wajah Hanif bertukar keruh.

Reena melepaskan genggaman tangannya dari Hanif.

"Daripada you bawak anak dara keluar malam-malam, lebih baik you bawak keluar wanita yang dah sah jadi isteri you, Hanif Azreen Bin Hanafi." Hanif terkejut besar mendengar kata-kata wanita di depannya ini. Air liur diteguk kelat apabila air mata Reena menitis jatuh ke atas jambangan bunga ros yang dia berikan.

Sorry for the late update✨🌹
Asyik scene Naufal ngan Nia je mesti korang bosan kan? So aku selitkan scene Reena pulak huhuhu

[C] BADBOY ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now