Ya. Gadis itu memang sangat cantik. Mungkin ia antara satu sebab mengapa Umma memilihnya untuk menjadi isteri Chanyeol.

Tapi, Chanyeol masih penasaran. Di manakah mereka pernah berjumpa? Mungkin hanya di alam mimpi. Agaknya.

Dan apabila dia terpandang gambar Baekhyun dan Hyeran, Chanyeol tidak tahu kenapa tetapi melihatnya sangat menyesakkan dadanya dan membuatkannya ingin berteriak sehinggakan Baekhyun berkata yang dia berkelakuan seperti suami kepada Hyeran. Cemburu tak bertempat. Tak akan tiba-tiba cemburu kalau dia tak suka, kan? Dengan itu juga, Chanyeol tersasul mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak percaya dia yang katakan…

Mungkin ini semua sudah diatur… di dalam buku yang bernama takdir...?

Tapi, apakah dia akan menjadi suami kepada Hyeran juga?

Kerana tidak mahu ummanya perasan yang dia selalu mencuri pandang Hyeran, Chanyeol hanya melakukannya dengan sekilas pandang sahaja. Haha. Tetapi, Hyeran masih menundukkan wajahnya. Walaupun begitu, Chanyeol masih dapat melihat ekspresi wajah gadis itu. Dia kelihatan sedih. Sedih kerana terpaksa berkahwin dengannya? Dengan perlahan, dia mengeluh.

‘Teruk sangat ke aku ni?’ Gerutu Chanyeol dalam hati. ‘Ke… dia dah ada calon dia sendiri?’

“Saya dah beritahu awal-awal. Appa Hyeran janganlah risau sebab anak kami, sangat patuh orangnya. Dia akan ikut semua arahan kami, kan Chanyeol?” Soal Puan Park kepada Chanyeol yang berada dalam dunianya sendiri, sedang memikirkan tentang perkahwinannya dengan Hyeran nanti. Bahagiakah? Atau sudah retak seribu walau tak sampai setahun?

“Chanyeol!”

Chanyeol tersentak lalu terus memandang sekelilingnya. Seperti orang yang sudah hilang akal, dia bertanya, “A-Apa dia Umma?”

Ummanya menggeleng akan kerenah anak lelakinya itu. Berangan je kerja dia! Nak jadi apa nanti!

“Umma tanya, kamu mesti setuju untuk dikahwinkan dengan Hyeran, kan?”

“Hah?! Err…” Lidah Chanyeol kelu. Dia melilaukan matanya  sebelum menumpukannya kepada Hyeran.

Kini Hyeran sudah mengangkat wajahnya. Matanya tajam merenung ke mata Chanyeol terus menusuk ke hati Chanyeol. Tak apa. Bukan semua yang indah itu tidak menyakitkan.

Erk? HEOL.

“Err…” Chanyeol masih lagi tidak mampu berkata-kata dek penangan renungan Hyeran. Dengan perlahan, Hyeran menggelengkan kepalanya.

Adakah itu satu tanda? Tanda yang Hyeran menyuruhnya berkata tidak kerana tidak mahu mengahwininya?

“T-Tak!” Chanyeol terjerit kecil.

“Chanyeol!” Marah Encik Park merenung wajah anak lelakinya itu. Dia menjadi malu apabila Chanyeol tidak bersetuju tentang perkahwinan yang dirancang ini. “Nanti kecewa Hyeran, tahu!”

‘Kecewa? Appa! Dia yang tak nak kahwin dengan Chanyeol! Bukan salah Chanyeol!’ Jerit hati kecil Chanyeol. Dia hanya menundukkan wajahnya dengan hampa.

Kenapa Hyeran hanya diam? Takut untuk bersuara? Dia juga mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa sama ada bantahan ada persetujuan. Ini tidak. Diam je.

Buat kesekian kali, Chanyeol mengeluh seraya merenung Hyeran yang sudah membuang pandangan ke lantai. “Entahlah, Umma. Chanyeol tak tahu nak cakap apa. Pilih ini salah. Pilih itu salah.” Dia memandang Ummanya. “Beritahu Chanyeol, Umma. Apa yang patut Chanyeol buat?”

Hyeran sepatutnya berbicara sesuatu, bukannya malah berdiam diri. Kenapa? Kenapa mesti gadis itu tidak membantah dan malah menyuruh Chanyeol untuk tidak bersetuju membuatkan beban yang perlu ditanggung Chanyeol berkali ganda. Kalau betul dia tidak bersetuju, beritahu saja. Kan senang? Kini semua orang menganggap Chanyeol yang enggan pada hakikatnya Hyeranlah orangnya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant