The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 12

2.3K 119 9
By sapphire_blue88

Keadaan di dalam bilik sungguh aman. Tiada gangguan di sekelilingnya. Tiada suara yang didengarinya. Chanyeol berasa sangat tenteram namun ketenteraman yang di rasakannya tidak bertahan lama seperti yang dia harapkan.

Telefon bimbitnya dengan tiba-tiba berdering dengan sangat kuat sehingga dapat kedengaran di ruang tamu. Kerana menyampah dengan nada dering telefon bimbitnya yang mengganggu kedamaian yang dirasakannya tadi, Chanyeol segera mengangkat panggilan itu.

Dia tidak dapat melihat nama si pemanggil kerana matanya tidak dapat dibuka dengan lebar. Dia segera melekapkan telefon bimbitnya di telinga.

"Yeobo... Seyo?" Ucap Chanyeol dengan suara yang sangat garau kerana baru bangun dari tidur.

"YAH! IMMA!"

Telefon bimbit segera dijauhkan dari telinganya apabila terdengar jeritan manager hyungnya.

"Ah Hyung... Wae Iraeee?" Chanyeol merungut bagai budak kecil.

"Yah! Ireona! Kau bangun sekarang, Saekki-yah!" Managernya memberi amaran kepada Chanyeol.

"Hyung, saya penatlah. Berilah saya sedikit masa untuk tidur. Hari ini kan tak ada apa-apa schedule. Berilah saya tidur, okay? Okay? Okay? Annyeoooooongg." Kata Chanyeol.

Baru sahaja Chanyeol mahu mematikan talian, Managernya memekik, "KAU JANGAN BERANI NAK LETAK!"

"Ah Hyuuuuunggg... Sepuluh minit, okay?"

"Yah!"

"Okay okay lima minit." Balas Chanyeol.

"Chanyeol-ah, bangunlah. Kau pergilah bercuti. Nikmatilah keindahan musim bunga yang tak lama lagi akan berakhir ni. Pergilah ke Incheon ke untuk melihat bunga sakura. Kau faham tak?"

"Eum... Arasseo..." Kata Chanyeol.

"Aisshhh i jakshik..." Managernya mengeluh. "Kalau aku sampai dorm kau sekejap lagi nampak kau masih terbaring atas katil, siap kau!"

"Ya ya ya ya ya... Algesseoyo." Ucap Chanyeol sebelum meletak telefonnya.

Dia bangun lalu terus masuk ke dalam bilik air. Dia membasuh mukanya yang kelihatan ngantuk sebelum mandi membersihkan dirinya.

"Lambat kau bangun." Tegur Suho apabila ternampak Chanyeol datang di bilik makan.

Pada waktu itu, Suho sedang membasahkan tekaknya dengan segelas air.

"Huh? Tak ada makanan ke?" Soal Chanyeol apabila ternampak meja makan yang kosong. Dia sangat hampa apabila tidak nampak satu pun makanan yang terhidang di atas meja tersebut.

"Tak." Jawab Suho sepatah lalu terus menapak ke ruang tamu.

"Tapi, aku lapaaar... Anbaegopayo? (Kau tak lapar ke?)" Balas Chanyeol yang mengikuti langkah Suho.

"Aku pun, aku pun..." Kata Baekhyun setelah mendengar rungutan Chanyeol. Dia yang sedang melayari internet di telefon bimbitnya terus melihat Chanyeol yang cepat-cepat mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Kalau kau lapar, kau pergilah makan kat luar atau pesan makanan ke? Macamlah kat dunia ni tak ada restoran makanan segera." Ucap Suho sambil tangannya lincah menukar siaran televisyen sehinggalah menjumpai rancangan kegemarannya.

"Jom pergi, hyung." Ajak Chanyeol.

"Kau pergilah ajak Baekhyun ke Dyo ke... Oh jangan lupa ajak Sehun. Kesian dia lapar. Dia belum makan lagi. Aku dah makan dah. Kai kongsi ayam goreng yang dia pesan dengan aku tadi." Beritahu Suho.

"Tak ajak..." Chanyeol menarik muka. "Makan duo je..." Sambungnya lagi.

"Sebab kau tidurlah masa tu. Kesian pulak aku tengok sebab kau menggubah lagu sampai pagi semalam." Kata Suho. "Kau pergi jelah ajak sesiapa selain aku."

"Jom, Baekhyun." Ajak Chanyeol sambil memandang Baekhyun yang asyik bermain telefon pintarnya.

"Okay..." Pantas sahaja Baekhyun memberi respon.

"Ajak Dyo sekali." Tambah Chanyeol.

"Sehun kau jangan lupa pulak..." Suho mengingati Chanyeol.

"Okay Okay." Chanyeol mengangguk.

"Tapi kita nak pergi mana?" Soal Baekhyun.

Chanyeol mengangkat bahu. "Aku... tak tahu."

"Kau pergi jelah vivapolo jenguk umma kau." Suho memberi cadangan.

"Vivapolo?? Ouh... Kwaenchaneunde? Boleh makan percuma." Ujar Baekhyun.

"Makan percuma?!" Chanyeol mengecilkan matanya melihat Baekhyun yang sudah tersengih. "Okaylah. Jom pergi."

*****

“Yeoboseyo?” Ucap Hyunae setelah mengangkat panggilan daripada Hyeran. Dia yang sedang makan tengah hari terus sahaja berhenti dan meletakkan sudunya di atas meja apabila mengetahui yang Hyeran menelefonnya. Dia tidak sabar untuk mendengar berita daripada Hyeran. Dia sangat berharap yang ia adalah berita gembira. Jika Hyeran gembira maka, dia pun tumpang gembira.

“Macam mana dengan ujibakat kau?” Pantas sahaja Hyunae menyoal rakannya itu.

“Hyunae~!” Jerit Hyeran disertakan dengan tangisan.

Hyunae sangat terkejut apabila mendengar Hyeran menangis teresak-esak di hujung talian.

“Hyeranah, kenapa kau menangis pulak ni?” Soal Hyunae risau. Dia tidak sangka perkara akan menjadi seperti itu. “Kau kan lulus ujibakat tu kenapa nak menangis pulak? Kau menangis sebab gembira ke? Senyumlah.” Ujar Hyunae.

“Kau ni! Aku tak luluslah sebab tu aku menangis ni.” Beritahu Hyeran.

Hyunae mengeluh hampa. Dia benar-benar yakin yang Hyeran akan lulus ujibakat itu kerana Hyeran mempunyai bakat untuk menjadi seorang penyanyi.

“Dahlah tu. Janganlah sedih.” Kata Hyunae.

“Macam mana aku tak sedih? Aku malu tahu tak? Malu! Cuba kalau kau jadi aku.” Balas Hyeran separuh menjerit.

“Okaylah. Aku minta maaf. Aku kan yang suruh kau pergi ujibakat tu, kan? Aku minta maaf sangat-sangat. Kalau aku tahu macam inilah jadinya, aku tak mungkin akan suruh kau pergi ujibakat tu.”

“Aku dah gagal ujibakat dua kali tahu tak? Sekarang ni aku benci PJY!”

“Aku bom PJY Entertainment untuk kau okey?”

Hyunae sengaja membuat lawak yang tak jadi untuk menceriakan Hyeran kembali tetapi ternyata Hyeran berasa ia lawak. Hyeran tergelak kecil.

“Yeay! Kau dah ketawa dengan lawak aku. Kau mesti tengah tersenyum sekarang ni, kan? Janganlah menangis lagi.” Ternyata tidak sia-sia dia membuat lawak.

“Aku bukan menangis sebab kau buat lawak lah.” Ucap Hyeran.

“Habis tu?”

“Sebab… Aku dah berjaya kenakan kau! Aku tipu jelah tadi. Aku lulus ujibakat PJY.” Beritahu Hyeran gembira.

“Apa? Kau serius? Kau ni sampai hati tipu aku taw! Aku sedih taw tadi. Macam nak nangis je.” Kata Hyunae.

“Betul ke kau nak nangis? Nangislah. Aku nak dengar jugak, kalau boleh nak tengok. Haha.” Ujar Hyeran.

Hyunae merengus. “Tak apalah. Sekarang ni aku nak kena gembira sebab kau tengah gembira sekarang ni, kan? Kau tak nak ajak aku makan ke? Yelah kau kan dah lulus ujibakat itu.” Hyunae memberi alasan.

“Tapi, Hyunae.  Sebenarnya aku hanya lulus pusingan pertama. Aku dapat masuk Top 20. Dia suruh aku tunggu beberapa minit lagi untuk pusingan kedua. Kau doakanlah aku lulus peringkat kedua. Berkat doa kau jugak yang aku dapat masuk TOP 20. Terima kasih.” Jelas Hyeran.

“Ya. Aku pasti akan doakan kau.” Balas Hyunae.

“Eh, jap ya Hyunae. Ada panggilan masuk.” Kata Hyeran.

“Okey. Okey.”

“Eh. Tak apalah. Tak jadi sebab panggilan itu dari nombor yang tidak dikenali. Aku tak naklah jawab.”

“Okey. Tak payah jawab. Mana tahu orang jahat. Tapi, aku baru nak letak. Haha. Mian. Aku tengah makan ni.”

“Mian. Kau makan jelah. Aku nak letak.”

“Okey, nanti aku telefon kau balik.”

“Okey.”

“Annyeong.”

“Annyeong.”

*****

Hyeran mengerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenalinya tertera di skrin telefon bimbitnya. Sudah masuk lima kali orang yang tidak dikenali itu menelefonnya. Patutkah dia mengangkatnya. Kasihan pula orang itu kerana sudah banyak kali menelefonnya tetapi dia tidak mengenali orang itu. Siapa tahu kalau orang itu sengaja mahu membuat prank call. Tetapi, tak mungkin orang itu membuat prank call kerana sudah banyak kali dia menelefonnya. Siapa tahu si pemanggil itu ada perkara penting untuk diberitahu kepadanya.

Apabila sudah masuk kali keenam telefonnya berdering dengan nombor pemanggil yang sama, Hyeran tanpa segan silu mengangkat panggilan itu.

“Hello?”

“Kenapa susah sangat awak nak angkat panggilan saya? Awak beli telefon bimbit untuk apa? Untuk tengok waktu pukul berapa je ke?” Herdik si pemanggil.

Hyeran mengetap giginya. Wah. Wah. Wah. Dia yang telefon orang tak tentu pasal, dia yang marah.

“Saya minta maaf tapi ini bukan hospital sakit jiwa. Kalau saya tahu nombor hospital itu, pasti saya akan suruh jururawat hospital itu jemput awak.” Ucap Hyeran dengan sinis.

“Jangan nak kurang ajar, boleh tak?” Marah si pemanggil. Kedengaran dari suaranya, Hyeran sudah tahu tuan punya suara adalah perempuan. Haish, Perempuan meroyan manalah yang sesuka hati menyalah guna nombor telefonnya.

“Siapa yang kurang ajar sebenarnya? Suka hati telefon orang. Kalau dah puas dengar suara saya, saya nak letak.” Balas Hyeran.

“Tunggu! Jangan letak!”

“Awak ni siapa? Kenapa telefon saya? Nak apa? Sampai sekarang awak tak nak beritahu kalau awak masih tak nak bagitahu, saya nak letak.” Ugut Hyeran.

“Cik Yoon Hyeran!” Jerit si pemanggil.

“Saya tak tahu kenapa ramai sangat orang tahu nama saya sekarang ni. Saya letak okey?”

“Saya Seo Haewon.” Beritahu si pemanggil.

“Seo Haewon? Seo Haewon mana? Setahu saya, saya tak kenal mana-mana orang yang bernama Seo Haewon.”

“Saya guru vokal smALL Entertainment.”

smALL? Hyeran mengerut dahi. Orang itu mahu apa dengannya. Hisy, lebih baik dia cepat-cepat tutup panggilan.

“Maaf. Salah nombor.”

“Yoon Hyeranssi! Saya ada sesuatu nak beritahu awak. Tolong jangan letak.”

“Saya dah cakap salah nombor. Tolong jangan ganggu. Terima kasih.”

“Tolonglah dengar.”

“Baiklah. Awak ada dua minit.” Beritahu Hyeran.

Seo Haewon mendengus. “Tolong datang ke smALL Entertainment sekarang.”

“Kenapa pulak saya nak ke sana?!” Balas Hyeran dengan marah. Tak tentu pasal. Memang sewel perempuan ni.

“CEO smALL Entertainment, Tuan Kim Chiwon nak jumpa awak.” Jelas Seo Haewon.

“Ada perlu apa dia nak jumpa saya? Saya bukannya kawan dia yang dia nak jumpa-jumpa. Tolong beritahu kepada Tuan awak, ya. Terima kasih untuk pendahuluan.”

“Manalah saya tahu kenapa dia nak jumpa awak. Yang penting, awak kena datang juga. Kenapa? Tuan Kim Chiwon nak kena buat appointment ke untuk jumpa awak?”

“Mestilah. Awak ingat orang macam tuan awak je yang sibuk?”

“Okey. Jadi awak ada sedikit masa hari ini?”

“Saya sibuk untuk hari ini.”

“Hanya setengah jam sahaja. Tolonglah.”

“Saya dah cakap saya sibuk. Tak faham-faham ke?”

“Tolonglah. Nanti saya kena buang kerja.”

“Bagus juga tu. Awak rasa orang macam awak yang sangat kurang ajar ni layak ke untuk bekerja?”

“Tolonglah, Cik Hyeran. Saya merayu.”

“Baiklah. Tetapi cuma sepuluh minit lepas tu saya terus balik.”

“Baik. Terima kasih.”

“Sama-sama.”

*****

Puan Park yang sedang mengambil pesanan tersentak apabila terdengar suara jeritan para pelanggan restorannya. Dia terus menoleh ke pintu masuk kedai mana apabila terdengar bunyi loceng pintu.

“Umma!” Jerit Chanyeol gembira lalu mendapatkan Ummanya.

“Ah, Uri adeul.” Puan Park tersenyum lebar apabila ternampak Chanyeol. Mereka berdua berpelukan dengan erat.

“Bogosipeosseyo.” Beritahu Chanyeol.

“Nado.” Balas Puan Park. “Eh, Kyungsoo,  Baekhyunie dan Sehunnie pun ada?” Kata Puan Park lagi apabila ternampak tiga orang jejaka itu.

“Annyeong haseyo, Eomeoni.” D.O, Sehun dan Baekhyun terus menunduk hormat kepada Puan Park.

“Eomeoni, apa khabar?” Soal D.O. mesra sambil tersenyum.

“Sihat je. Uri adeul? Sihat?” Soal Puan Park Pula prihatin sambil  mengusap belakang D.O.

“Kami  sihat je, eomeoni.” Jawab Baekhyun sebagai wakil mereka berempat.

“Wah, Uri Baekhyunie semakin hensem. Sehunie pun mak cik tengok dah semakin hensem sekarang ya? Kamu pun Kyungsoo.” Ucap Puan Park sambil memandang ketiga-tiga jejaka di hadapannya satu persatu.

Baekhyun hanya ketawa mendengar pujian dari Puan Park manakala Sehun dan D.O. hanya tersenyum malu.

“Umma, saya? Chanyeol tak semakin hensem, ke?” Soal Chanyeol yang cemburu kerana Puan Park tidak memujinya juga.

Puan Park ketawa kecil lalu mengusap rambut Chanyeol. “Mestilah Chanyeol pun sama.”

Chanyeol ketawa. Puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Ummanya. “Umma, Baegopa. Saya rindu masakan Umma.” Chanyeol berkata dengan manja.

Puan Park mengangguk. “Ya. Umma tahu. Marilah. Ada sebuah lagi meja kosong.” Ajak Puan Park lalu menuju ke sebuah meja kosong.

“Duduklah.” Arah Puan Park. “Nanti umma bawakan makanan kegemaran kamu semua.”

“Ne. Terima kasih.” Ucap Baekhyun, Sehun dan D.O. manakala Chanyeol hanya tersenyum kepada Ummanya.

Setelah Puan Park pergi, ramai peminat yang mengurumuni mereka berempat. Mereka semua mahu meminta tandatangan. Mereka berempat sudah bersedia melakukan fanservice kerana mereka tahu yang akan terjadi perkara seperti ini jika mereka di khalayak ramai.

Satu persatu peminat diberikan tandatangan. Satu persatu juga peminat meninggalkan mereka. Selepas semua peminat sudah pergi, Baekhyun yang duduk di sebelah Chanyeol terus menyiku rusuk sahabatnya itu menyebabkan Chanyeol menjerit kesakitan.

“Aduh! Sakit tahu tak? Tajamnya siku kau.” Marah Chanyeol. Chanyeol seperti mahu menampar lengan Baekhyun tetapi tidak jadi.

“Mian.” Cepat-cepat Baekhyun meminta maaf. “Weh, Chanyeol. Jom kita tangkap gambar kat sini.”

“Selca (Selfie) maksud kau?” Soal CHanyeol walaupun sudah tahu.

“Yelah.”

“Haha kau nak promote Vivapolo ke? Sekejap lagi berduyun-duyun peminat datang ke sini.” Sehun yang dari tadi memerhati mereka berdua mencelah.

“Dahlah restoran ni dah macam sardin. Nak tambah sesak lagi?” Ujar D.O.

“Sukahatilah. Korang nak masuk jugak ke tak nak? Kalau nak duduk sebelah aku ni.” Kata Chanyeol.

D.O. membuat isyarat ‘tidak mahu’ manakala Sehun cepat-cepat duduk di sebelah Chanyeol.

“Tak apalah. Terima kasih je.” Ucap D.O.

Chanyeol menepuk dahi sambil mengeluh setelah melihat skrin telefon bimbitnya. “ Telefon aku tak ada baterilah. Aku lupa nak cas semalam.” Beritahu Chanyeol hampa manakala D.O. hanya ketawa kecil.

“Telefon Baekhyun hyung kan ada? Pakailah.” Cadang Sehun.

“Habis? Kau tak ada telefon?” Balas Baekhyun.

“Dah. Cepat bagi telefon kau.” Chanyeol sudah membuka telapak tangannya.

“Telefon aku. Takkan kau yang nak  tangkap?”

“Mestilah. Aku kan lebih pandai tangkap gambar daripada kau lagipun, aku yang kat tengah-tengah ni. Cepatlah.” Paksa Chanyeol.

Baekhyun hanya akur menyerahkan telefon bimbitnya. Mereka menangkap beberapa keping gambar sebelum memuat naik ke Instagram untuk menilai gambar yang mana yang lebih baik. Chanyeol yang sedang melihat semua gambar yang ditangkapnya tadi terkejut apabila dia terjumpa satu gambar. Chanyeol membesarkan matanya melihat gambar itu.

“Eh? Siapa perempuan tu, Hyung? Macam pernah nampak je?” Soal Sehun yang turut memanjangkan gambarnya melihat skrin telefon bimbit Baekhyun.

“Perempuan? Perempuan ma…” Baekhyun segera melihat skrin telefon bimbitnya. Dia terkejut apabila ternampak gambar yang dia ambil kira-kira sebulan lepas bersama seorang peminat. Telefon bimbitnya yang berada di tangan Chanyeol segera dirampas.

“Mana ada siapa-siapa. Peminat je.” Jawab Baekhyun.

“Tapi…” Kata Chanyeol sepatah sebelum menyambung, “Itu Yoon Hyeran, kan?”

Happy D.O.'s day!
Saengil Chukkahaeyo to uri Kyungsoo ^^v

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
930K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...