MRS NOAH QAISERยฉ

Por Starezella

1.8M 62.7K 3K

[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH... Mรกs

๐๐Ž๐€๐‡ ๐Š๐€๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐€
1
2
3
4
5 !
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49 !
50 !
51
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

52

21.9K 700 40
Por Starezella

DATIN ANITA memandang rumah Kamelia, dia hairan. Benarkah wanita itu tinggal di sini? Bagaimana?

"Lia tinggal sini dengan siapa?" Soal datin Anita selepas puas menilik kawasan rumah tersebut.

"Err Lia tinggal dengan.." katanya terhenti saat matanya dan mata Tengku Ian bertentangan. Dia takut akan mengecewakan lelaki itu tetapi dia juga tidak sampai hati untuk memberikan terus harapan kepada Tengku Ian.

Dari cara Tengku Ian melayannya dan juga Adam hari ini membuktikan lelaki itu masih menyimpan harapan untuk bersamanya.

"Dengan siapa Lia?" Soal datin Anita lagi. Cara percakapan Kamelia terhenti saat dia sedang menanti membuatkan rasa ingin tahunya membuak-buak.

Kamelia menarik nafas dalam.

Ya, dia seharusnya hentikan harapan Tengku Ian sekarang juga kerana tidak mungkin mereka bersama. Dia sudah bersuami dan dia masih cintakan Noah meskipun Noah mengatakan dia hanyalah pelacur di kaki lelaki tersebut.

Maafkan saya, Tengku Ian.

"Lia tinggal sini dengan suami Lia, ayah kandung Adam." Wajah Tengku Ian perlahan-lahan berubah kendur. Jadi selama ini, Kamelia sudah berkahwin dengan lelaki yang dia cakapkan pada mereka berbulan-bulan lepas.

Prak!

Hancur sekeping hati Tengku Ian Hadith.

Datin Anita sedar perubahan anak lelakinya, dia tahu Tengku Ian sedang kecewa saat ini. Namun, dia tidak bisa berbuat apa-apa. Kebahagiaan Kamelia dan Adam adalah kebahagiaannya juga.

"Tahniah, bila Lia kahwin? Tak sempat mama nak tengok Lia bersanding.." datin Anita bersuara, cuba memeriahkan suasana yang secara tiba-tiba berubah menjadi sunyi sepi.

Kamelia mengebam bibirnya. Dia sedar dia sedang mengecewakan Tengku Ian.

"Err sebulan lepas mama," balasnya perlahan.

"Mama turut happy buat Lia dengan Adam, Ian.. Ian senyap je? Tak nak ucapkan tahniah dekat Kamelia ke?" Anaknya yang membisu diseru, lelaki itu segera mencarik senyuman kelat.

Hidung Kamelia dicuit.

"Tahniah, dah jadi isteri orangnya rupa Lia. Adam, Adam pun dah ayah eh? Tapi ingat papa Ian tetap first papa bagi Adam. Adam tetap anak papa dan Lia tetap.." katanya dihentikan.

Jelas wajahnya sedang kecewa. Bagai kaca terhempas ke batu hatinya saat mendengar kata-kata, dia sedar dia sudah tiada peluang buat menjadi suami buat wanita yang dicintainya.

Harapan yang tinggi tadi sudah terbang dibawa angin saat Kamelia jujur padanya.

"Apa-apa pun, Ian ucapkan selamat pengantin baharu dan semoga Lia bahagia sehingga ke anak cucu," bahu Kamelia ditepuk lembut.

"Tuan Ian.."

"Panggil sahaja Ian, kita sekarangkan kawan? Tak selesa pula Ian kalau Lia panggil Ian dengan gelaran tuan, Ian bukan tuan Lia tau." Tawa dipaksa keluar. Dia harus bahagia demi Kamelia dan juga Adam.

Kamelia menghela nafas lega.

Sekurang-kurangnya Tengku Ian tidak memutuskan persahabatan mereka.

"Ian dengan Lia pergilah bincang dekat luar, mama tunggu dekat dalam kereta." Arah datin Anita, dia pasti Kamelia dan juga anaknya pasti ada benda yang hendak dibincangkan secara privacy.

Kedua mengangguk akur, Adam diambil oleh Tengku Ian.

Badannya disandarkan ke badan kereta, pandangannya dibuang ke arah langit malam.

"Terima kasih sebab jujur dengan Ian, sekarang Ian tak perlu berharap pada Lia lagi kan?" Tengku Ian membuka bicara, nadanya jelas kedengaran kecewa.

Kamelia memandang wajah tenang Tengku Ian.

Dia sedar lelaki baik seperti Tengku Ian layak mendapatkan wanita yang jauh lebih baik darinya, dia tidak layak untuk Tengku Ian.

"Lia cuma tak nak buat Ian kecewa lagi teruk dari ini, Lia tahu Ian masih simpan harapan untuk Lia dan juga Adam sebab itu Lia memilih untuk jujur. Maafkan Lia, Ian. Lia harap hubungan baik kita masih dapat diteruskan seperti biasa, Lia harap Ian masih sudi menjadi sahabat baik Lia seperti dulu." Luahnya, Tengku Ian mengalihkan pandangan ke arah Kamelia.

Rambut Kamelia digosok lembut.

"Of course Lia masih kawan Ian malah Lia kena jadi kawan baik Ian dan Adam.." hidungnya dilagakan dengan hidung Adam.

Adam tersengih menunjukkan gusinya.

"Adam masih anak papa," sambungnya.

Kamelia tersenyum lega, sekurang-kurangnya antara mereka berdua sudah jelas.

"Ian, ingat esok nak mula tackle awek. Sebab kuota Lia dah terisi, jadi takkan Ian nak membujang sampai ke tua? Teringin juga nak rasa disayangi." Selorohnya sedangkan belum tentu hatinya dapat dibuka buat mana-mana gadis sekarang ini. Cintanya masih utuh buat Kamelia.

Dia harus belajar move on! Ya, move on.

"Ha, baguslah. Dapat Lia rasa anak buah cepat." Tengku Ian tergelak perlahan.

"Okaylah, Ian nak minta diri dulu. Mama tadi siang konon nak jalan-jalan tapi lepas je jumpa Lia dengan Adam, terus lupa nak jalan-jalan. Kamelia jaga diri dengan keluarga.. Kalau ada masalah apa-apa, Lia boleh text Ian. Nombor Ian, Lia dah ambil tadi kan?" Kamelia mengangguk.

Daun pintu kereta dibuka, wajahnya dijegulkan ke dalam kereta.

"Mama nak kiss Adam dengan Lia tak? Kita nak gerak balik dah ni," datin Anita segera mendapatkan Kamelia. Dikucup sepuas-puasnya dua insan yang dirindunya ini walaupun mereka sudah meluangkan waktu satu hari ini namun rasa rindunya masih menebal.

"Jaga diri Lia ya, kalau ada waktu, datanglah jenguk mama. Bawa suami sekali, mama nak juga tengok rupa suami Lia." Pelawanya, Kamelia menjatuhkan kepala tanda akur.

"In sha Allah mama. Mama dengan Ian hati-hati dekat tengah jalan raya. Asalamualaikum." Lambaian diberikan sebelum kereta Tengku Ian hilang dalam kepekatan malam.

Pusing sahaja dia, Noah sudah tercegat di belakangnya.

Hampir sahaja luruh jantungnya.

"Allah! Kenapa dengan kau ni Noah? Takde salam, terus muncul je dekat belakang aku. Sebaik aku takde serangan jantung. Kalau tak, ish!" Omelnya geram.

Wajah tegang Noah sedang berpeluk tubuh dipandang.

"Siapa tadi tu? Aku dengar kau sebut nama dia Ian? Jantan mana pula kau nak goda ni? Tak cukup yang nama abang Im kau tu, sekarang Ian pula? Huh kalau mu.." terus Kamelia meletakkan jari ke bibirnya, terjeda ayatnya.

"Sebelum kau nak panggil aku murah, itu kawan aku, Ian. Nama dia Tengku Ian, dia yang jaga aku masa aku susah dekat KL dulu. Dan jangan risau, mama dia ada sekali tadi. Jadi, kami tak berduaan." Balas Kamelia tenang. Noah memusingkan bebola matanya ke atas.

Ha suka hatilah!

"Puas hati? Jangan banyak kali ingatkan aku, aku sedar siapa aku dekat mata kau. Murah, sundal, pelacur.. Apa lagi?" Kali ini giliran Noah pula terdiam. Kamelia menahan senyum melihat kekalahan suaminya.

Dia sudah kenal benar dengan perangai Noah. Terutama mulut firaunnya! Sebaik dia seorang wanita berhati sabar dan cekal.

"Baguslah kalau kau dah sedar! Dah jom.." tangan Kamelia ditarik masuk ke dalam rumah.

"Eh nak ke mana?" Soal Kamelia panik, tiba-tiba sahaja ditarik secara mendadak ke dalam rumah. Hampir sahaja terlepas Adam dari dukungannya.

"Buat anak.. Kau janji apa dengan aku pagi tadi?" Kamelia mengeluh. Noah masih ingat rupanya janji yang diberikan padanya pagi tadi. Tak sangka lelaki ni kuat juga nafsunya.

Sabar jelah!

"Adam macam mana?"

"Dia faham keadaan mama dengan papa dia!" Balas Noah selamba membuatkan Kamelia ternganga.

Dasar firaun, depan anak kot! Ujar Kamelia geram.

***

So kepada shipper Ian-Lia,

Semoga mimpi indah wkwkw.

Kepada shipper Noah-Lia,

Lets continue our adventures! Yeah yeah haha.

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

352K 30.9K 69
Aidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai y...
389K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
398K 5.9K 17
POV1 (2017-2024) Kerana dia lebih tahu Hanya kerana lima puluh ribu, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan jug...
1.1M 61.2K 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecu...