MRS NOAH QAISERΒ©

Por Starezella

1.8M 62.6K 3K

[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH... MΓ‘s

ππŽπ€π‡ πŠπ€πŒπ„π‹πˆπ€
1
2
3
4
5 !
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49 !
50 !
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

24

15.5K 610 57
Por Starezella

SITI bantu memimpin Kamelia masuk ke dalam rumah agam majikannya.

"Terima kasih Siti sebab tolong saya dan tolong sampaikan juga ucapan terima kasih saya pada lelaki tadi. Bantuan awak saya sangat hargai," Siti mengangguk sahaja, kepergian Kamelia dihantar dengan sorotan mata.

Harun mendekati Siti.

"Siti, siapa perempuan tu? Kenapa dia tinggal dekat sini? Abang tak pernah tengok pun dan kenapa dia luka-luka macam tu?" Soal Harun panjang lebar.

Siti mengeluh perlahan.

Tangan Harun ditarik mendekati kereta Saga lelaki itu.

"Macam ni, siang tadi dia datang dengan anak dia. Lepastu dia cakap dia kawan pada tuan Noah dan puan Amanda, Siti takdelah nak kecoh sangat sebab dari gaya puan layan perempuan tadi tu nampak akrab sangat. Mungkin betul dorang kawan dan..." katanya terjeda.

Pandangan dihala kiri dan kanan dan saat sedar tiada orang, bibirnya didekatkan ke wajah Harun.

"Perempuan tadi dia ada gaduh dengan tuan Noah dan cuba teka apa Siti dengar?" Harun menjungkit keningnya.

"Dia kata anak yang ada dalam dukungan dia tu anak tuan Noah." mulut Harun yang ternganga ditepuk perlahan, cepat-cepat lelaki itu mengaru leher malu.

"Siti tak tipu kan? Mana tahu Siti dengar salah ke?" Teka Harun, Siti laju menggeleng.

"Masalahnya dorang cakap tu masa Siti ada dekat situ tau, bang. Abang fikir Siti pekak sangat ke?" Raut wajahnya kelihatan tidak puas hati.

"Hehe, abang saja nak confirm je."

"Jadi, kenapa pulak perempuan tu boleh tiba-tiba dekat tengah hutan tu sorang-sorang dengan anak dia? Hisy, abang rasa peliklah dengan perempuan. Dan Siti tak rasa aneh ke? Sejak tuan Noah dengan puan Amanda kahwin, tak pernah lagi nampak wajah perempuan tu kan?" Ujar Harun secara tiba-tiba, Siti mengangguk setuju.

"Itu Siti tak tahu, bang. Apa-apa pun esok abang datang kerjakan? Jangan lupa jumpa Siti sebelum balik. Bye, love you abang. Muah!" Sempat flying kiss diberikan kepada bakal imamnya, Harun tersengih malu sebelum kucupan cinta yang dibiarkan kekasih hatinya disambut.

"Abang balik dulu, bye sayangku. Muah and love you forever and ever." Sempat lagi adegan romantik dilakukan seperti sediakala.

Siapa tidak kenal Harun dan Siti? Kisah cinta mereka lagi romantik dari Romeo and Juliet. Itu kata merekalah.

"Hehe, bye." Hilang sahaja kereta Harun dari pandangan, Siti terdiam sejenak memikirkan kembali kata-kata Harun. Benar juga, kenapa Kamelia boleh berada di tengah-tengah hutan seorang diri bersama bayinya?

Malas hendak memikirkannya lagi, Siti terus menapak masuk ke dalam rumah agam majikannya. Namun saat hendak mengapai selipar yang sering digunakan sebelum masuk ke rumah terhenti saat mendengar pertengkaran hebat di dalam rumah.

Laju dia menapak masuk, terkedu dia saat melihat majikannya sedang bergaduh.

Pertama kali dia melihat mereka bergaduh, selama ini mereka seperti belangkas. Kemana-mana sahaja berdua dan ada sahaja adegan romantik yang ditunjukkan.

Siti bingung, apa sudah jadi dengan keadaan rumah majikannya?

"Lepaskan sayang, awak penipu, Noah! Awak penipu. Keluar dari sini, bawa betina simpanan awak ni sekali! Bawa sekali anak haram awak ni." Dada Noah dipukul bertubi-tubi.

Kamelia yang sedang mendukung anak tirinya dipandang benci.

Rasa jijik kerana telah menyalurkan kasih-sayang pada budak yang merupakan anak luar nikah suaminya bersama kawan baiknya sendiri.

"Kau.. Kau perempuan, tahniah sebab dah berjaya hancurkan rumahtangga aku." Ujarnya dalam tangisan yang hebat.

Noah terus memeluk Amanda, dia sedar dia penyebab wanita itu menjadi begini.

Kamelia hanya mendiamkan diri. Bukan ini yang dia mahukan! Dia cuma mahu Adam bersama ayah kandungnya bukan menghancurkan rumahtangga sahabat baiknya sendiri.

"Aku..."

"Kau diam sundal! Sebab kau, keluarga aku dah porak-peranda. Kenapa kau ada lagi dekat sini? Aku ingatkan kau dah mati dekat hutan tu dengan anak sial ni! Aku nak kau berambus sekarang. Berambus jalang!" Jerkah Noah kuat, wajahnya sudah merah padam.

Anak matanya tajam memandang ke arah Kamelia.

"Please halau dia dari rumah kita, saya tak nak tengok muka dia dengan anak haram awak tu." Ujar Amanda sebelum rebah ke dalam pelukan Noah.

Noah cemas, wajah isterinya dipukul lembut. Tiada tanda-tanda yang dia akan sedar. Segera telefon pintar diraih lalu nombor ambulans didail.

"Sayang.. Please.. Abang minta maaf, jangan macam ini," air matanya mengalir deras. Wanita kesayangannya pengsan kerana perbuatan bodohnya. Tidak seharusnya dia terleka dengan godaan bodoh Kamelia.

Dasar betina sundal!

"ISTERI tuan baik-baik sahaja cuma mungkin stress membuatkan darah dia turun, tuan kena pantau dia jangan bagi dia stress sebab saya takut nanti ada kesan di kemudian hari," pesan doktor india lelaki tersebut sambil menepuk lembut bahu Noah.

Noah mengangguk faham.

Nafas lega dihembus.

"Kalau macam itu, saya minta diri dulu." Hilang sahaja bayangan doktor india yang merawat isterinya, Noah segera mendapatkan jururawat yang melintasinya.

"Boleh tak kalau isteri saya dah sedar, tolong inform dekat saya sebab sekarang saya ada hal. Nanti saya datang semula," mendapat anggukan dari jururawat tersebut, Noah terus melangkah pergi.

Destinasi yang hendak dituju sekarang adalah rumah. Dia ingin bersemuka dengan Kamelia.

Hatinya kembali mendidih mengingat kejadian semalam, memikirkan isterinya jatuh pengsan, membuatkan dia tidak mengerjakan Kamelia. Kalau tidak, sudah lunyai wanita itu kena!

Pedal minyak kereta sportnya ditekan kuat. Hatinya sedang diamuk rasa marah sekarang ini.

Kau tunggu, Kamelia!

KAMELIA segera mendapatkan Noah di daun pintu saat deruman enjin kereta sport lelaki itu kedengaran, dia ingin mengetahui keadaan Amanda. Jujur dia sangat risau dengan keadaan wanita itu.

Dia yang bersalah membuat Amanda pengsan sehingga dikejarkan ke hospital semalam.

"No.." lengannya terus dicengkam kuat lalu ditarik ke luar rumah.

"Ouch.. Sakit Noah.." tangan Noah cuba dilepaskan malangnya genggaman lelaki itu jauh lebih kuat.

"Dasar sundal! Disebabkan kau, Amanda masuk hospital. Kau ni memang pelacur murah sangat ke huh? Tak cukup dengan kau dah lahirkan anak haram ni, sekarang kau gunakan budak ni sebagai motif untuk hancurkan hubungan aku dengan Amanda ya? Hati kau memang hati iblis ke jalang?!" Amuk Noah sambil menunjal berulang kali wajah Kamelia kasar.

Tidak dihiraukan wanita itu yang meringis kesakitan.

"Noah... Aku tak bermaksud nak hancurkan hubungan kau. Sumpa.."

"Tak payah sumpahlah, sial! Kau memang nak tengok aku mengamuk ke sundal? Tak cukup aku tinggalkan kau dekat hutan tu sekarang kau buat isteri aku sampai masuk hospital. Kau ni memang perempuan murahan." Ditolak wajah Kamelia sehingga tersentak ke lantai.

Tidak dihiraukan darah yang mengalir dari wajah wanita itu.

Yang penting hatinya puas.

"Siti.." jeritnya kuat, terkocoh-kocoh pembantunya datang.

"Ya, tuan.." terbit perasaan kasihan terhadap nasib Kamelia.

"Kau kemas barang sundal ni sekarang juga dan bawa anak haram dia sekali ke sini, now!" Bagai lipas kudung Siti berlari masuk ke dalam. Belum pernah dia tengok Noah segarang ini.

Noah berlutut di hadapan Noah.

Pipi wanita itu dicengkam.

"Kau dengar sini sundal, mulai hari ini berambus dari pandangan aku dengan isteri aku! Aku haramkan kau bawa anak haram tu datang rumah aku! Kau faham tak? Kalau tak, aku akan bunuh kau dengan budak tu sekali! Aku betul-betul maksudkannya Kamelia, jangan cabar aku." Jerkahnya, cengkaman dilepaskan kasar.

Air mata Kamelia mengalir laju.

Muncul sahaja Siti dengan beg kain serta anak kecilnya, Kamelia terus bangkit dari lantai walaupun badannya terasa sungguh sakit saat ini.

Air mata diseka perlahan.

Beg serta Adam diambil, sempat ucapan terima kasih diberikan walaupun bibirnya sudah pecah darah saat ini. Semakin kasihan Siti melihat ketidakdayaan Kamelia, dia tidak tahu punca dan siapa sebenarnya Kamelia pada majikannya. Yang dia tahu, dia kasihan dengan nasib wanita itu.

"Siti, apa awak tercegat dekat situ lagi. Abaikan sundal tu dan tolong kemas pakaian isteri saya, sekarang!" Tegas Noah bersuara, Siti segera mengangguk.

Sempat pandangan dihalakan pada Kamelia yang sedang berdengkot-dengkot jalan keluar.

Telefon jenama vivonya dikeluarkan, segera nama Harun dicari.

"Asalamualaikum abang.."

"Walaikumusalam, aik, belum apa-apa lagi dah rindu abang ke? Nakal betul bakal isteri abang ni.." sempat lagi tawa nakal kedengaran. Siti mengeluh berat.

"Abang serius sikit, Siti takde masa nak bergurau sekarang ni." Harun mengerut kening. Pelik, Siti tidak termakan gurauannya seperti selalu.

"Siti nak minta tolong ni.."

"Tolong apa? Abang Harun sedia membantu!"

***

Sakit jiwa betul aku dengan Noah even aku tulis sendiri. Kahkah.

Okey siapa nak join aku pergi farmasi beli ubat darah tinggi? Haha

Seguir leyendo

TambiΓ©n te gustarΓ‘n

564K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.1M 62K 63
[COMPLETED BUT UNDER MAJOR EDITING] ⚠️ MATURED CONTENT/LANGUAGE Tengku Khalid, Nama seindah tuannya. Kacak dan bergaya, antara jutawan terkenal di...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
3.9M 160K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...