MRS NOAH QAISERΒ©

By Starezella

1.8M 62.7K 3K

[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH... More

ππŽπ€π‡ πŠπ€πŒπ„π‹πˆπ€
1
2
3
4
5 !
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49 !
50 !
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

23

14.8K 606 20
By Starezella

KERETA sport milik Noah berhenti secara mendadak di tengah-tengah hutan membuatkan dahi Kamelia hampir mengenai dashboard kereta. Jantung Kamelia berdegup kencang, keadaan anaknya diperiksa. Hembusan nafas lega kedengaran, sebaik anaknya baik-baik sahaja.

Noah di sebelah dipandang.

"Kau gila ke Noah? Kau tahu tak Adam boleh terluka kalau kau berhenti mendadak macam itu! Kau tak sayang anak ke?" Soal Kamelia geram, wajah bengis Noah ditatap berani.

"Memang aku gila, kalau boleh, budak tu aku nak bunuh terus! Dan satu lagi, dia bukan anak aku! Dia anak haram kau!" Tengking Noah, mata serta wajahnya sudah merah padam.

Kamelia tersentak.

"Sekarang kau keluar dari sini, aku tak nak tengok muka kau!" Halau Noah secara tiba-tiba, Kamelia menggeleng. Kawasan sekeliling dipandang, hanya hutan yang gelap-gelita, lampu pun malap.

Dia takut.

Noah pasti bergurau dengannya.

Lengan Noah digapai.

"Please jangan tinggalkan aku dekat sini, aku.. Aku takut, gelap.. Adam macam mana? Kalau.." Noah merentap kasar tangannya.

"Baguslah ada perompak ke pembunuh dekat sini, biar dia bunuh terus korang berdua, tak perlu menyusahkan lagi hidup aku dengan isteri aku! Dah blah sekarang aku cakap, kalau tak aku sendiri paksa kau keluar." Tegas Noah.

Rayuan Kamelia langsung tidak dihiraukan.

"Noah, takkan semata-mata kau bawa kitorang untuk tinggalkan aku dengan Adam dekat sini? Noah sini bahayalah, macam mana dengan Adam? Kau tak kesian ke dengan darah daging kau sendiri. Sampai hati kau buat aku dengan Adam macam ni! Kalau kau nak aku berambus dari life kau, baiklah! Aku berambus, tapi tolong bawa aku dengan Adam dari sini. Aku janji balik nanti aku kemas beg aku semua." Rayu Kamelia bersungguh-sungguh.

Air matanya laju menitik.

"Pergi mampos dengan rayuan kau! Ya, memang aku nak bawa kau pergi sini supaya kau sedar yang aku betul-betul maksudkan kata aku benci dekat kau dengan anak haram ni. Biar kau serik! Sekarang keluar!" Tubuh Kamelia ditolak kasar.

Kamelia laju menggeleng.

"Please.."

"Kau ni memang sial kan? Tak faham bahasa! Perempuan jenis sundal macam kau ni memang kena berkasar, kau nak aku berkasar kan? Okey.." pintu kereta sportnya dibuka kasar lalu kakinya melangkah ke arah daun pintu Kamelia.

Kamelia menggeleng laju.

"Please.."

Malangnya tiada langsung belas kasihan buat Kamelia dan anak mereka, ditarik tubuh kecil Kamelia lalu ditolak ke jalan raya.

"Kalau sundal memang sentiasa sundal! Padan muka kau jalang sekarang kita tengok macam mana hidup kau lepas kena tinggal dekat sini, huh! Merempatlah kau sorang-sorang." Sejurus itu, Noah segera menaiki kereta sportnya dan meninggalkan Kamelia seorang diri di kawasan gelap tersebut.

Kamelia memandang kawasan sekeliling.

Jantungnya mengepam darah laju.

Dia sedikit takut dengan gelap, di tambah lagi dengan otaknya yang berimaginasi bahawa ada orang-orang jahat yang akan menyakiti dirinya atau anak lelakinya.

Keadaan Adam diperiksa, dia menghela nafas lega saat anaknya kelihatan baik-baik sahaja. Apa salah kita sampai papa benci kita sangat, sayang? Bisik Kamelia perlahan sambil tangannya menyeka air mata yang mengalir perlahan.

Saat Kamelia cuba bangun, kakinya terasa sedikit sakit. Rupanya ada kesan luka, mungkin kerana ditolak kuat oleh Noah tadi ke jalan raya. Walaupun sakit, dia teruskan juga usahanya untuk bangun dan berjalan dalam kegelapan walaupun dia takut.

Demi Adam, mama sanggup berani.

NOAH menghentikan kereta sportnya di dada jalan, tangannya menghentak kuat stereng kereta. Dia sungguh marah saat ini.

Kenapa Amanda boleh dengar perbualannya bersama Kamelia?

"Semua sebab betina jalang tu! Kalau dia tak datang dalam life aku dengan Amanda, kami mesti bahagia je. Siallah!" Amuknya kuat, berkali-kali stereng kereta dipukul bagi melepaskan amarah.

Wajah Kamelia yang berpura-pura polos itu dibayangkan di stereng kereta tersebut.

"Aku harap kau dengan anak haram tu mampos dekat sana! Dasar malapetaka! Kenapalah aku boleh kenal betina sundal macam kau, bodoh betul." Sumpah seranahnya lagi.

Terbayang wajah Amanda yang sedang menangis tadi membuatkan jiwa lelaki rasa bersalah, dia hanya mencintai Amanda sahaja. Perbuatan terlanjurnya itu hanyalah kesilapan bodoh semata-mata.

Dia takut kehilangan Amanda.

Maafkan abang, sayang. Bisik hati lelakinya.

Enjin kereta dimulai lalu pedal minyak ditekan kuat.

Dia harus menjelaskan pada Amanda bahawa ini semua bukan salahnya, ya, bukan salahnya.

"Tunggu abang, abang akan jelaskan pada Amanda, sayang."

SITI tergelak galak mendengar lawak dari Harun yang merupakan kekasihnya. Sudah lama mereka berhubungan membuatkan Siti bertambah sayang padanya.

Harun merupakan tukang kebun di tempat dia bekerja sebagai pembantu rumah, cuma Harun jarang kelihatan di rumah majikan mereka memandangkan tugasnya hanya tiga kali seminggu sahaja.

"Abang ni.. Buat Siti gelak hodoh je. Tak cantik Siti nanti," ujarnya sambil tersipu malu, Harun tersengih.

"Alah, Siti gelak kuat mana pun bagi abang Siti tetap cute. Sebab gelak Siti, abang jatuh cinta tau. Orang putih gelar fall in love, gitu." Bersemu merah wajah Siti, paling lemah kalau Harun memujinya. Walaupun Harun berusia hampir 40-an namun tidak dapat dihalang rasa cintanya pada lelaki itu.

"Abang ni.. Eh, abang stop!" Secara terkejut Harun memberhentikan kereta Saga miliknya.

"Apa Siti? Kenapa buat abang terkejut macam itu? Kalau kita excident macam mana? Tak nak kahwin ke?" Bebel Harun.

Siti menggeleng, laju jari telunjuknya ke arah hadapan.

Kelihatan seorang wanita sedang berjalan sambil terdengkot-dengkot di dalam kegelapan malam.

"Abang tengok tu, apa kata kalau abang pergi tengok? Kesian Siti tengok dalam gelap-gelap begini jalan kaki.." arah Siti, Harun meneguk air liur kesat. Kawasan sekeliling diperhatikan, gelap-gelita begini ada wanita berjalan kaki? Entah-entah, Harun laju menggeleng perlahan.

"Abang.. Erm lantakkan ajelah Siti," tolak Harun. Leher digaru perlahan.

"Abang ni penakut eh? Takpe kalau abang tak nak, Siti pergi tengok. Hisy, tak manly betul." Ujar Siti geram, Harun mengaru kepala pula.

Apa maksud manly?

Baru saja pintu kereta hendak dibuka, Harun menahannya.

"Takpe, biar abang je tengok. Abang nak jadi hero." Siti menahan senyum, lengan Harun dipukul perlahan.

"Abang ni, hisy buat Siti cair je."

"Hehe," Harun membuka daun pintu lalu kakinya melangkah ke arah wanita tersebut, dengan meneguk air liur perlahan, bahu wanita itu dicuit. Saat mata mereka bertentangan, Harun menghela nafas lega. Manusia rupanya, tenang sikit hatinya.

"Buat apa cik jalan kaki dalam gelap ni dengan anak ni? Suami mana?" Soal Harun lembut, seluar wanita itu kelihatan ada darah.

Dia bergelut dengan siapa dalam gelap ni? Entah-entah pembunuh. Simpul Harun seorang diri.

"Saya.. Saya ada masalah sikit, boleh encik tolong saya tak? Tolong hantar saya balik, anak.. Anak saya dah kesejukan ni." Harun mengaru kepala perlahan, ragu-ragu dia menjatuhkan kepalanya.

Wanita itu dipimpin ke arah kereta.

Cermin tingkap Siti diketuk.

"Dia minta tumpang balik, Siti okey ke?" Soal Harun.

"Apa yang tak okeynya, bang. Mana dia? Siti nak ten.." hampir ternganga gadis itu saat wajah Kamelia yang muncul.

Apa wanita ni buat di sini? Macam mana?

"Siti.." ucap Kamelia perlahan.

"Aik, Siti kenal ke?" Soal Harun bingung. Siti laju mengangguk.

"Nanti Siti bagitahu abang, suruh dia masuk dulu." Harun mengangguk akur sebelum membuka pintu kereta belakang buat wanita misteri yang dibantunya tadi.

"Siti.."

"Abang pandu dulu, nanti Siti bagitahu." Harun akur, pedal minyak ditekan kuat.

***

Okey siapa nak join saya ke mahkamah untuk pendakwaan terhadap Noah? Haha.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 62K 63
[COMPLETED BUT UNDER MAJOR EDITING] ⚠️ MATURED CONTENT/LANGUAGE Tengku Khalid, Nama seindah tuannya. Kacak dan bergaya, antara jutawan terkenal di...
1M 40.4K 60
[π‘π¨π¦πšπ§πœπž π’πžπ«π’πžπ¬] DANIEL HANZ ANAQI Γ— DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...
673K 44.5K 62
-"I don't need a perfect one, I just need who can treat me like I'm the only one"- ---- DAYHANI Dyanah. Kata orang dia seperti...
1.1M 61.2K 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecu...