MRS NOAH QAISERΒ©

Von Starezella

1.8M 62.7K 3K

[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH... Mehr

ππŽπ€π‡ πŠπ€πŒπ„π‹πˆπ€
1
2
3
4
5 !
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49 !
50 !
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

20

19K 655 41
Von Starezella

MINUMAN sejuk berperisa oren kordial diberikan kepada wanita yang sedang fokus bermain dengan anak kecilnya, wujud perasaan kasihan terhadap wanita itu. Siapa dia? Soal Siti sendiri di dalam hati. Sebelum ini dia tidak pernah melihat wajah wanita itu.

Apa kaitan dia dengan Puan Amanda dulu? Kawan? Kawan rapat ke? Pelbagai soalan muncul di benaknya namun hanya dikuburkan sahaja. Dia tidak mahu digelar penyibuk.

"Terima kasih cik.." ujar Kamelia perlahan sebelum gelas kaca bertukar tangan.

Siti hanya mengangguk pelan.

"Jangan panggil saya cik, saya ni pembantu je dekat sini. Erm puan masuklah dulu sebab tuan rumah ni dah suruh saya ajak puan masuk." Kamelia laju menggeleng.

"Takpe, duduk dekat pondok ni pun saya dah selesa." Tolak Kamelia baik, Siti mengaru kepalanya tidak gatal. Bayi kecil yang berada di pegangan wanita itu dipandang kasihan, wajahnya kelihatan merah-merah mungkin kerana cuaca yang panas.

"Kesian anak puan, panas dia dekat situ. Dalam ada kipas, masuklah puan." Pujuk Siti lagi.

Akhirnya Kamelia mengalah demi Adam, ada benarnya kata wanita itu. Wajah merah Adam menunjukkan anaknya sedang kepanasan tetapi syukur anaknya bukan jenis meragam.

"Mari sini saya bantu angkat beg puan," beg kain di tangan Kamelia diambil tanpa menunggu balasan Kamelia.

"Puan duduk dulu sini kejap, puan Amanda akan pulang sekejap lagi." Kamelia mengangguk akur, baru sahaja pembantu wanita itu ingin berlalu, Kamelia segera menahan tangannya.

"Tuan Noah? Dan tolong jangan panggil saya puan, panggil sahaja saya Kamelia. Dari wajah awak, saya tahu awak hampir seusia saya." Ujar Kamelia lembut. Siti terdiam sebelum mengangguk akur.

"Tuan Noah saya tak dapat inform, pu..Kamelia, selalunya tuan mungkin sedang sibuk bermesyuarat." Balasan dari pembantu itu membuatkan Kamelia terangguk kecil.

"Kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu.." wajah Adam dipandang gembira, akhirnya wajah yang dirindui dapat dilihat kembali. Bagaimana Noah sekarang? Bertambah kacakkah dia?

Kawasan dalam rumah agam Amanda dan Noah dipandang. Cantik, hanya itu sahaja yang mampu Kamelia simpulkan.

Cemburu? Ya, Kamelia cemburu. Andai sahaja wanita pilihan Noah adalah dia. Pasti dia yang duduk di rumah ini sekarang dan Adam, Adam tidak perlu merasa hidup susah begini.

Terjentik di hati kecil Kamelia apakah mereka berdua sudah mempunyai cahaya mata sendiri?

Sedang Kamelia khayal dalam dunia sendiri, Siti bergegas mendapatkan daun pintu tatkala bunyi deruman kereta sport milik bos besarnya iaitu Noah Qaiser kedengaran di luar.

Daun pintu dibuka awal, muncul Noah dengan beg bimbit di tangan sambil matanya fokus pada tablet kerjanya. Kehadiran Kamelia masih tidak disedari, beg bimbit dihulurkan kepada Siti seperti sediakala.

"Selamat pulang, tuan Noah." Noah hanya mengangguk sambil tangannya ligat melepaskan kaca mata hitam dari wajah kacaknya.

"Puan dah balik belum?" Soal Noal selamba. Manakala Kamelia tersedar dari lamunannya saat suara gurau milik Noah kedengaran. Jantung Kamelia berdegup kencang, setelah lama tidak mendengar suara Noah, akhirnya kembali kedengaran.

"Belum tuan.. Tuan, sebenarnya.." suara Siti terputus saat pandangan Noah jatuh pada wanita yang sudah lama tidak muncul di pandangannya kembali semula. Dan bagaimana wanita ini bisa berada di syurganya bersama Amanda?

"Siapa izinkan dia masuk?!" Suara Noah kuat memenuhi ruangan tersebut, terkejut Siti memandangkan belum pernah lagi dia melihat tuan rumahnya mengamuk. Selama ini Noah terkenal dengan sifat lemah-lembut dan baik orangnya.

"Sa..saya tuan sebab.."

"Sebab apa?! Kenapa tak inform aku dulu? kenapa izinkan dia jejakkan tapak kaki dia yang kotor dekat rumah aku?! Siapa bagi kau kuasa lepaskan dia masuk ha?" Tersentak Siti dibuatnya.

Bibirnya menjadi kelu.

Kini pandangan singa Noah jatuh pada wanita yang dibencinya.

"Siapa izinkan kau muncul balik dalam hidup aku, jalang? Kau berambus dari sini sekarang sebelum aku kerjakan kau hidup-hidup! Get out now!" Jerkah Noah, Kamelia terdiam.

Noah masih membencinya.

Manakala Adam yang terkejut mendengar jeritan ayah kandungnya terus menangis kuat. Kamelia menepuk punggung anak lelakinya perlahan.

"Syuhh, sayang anak mama ni. Dia baikkan? Jangan menangis sayang. Syuhh.." pujukan demi pujukan diberikan tanpa menghiraukan pandangan tajam Noah.

Dalam masa yang sama, Noah kaget dengan tangisan bayi yang berada di dalam dukungan Kamelia. Siapa budak tu? Soalnya di dalam hati.

"Aku nak kau dengan budak tu berambus sekarang! Keluar sekarang. Siti, awak bawa dia keluar sekarang kalau tak saya pecat awak!" Mendengar ugutan dari majikan membuatkan Siti bergegas mendapatkan Kamelia dan bayinya.

Kamelia terus memandang berani ke arah Noah.

"Sampai hati kau nak halau aku dengan darah daging kau sendiri?!" Tempelak Kamelia sendiri membuatkan semua penghuni di situ terkaku termasuk Siti.

Hampir ternganga gadis itu.

"Ya, Adam ni anak kau. Anak kandu.."

"What's going on here?" Teguran seseorang membuatkan air liur Noah tersekat di kerongkong. Adakah isterinya mendengar kata-kata Kamelia? Noah dipagut rasa takut. Takut Amanda tahu perbuatan curangnya sebelum mereka berkahwin dahulu.

"Sayang.." cepat-cepat pandangan tajam diberikan kepada Siti supaya berlalu pergi. Perihal Siti nanti dia akan uruskan.

"Abang.. Siapa yang.. What? Lia? Ya Allah, dah lama sangat aku tak jumpa kau. Jadi, kaulah orang yang Siti maksudkan tadi? Patutlah jiwa aku tak tenang dari tadi, rupanya kau yang datang jumpa aku. Ya tuhan, bahagianya aku sekarang. Kau tahu tak aku dengan Noah dah lama cari kau." Amanda segera mendekati Kamelia namun saat matanya terjatuh pada Adam, langkahnya terhenti.

Noah menghela nafas lega melihat reaksi Amanda, bermakna isterinya tidak mendengar kata-kata Kamelia sebentar tadi.

"Wait! Anak siapa ni?" Soal Amanda membuatkan Noah kembali meneguk air liur kesat.

Sepantas mungkin isyarat mata diberikan kepada Kamelia supaya wanita itu menutup kebenaran di sebalik kewujudan bayi tersebut. Kamelia mengalah, nafas ditarik sebelum wajah manis Amanda dipandang.

"Ini anak aku dengan suami aku, arwah suami aku." Balasnya pendek dan terluka. Maafkan mama sayang sebab terpaksa sorokkan kebenaran tentang Adam dan papa Adam, bisik hati kecilnya.

Noah menghela nafas lega. Sebaik Kamelia memahami pandangan yang diberikan.

Amanda menekup mulut perlahan.

"Maafkan aku, Lia. Aku.. Aku tak berminat nak.." laju Kamelia menggeleng.

"Sebenarnya aku datang ni nak jumpa kau dengan Noah, dah lama kan aku menyepi? Aku.." Amanda terus menarik tangan Kamelia lalu kedua mereka melabuhkan punggung ke sofa lembut buatan Perancis.

"Baguslah, aku dengan Noah pun dah lama sangat tak jumpa kau. Kitorang pun rindu kau. By the way, apa nama anak kau ni? Comel betul aku tengok. Pipi dia tembam betul! Geram aku tengok." Adam yang berada di dalam dukungan Kamelia diambil. Amanda memang sukakan budak-budak sebab itu dia selesa memegang mereka.

Kamelia memandang redup Noah namun jelingan tajam sahaja yang diterimanya, Kamelia redha.

"Muhammad Tengku Adam Nuh, aku lagi selesa panggil dia Adam tapi ikut kaulah Amanda nak panggil dia apa, aku ikut sahaja." Balas Kamelia tenang.

"Sedapnya nama dia, ala jealous pulak! Aku panggil dia Adam jelah, senang sikit." Kamelia mengangguk pendek sambil memandang ke arah Amanda yang fokus bermain dengan anak lelakinya.

Tanpa Amanda sedar, anak yang dimainkan itu adalah anak tirinya sendiri cuma statusnya sahaja tidak sah.

Sedikit sebanyak Kamelia terkilan kerana Noah seakan jijik dengan anaknya sendiri.

"Sayang.. Abang naik atas dulu, nak mandi. Badan penat sangat ni." Tanpa menunggu balasan sang isteri, Noah terus melangkah pergi.

Kamelia menahan sebak.

Noah tidak sudi langsung nak memegang anak mereka. Air mata cuba ditahan.

"Lia.. Lia.." segera pandangannya dihala pada Amanda.

"Boleh tak kau stay dekat sini beberapa hari? Aku.. Aku nak lepas rindu dengan kau dan anak kau. Please?" Matanya dikedipkan beberapa kali sebelum Kamelia mengangguk akur.

Amanda terus menjerit bahagia.

Adam kembali dimain. Sudah lama dia mengimpikan mempunyai anak sendiri malangnya mereka belum ada rezeki, mungkin Adam akan menjadi penyeri keluarga mereka?

***

Sampai betul hati Noah buat Kamelia dengan anak dorang macam tu kan? Haih kejam betul.

Kesian Adam, takpe nanti auntie babap papa Adam tu. Nakal betul!

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1M 40.4K 60
[π‘π¨π¦πšπ§πœπž π’πžπ«π’πžπ¬] DANIEL HANZ ANAQI Γ— DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...
1.1M 61.2K 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecu...
398K 6K 17
POV1 (2017-2024) Kerana dia lebih tahu Hanya kerana lima puluh ribu, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan jug...
586K 28.3K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...