The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 8

2.8K 117 8
By sapphire_blue88

Seperti biasa, maaf kalau ada kesalahan... Nanti saya betulkan hehe... Comment Juseyo~~~

Chanyeol merenung perempuan yang kini di hadapannya. Perempuan yang memperkenalkan dirinya dengan nama 'Yoon Hyeran'. Siapakah perempuan itu sebenarnya? Dia berani bersumpah yang dia pernah melihat perempuan itu sebelumnya tetapi dia tidak ingat di mana. Wajah perempuan itu... seakan-akan pernah dilihatnya tetapi... di mana, ya? Chanyeol bingung memikirkannya. Apakah itu hanya perasaannya sahaja? Kalau betul ia hanyalah perasaannya jadi, dia sudah melebih-lebih.

Dia mengerut kening. Masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan perempuan itu. Hyeran langsung tidak mahu memandangnya. Perempuan itu membuangkan pandangannya ke lantai. Chanyeol menganggap bahawa tindakan Hyeran yang tidak sudi memandangnya kerana dia tidak selesa dan tidak suka akan sikapnya tetapi, sebenarnya Hyeran tidak sanggup menghadapi renungan Chanyeol yang membuatkan jantungnya berdegup laju.

"Awak pasti ke? Saya tak tahulah kenapa tapi saya..." Chanyeol tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada Hyeran tentang apa yang sedang bermain di fikirannya kini. Dia tidak tahu kenapa tetapi hatinya sangat tertarik dengan perempuan itu hinggakan dia tidak mahu melepaskan perempuan itu pergi kecuali perempuan itu menjawab pertanyaannya dengan jujur.

Permintaan Chanyeol ringkas sahaja. Beritahu di mana mereka pernah berjumpa. Hatinya membentak-bentak ingin tahu. Dia yakin yang mereka pernah berjumpa atau Chanyeol hanya tidak sengaja ternampak perempuan itu dimana-mana.

"Saya pasti saya ada nampak awak sebelum ini."

Hyeran mengeluh kecil tetapi keluhannya jelas kedengaran di telinga Chanyeol. "Tapi, ini pertemuan kita buat kali pertama, Park Chanyeolssi." Hyeran melawan perasaannya lalu merenung Chanyeol dengan marah. Dia mahu menunjukkan perasaannya kini kepada Chanyeol.

"Jadi, tolong pergi. Awak menghalang jalan saya." Tambah Hyeran lagi.

Sebenarnya, Hyeran sangat berharap yang Chanyeol tidak mengecamnya tetapi ternyata lelaki itu mengecamnya juga. Dan kini, Chanyeol tidak mahu melepaskannya pergi sehingga dia mengaku yang mereka pernah bertemu sebelum ini atau yang lebih tepatnya, tidak sengaja bertemu. Dia tidak tahu kenapa Chanyeol begitu berkeras ingin mendengar yang mereka pernah bertemu. Dia sudah melupakan insiden lama itu. Dia sudah membuangnya jauh-jauh. Dia tidak mahu hidupnya ada apa-apa kaitan dengan Chanyeol lagi.

Dia tidak mahu teringat yang mereka pernah berjumpa kerana dia tidak sukakan Chanyeol. Dia tidak suka melihat lelaki setinggi tiang elektrik itu. Chanyeol bukan lelaki idamannya jadi, Chanyeol boleh pergi jauh-jauh!

"Tapi..." Masih ada tapi sehingga dirinya berpuas hati bagi Chanyeol.

"Chanyeolah, Hyung rasa ini dah cukup." Ujar Lay yang dari tadi hanya menjadi pemerhati di tengah-tengah dua manusia ini. Baginya, dia sedang melihat sepasang kekasih yang sedang bertengkar dan ini semua sudah melebih jika Chanyeol terus memaksa Hyeran seperti ini.

"Tapi Hyung..."

"Tolonglah ke tepi, Chanyeol." Lay segera memotong kata-kata Chanyeol. Chanyeol kelihatan begitu hampa. Dia tiada pilihan. Dia akur dengan arahan Hyungnya lalu memberi laluan kepada Lay dan Hyeran. "Awak mesti bersiap. Persembahan penutup akan bermula tidak lama lagi." Pesan Lay sebelum dia pergi menghantar Hyeran.

Lay lantas membawa lari Hyeran dari Chanyeol. "Saya minta maaf atas sikap Chanyeol tu." Lay meminta maaf bagi pihak Chanyeol atas kesalahan Chanyeol. Itu adalah perkara yang seharusnya dia lakukan.

"Kwaenchanayo. (Tak apalah.)" Hyeran mempalsukan ketawanya. Dia memberitahu Lay yang ia tidak kisah walaupun sebenarnya dia tidak suka akan sikap Chanyeol mahupun orangnya. Sebenarnya, Hyeran berasa kekok berada dengan Lay atau mana-mana lelaki sekalipun namun, Lay tidak kelihatan kekok. Lay sangat sopan dan melayannya dengan baik mungkin kerana Lay tahu yang itu ialah tugasnya. Inilah apa yang orang katakan sebagai 'fanservice'.

Mereka berdua berhenti berjalan apabila tiba di muka dihadapan pintu lalu menghadap antara satu sama lain. "Komawoyo. (Terima kasih.)" Sambil memandang Lay, Hyeran mengucapkan terima kasih.

Lay tersenyum sambil menggelengkan kepalanya yang bermaksud dia tidak kisah membawa Hyeran ke muka pintu.

"Jaga diri." Pesan Lay sebelum menyambung, "Hanya ini yang saya boleh buat untuk awak sebagai seorang Idol kepada peminatnya. Saya ada satu permintaan."

Hyeran mengangkat keningnya. Dia agak terkejut yang Lay mahu satu permintaan darinya. Apa permintaannya? Lay mahukan balasan? "Apa dia? Cakaplah." Soal Hyeran sambil merenung Lay yang membuangkan pandangannya ke lantai.

Zhang Yixing atau nama pentasnya, Lay, menarik nafas dengan perlahan. "Saya mohon awak jangan fikir yang permintaan saya ni berat. Saya Cuma... berharap yang awak akan sentiasa meminati kami walaupun awak pasti meminati kumpulan lain pada suatu hari nanti atau populariti kami jatuh atau apapun yang bakal terjadi kepada EXO. Saya harap sangat awak akan sentiasa 'di sini' bersama-sama kami dalam jatuh dan bangun kami sehingga ke penghujungnya."

Ucapan Lay yang agak panjang dan bermakna itu ternyata menyentuh hati Hyeran. Hyeran tidak tahu mahu bercakap apa memandangkan dia bukannya peminat EXO tapi... dia dapat rasakan yang dia akan menyokong dan meminati EXO dengan lebih lagi.

Lay dapat rasakan yang Hyeran sedang merenungnya lantas mengangkat mukannya. Dia melemparkan senyuman yang sangat ikhlas kepada gadis yang berdiri di hadapannya itu.

"Saya kena pergi dulu." Lay memberitahu Hyeran.

Satu anggukan dibalas Hyeran. "Sekali lagi, terima kasih O-Oppa.... dan member EXO yang lain." Tutur Hyeran. Dia gugup apabila hendak memanggil Lay dengan panggilan 'Oppa' iaitu panggilan yang biasa diberikan kepada Idol dari peminat. Hyeran bingung memikirkan yang perlukah dia memanggil Lay 'Oppa' kerana Lay lebih tua darinya.

"Em." Balas Lay lalu melambai lambaian selamat tinggal kepada Hyeran dan Hyeran membalasnya.

Setelah melihat Lay pergi, Hyeran terus mengambil telefon bimbitnya sambil berjalan keluar dari tempat itu.

"Yeoboseyo, Hyunaeyah." Hyeran memulakan perbualan.

"Eo. Hyeranah, Eodiya? (Hyeran, kau kat mana?)" Soal Hyunae.

"Itu tak penting." Jawab Hyeran. "Aku Cuma nak bagitahu kau yang aku nak balik ni." Beritahu Hyeran.

"Apa? Kau tak nak tengok persembahan terakhir EXO ke?"

Hyeran menarik nafasnya sambil berfikir yang lebih baik dia pergi dari situ daripada berada di tengah-tengah lautan manusia yang menyesakkan nafas. Lagipun, dia tidak akan sanggup menahan renungan tajam dari EXO-L yang cemburu akannya. Tangannya mencapai dahinya lalu mengurutnya dengan perlahan sambil memikirkan risiko-risiko yang bakal dihadapinya nanti.

"Tak tak." Hyeran menolak. "Aku nak balik je." Tambahnya.

"Habis aku ni macam mana? Takkan kau nak aku balik seorang diri?" Hyunae merungut, Hyeran dapat rasakan yang Hyunae akan merajuk sekejap lagi.

Satu keluhan dilepaskan. "Okey. Macam ni. Aku ada nampak kafe berdekatan dengan sini masa kita pergi ke sini. Aku akan ada kat sana. Nanti aku mesej kau nama kafe tu." Akhirnya, Hyeran dapat memikirkan cara agar dia dan Hyunae dapat pulang bersama untuk mengelakkan Hyunae merajuk dengannya.

"O... key..." Balas Hyunae namun, suaranya kedengaran terpaksa. Dia pasti mahu Hyeran berada dengannya menyaksikan EXO sehingga ke persembahan penutup.

*****

Hampa sekali Chanyeol apabila dia melihat Lay terus membawa perempuan itu pergi. Dia hanya mahu perempuan itu menjawabnya dengan jujur. Entah kenapa dia dapat merasakan yang perempuan itu menipunya. Mungkin kerana perempuan itu mengelak renungannya. Dia pasti sangat yang perempuan itu menipunya. Dia juga tidak tahu kenapa dia beria-ia ingin mendengar perempuan itu berkata yang mereka pernah terjumpa di mana-mana. Entah kenapa juga hatinyaDia tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Mungkin dia kena sampuk? Eh? Takkanlah.

Chanyeol melepaskan keluhan berat sambil menundukkan kepalanya. Ada juga perasaan malunya kerana telah menyerang orang tadi.

"Yah." Baekhyun menampar belakang Chanyeol lantas membuatkan Chanyeol tersentak. "Dilarang termenung." Kata Baekhyun.

Sejak dari tadi Baekhyun merenung sahaja Chanyeol dan baru sekarang dia menegur Chanyeol. Segalanya telah dia saksikan. Dia pelik apa yang nak jadi dengan kawannya seorang ni. Kenapa Chanyeol memaksa-maksa Hyeran?

"Baekhyun-ah, tadi kau ada cakap dengan perempuan tadi, kan?" Tanya Chanyeol sebaik sahaja melihat akan Baekhyun.

Baekhyun mengeluh kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak faham kenapa dengan Chanyeol malam ini. "Kau ni. Tak habis-habis lagi ke?" Balas Baekhyun.

"Aku betul-betul nak tahulah. Tolonglah faham. Betul! Aku ada ternampak dia tapi aku tak tahu kat mana. Kau pun mesti pernah terjumpa dia sebelum ni, kan? Sebab tu kau berbual dengan dia tadi. Tolonglah bagi tahu aku, Baekhyun." Kata Chanyeol panjang lebar.

Dengan pantas Baekhyun menggeleng. "Tak. Taklah." Ucap Baekhyun. Dia malas nak memberitahu Chanyeol yang dia pernah terserempak dengan Hyeran di smALL Building. Dia rasa tak penting pun benda itu untuk diberitahu. "Aku tak tahu apa yang kau maksudkan. Aku Cuma berbual-bual je dengan dia tadi. Aku kenalah buat sedikit fanservice untuk EXO-L, kan?"

Chanyeol merenung Baekhyun dengan pandangan tidak percaya. "Yeke? Aku ingat kau kenal dia. Kau asyik renung je dia dari tadi."

"Dahlah, Chanyeol. Berhenti mengarut. Entah-entah kau ada ternampak dia di tepi jalan ke di mana-mana jelah! Pastu kau nak paksa orang tu bagitahu kau yang dia pernah terjumpa kau." Tutur Baekhyun.

"Aku pun tak tahu kenapa aku paksa dia. Aku nak sangat tahu. Aku rasa ada sesuatu yang aku nak cakap pada dia tapi, aku tak boleh. Kalau dia beritahu aku kat mana dia pernah terjumpa aku mungkin aku boleh ingat apa yang aku nak cakap pada dia." Terang Chanyeol.

"Apa? Apa yang kau nak cakap kat dia?" Soal Baekhyun ingin tahu.

Chanyeol mengangkat bahu. "Entah!"

"Pabo-yah!" Baekhyun menampar bahu Chanyeol lalu Chanyeol mengusapnya kerana sakit.

"Chanyeol-ah." Panggil seseorang lantas membuatkan Chanyeol menoleh.

"Ne, Noona?" Kata Chanyeol kepada seorang coordi noona yang memanggilnya tadi.

"iriwa! (Mari sini!)" Panggil coordi noona itu. "Awak kena pakai baju ini. Persembahan akan bermula tak lama lagi." Sambungnya lagi.

"Ne." Balas Chanyeol lalu terus sahaja menghampiri coordi noona itu.

Baekhyun merenung sahaja Chanyeol kerana dia sudah siap berpakaian. Dia sedang berfikir apa yang Chanyeol beritahunya tadi.

'Betulkah Chanyeol pernah terjumpa Hyeran?' Desis hati kecil Baekhyun. 'Jangan-jangan... Chanyeol pernah terjumpa Hyeran di dalam bangunan smALL tapi, Chanyeol terlupa. Tapi, betulkah?'

*****

Matanya ditutup buat seketika. Sudah lama Hyeran menatap buku-buku di atas mejanya untuk mengulang kaji pelajarannya jadi, dia harus merehatkan matanya untuk beberapa saat. Sejurus sahaja dia membuka matanya, dia terkejut kerana melihatkan sunbaenya, Chanhee yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Matanya kini merenung lelaki yang kini tersenyum kepadanya, sambil otaknya berfikir sejak bila Chanhee duduk di hadapannya sedangkan baru beberapa saat dia menutup matanya.

Senyuman Chanhee sangat menggores hati Hyeran. Macam mana lelaki itu boleh tersenyum setelah apa yang terjadi?

"Annyeong." Ucap Chanhee dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. "Saya nak bagi awak ni." Chanhee menolak Latte Ice-blended yang sudah ada di atas meja agar lebih senang untuk Hyeran menggapainya.

Latte Ice-blended hanya dilihat sekilas oleh Hyeran lalu kembali merenung Chanhee. "Komawoyo, Sunbae (Senior)." Ucap Hyeran pula.

Chanhee sangat terkejut apabila Hyeran menggelarnya dengan panggilan 'Sunbae' dan bukannya 'Oppa'. Dia tahu ada yang tidak kena dengan Hyeran. Jangan-jangan Hyeran masih tidak dapat memaafkannya atas peristiwa tempoh hari. Mungkin benar apa sangkaannya kerana Hyeran jelas berbeza dengan Hyeran yang pernah dia kenali. Suara Hyeran ketika bercakap dengannya, cara Hyeran memandangnya, semuanya sudah berubah.

"Tapi, saya tak boleh terima. Saya tak boleh minum terlalu banyak caffeine. Mianhaeyo, sunbae." Sambung Hyeran lagi.

"Kenapa Sunbae? Kan saya dah cakap, panggil saya Oppa." Balas Chanhee.

Hyeran hanya diam membisu sambil membuangkan pandangannya pada buku-buku yang terbuka di hadapannya. Dia tidak mahu memanggil Chanhee dengan panggilan itu lagi. Dia tidak boleh lupakan apa yang Chanhee buat jadi, buat apa dia memanggil lelaki itu 'Oppa'. Dia lebih suka jika mereka tiada apa-apa hubungan dan menjadi orang asing.

"Na galkkeyo, Sunbae. (Saya pergi dulu, Sunbae.)" Hyeran terus mengemas buku-buku yang bersepah di atas meja lalu menyusunnya. Buku-bukunya itu lalu dimasukkan ke dalam begnya lalu beg itu disangkut ke bahu.

Melihatkan Hyeran yang bangun dari tempat duduknya, Chanhee turut bangun. Apabila Hyeran melangkah setapak, Chanhee terus menarik lengan Hyeran.

"Sunbae..." Panggil Hyeran sambil merenung Chanhee.

"Kenapa awak tak boleh maafkan saya, Hyeran? Tolonglah maafkan saya." Rayu Chanhee. "Apa yang saya patut buat agar awak dapat maafkan saya?" Dia menyoal.

"Sunbae salah." Balas Hyeran. "Saya dah lama maafkan Sunbae. Harap Sunbae jangan salah faham."

Chanhee menggeleng. "Tak. Awak tak maafkan saya. Saya tahu sebab... sebab awak dah berubah."

"Sunbae mesti tak faham satu benda kan? Untuk pengetahuan Sunbae, memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza." Balas Hyeran. "Satu perkara lagi, Saya tak pernah berubah. Saya cuma menghalang diri saya dari dekat dengan sunbae. Saya tak bolehlah. Tolong jangan paksa saya agar dekat dengan Sunbae lagi. Biarlah semuanya kembali seperti dulu. Kembali di saat kita tak pernah berkenalan. Kalau kita pernah berkenalan, mungkin Sumbae tak akan sakitkan hati saya macam ni. Saya betul-betul terluka."

"Saya kena pergi." Tambahnya lagi. Dia berharap yang Chanhee faham. Panjang lebar dia berkata tadi tapi, kalau Chanhee masih tidak faham juga, dia tidak tahu mahu berkata apa lagi.

"Hajima. (Jangan.)" Ucap Chanhee sepatah.

"Sunbae..."

"Kajima (Jangan pergi.)" Chanhee merayu. "Buttakhanda. (Saya merayu.)"

Tangan Chanhee yang kini memegang lengannya ditarik sehingga terlepas dari memegangnya. "Saya betul-betul kena pergi dulu. Mianhaeyo."

Chanhee hanya menundukkan kepalanya, melihat lantai yang dipijaknya. Tidak sanggup rasanya melihat memandang Hyeran yang mahu pergi darinya.

Hari ini, dia merancang yang dia mahu memberitahu Hyeran yang dia betul-betul cintakannya tapi, dia tidak tahu mengapa dia tidak boleh mengatakannya kepada Hyeran. Dia juga ingin memberitahu yang dia sangat menyesal tentang peristiwa hari itu. Dia memang benar-benar menyesal menyakiti hati Hyeran. Dia tidak tahu Hyeran akan berubah, menjadi dingin terhadapnya. Layanan Hyeran terhadap dirinya sudah benar-benar berubah dan... Hyeran juga ingin menjauhkan dirinya.

Chanhee menyesal.

Continue Reading

You'll Also Like

566K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
146K 13.1K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
17.6K 3.2K 54
[Pemenang Emerald Award 2020 β€’ Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 β€’ Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalanka...