The Inevitable Chanyeol [EXOV...

sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... Еще

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 4

3.2K 146 3
sapphire_blue88

"Ch-chanyeol?" Soal Hyeran.

'Chanyeol pulak? Ugh si lelaki kurang ajar dan plastik tu!' Hyeran menyumpah seranah dalam hatinya.

"Ya..." Puan Park tersenyum sambil menantikan jawapan dari Hyeran.

Hyeran perlahan menggeleng. Dia seorang yang jujur. Kalau ya dia akan kata ya, kalau tidak akan kata tidak.

Air muka Puan Park lantas berubah apabila terdengar jawapan yang keluar dari mulut gadis di hadapannya itu. Dia lantas terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia buntu.

Kelakuan Puan Park itu diperasan oleh Hyeran. Dia mula gelisah. Dia salah cakap lagikah? Tapi... apa salahnya kalau dia cakap dia tak sukakan Chanyeol?

Makan malam pada malam itu mula berasa sepi kerana tiada siapa pun yang berkata-kata. Hyeran dapat rasakan perubahan itu. Dia ingin berkata sesuatu kepada Puan Park tetapi mindanya kosong kini.

*****

"Terima kasih ya, Hyeran." Ucap Puan Park kepada Hyeran semasa Hyeran menghantar Encik dan Puan Park ke muka pintu setelah makan malam tamat.

"Sama-sama." Balas Hyeran. Sebenarnya, dia berasa agak gembira kerana pasangan suami isteri sudi mahu makan malam di rumahnya kerana selama ini Hyeran makan berdua sahaja dengan appa.

Bibir Hyeran mengukir senyuman manis yang ikhlas kepada pasangan suami isteri dihadapannya itu. Tetapi, Puan Park membalas senyumannya itu dengan senyuman yang tawar. Hyeran terkebil-kebil memikirkan apa kesalahan yang telah dilakukannya tadi. Baginya, Puan Park seorang yang baik kerana selalu berbual-bual dengannya, bertanyakan khabarnya dan sentiasa mengukirkan senyuman yang ikhlas kepada Hyeran dan menganggap Hyeran sebagai anaknya. Pasti untung anak Puan park kerana dapat ibu sepertinya yang prihatin. Tapi, kenapa sikap Puan Park tiba-tiba bertukar menjadi dingin terhadapnya tadI? Namun sebaliknya bagi Hyeran, Hyeran menganggap yang Puan Park hanyalah seorang jiran yang sangat baik. Mungkin tidak boleh dikatakan jiran sebab appa pernah kata yang Puan Park duduk jauh dari rumahnya. Kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

"Kami balik dulu ya." Pamit Encik Park.

Hyeran hanya mengangguk. Dia ingin mempelawa pasangan itu agar datang lagi ke rumahnya lain kali tetapi mulutnya bagaikan dizip. Sepasang matanya hanya melihat sahaja Encik dan Puan Park berjalan ke pintu pagar rumahnya sebelum hilang dari pandangan.

"Mereka dah balik?" Soal satu suara apabila Hyeran sedang menutup pintu rumah yang ternganga luas.

Sejurus sahaja pintu ditutup, Hyeran memandang appanya yang sedang menuju ke ruang tamu.

"Dah," Jawabnya agak lambat. Hyeran dapat melihat ayahnya mengangguk.

"Ap-appa!" Panggilnya namun appa tidak menoleh ke belakang.

Tiba-tiba, telefon bimbit Hyeran berbunyi lagu 'EXO-Moonlight'. Sudah dua hari dia menukar nada dering telefonnya dari nada dering yang original kepada lagu itu. Dia telah menukarnya setelah perjumpaan tak sengajanya dengan Baekhyun, bias yang amat diminatinya. Dia rasa dia bertambah minat kepada Kumpulan EXO setelah perjumpaan secara tidak sengaja dengan Baekhyun tempoh hari. Baekhyun tersangatlah baik dan peramah. Tetapi Chanyeol... Ah! Lantaklah Chanyeol tu!

"Yeoboseyo?" Ucapnya kepada pemanggil di hujung talian sambil menaiki tangga menuju ke biliknya.

"Hyeranah!" Sergah suatu suara membuatkan Hyeran terkejut. Pemilik suara itu tidak lain tidak bukan adalah Hyunae.

'Isy Hyunae ni! Nak buat aku mati sebab sakit jantung ke?' Fikirnya. "Museun iriya?"

"Hyeran-ah, Kau tahu tak?"

Kening Hyeran terangkat kerana tertanya-tanya. "Tahu apa?" Dia lalu berbaring di atas katilnya yang empuk dan sungguh selesa.

"EXO nak buat fanmeeting! Dan kau tahu apa yang lebih best? Dia buat fanmeeting percuma!" Beritahu Hyunae kepada rakan baiknya itu.

"Em... jadi? Kau nak pergilah?" Soal Hyeran walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Mestilah! Gila ke tak nak pergi? Kan percuma." Jawab Hyunae. "Dan kau... kena temankan aku!" Hyunae menambah.

"Apa? Tak nak!" Pantas Hyeran menolak ajakan Hyeran. Fanmeeting berbayar sahaja sudah ramai apalagi kalau yang percuma? Nak macam sardin tempat fanmeeting itu nanti.

"Tolonglah, Hyeran. Tolonglah datang." Pujuk Hyunae.

Hyeran mendengus. "Tengoklah nanti," Ucapnya. "Alah aku tahu kau mesti datang punya." Kata Hyunae.

"Tak pasti lagilah." Hyeran mengeluh.

"Aku ingat kau teringin nak jumpa bias kau, Baekhyun?"

"Baek... Baekhyun? Ouh... emm." Hyeran belum lagi memberitahu Hyunae yang dia berjumpa dengan Baekhyun secara tidak sengaja di dalam bangunan smALL tempoh hari. "Yup. Aku mestilah nak jumpa dia depan-depan sekali seumur hidup, kan?"

"Yelah. Mestilah semua peminat teringin nak jumpa idol mereka." Kata Hyunae. "Kau tak nak ke?"

Hyeran berdehem. "Sebenarnya aku dah pernah jumpah Baekhyun hari tu." Beritahunya.

"Apa? Bila?" Hyunae menjerit kerana terkejut.

"Aku terserempak dengan dia kat smALL."

"Kenapa kau tak bagitahu aku pun?"

"Aku lupalah..." Kata Hyeran. "Maaf..." Tambahnya lagi.

"Tak apalah, Hyeran. Baekhyun bila kau jumpa depan-depan macam mana? Sombong ke? Hensem tak macam dalam televisyen? Tinggi tak dia?" Soal Hyunae bertubi-tubi.

Soalan-soalan yang diajukan Hyunae membuatkan Hyeran tertawa kecil. "Em... Dia baik, peramah, tinggi dia lebih kurang sama dengan aku dan... dia lebih hensem dari apa yang kau tengok di televisyen."

Kali ini Hyunae pula yang tergelak. "Jinjja? Woah... Hyeran, kau bertuah sangat! Kau datang ke smALL sebab nak ujibakat tapi jumpa dengan Baekhyun pulak. Em... Luhan! Kau ada terserempak dengan Luhan tak?" Soal Hyunae.

Kalau Baekhyun merupakan bias Hyeran, Luhan pula adalah bias Hyunae. Hyunae amat meminati Luhan, lelaki cina yang kacak itu. Pasti Hyunae mahu datang ke fanmeeting itu semata-mata untuk berjumpa dengan Luhan.

"Tak. Aku tak jumpa dia pun." Hyeran rasa dia tak mahu beritahu Hyunae yang dia telah terserempak dengan Chanyeol juga. Dia tidak mahu mula menyumpah seranah Chanyeol lagi kerana Hyunae adalah peminat nombor satu EXO. Pasti Hyunae tidak suka mendengar Hyeran menyumpah-nyumpah Chanyeol.

"Wahh... Kau jumpa Baekhyun pun dah kira bertuah, tahu tak?"

'Aku tahu...' Desis Hyeran.

"Eh lupa pulak nak cakap. Sebab aku telefon kau ni ada dua. Pertama, nak beritahu kau pasal fanmeeting yang kedua pulak pasal Chanhee Oppa."

Hyeran terus sahaja duduk di atas katilnya apabila terdengar Hyunae menyebut nama 'Chanhee'. "Chanhee oppa? Kenapa dengan dia?" Cepat sahaja Hyeran menyoal. Dia sangat tertanya-tanya. Kenapa? Kenapa dengan Chanhee oppa?

"Dia tanya kau kat mana sebab dah dua hari kau tak datang ke kelas."

Oh ya. Sudah dua hari Hyeran tidak hadir ke kuliah. Dia sebenarnya sedang memikirkan sesuatu.

"Dia risau tahu tak? Aku cakap kau sihat je dan dia tak perlu nak risau tentang kau. Dia suruh aku tanya kau, bila kau nak datang ke universiti lagi."

"Em... tengoklah nanti. Sebenarnya aku tak tahu lagi sama ada boleh datang ke tak." Ujar Hyeran.

"Tak tahu? Kenapa pulak? Kau ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan aku ke? Beritahulah aku, Hyeran. Biar aku dengar masalah kau tu."

"Tak ada apa Cuma aku terfikir yang aku nak masuk ujibakat. Tu je."

"Nak Ujibakat? Lagi? Agensi apa kali ini?" Soal Hyunae kedengaran terkejut.

"Aku dengar PJY Entertainment nak adakan ujibakat minggu depan. Jadi aku nak sertai ujibakat tu."

"Kenapa kau nak kena buat benda ni, Hyeran? Kau habiskan je kuliah kau. Bukanke kau nak jadi cikgu? Kenapa tiba-tiba nak jadi penyanyi pulak ni?"

"Kau tak tahu appa kau tu..." Hyeran mengeluh. "Dia tak nak cakap dengan aku langsung kecuali bila aku tanya dia. Dia betul-betul nak aku jadi penyanyi, Hyunae. Dan kalau itulah yang dia nak, aku akan tunaikan pemintaan dia. Kalau aku tak boleh jadi artis smALL, aku akan masuk agensi apa pun."

"Kau dah fikir masak-masak?"

"Tulah sekarang ni aku dah buntu. Kau rasa? Aku nak minta pendapat kau." Luah Hyeran.

"Susah masalah kau ni. Tapi aku rasa, antara cita-cita dan appa kau, kau kena pilih appa kau. Kau tahu kenapa, kan? Kau cakap dia dah terlalu banyak berjasa pada kau,"

'Tapi aku tak ingin menjadi penyanyi...' Rintih Hyeran dalam hati. "Okeylah. Kata-kata kau tu betul. Nantilah aku fikir. Aku penatlah." Ujar Hyeran seraya membaringkan badannya di atas katil.

"Yelah. Aku matikan panggilan taw."

"Eung..." Ucap Hyeran lalu melepaskan telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya dengan perlahan jatuh ke atas katil. Hyeran menghela nafasnya. Dia bukan mahu mengeluhkan nasibnya. Tetapi keadaannya yang amat sukar kini membuatkannya berbuat begitu.

*****

Keesokan paginya, Hyeran sudah berdiri di hadapan cermin almarinya. Dia mengemaskan bajunya walaupun bajunya itu sudah kelihatan amat kemas. Dia tersenyum tawar melihat dirinya sendiri di cermin. Dia sudah bersedia untuk ke kuliah pagi ini. Dia tidak mahu untuk ponteng kelas lagi. Kemudian, dia berjalan ke katilnya untuk mengambil beg berjenama MCM yang terletak di atas katil. Beg itu lalu digalasnya di bahu.

Kepalanya didongak untuk melihat jam dinding. Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Sarapan telah disiapkan pukul 7.45 pagi tadi. Appanya juga tentu sudah bangun. Dia harus turun sekarang untuk bersarapan bersama-sama appa. Dengan langkah yang tenang, Hyeran menuruni tangga. Tempat yang ingin ditujunya ialah bilik makan. Belum sempat kakinya menjejak bilik makan, dia sudah dapat melihat ayahnya yang juga sedang menuju ke ruang makan. Dia mempercepatkan langkahnya ke dapur untuk menyediakan sarapan.

"Maaf, Appa... Makanan mesti dah sejuk. Awal-awal pagi lagi Hyeran dah siapkan sarapan." Ucap Hyeran kepada appa yang sedang duduk di kerusi. Hyeran merenung lama wajah appanya itu. Kenapa wajah appa kelihatann pucat sahaja pada pagi itu? Appa sakitkah?

"Appa sakitkah?" Soal Hyeran yang risau akan appanya itu. Namun, Appanya hanya menggeleng. Gelengan dari appa membuatkan Hyeran bertambah risau.

'Appa betul-betul tak sakitkah?' Dia bermonolog sendiri. Muka appa sangat pucat masakan appa tidak sakit apa-apa. Namun, Hyeran hanya mendiamkan diri. Jika appa masih kelihatan tidak sihat esok, dia akan membawa appanya ke klinik.

Sarapan pada hari ini ringkas sahaja. Ada nasi, telur kukus, sup doenjang dan sedikit kimchi-jjigae. Makanan-makanan itu sudah cukup mengenyangkan dan dapat memberikan tenaga sehingga makan tengah hari. Hyeran duduk di kerusi seraya menyendukkan nasi ke dalam mangkuk untuk appa dan dia. Setelah itu, dia menyendukkan lauk untuk appanya juga.

"Ada nak pergi mana-mana ke nanti?" Soal Appa. Pergerakan tangan Hyeran lantas terhenti mendengar pertanyaan appa.

Dia menggigit bibir bawahnya sebelum memandang appa yang menunggu jawapan dari Hyeran. "Ya, appa." Jawab Hyeran. Ringkas sahaja jawapannya.

"Nak ke mana?"

"Hyeran... ada kelas pagi ni,"

Appa yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulutnya terhenti apabila dia mendengar jawapan dari Hyeran. Wajah anak perempuannya itu ditenung.

"Hyeran nak pergi ke kampus," Tambah Hyeran lagi.

"Hyeran betul-betul nak ke kampus? Tapi Hyeran sepatutnya pergi ke smALL. Hyeran dah janji yang Hyeran akan tunaikan satu-satunya permintaan appa."

"Tapi appa... Hyeran tak lulus ujibakat tu,"

"Bukan ke janji mesti ditunaikan?" Tanya appa.

"Appa tolonglah jangan jadi kebudak-budakan..."

"Appa tak berkelakuan seperti budak-budak pun,"

"Jadi tolonglah faham Hyeran! Hyeran tak lulus ujibakat tu bermakna Hyeran tak dapat nak tunaikan permintaan appa! Hyeran tak boleh nak buat..."

"Hyeran yang tak faham appa!" Appa lantas meletakkan chopstiknya di atas meja. Dia berdiri lalu meninggalkan dapur dengan marah.

Hyeran mengetap giginya. Dia amat geram dengan tindakan appa itu. Bencinya! Dia mengeluh. Kenapa appa buat dia seperti ini? Dia langsung tak faham akan appa. Sebentar... Dia... Dia... Memang betul kata appa. Dia memang tak memahami appa. Jadi, adakah itu bermakna dia seorang anak yang jahat? Dia meraup mukanya. Dia kini sedar yang dia sudah melukakan hati appa. Dia menyesal kerana sudah bertengkar dengan appa.

*****

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Dia kini sudah berada di kafe yang terletak di university tempat dia menuntut ilmu. Kelasnya sudah tamat kira-kira lima belas minit yang lalu jadi dia datang ke kafe ini untuk membeli minuman. Hyeran sedang menyedut minuman frappucino caramel kegemarannya apabila tiba-tiba seorang menegurnya.

"Hyeran?"

Hyeran berhenti meneguk minumannya apabila dia terdengar akan suara yang memanggil namanya itu. Walaupun dia sudah tahu siapa pemilik suara itu, dia tetap menoleh belakang.

"Oraen maniya... (Lama tak jumpa...)" Ucap seorang lelaki yang sedang tersenyum simpul. Lelaki itu lalu duduk di kerusi menghadap Hyeran.

"Eo..." Balas Hyeran sepatah.

Lelaki di hadapannya masih lagi tersenyum melihat Hyeran. Dia adalah Sunbae (Senior) kepada Hyeran tetapi Hyeran memanggilnya Oppa kerana disuruh oleh lelaki itu agar lebih mesra. Lelaki itu memang peramah dengan semua orang. Lelaki itu adalah...

"Chan... Chanhee Oppa..." Panggil Hyeran.

Teen Top Chunji as Lee Chanhee *.* --->

Продолжить чтение

Вам также понравится

1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
391K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...