The Inevitable Chanyeol [EXOV...

Da sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... Altro

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 3

3.2K 173 2
Da sapphire_blue88

Hyeran cepat-cepat berlari apabila dia ternampak pintu keluar. Dia terus menolak pintu kaca itu dan…

“Yeay!” Teriak Hyeran seraya menghirup udara segar Seoul. Udara Seoul rasanya tidak pernah sesegar ini sebelumnya.

Akhirnya dia bebas juga dari smALL. Rasanya dia ingin menari bagaikan orang gila kini. Dia yang tersenyum memusingkan badannya. Kini bangunan smALL Entertainment tersergam indah di hadapannya. Senyumannya benar-benar hilang. Dia melihat smALL dengan pandangan yang keji.

“smALL tak guna!” Jerit Hyeran sambil matanya merenung tajam bangunan besar itu. Dia sedar yang ramai orang melihatnya kini tetapi dia tidak peduli. Ah! Peduli apa dia! Orang tiak faham akan perasaannya itu. Ditolak oleh agensi yang paling dibencinya ialah perkara yang memalukan buatnya.

“Adakah patut aku macam ni punya berbakat dia tolak aku macam tu je?” Bebel Hyeran. “Tak guna! Memang tak guna betul!”

“Kau ingat kau dah cukup tahu ke apa tu bakat? Juri tak guna! smALL tak guna!”

Dia kini menghentak-hentakkan kakinya  sebelum memusingkan badannya membelakangi bangunan smALL Entertainment. “Ini kali yang pertama dan terakhir aku datang ke neraka ni!” Ucap Hyeran lalu berjalan pergi dari bangunan itu.

Walaupun dalam hatinya dia masih mengutuk-ngutuk smALL tetapi, dia tetap fikirkan tentang Appa. Dia ingin tahu apa reaksi apa nanti. Pastinya Appa sedih dan kecewa dengannya. Appa terlalu berharap dia akan menjadi artis smALL apatah lagi apabila dia menjadi peserta Top10.

Dia mula rasa bersalah. Rasanya dia tidak mahu pulang ke rumah untuk memberitahu appa berita itu. Tapi, bukan salah dia. Juri itu yang tidak tahu menilainya. Mereka fikir mereka dah cukup bagus dan berpengalaman agaknya. Pengalaman apa? Pengalaman tak guna!

Hmmm…. Bila difikirkan balik. Ini sebenarnya salahnya juga. Sebenarnya dia boleh memberikan yang terbaik sewaktu menunjukkan bakatnya tetapi Cuma dia melakukannya biasa sahaja. Waktu itu sebenarnya dia dalam dilemma. Perlukah dia melakukan ujibakat itu dengan bersungguh-sungguh kerana dia tidak mahu tetapi dia mahu appa gembira.

Appa sangat pelik. Appa Cuma mahu dia menjadi artis smALL. Appa tidak mahu dia menjadi artis agensi lain padahal bukan smALL sahaja agensi di Korea ini. Banyak lagi agensi lain yang boleh melahirkan artis-artis yang berkebolehan.

Kenapa? Kenapa appa mahu smALL juga?

‘Pasti ada sesuatu…’ Fikir Hyeran. Dia mengangkat wajahnya yang tertunduk apabila dia terdengar bunyi bas datang. Tidak seperti orang lain yang bergegas menaiki bas, dia dengan langkah yang perlahan mendekati bas itu lalu menaikinya.

Bas itu tidak banyak penumpangnya. Kira-kira hanya sepuluh orang sahaja yang menaiki bas itu. Dia memilih tempat duduk belakang sekali. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bas yang berwarna biru itu, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia menggigit bibirnya. Matanya ditutup manakala tangannya sedang memegang telefon bimbitnya. Dia berasa gementar. Dia berharap yang pemanggil itu bukanlah appanya.

“Bukan appa! Bukan appa!” Ucap Hyeran bagaikan membaca mantera.

Dia menarik nafas lega apabila dia melihat yang bukan appa yang menelefonnya sebaliknya kawan baiknya, Hyunae.

“Hyunaeyah!” Jeritnya memanggil nama rakan baiknya itu.

“Macam mana? Kau diterima?” Soal Hyunae.

Hyeran mengeluh. Adakah ini yang mahu dikatakan Hyunae? Tidak ada soalan lainkah?

“Tak…” Hyeran menjawab lemah.

Sejurus sahaja mendengarkan jawapan Hyeran, Hyunae tersembur ketawa.

Bibir Hyeran dimuncungkan sambil mukanya ditarik. “YAH!” Marahnya.

“Hahaha tak ada. Bukan apa. Aku Cuma pelik yang kau kan tak nak diterima masuk tapi kenapa sedih semacam je suara kau? Dah ubah fikiran?” Soal Hyunae setelah berhenti ketawa.

“Aku memang tak nak diterima menjadi artis smALL tapi, setelah aku berfikir selama tiga jam tadi, aku rasa yang aku patut diterima juga!” Balas Hyeran.

“Kenapa?” Soal Hyunae. “Pasal appa kau?”

“Yelah! Aku buat semua ini hanya untuk appa. Appa… terlalu baik pada aku. Aku nak buat sesuatu untuk balas jasa dia. DIa cakap dia hanya minta satu dari aku iaitu dengan menjadi penyanyi di bawah agensi smALL.”

“Jadi kau sedihlah sekarang ni?” Tanya Hyunae lagi.

“Eung…” Jawab Hyeran.

“Jinjja?”

“Euuuuunggggggg” Tegas Hyeran. “Dan aku menyesal juga sebab…”

“Sebab?”

“Sebab aku tak buat bersungguh-sungguh ujibakat tu.” Kata Hyeran. “Aku tak fahamlah dengan smALL! Bila aku tak buat betul-betul, aku dapat jadi peserta Top 10 tapi bila aku buat betul-betul, dia tak terima aku pulak.”

“Peliknya…”

“Tulah!” Jerit Hyeran membuatkan semua orang dalam bas itu merenungnya semacam. Hyeran berasa sangat malu. Dia tersenyum lalu tunduk hormat kepada orang-orang di dalam bas itu.

“Aku sengaja nyanyi off-tune dan pura-pura gementar semasa ujibakat yang pertama. Tarian yang aku belajar di internet tu pun aku tak buat betul-betul main belasah je tapi, aku diterima pulak.” Sambung Hyeran.

Hyunae ketawa di hujung talian. “Aku rasa diaorang buta bakat kot.”

“Aku pun rasa macam tu jugak.”

Hyeran membuka mulutnya sebesar-besarnya apabila dia sedar yang kawasan perumahannya sudah terlepas.

“Juggettda! Rumah aku dah terlepas. Bye. Nanti telefon aku balik.” Ucap Hyeran lalu bingkas bangun. Dia berlari menuju ke pintu keluar.

“Ahjussi, tolong berhenti!” Arah Hyeran kepada pemandu bas.

Pemandu bas itu terkejut lalu segera memberhentikan bas itu. Hyeran jatuh terduduk di atas lantai bas kerana tidak sempat berpaut pada tiang bas.

“Ouch!” Ucap Hyeran. Sudah dua kali dia jatuh buat hari ini.

*****

Langkahnya lemah sewaktu menapak masuk ke dalam rumah. Hyeran dengan perlahan memulas tombol pintu rumahnya lalu menarik daun pintu itu. Dia sungguh terkejut apabila melihat appanya sudah berada di hadapan pintu. Dia segera mengurut dada. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Nasib baik dia tidak terkena serangan jantung.

Appanya direnung tajam. “APPA!”

“Hyeranah… Hyeran dapat kan?” Soal Appanya.

Hyeran tunduk. Tidak sanggup melihat muka Appanya yang kelihatan sangat berharap dia dapat menjadi artis smALL.

Dengan perlahan, Hyeran menggeleng. “Saya tak dapat…” Ucapnya kedengaran seperti berbisik.

Dia menyangka yang appanya akan memarahinya tetapi dia tidak sangka yang appanya akan ketawa. Dia mengangkat keningnya. Terkejut akan appa yang sedang ketawa terbahak-bahak.

“Appa…”

“Hyeran tipu, kan? Pastinya Hyeran dapat. Appa tak percayalah.”

Hyeran menggigit bibir bawahnya. Agak terkejut dengan kata-kata Appa. Dia lalu tunduk sebelum membalas. “Appa… Saya betul-betul tak dapat.”

“Apa? Betul ke?”

Dengan kepala yang masih ditundukkan ke lantai, dia mengangguk.

“Tidak! Tak mungkin!” Jerit Appa. Appa meraup mukanya kemudian dengan perlahan-lahan dia berjalan ke ruang tamu.

“Appa… Mianhae…” Hyeran serba salah melihat appanya.

Kini Appa duduk di atas lantai sambil mengulang perkataan ‘Tak mungkin’ banyak kali. Appa kelihatan sangat kecewa dengan Hyeran. Hyeran tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Dia berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya.

Pintu biliknya dihempas. Dia berlari ke katilnya lalu membaringkan badannya di ats katil. Dia mengeluh mengenangkan apa yang telah terjadi. Diakah yang salah? Diakah yang harus dipersalahkan? Dia tidak tahu bagaimana untuk bercakap dengan appa nanti. Dia buntu.

*****

Hyeran sedang membaca novel di atas katilnya apabila dia mendengar bunyi loceng pintu. Dia meletakkan novelnya di atas katil sebelum berjalan ke tingkap untuk melihat siapa yang datang. Rupa-rupanya yang datang adalah Encik dan Puan Park. Dia mengangkat keningnya memikirkan tujuan mereka datang ke rumahnya. Bukan dia tidak suka tetapi dia Cuma ingin tahu mengapa. Sudah masuk kali yang keempat mereka datang ke sini. Apabila mereka datang sahaja, mereka akan berbincang dengan appa di ruang tamu. Entah apa yang mereka bincangkan pun dia tidak tahu. Appa tidak membenarkannya mencuri dengar perbualan mereka.

Dengan perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa, Hyeran menuruni tangga lalu membuka pintu hadapan rumahnya.

“Hyeranah…” Tegur Puan Park sambil tersenyum sejurus sahaja Hyeran membuka pintu pagar untuk membenarkan mereka masuk.

Senyuman Puan park dibalas Hyeran dengan senyuman juga. “Jemputlah masuk.” Pelawa Hyeran dengan sopan santun kepada pasangan suami isteri itu.

“Gaja…” Ucap Puan Park lalu meletakkan tangannya di atas bahu Hyeran. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah manakala Encik Park mengikuti mereka dari belakang.

Sampai sahaja di dalam rumah, Hyeran ternampak akan jam dinding yang tergantung di dinding rumahnya. Sudah pukul 6.30. Dia hampir lupa untuk memasak makan malam kerana terlalu leka membaca novel.

Hyeran menutup pintu rumahnya yang ternganga luas.

“Hyeranah… Hyeran lulus ujibakat smALL?” Soal Encik Park kepada Hyeran lantas membuat Hyeran terkelu seketika.

“Huh?” Hyeran terkebil-kebil. ‘Hisy macam mana dia tahu aku masuk ujibakat tak guna tu? Appa bagitahu ke?’ Detik hatinya.

Kepalanya digeleng “Uh… tak…”

“Apa?” Ucap Encik park hampir berteriak.

“Yeobo…” Puan Park menampar lengan suaminya. Dia perasan yang Hyeran sedang menundukkan wajahnya.

Puan Park tersenyum. “Tak apalah, Hyeran. Hyeran dah cuba yang terbaik.”

Hyeran mengangguk. Sebenarnya tak. Dia tidak buat yang terbaik.

“Appa ada di ruang tamu.” Beritahu Hyeran. “Saya akan memasak di dapur. Pak cik dan mak cik jemputlah makan malam di sini.” Sambungnya lagi.

Rambut Hyeran dielus lembut oleh Puan park. Dia mengukir senyuman lagi. “Baiklah.” Balasnya. “Mari mak cik tolong.”

Laju sahaja Hyeran  menggeleng. “Eh, tak payahlah susah-susah!” Larangnya. Tak akanlah dia mahu menyuruh tetamu memasak pula? “Biar saya je.”

Puan Park mengangguk lalu dia dan suaminya ke ruang tamu. Hyeran menghela nafas sebaik sahaja mereka berdua sudah hilang dari pandangan.

Seperti biasa, Hyeran tidak berani mencuri dengar apa yang dibualkan oleh appa dan pasangan Park itu walaupun dia ingin sekali mengetahuinya. Hyeran menggeleng kepalanya.

‘Tak usahlah…’ Fikirnya. Pastinya mereka sedang berbincang tentang perkara yang tidak ada urusannya. Hyeran lalu berjalan ke dapur sambil berfikir-fikir mahu masak makanan apa untuk makan malam nanti.

*****

Sudah tiba waktu makan malam, Hyeran sedang mengangkat piring-piring yang berisi lauk-pauk lalu memindahkannya di atas meja makan. Dia mengangkat kepalanya lalu melihat appa yang datang ke ruang makan bersama Encik dan Puan Park. Hyeran lalu menyambung kerjanya iaitu meletakkan rice cooker di atas meja makan.

“Wah…” Ucap Puan Park setelah melihat makanan-makanan di atas meja makan. Nampaknya dia memang tak akan menyesal nanti. Setelah apa yang dilihatnya, Hyeran ialah seorang gadis yang sopan santun, baik, pandai mengurus rumah malah cantik.

“Pasti sedap kan, yeobo?”  Puan Park menyiku suaminya.

“Ah ya… Kelihatan sedap.” Ucap Encik Park pula.

Hyeran tersenyum sahaja apabila dipuji. “Jemputlah duduk, appa, mak cik dan pakcik.”Jemput Hyeran.

Hyeran turut duduk setelah kerjanya selesai manakala Puan Park sedang menyenduk nasi untuk mereka semua.

“Kamsahamnida.” Hyeran mengukirkan senyuman yang manis sewaktu menyambut huluran pinggan oleh Puan Park. Puan Park hanya mengangguk.

“Appa…” Panggil Hyeran sambil menghulurkan berisi lauk kepada appanya yang berada di sebelahnya. Appa hanya mengambil pinggan itu tanpa berkata apa-apa. Hyeran mengeluh di dalam hatinya.

Sudah dua hari appa tidak berbual dengannya kecuali membalas soalannya dengan ya atau tidak. Hyeran berasa sangat sedih. Takkan Appa tidak mahu berbual-bual dengannya seperti kebiasaannya.

Appa melampau! Takkan sebab dia tidak lulus ujibakat dan menjadi artis smALL appa tidak mahu berkata apa-apa dengannya. Memang melampau!

“Kenapa, Hyeran?” Soal Encik Park apabila dia terpandangkan Hyeran yang sedang mengerutkan dahinya. Kelihatannya Hyeran sedang geram akan sesuatu.

Hyeran pantas menggeleng. “Tak ada apa-apa…” Jawabnya lalu tersengih dengan kekok.

“Meokja (Jom makan).” Ucap Encik Park.

“Ne…” Balas Hyeran lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya. Namun, dia tidak selera makan. Tekaknya seperti menolak makanan yang telah dikunyahnya.

“Hyeranah…” Panggil Puan Park.

Dengan segera, Hyeran mengangkat kepalanya lalu memandang Puan park.

“Ne?”

“Hyeran ada suka artis Korea tak?” Soal Puan Park.

‘Erk… Soalan apakah itu?’ Hyeran bermonolog sendiri.

Ya. Dia ada meminati artis Korea. Takkanlah tak ada. Orang Korea takkanlah tak minat mana-mana artis korea pun. Tapi kenapa Puan park bertanyakan soalan itu? Macam tak ada soalan lain sahaja. Artis Korea yang berada di fikirannya kini hanyalah EXO. Dia ada meminati artis lain juga tapi dia paling sukakan EXO.

“Ya. EXO.” Jawab Hyeran.

“EXO?” Puan Park tersenyum gembira lalu memandang suaminya. Suaminya turut tersenyum.

Puan Park berhenti makan untuk seketika. Ada soalan penting yang perlu ditanyakannya kepada Hyeran. “Dalam EXO, Hyeran minat siapa?”

“Baekhyun!” Jawab Hyeran ringkas. Dia terus sahaja tersenyum apabila menyebut nama biasnya itu. Tiada siapa yang paling disukainya antara dua belas ahli kumpulan EXO selain Byun Baekhyun.

“Apa?? B-Baekhyun?” Soal Puan Park bagaikan tidak percaya.

Hyeran terkebil-kebil. Dia salah cakap ke?

“Hyeran… ada suka member lain tak? Chanyeol ke?”

“Ch-Chanyeol?” 

Author's note

Dalam cerita ni, EXO ialah 12 orang bukan 10. BTw, ni fiksyen so semua ini hanyalah rekaan semata-mata. Rindu kat Kris dan Luhan Gege T.T 

10 People in my eyes, 12 people in my heart T.T baii nak pergi nangis T.T

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

566K 19.4K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
297K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
643K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
18.9K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...