The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 94

867 59 2
By sapphire_blue88

Typos ahead!

Bab 94

"Tak guna! Ia tak disiarkan secara langsung!" Chanyeol yang sedang menggenggam erat Iphone miliknya sedang membuat lagak seperti mahu mencampak telefonnya itu.

Sebaliknya Chanyeol hanya mengeluh, terasa sayang pula mahu menghancurkan telefon bimbit keluaran baru miliknya itu.

Xiumin menggeleng kepalanya tatkala dia memandang Chanyeol sekilas "Memanglah, Chanyeol-ah. SmALL mengawal ketat press conference kali ini. Aku dengar yang sampai orang luar pun tak boleh masuk dan kemasukan wartawan juga ditapis." Ujarnya sambil matanya masih lagi tertancap pada skrin telefon bimbitnya.

"Tapi saya kena tengok siaran langsungnya juga, Hyung." Chanyeol meraup mukanya sambil di dalam hatinya menyumpah seranah orang yang mempunyai idea untuk mengawal ketat sidang akhbar tersebut. Mungkin sahaja Kim Chiwon namun apa yang membuatkan Chanyeol hairan, mengapa perlu lelaki itu melakukannya? Kenapa mahu dia sembunyikannya daripada orang ramai? Bukankah sepatutnya sidang akhbar dilakukan demi bertujuan untuk khalayak ramai?

"Apa yang saya dengar ayah siapa? Minha? Mini? Minah? Alah, suka hatilah sesiapa pun." Kata Sehun apabila semua orang memberikan renungan pelik kepadanya apabila dia tidak mengenali Choi Minhee. "Ayah dia tu, CEO syarikat akhbar dan ia bukannya calang-calang syarikat akhbar je. Senang cerita, syarikat dialah yang paling mempunyai pengaruh di Seoul ini jadi disebabkan itulah dia mengawal ketat sidang akhbar LUV ini demi menapis cerita buruk tentang anaknya." Sambung Sehun lagi, bercerita dengan bersungguh-sungguh demi menarik perhatian semua hyungnya itu.

Choi Minhee? kenapa pula dengan perempuan itu? Masing-masing cuba memikirkan siapa Choi Minhee di dalam kumpulan LUV itu dengan lebih tepat mereka lebih banyak meluangkan masa dengan Hyeran. Oleh itu, mereka kurang mengetahui siapa ahli kumpulan yang lainnya. Kini baru mereka sedar, mereka hanya mengenali Hyeran sahaja dia dalam kumpulan itu.

Kai yang sedang menongkat dagu terus berkata dengan malasnya. "Bukankah dia maknae kumpulan tu? Kan, Sehun-ah?" Soal Kai kepada Sehun, menginginkan kepastian sementara Sehun hanya menganggukkan kepalanya.

Lay memetik jarinya apabila tiba-tiba dia teringat sesuatu yang agak penting tentang perempuan itu. "Seolma! Bukan dia ke yang simbah Hyerannie dengan air hari tu?" Soal Lay, membuatkan orang semua kagum tentang bagaimana dia boleh mengingati peristiwa itu. Biasanya dialah orang yang paling susah mahu mengingati sesuatu peristiwa. "Aku boleh ingat sebab aku rasa kasihan sangat dengan Hyeran masa tu." Jelasnya lagi.

"Dan dia jugalah yang halau Hyeran ketika Hyeran baru nak masuk ke dorm LUV." Ujar Chanyeol membuatkan semua orang pelik disebabkan hanya dia seorang menyaksikan hari di mana Hyeran berpindah ke dorm Hyeran.

Mata Kyungsoo yang semulajadi besar itu menjadi bertambah besar dan kelihatan mahu menakutkan Chanyeol saat dia bertanya, "Jinjjaro?" kepada Chanyeol. "Dan kenapa pula nampak macam kau seorang sahaja yang tahu tentang hal ini, Chanyeol-ah?" Soal Kyungsoo lagi membuatkan Chanyeol berasa tidak keruan apabila diberikan renungan tajam dengan soalan maut itu.

Tangan Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil dia tertawa dengan kekok. "Alah, Choi Minhee yang masuk hospital disebabkan membunuh diri tu. Doktor cakap dia overdosed, mujurlah dia sempat dikejarkan ke hospital." Chanyeol yang teringat tentang kata-kata Hyeran tentang keadaan Minhee itu terus cuba menukar topik terus mengatakan tentang hal yang lain yang berkaitan dengan Minhee juga.

"Aku rasa aku cuma tahu dia masuk hospital sebab jatuh sakit, tak tahu pula sebab dia overdosed." Ujar Xiumin membuatkan Chanyeol menggaru kepalanya yang tak gatal. Nampaknya terlalu banyak benda yang hanya Chanyeol sahaja yang tahu.

"Dia overdosed? Tak apalah sebab someone sudah call the doctor, kan? Nal butjapgo marhaejwo. Sarangeun byeong jungdok overdosed!" Nyanyi Chen pula yang menyebabkan pelbagai reaksi daripada semua orang. Ada yang menampar dahinya, ada yang menggelengkan kepalanya dan ada juga yang seperti mahu menyepak Chen dengan kakinya, terutamanya Kyungsoo.

"Tak lawak, Jongdae jadi tolong senyap." Ugut Kyungsoo membuatkan Chen meneguk liurnya.

Chen tersentak apabila dia sudah memulas otaknya apabila dia cuba mengingati tentang Choi Minhee namun, apabila dia sudah mengingatinya pula dia mendapati kekeliruan disitu. "Chanyeol-ah, bukankah hari tu kita ada cakap pasal Minhee sukakan kau? Kau rasa dia betul-betul sukakan kau ke?" Ucap Chen lagi, kali ini tidak lagi cuba membuat lawak tentang Minhee terlebih dos dengan menyanyikan lagu 'Overdosed'.

Chanyeol mengerut keningnya apabila mendengar kata-kata Chen itu. "Apa yang kau mengarut, Kim Jongnight?" Seloroh Chanyeol. "Takkanlah dia..." Kata-kata Chanyeol terus terhenti apabila dia teringatkan sesuatu. Sebenarnya, dia terdengarkan sesuatu dari memori lama yang datang kembali setelah diproses. Dan dia benar-benar yakin yang suara itu suara Choi Minhee.

"Sebenarnya, saya peminat Park Chanyeol-nim." Keyakinan Chanyeol malah membuatkan Chanyeol semakin mengerti semua ini.

"Ramai orang yang membantah hubungan kita berdua. Di salah sebuah hospital di Seoul, ada seorang perempuan yang cuba bunuh diri disebabkan awak dah berkahwin dengan orang lain." Dan kali ini, kata-kata Hyeran yang terngiang-ngiang di telinganya merungkaikan semuanya.

Gigi Chanyeol diketapkan. Semakin lama dia berfikir tentang semua itu semakin gila mahu jadinya. "Tak guna!" Ujar Chanyeol, dengan geram. Semua orang menoleh memberikan pandangan kepada Chanyeol sebelum menyedari tangan Chanyeol yang sudah menggenggam menjadi penumbuk.

"Kenapa, Chanyeol-ah?" Soal Lay apabila melihat reaksi Chanyeol tiba-tiba berubah. Seolah-olah sesuatu telah terjadi.

"Saya rasa tak sedap hati tentang press conference kali ini, Hyung. Saya tak tahu kenapa." Chanyeol menangkap nafasnya tatkala menyebut perkataan terakhirnya sambil menggelengkan kepalanya. Tangannya masih lagi menggenggam penumbuk membuatkan Chanyeol mahu mengarahkannya ke dinding. "Tak guna betul. Saya betul-betul nak tengok siaran langsung tu." Ujar Chanyeol lagi.

"Jadi kenapa kau tak pergi ke sana sahaja?" Soal Suho yang sejak dari tadi hanya menjadi pendengar sahaja. Mungkin mereka menyangka Suho yang sedang bermain telefon bimbitnya itu tidak berminat tentang hal berkenaan tetapi sebenarnya Suho sedang menjadi pemerhati mereka semua. Namun, kali ini Suho yang menjadi perhatian mereka.

"Macam mana Chanyeol nak masuk ke dewan press conference tu nanti?" Sehun menyoal dengan hairan, sambil mengangkat keningnya.

Terlukis senyuman di wajah Suho membuatkan mereka semakin tertanya-tanya. "Macam mana nak masuk? Ini Kim Suholah." Ujar Suho dengan bangga sambil menepuk-nepuk dadanya.

Baekhyun mencebik bibirnya melihat kelakuan Suho itu. "Nama lahir hyung Kim Joonmyeon, dah lupa?" Soal Baekhyun kedengaran seperti memerli. "Okey, sekarang Chanyeol boleh masuk ke dalam dewan dengan bantuan Hyung, tapi Hyung tahu di mana tempat itu?" Soal Baekhyun membuatkan Suho yang baru sahaja ingin memarahi Baekhyun terus terdiam. Suho berfikir seketika sambil membuat lagak mengurut dagunya.

"Tak apa, saya tahu macam mana nak uruskan tentang bahagian tu." Chanyeol menggoyang-goyangkan telefon bimbitnya di hadapan mereka semua yang sedang mengerut dahinya, tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Chanyeol itu. "GPS." Jelas Chanyeol.

"Dengan apa pulak kau nak pergi? Bas? Teksi?" Soal Kyungsoo pula.

"Aku tak kisahlah, Kyungsoo. Boleh je aku naik teksi pergi sana." Balas Chanyeol.

"Pabo-yah. Habis kau ingat dua belas orang nak kena muat berapa buah teksi?" Soal Kyungsoo lagi.

"Ada aku suruh korang ikut ke?"

"Boongboong-ah isseo?" Soal Baekhyun kepada sesiapa yang sedang mendengarnya sementara Chanyeol dan Kyungsoo sedang bertekak tentang ini dan itu.
Kali ini Chen yang tersenyum setelah dia mendapat satu idea. "Isseo." Jawab Chen. Kebetulan pula pada waktu tersebut, kedua-dua manager mereka sedang membelikan makanan buat mereka namun hanya sebuah kereta sahaja yang dipandu oleh mereka. Sebuah lagi kereta pasti sedang terparkir di tempat meletak kenderaan, Chen sangat yakin. "Tapi hanya separuh daripada kita je yang boleh pergi." Chen menyatakan masalahnya sementara masing-masing berfikir sama ada mahu ikut atau tiduk. Ada segelintir yang perut berkeroncong menyebabkan mereka tidak mahu melepaskan makan malam mereka.

Keputusan telah dibuat akhirnya. Chanyeol, Baekhyun, Xiumin, Suho, Chen dan Sehun iaitu kumpulan yang pergi ke press conference itu dengan pantas menyelinap keluar dari dorm agar tidak terserempak dengan manager mereka yang pastinya akan pulang pada bila-bila masa sahaja.

"Boongboong-ah, Mian!"

Ah, sudah! Baekhyun tak lupa nak mengajuk Cheon Songyi saat mereka akhirnya menjumpai kereta milik EXO-M yang bagaikan diparkir di hujung dunia. Ada-ada sahaja Baekhyun nak buat perangai sambil memuncungkan bibirnya dan membuat isyarat tangan seperti Cheon Songyi dalam drama 'My Love From the Star' itu ketika mengajuknya.

Sementara itu, hampir-hampir sahaja Xiumin menyumpah seranah si Byun 'Gedik' Baekhyun sambil menahan tangannya agar tidak senang-senang menampar lelaki itu. Geli geleman dia jadinya. "Kau dah kenapa ni, Baekhyun?" Soal Xiumin.

"Hyung, Hyung kenal lelaki ni ke? Saya tak kenallah, Hyung. Baik kita masuk kereta je." Soal Chen, pantas menarik tangan Xiumin dan membuat lelaki itu masuk ke dalam tempat duduk pemandu.

"Yelah, hyung pun tak kenal siapa dia." Xiumin mengangguk-angguk, mengikuti sahaja rancangan Chen.

"Aku pun tak tahu siapa." Kata Suho pula sambil mengambil tempat duduknya di belakang.

"Tak nak masuk ke, Baek..." Chanyeol terus menutup mulut Sehun apabila Sehun mahu memanggil Baekhyun yang terpinga-pinga untuk masuk ke dalam kereta. Chanyeol yang seolah-olah tidak melihat yang hanya tinggal seorang di luar kereta terus menutup pintu tempat duduk penumpang di belakang sebelum dia mengambil tempat duduk di tempat duduk penumpang di hadapan.

"Julbal! (Mari kita pergi!) " Arah Chanyeol setelah dia menyelesakan diri di tempat duduknya itu.

"Yah! Yah! Mwohanya!" Jerit Baekhyun sambil cuba membuka pintu kereta namun malang sekali, telah dikunci awal-awal oleh Xiumin. Tidak cukup dengan itu, Baekhyun juga menepuk-nepuk cermin kereta namun Chen dan Suho hanya mentertawakannya sambil melambaikan tangan mereka. "Yah, buka pintu ni!" Teriak Baekhyun sekali lagi dengan geram. Nasib baik dia tidak menendang pintu kereta itu.

Sekali lagi Xiumin hampir sahaja menyumpah seranah apabila mulut becok Chanyeol menemaninya untuk mengarahkan jalan ke kiri dan ke kanan. Xiumin berfikir yang nasib baiklah dia seorang yang baik hati, kalau tidak memang dia tidak mahu memandu mereka untuk ke tempat di mana Hyeran berada.

"Hyung, salah! Kanan, bukan lurus." Chanyeol menampar dahinya, hampa.

"Yah, kau cakap lurus tadi." Marah Xiumin pula.

"Ya, pada mulanya. Tapi bila saya tengok balik dia cakap ke kanan. Hyung kenalah dengar kata-kata saya sampai habis dulu."

"Haish, geram betul aku dengan budak ni. Kalau tak reti baca GPS tu, baik turun dari kereta aku dan bunuh diri kena langgar kereta jelah."

"Hyung, mana boleh berhenti tengah-tengah jalan ni. Tengok, dah kena hon dengan orang."

"Kau reti sangat bawak kereta, kenapa tak kau je yang pandu?"

"Habis tu, siapa yang nak tengok GPS?"

"Kalau aku tahu baik aku suruh Chen je yang tengok GPS tak guna kau tu."

Walau apapun, mereka akhirnya tiba di press conference itu setelah Chanyeol dan Xiumin penat bertekak. Mereka masuk melalui pintu belakang yang hanya kru sahaja yang dibenarkan masuk. Pada mulanya, mereka ragu-ragu juga tetapi Suho memberi jaminan kepada mereka semua. Apabila mereka tidak sengaja terserempak dengan salah seorang kru di situ, Suho cepat-cepat mendekati lelaki sambil memberi isyarat agar mereka semua pergi mencari Hyeran. Chanyeol tidak tahu apa yang sedang dikatakan oleh Suho kepada lelaki itu dan dia sangat ingin tahu, namun Hyeran seakan memanggilnya. Selang beberapa minit kemudian, mereka akhirnya berada di belakang sejumlah wartawan yang sedang sibuk menaip dan mengajukan soalan kepada Hyeran. Masing-masing cuba untuk menundukkan muka mereka dan menutup muka agar tidak ketahuan oleh sekuriti yang sedang mengawal di empat penjuru dewan itu. Namun, sangat senang untuk mereka menyembunyikan diri disebabkan ramai wartawan yang berada di situ.

"Apa hubungan awak dan Chanyeol yang sebenarnya? Boleh berikan penjelasan? Sebab smALL belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang hubungan awak berdua."

Chanyeol tersedak ketika mendengar soalan tidak berkaitan yang tiba-tiba diajukan oleh salah seorang wartawan di situ sementara Xiumin, Baekhyun, Chen dan Sehun memandangnya dengan mata yang terbeliak. Ya, Chanyeol tahu. Dia pun sangat terkejut dengan soalan itu namun dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya ketika itu.

"Hyerannie..." Panggil Baekhyun dengan perlahan ketika dia dapat melihat wajah risau yang tidak disembunyikan oleh Hyeran lagi. Walaupun dari jauh, dia masih dapat meneliti kerutan nipis Hyeran sekilas. Baekhyun mengetap giginya. Dia tidak boleh membiarkan Hyeran di dalam situasi tersebut. Mahu sahaja dia pergi ke arah Hyeran dan membawanya ke belakang pentas.

Chen yang sudah lama memerhatikan Baekhyun dan seakan tahu apa yang sedang difikirkan oleh Baekhyun ketika itu. Bangun sahaja Baekhyun dari tempatnya, Chen segera menarik tangan Baekhyun dan terus menyebabkan Baekhyun terduduk semula di kerusinya. "Baekhyun! Kau jangan pergi. Kita dah janji nak tengok sahaja, kan? Kau jangan buat pasal. Kalau kau muncul secara tiba-tiba kat sini, kau akan merosakkan segala-galanya." Halang Chen lagi, sambil memperlahankan suaranya, risau akan disedari oleh orang lain.

Baekhyun yang geram terus menepis tangan Chen dari memegangnya walaupun dia sendiri mengaku yang kata-kata Chen itu ada benarnya. Tangannya terus memeluk tubuhnya sambil menarik muka semasam-masamnya.

"Sebenarnya saya isteri Chanyeol."

Sekali lagi Chanyeol tersedak apabila mendengar pengakuan Hyeran itu namun sesaat kemudian, reaksi mukanya berubah. Chanyeol tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum ketika mendengar suara kekasihnya mengatakan hal yang sejujurnya tentang mereka berdua. Chanyeol tertawa kecil namun dia tidak dapat menahan ketawanya apabila melihat mulut sahabatnya yang lain masing-masing terbuka luas. Tiada siapa dapat menyangka Hyeran akan menyatakannya pada malam ini. Namun, senyuman lebar Chanyeol itu pudar sebelum hilang apabila dia melihat Hyeran yang menjadi target Haters dengan telur. Chanyeol tersentak apabila dia mendengar kata-kata mereka tentang Hyeran menipu.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Chanyeol kecuali... kecuali menunjukkan mereka dengan mata mereka sendiri. Mereka akan terdiam jika mereka sendiri lihat buktinya.

Entah bila Chanyeol bangun dari tempat duduknya pun Chen tidak menyedarinya. Chen yang menarik nafas terkejut membuatkan semua orang menyedari yang Chanyeol sedang dalam perjalanannya menuju ke atas pentas. "Chanyeol-ah, andwae!" yang keluar dari bibir Xiumin tiada gunanya lagi kerana Chanyeol tidak sempat dihalang memandangkan dia duduk di barisan paling hujung sekali.

"Hyeran!" Ya, hanya Hyeran sahaja yang dapat Chanyeol lihat kini. Hanya 'Puan Chanyeol' sahaja yang dia lihat sementara separuh lagi Chanyeol mendekatinya.

Chanyeol hanya tersenyum ketika dia tahu mata Hyeran bertembung dengan mata miliknya. Mata itu lalu terbuka luas saat melihatnya kini sudah berada di atas pentas. "Pa-Park Chan?" Ujar Hyeran tatkala dia tidak menyedari yang dia sudah berdiri dari kerusinya.

"Peluk saya, Ran-ah." Pinta Chanyeol sambil segera mendapatkan Hyeran yang sedang kaku ditempatnya. Chanyeol dapat menangkap bunyi nafas Hyeran yang seolah-olah terkejut ketika tubuh Hyeran itu dipeluknya dengan erat. Satu demi satu Chanyeol dapat merasakan telur pecah di kepalanya, di bajunya dan di semua tempat. Namun, Chanyeol tidak pernah peduli. Apa yang dia tahu hanyalah Hyeran dan Hyeran.

"Yah, berhenti baling telur! Itu Chanyeorie Oppa!"

"Itu Chanyeol Oppa ke? Eotteohkae?"

"Yah, cepat lari! Security tu nak tangkap kita."

Hyeran merasakan yang pelukan itu mengambil masa selamanya. Kerisauan dan ketakutan yang tadinya menguasai fikiran kini hilang setelah kedua-dua tangan itu memeluknya. Namun, pelukan itu tidak berkekalan setelah Chanyeol pasti yang Hyeran telah selamat.
"Jarhaesseo." Ucap Chanyeol dengan senyuman yang tidak lekang. "Jarhaesseo, Hyeran-ah." Ulangnya lagi dengan bangga.

Tangan Hyeran yang menggeletar diangkat, ingin mencapai rambut Chanyeol apabila dia melihat telur yang menitik dari hujung rambut Chanyeol ke mukanya tetapi Chanyeol menghalangnya dengan menggenggam pergelangan tangannya.

"Jangan, tangan awak akan kotor nanti." Halang Chanyeol bagaikan tidak mengambil peduli dirinya yang sebenarnya benar-benar kotor di situasi tersebut.

"Park Chan, kenapa awak datang ke sini?" Hyeran terus menarik tangannya dengan kasar, memarahi Chanyeol. "Awak tak sepatutnya datang ke sini." Hyeran menggeleng kepalanya berulang kali. "Tengoklah apa yang dah jadi kepada awak sekarang."

Bagaikan lupa tentang kehadiran semua orang di situ, terutamanya para wartawan yang sedang rancak menangkap gambarnya dan tangan mereka laju menari di keyboard untuk menaip cerita sensasi tentang mereka berdua. Hyeran tidak ambil peduli lagi kerana dia tahu Chanyeol juga tidak peduli ketika dia mengambil keputusan untuk naik ke atas pentas itu.

"Perempuan tak guna!" Minhee yang tidak senang duduk dari tadi terus berdiri. Dia berjalan ke arah Hyeran dan merentap rambut Hyeran dengan sangat kasar. "Berani kau beritahu mereka! Kau dah janji! Kau dah janji nak rahsiakan perkahwinan ini dari mereka semua." Sembur Minhee tanpa peduli semua orang melihat sisi jahatnya. Dia tidak menghiraukan apa-apa lagi kerana dia sudah tidak tahan melihat Chanyeol memandang Hyeran dengan senyuman di wajahnya. Apa yang dia tahu dia hanya mahu membuatkan Hyeran sengsara.

"Kau memang..." Tangan Minhee sedia untuk dihayunkan ke muka Hyeran.

"Minhee!" Mujurlah Chanyeol sempat menahan tangan Minhee itu dengan tangannya. Chanyeol mengetap giginya sementara Minhee menatapnya dengan penuh ketakutan. Chanyeol tidak menyedari yang dia sedang menggenggam lengan Minhee dengan sangat kuat sehinggalah Minhee menarik tangannya sambil mengerang.

"Hyeran tak guna!" Marah Minhee dilepaskan kepada Hyeran lagi membuatkan Chanyeol tidak menahan dirinya lagi. Mahu sahaja Chanyeol menampar mulut itu agar dapat mendiamkannya.

"Jangan!" Halang Hyeran. Kini Hyeran yang menghalang tangan Chanyeol dan kini Minhee yang akan menjadi sasaran tamparan itu. Kelakarnya apabila benda boleh menjadi terbalik dengan sekelip mata.

Mata Chanyeol terkedip-kedip apabila Hyeran menggelengkan kepalanya. Chanyeol tidak percaya yang Hyeran hampir-hampir sahaja ditampar tetapi Hyeran tidak pernah mahu orang yang mahu menamparnya diberi balasan yang serupa. Kini Chanyeol tersenyum. Dia tahu yang dia telah mengahwini seseorang yang bukan calang-calang.

Sekali lagi ianya bertukar. Kini Chanyeol pula yang memegang tangan Hyeran dengan erat sementara tangan kirinya menarik Hyeran mendekatinya. Tanpa segan silu lagi Chanyeol mengucup bibir Hyeran di hadapan orang ramai. Bunyi kamera yang menangkap gambar berulang kali tidak sesekali menyebabkan Chanyeol berhenti dari membiarkan bibirnya bersatu dengan bibir Hyeran. Minhee yang berlari turun dari pentas sambil menangis juga tidak dihiraukan oleh Chanyeol.

"Awak nak tahu kenapa saya ada di sini?" Soal Chanyeol untuk menarik nafasnya. "Sebab saya risaukan awak, Yoon Hyeran." Chanyeol menjawab sendiri soalannya dengan senyuman nakal di wajahnya. Kepalanya dibengkokkan sekali lagi untuk mencuri ciuman Hyeran sekali lagi.

"Michin nom. (Lelaki gila)." Gelar Hyeran yang tersenyum malu setelah dikucup oleh Chanyeol lagi.

"Saya tahu awak suka tapi awak tak nak menga... Ahh!" Terus menjerit Chanyeol apabila telinganya dipiat oleh Hyeran dengan tidak diduganya namun nasib baik Hyeran sedar yang mereka berdua masih berada di atas pentas.

"Park Chan-ah..." Panggil Hyeran ketika dia berasa silau dengan cahaya kamera yang terpancar ke arah mereka berdua.

"Awak nak pergi dari sini?" Soal chanyeol, sengaja bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Ya." Angguk Hyeran sambil tersenyum.

"Jadi jom ikut saya." Chanyeol mula menarik tangan Hyeran dan memulakan lariannya.

"Ke mana?" Soal Hyeran girang sambil lariannya mengikuti irama Chanyeol.

"Ke mana sahaja asalkan dengan saya, kan?" Soal Chanyeol menoleh kepada Hyeran dengan sebuah senyuman saat mereka berdua mencari pintu keluar di belakang pentas.

"Cheesy." Komen Hyeran.

"Awak yang tulis di buku awak hari tu." Balas Chanyeol. "Awaklah cheesy."

Hyeran tidak dapat menahan dirinya dari tertawa terbahak-bahak. Ya, mungkin juga dia cheesy sebenarnya. Namun, disebabkan itulah mereka berdua gandingan yang sepadan, bukan?

*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
385K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
929K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...