The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 85

980 70 8
By sapphire_blue88

Hyeran langsung tidak mahu mengambil peduli tentang perhatian yang diberikan kepadanya itu apabila dia masuk ke dalam bilik tarian. Dia datang ke bilik tarian untuk berlatih, bukan untuk membuang masa memikirkan apa yang sedang mereka katakan tentang dirinya sama ada di belakang atau di depannya. Mata kosongnya hanya memandang satu tempat untuk dia duduk sebentar yang agak jauh dari mereka berempat.

Namun, belum sempat dia mengambil tempatnya, dia merasakan ada sesuatu menolak bahunya sehingga dia terdorong ke dinding. Hyeran yang hilang keseimbangan terus berpaut pada dinding dan belakang badannya yang bersandar pada dinding terasa agak sakit. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya untuk melihat siapa pelakunya.

Sudah dapat diagak sejak mula dia ditolak lagi. Hyeran hanya mampu menggeleng kepalanya kepada Minhee yang sedang memandangnya dengan muka yang marah dan mata yang berair. Pelik juga Hyeran jadinya. Bukankah dia yang sepatutnya menangis? Mengapa Minhee pula yang menangis? Namun, riak muka Minhee sedikit sebanyak membuatkan dia hairan. Minhee kelihatan sangat marah kepadanya, namun mengapa perlu perempuan itu menangis?

Tanpa membiarkan fikirannya serabut, Hyeran hanya membiarkan soalan di mindanya tanpa jawapan. Dia membetulkan cara berdirinya dengan betul sambil matanya masih lagi menatap wajah Minhee. Minhee kini sedang mengetap giginya sambil memandang Hyeran bagaikan singa yang lapar memandang mangsanya. Hyeran tidak mahu menghabiskan masanya untuk memarahi atau menyoal maknae kumpulannya itu kerana dia tahu semuanya akan sia-sia sahaja.

"Kau cakap kau sukakan Baekhyun."

Telinga Hyeran menangkap suara Minhee apabila dia sedang meneguk air dari botol air mineralnya. Dia mengambil masa agak lama untuk menghilangkan dahaganya sebelum dia cuba untuk berkomunikasi dengan Minhee yang lama kelamaan pasti akan bertukar menjadi pertengkaran. Ini pasti akan memenatkannya.

"Kau ingat masa kita berjumpa pertama kali dahulu." Sambung Minhee lagi sambil melihat Hyeran yang sedang memulas penutup botolnya hingga tertutup rapat. "Kau pernah beritahu bias kau siapa dan orangnya ialah..."

"Baekhyun!" Potong Hyeran. Dia tahu. Dia tahu dirinya sendiri jadi dia tidak perlu Minhee untuk menyeret nama Baekhyun sehingga dua kali dalam hal ini. "Aku tahu, Minhee. Aku tak pernah lupa." Kepala Hyeran mengangguk.

Masakan Hyeran melupakan tentang peristiwa dia bertemu dengan Minhee beberapa bulan lepas. Hyeran menduga yang dia akan mempunyai teman yang merangkap dongsaeng di dalam smALL itu namun takdir mahukan yang sebaliknya. Mereka berdua sebaliknya menjadi musuh meskipun Hyeran tak pernah menganggap Minhee sebagai musuh. Hanya Minhee sahaja yang membencinya. Sampai sekarang juga Hyeran tidak tahu mengapa Minhee begitu membencikannya. Mungkin sampai bila-bila pun Hyeran tidak akan tahu mengapa Minhee membencinya kerana Minhee tidak akan berkata apa-apa dengannya kecuali jika dia mahu bertengkar dan menyakitkan hatinya. Hyeran tidak kisah jika Minhee atau sesiapapun membencinya. Dia tidak pernah memaksa sesiapapun untuk menyukainya. Suka atau benci bukan boleh dipaksa. Cuma kadang kala Hyeran berfikir, jika Minhee memberitahunya tentang apa yang membuatnya tak puas hati, Hyeran akan cuba mengubah tingkah lakunya demi menjadi yang lebih baik.

"Jadi kenapa kau dengan Chanyeol!" Minhee yang mula menengking dirinya membuatkan darah Hyeran menggelegak.

Sekarang Chanyeol pula yang disebut oleh mulut itu. Apa agaknya yang dia mahu bebelkan kini? Hyeran tahu dia tidak boleh duduk diam. Nama suaminya disebut sekarang, dia harus menutup mulut yang selalu membebel tak tentu pasal itu sekarang.

"Kenapa tiba-tiba Chanyeol!" Balas Hyeran dengan suara yang nyaring. Botol minumannya terlepas dari tangannya dengan tidak sengaja. Namun, kerana dia masih perlu menyelesaikan hal itu dengan Minhee, dia langsung tidak mempedulikan botol yang sedang bergolek di atas lantai bilik tarian itu. "Kau boleh tak jangan nak mengarut, Minhee?" Hyeran menetapkan renungan mautnya pada Minhee.

"Kalau kau suka Baekhyun, kau ambil sahaja Baekhyun tu. Aku tak kisah. Kau boleh dating dia, asalkan bukan Park Chanyeol!" Minhee menjerit lagi bagaikan mahu satu Seoul mendengar jeritan suaranya manakala Hyeran sedang mengetap giginya.

Berdesing telinga Hyeran ketika mendengar kata-kata Minhee itu. Asalkan bukan Park Chanyeol? Hyeran betul-betul mahu naik angin sekarang. Kalaulah dia boleh beritahu Minhee tentang hubungannya yang sebenar dengan Chanyeol, sebaliknya dia yang akan berkata begitu kepada Minhee. Dia seperti mahu menjerit, berteriak dan memekik yang dia ialah isteri kepada Park Chanyeol. Dia mahu seluruh dunia mendengarnya. Dia mahu semua orang seperti Minhee tahu yang mereka tidak layak buat Chanyeol kerana hanya dialah satu-satunya buat lelaki yang bernama Park Chanyeol di dunia ini.

"Minhee, sudahlah tu. Minhee dah salah faham ni." Dahyun yang datang terus menggapai tangan Minhee dan ingin mengajak Minhee agar duduk di tempatnya tetapi Minhee seperti biasa, keras kepala.

"Kalau betul ini semua salah faham. Minhee memang nak tahu sangat. Minhee memang nak dengar dari mulut dia ni..." Jari telunjuk Minhee mengarahkan Hyeran. "...yang semua ini tak betul." Sambung Minhee lagi sebelum dia menepis tangan Dahyun yang memegangnya.

Hyeran memeluk tubuhnya sebelum membiarkan keluhan berat terlepas dari bibirnya. "Kau memang dah salah faham, Minhee. Aku harap aku boleh beritahu kau, mungkin suatu hari nanti. Hanya untuk beri kau kesedaran garisan mana yang kau tak sepatutnya langkah." Suara Hyeran kedengaran sinis, memerli Minhee dalam diam.

Mata Hyeran beralih dari melihat Minhee, dia sudah meluat dengan Minhee tahap dewa. Minhee yang sedang mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket tidak disedari oleh Hyeran. Beberapa punat ditekan oleh Minhee dan akhirnya dia menjumpai artikel yang mana membuatkan hatinya berkecai. Dia mahu mendengar penjelasan Hyeran tentang apa yang didakwa di artikel itu; tentang Hyeran dan Chanyeol sedang mempunyai hubungan rahsia.

"Jadi betullah ini tak betul?" Minhee menyoal sambil dia menghadapkan skrin telefon bimbitnya yang memaparkan gosip hangat itu ke muka Hyeran.

Hyeran lantas menoleh untuk melihat apa yang dikatakan oleh Minhee itu. Baru sahaja membaca tajuk artikel itu, mata Hyeran sudah terbuka luas apalagi apabila dia melihat gambarnya yang terpampang di muka artikel itu. Bukan setakat gambar dia sahaja, malah Chanyeol ada di sebelahnya dan sedang memegang erat tangannya.

"Macam mana mereka boleh ada gambar ini? Bila masa mereka ambil?" Hyeran tidak percaya itu semua boleh berlaku. Soalan Minhee itu tidak dijawabnya sebaliknya dia malah menyoal membuatkan Minhee yakin yang artikel itu bukan hanya khabar angin.

Ini bermakna yang gambar Chanyeol dan Hyeran itu benar, dan bukan hanya edit semata-mata. Tangan Minhee yang longlai jatuh ke sisinya dan dia juga dapat merasakan tangannya menggenggam erat telefon bimbitnya itu bagaikan mahu menghancurkannya hingga berkecai.

"Jadi betullah?" Suara Minhee bergetar saat dia menyoal Hyeran sekali lagi. Air matanya jatuh bercucuran di pipinya sementara Hyeran masih lagi berdiri di hadapannya, tidak berkata apa-apa langsung. Hyeran seperti mahu menunggu Minhee hilang kesabarannya dan memekik di telinganya bertanyakan sekali lagi tentang kesahihan artikel itu.

Daun pintu yang terkuak dan ternganga luas kini membuatkan semua orang menoleh. Siapa gerangan yang membuka pintu bilik itu dengan kuat sedangkan mereka berlima sedang menggunakannya. Mata Hyeran berkedip apabila matanya bertembung dengan mata orang yang sedang berdiri di muka pintu itu.

Park Chanyeol. Hyeran dapat mendengar hatinya berbisik nama itu dengan sangat kuat.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, Chanyeol menapakkan kakinya menuju ke satu-satunya orang yang hanya dia lihat. Manakala Hyeran pula masih lagi terkejut bagaimana Chanyeol boleh ada di bilik tarian itu. Hyeran tahu ada sesuatu buruk yang berlaku apabila wajah Chanyeol yang biasanya ceria itu bertukar menjadi pahit; iaitu esuatu yang tidak biasa berlaku.

"Saya pinjam Hyeran sekejap." Chanyeol yang langsung tidak memandang muka ahli kumpulan LUV yang lain terus memberitahu, bagaikan Hyeran ialah sebuah benda yang boleh dia ambil sesuka hati. Dia yang hanya melihat Hyeran terus mencapai tangan Hyeran.

"Park Chan!" Mahu atau tidak, Hyeran terpaksa juga mengikuti Chanyeol yang langsung tidak memberinya peluang untuk bersetuju atau tidak.

Mereka keluar dari bilik tarian itu dan berjalan beriringan menuju ke suatu tempat yang Hyeran tidak tahu. Hyeran tidak berhenti menatap muka Chanyeol yang sedang menayangkan muka seriusnya. Mengapa Chanyeol langsung tidak berkata apa-apa dan membiarkan Hyeran tertanya-tanya? Namun, sungguhpun Chanyeol tidak memberitahunya apa-apa, hati Hyeran sudah dapat meneka apakah sebabnya, cuma dia tidak tahu ke mana Chanyeol mahu membawanya.

Setibanya di hadapan lif, Chanyeol terus menekan butang untuk ke tingkat atas. Tidak lama kemudian, lif terbuka dengan bunyi 'ting' membuatkan Chanyeol terus masuk ke dalam lif yang kosong itu bersama Hyeran.

"Awak pun dah tahu ke?" Hyeran menyoal apabila suasana di antara mereka berdua menjadi sangat kekok. Hyeran tidak pernah merasa kekok seperti ini apabila berada dekat dengan Chanyeol tambahan pula muka Chanyeol yang tegang membuatkan dia tidak berani untuk berbual.

Chanyeol terus melepaskan tangan Hyeran dengan tiba-tiba. "Jadi awak pun dah tahu?" Chanyeol menyoal Hyeran yang memandangnya dengan muka yang keliru. "Kenapa awak pun tak nak beritahu saya?" Chanyeol menyoal lagi, yang mana ia kedengaran sangat tidak masuk akal bagi Hyeran.

"Saya pun baru tahu, Chanyeol!" Hyeran mempertahankan dirinya. "Saya baru je baca artikel itu sesaat sebelum awak merempuh masuk dalam bilik tarian tadi."

Hyeran tidak tahu mengapa tiba-tiba Chanyeol meninggikan suaranya tadi dan suaranya juga dengan serta-merta menjadi tinggi demi membela dirinya sendiri kerana Chanyeol sudah menuduhnya sembarangan. Hyeran sudah dapat mengagak ke mana ini semua akan pergi namun Hyeran tidak suka. Hyeran tidak suka bertengkar dengan Chanyeol.

Mata Hyeran sedang memerhatikan Chanyeol yang sedang menyandarkan dahinya pada dinding lif sambil menarik nafas sedalamnya. Chanyeol kecewa dengan apa yang berlaku namun, dia lupa yang Hyeran juga sedang kecewa.

Pintu lif terus terbuka dengan luas dan Hyeran yakin mereka sudah tiba di tingkat yang Chanyeol tekan sebentar tadi. "Kita dah sampai, Chanyeol." Beritahu Hyeran walaupun dia berasa pelik mengapa Chanyeol membawanya ke aras itu yang mana terletaknya pejabat CEO smALL.

"Gaja." Chanyeol tidak lupa untuk memimpin tangan Hyeran keluar dari lif itu.

"Mianhae." Hyeran tahu dia harus meminta maaf kerana meninggikan suaranya terhadap Chanyeol. Dia tidak berganjak setelah keluar dari lif untuk berbual seketika dengan Chanyeol. Chanyeol juga tidak dapat meneruskan langkahnya apabila Hyeran tiba-tiba berhenti di hadapan lif.

"Hwanasseo. (Saya marah.)" Ujar Chanyeol sebelum dia memandang Hyeran. "Tapi bukan pada awak." Jelas Chanyeol lagi pada Hyeran yang sedang memandangnya dengan sekilas. Dia lalu menarik Hyeran ke dalam pelukannya.

Chanyeol dapat merasakan tangan Hyeran melingkari pinggangnya untuk memeluknya dengan erat. "Saya tak tahu kenapa semua jadi macam ini, Hyeran. Saya tak suka bagaimana benda boleh berlaku." Chanyeol tidak tahu ini kali ke berapa dia mengeluh hari ini. "Saya memang nak umumkan tentang kita berdua, tetapi biarlah dengan cara yang lebih elok. Mengapa mereka semua perlu datang dan..." Suara Chanyeol kedengaran semakin perlahan. "...Dan rosakkan semuanya? Saya nak saya yang beritahu kepada semua orang, kepada satu dunia yang awak milik saya. Saya tak faham kenapa mereka tak boleh duduk diam selagi tak buat hidup kita berdua semakin kucar-kacir." Luah Chanyeol lagi,

Tangan Hyeran menggenggam baju Chanyeol sementara menadah telinganya mendengar isi hati Chanyeol itu dengan geram. Dia juga dapat merasakan apa yang Chanyeol rasakan. Dia juga marah kepada semua wartawan itu yang kerja mereka hanya memburu para artis untuk menyampaikan cerita yang kebanyakan hanya palsu belaka.

"Sabarlah, Chanyeol. Benda dah jadi. Kita tak boleh buat apa-apa." Hyeran menggeleng kepalanya, manakala suaranya kedengaran sangat hampa. "Tapi kenapa kita ke sini, Chanyeol?" Hyeran menyoal, tidak lupa tentang tujuan mereka ke tempat itu.

"Kita kena berjumpa dengan CEO. Dia panggil kita berdua untuk menjelaskan perkara ini." Jelas Chanyeol yang lantas membuatkan Hyeran terus meleraikan pelukannya.

"Apa? Kenapa? Untuk apa?" Soal Hyeran bertalu-talu membuatkan Chanyeol tersenyum kecil.

Anak rambut Hyeran yang menutup matanya diseka oleh Chanyeol dan menyelipkannya ke belakang telinga. "Jangan risau, Hyeran. Saya ada di sini dengan awak." Chanyeol terus mempelawa tangannya kepada Hyeran. "Alang-alang mereka semua dah paparkan berita kita di Naver dan Daum, apa kita jelaskan pada CEO agar beliau boleh beri pengesahan kepada semua orang." Sambung Chanyeol lagi kepada Hyeran yang masih ragu-ragu untuk pergi ke bilik Kim Chiwon itu.

Tanpa menunggu lebih lama, Chanyeol terus mengambil tangan Hyeran dan sekali lagi mengheret Hyeran pergi bersamanya. Hyeran yang terpaksa mengikut Chanyeol terus merengek dengan geram. Setelah memberitahu personal assistant Kim Chiwon tentang kehadiran mereka berdua, selang beberapa minit kemudian, mereka dibenarkan masuk.

Sebelah tangan Chanyeol memegang erat tangan Hyeran manakala sebelah lagi mengetuk pintu mahogani di hadapannya itu. Apabila dia mendengar sahaja suara Kim Chiwon menyuruhnya masuk, Chanyeol terus memulas tombol pintu itu dan masuk ke dalam bilik pejabat itu.

Kim Chiwon sedang bersandar di kerusinya tanpa menandatangani semua kertas kerja yang bertimbun di atas mejanya itu. Melihatkan tangan Chanyeol dan Hyeran yang saling bertautan itu ternyata memeranjatkan CEO itu. Dia pernah mendengar yang khabar angin tentang Baekhyun dan Hyeran namun kali ini Chanyeol dengan Hyeran pula? Baginya, perempuan di hadapannya itu bukan calang-calang, tak mungkin dalam masa yang singkat Hyeran boleh bertukar teman lelaki. Dia tahu yang Baekhyun memberitahu yang dia tidak pernah ada hubungan dengan Yoon Hyeran namun dia tidak percaya apabila memikirkan tentang kenyataan Baekhyun di radio tempoh hari.

"Jadi, memang betul awak berdua berdating semalam pada pukul 2 pagi?" Soalan yang terpacul dari mulut CEO itu membuatkan Chanyeol dan Hyeran terdiam seketika.

Kepala Chanyeol mengangguk dengan perlahan. "Ne, Sajangnim." Dia menjawab dengan sangat ringkas.

"Tapi, Hyeran. Awak dengan Baekhyun..."

"Saya tiada apa-apa dengan Baekhyun, sajangnim." Potong Hyeran. Suaranya sangat tegas manakala matanya merenung CEO itu dengan tajam yang membuatkan CEO itu menganggukkan kepalanya, mengerti akhirnya. Dia tahu dia mungkin kelihatan biadap namun dia cuma penat mendengar nama Baekhyun diseret ke dalam perkara mereka berdua. Baekhyun pasti tidak suka kalau dia tahu tentangnya.

"Oh. Saya faham." Ucap Kim Chiwon yang sedang menongkat dagunya sambil matanya memerhatikan pasangan di hadapannya itu. Dia tahu yang kontrak yang dia tawarkan kepada mereka berdua ada mengatakan yang tiada sesiapa boleh mengadakan hubungan namun, masih ada juga yang mahu melanggarnya. Apabila perkara jadi seperti ini, dia sukar untuk membuat pilihan. "Kenapa awak tak jemput duduk dulu?" Kim Chiwon menunjukkan tempat dia berbincang dengan clientnya yang mana dilengkapkan dengan beberapa sofa dan meja kopi.

Baru sahaja Chanyeol mahu pergi ke sofa itu, Hyeran sudah menarik tangannya. "Terima kasih sahaja, Sajangnim. Kami berdua tak akan mengambil masa yang lama disebabkan ada kelas." Hyeran menolak dengan sopan sementara Chanyeol tidak berganjak, hanya berdiri di sebelah Hyeran.

Sekali lagi Kim Chiwon menganggukkan kepalanya. Dia tidak boleh berbuat apa jika Hyeran berkeras untuk berdiri sahaja di hadapan pintu itu. Dia yang baru sahaja mahu bangun untuk ke sofa terus duduk kembali. "Jadi, sudah berapa lama hubungan awak berdua?" Dia menyoal dan dengan itu, sesi soal jawab pun bermula. "Sudah berapa lama awak berdating?"

"Saya dah agak Tuan pasti dah salah faham." Chanyeol membalas, membuatkan dahi Kim Chiwon yang sudah berkedut itu berkerut lagi. "Tapi Hyeran bukan teman wanita saya." Tambah Chanyeol lagi.

"Apa hubungan kamu berdua sebenarnya? Teman tapi mesra? Tunang?" Kim Chiwon yang menyoal kedengaran sangat sinis.

"Bukan, Tuan." Nafi Chanyeol sambil menggelengkan kepalanya. Hyeran disebelahnya dipandangnya sambil tersenyum. "Hyeran ialah isteri saya. Isteri saya yang sah." Jelas Chanyeol sebelum kembali memandang Kim Chiwon yang sudah membuntangkan matanya. "Dan saya harap tuan dapat memberitahu tentang kami berdua pada sidang akhbar."

*~*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
44.4M 1.3M 37
"You are mine," He murmured across my skin. He inhaled my scent deeply and kissed the mark he gave me. I shuddered as he lightly nipped it. "Danny, y...
227M 6.9M 92
When billionaire bad boy Eros meets shy, nerdy Jade, he doesn't recognize her from his past. Will they be able to look past their secrets and fall in...
4M 161K 69
Highest rank: #1 in Teen-Fiction and sci-fi romance, #1 mindreader, #2 humor Aaron's special power might just be the coolest- or scariest- thing ever...