The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 84

947 61 5
By sapphire_blue88

Dalam beberapa hari shj cuti sem sy akan tamat jd bermakna sy xsempat nak habiskan cerita ni. (Sbb di kolej x ada wifi lol) Padahal sy berharap sy dpt habiskan sblum cuti sem berakhir 😭 lagi satu, saya target nk buat 100 chapters exc prolog and epilog tp nmpknya cerita terlalu pjg sgt mmndngkan sy baru je buat 3 chapters yg berlatarkan malam yg sama. Oops!

yes, babe its bab 84

Sepasang Wedges jenis Ankle Strap berwarna merah yang setinggi 5 inci itu sedia untuk mengambil langkahnya bersama dengan pemiliknya. Melihatkan si merah menawan yang merupakan pemberian salah seorang peminatnya itu cukup untuk membuatkan Hyeran gembira. Disebabkan sudah banyak kali menyarung kasut tumit tinggi di kakinya, lama-kelamaan Hyeran sudah terbiasa dengannya malah dia berasa kasihan dengan sneakers birunya di rumah kerana dia lebih menggemari kasut tumit tinggi kini.

Ada sebab mengapa Hyeran memilih untuk meninggalkan sneakersnya itu. Malam ini dia ada rancangan untuk bersama dengan seseorang; seseorang yang amat dia sayangi. Kerana teruja, Hyeran menghentakkan kakinya dengan perlahan sehingga dia tidak menyedari ada orang yang sedang menapak tanpa sebarang suara di belakangnya.

Tangan yang menutup mulutnya dengan tiba-tiba itu langsung membuatkan Hyeran meronta-ronta. Hyeran bergelut dengan manusia yang sedang menyerangnya dari belakang itu sedaya upaya namun dia yang dilahirkan sebagai seorang perempuan, tidak mempunyai kudrat yang cukup. Mungkin sahaja orang itu lelaki. Hyeran cuba menjerit dengan sekuat hatinya tetapi suaranya tak tembus oleh tangan yang besar itu.

Fikiran Hyeran menerawang, memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya nanti dan peristiwa di mana dia hampir-hampir sahaja diperkosa muncul di benaknya. Laju sahaja air matanya turun sementara dia diseret ke tempat yang gelap. Apabila dilepaskan, dia terus jatuh terduduk ke bumi sambil menangis teresak-esak.

"Ran-ah! Wae irae?"

Kedua bahunya dipegang dan digoyangkan namun Hyeran tiada daya lagi jadi dia hanya membenarkan badannya digerakkan. Namun, suara yang memanggil namanya berulang kali itu membuatkan Hyeran terus Hyeran berhenti menangis.

Masakan dia tidak kenal akan suara itu. Wajahnya yang sudah basah dengan air mata terus didongak, memandang sesusuk tubuh di hadapannya itu.

Memang tiada yang lain, hanyalah Park Chanyeol sahaja berada di situ. Tapi, bagaimana? Macam mana?

"Ran-ah, kwaenchana?" Chanyeol terus meletakkan tangannya di pipi Hyeran di mana Hyeran terus memegangnya dengan erat. Pandangan risaunya dihalakan pada Hyeran yang sedang memandangnya dengan mata yang penuh dengan tanda tanya. "Saya minta maaf kalau buat awak terkejut tadi."

Giginya Hyeran ketap dengan kuat sebelum dia menolak Chanyeol yang sedang berlutut di hadapannya itu sehingga jatuh ke dinding. "Jadi awaklah? Chanyeol, kenapa? Awak buat saya takut." Hyeran yang baru sahaja berhenti menangis itu kelihatan mahu menyambung tangisannya semula.

Badan Chanyeol terdorong ke dinding dan kepalanya terhantuk. Sakit di kepalanya tak dihiraukan seraya dia membetulkan duduknya dan mendekati Hyeran. Sebelah tangannya diletakkan di kepalanya yang sedang berdenyut-denyut itu sementara sebelah lagi diletakkan ke bibirnya, memberi isyarat agar Hyeran memperlahankan suaranya itu.

Walaupun Hyeran pelik dengan situasi mereka dan masih lagi marah dengan Chanyeol kerana mengheretnya tadi, Hyeran akur dengan arahan Chanyeol dan mendiamkan dirinya. Dengan serta merta suaranya hilang dan tangisannya berhenti.

"Museun iriya?" Dengan suaranya yang serak, Hyeran bertanya namun jari telunjuk Chanyeol masih lagi di bibirnya. Mata Chanyeol melirik ke arah di mana dibelakangi oleh Hyeran dan Hyeran tahu ada seseorang berada dekat dengan mereka.

Apabila Hyeran berfikir tentang perkara itu lagi, tak mungkin Chanyeol akan menyakatnya sampai melakukan cara kasar seperti tadi. Hyeran pasti, ada sesuatu yang Chanyeol sedang sembunyikan dari pengetahuannya. Dia hanya memandang Chanyeol dengan pandangan ingin tahu namun suara mereka tidak boleh kedengaran. Hyeran melihat Chanyeol mengalihkan jari dari bibirnya sebelum tangan itu menemui jalannya ke dalam genggamannya.

Sambil berpaut seeratnya pada tangan Chanyeol, Hyeran bangun selepas Chanyeol berdiri terlebih dahulu. Chanyeol mengambil langkah perlahan namun pantas ke dalam kawasan letak kenderaan yang gelap itu.

"Mana awak letak kereta?" Hyeran yang yakin tiada siapa di belakang mereka terus menyoal dengan cemas, sambil menyaingi langkahnya dengan Chanyeol.

Bahu Chanyeol terangkat dalam kehampaannya. "Saya tak tahu mana Noona letak keretanya. Tak sempat tanya." Pegangan tangannya pada Hyeran seakan longgar membuatkan Chanyeol terus menggenggamnya dengan lebih kemas, tidak membenarkan Hyeran terlepas darinya. "Biasanya di atas. Jom cepat, Hyeran." Ajak Chanyeol lagi.

Tidak lama kemudian, kereta milik Noonanya itu ditemuinya juga. Dengan tergesa-gesa, alat kawalan di dalam poketnya terus digapai dan terus dihalakannya pada kereta tersebut. Setelah butang ditekan, lampu kereta berkelip yang menandakan kunci telah terbuka tidak membuat Chanyeol tunggu lebih lama lagi. Pintu sebelah tempat duduk pemandu terus dibukanya. Hyeran yang mengerti terus masuk ke dalam perut kereta dengan tangan Chanyeol di kepalanya agar kepalanya tidak terlanggar bumbung kereta.

Setelah memastikan pintu Hyeran tertutup rapat, Chanyeol berlari masuk ke dalam keretanya itu. Nafasnya yang tercungap-cungap membuatkan Chanyeol mengambil masa untuk meredakan nafasnya kembali seperti biasa. Tangannya yang mengurut di dadanya itu kini menggapai kunci di ribanya sebelum enjin dihidupkan.

"Apa tadi tu, Chanyeol?" Hyeran yang menunggu masa yang sesuai, terus bertanya.

Tangan Chanyeol melambai di udara mengisyaratkan agar Hyeran tidak perlu risau. Chanyeol terus meletakkan tangan kanannnya pada bahu Hyeran sambil bibirnya mengukirkan senyuman di wajahnya yang jelas terlihat kepenatan itu.

"Kwaenchanni?" Sebaliknya Chanyeol yang mengajukan soalannya pada Hyeran.

Tangan Chanyeol yang kini sudah mengusap rambutnya itu diambil oleh Hyeran dan dipegangnya dengan erat. Kepalanya mengangguk sambil matanya memberitahu Chanyeol agar Chanyeol tidak perlu merisaukannya.

"Kwaenchana..." Hyeran menjawab, sepatah.

"Saya risau yang kita tak dapat keluar dari sinilah, Hyeran." Tutur Chanyeol dengan khuatir.

Mata Chanyeol melirik ke kiri dan ke kanan, memastikan yang tiada siapa di kawasan meletak kenderaan itu selain mereka berdua. Dia berharap sangat yang beberapa orang yang dilihatnya tadi-minta-mintalah hanya dua orang sahaja, tiada di sekitar situ. Dia meneguk liurnya apabila memikirkan betapa bahayanya jika mereka berdua tertangkap tadi.

"Sebenarnya apa yang terjadi, Park Chan?" Hyeran mendesak agar Chanyeol memberitahu.

Keluhan kecil meniti di bibir Chanyeol sementara badannya tersandar pada tempat duduk kereta. Dia lantas memandang Hyeran seraya meleraikan pegangan tangannya. "Anjeon belteu? (Tali pinggang awak?)" Soal Chanyeol, namun Chanyeol tidak menunggu malah dia terus mendekatkan dirinya dengan Hyeran.

Wajah mereka berdua hampir bersentuhan namun hanya Hyeran yang sedang memandang Chanyeol kerana Chanyeol sedang menarik tali pinggang tempat duduknya itu. Sesaat kemudian, bunyi 'klik' pun kedengaran. Tidak cukup dengan itu, Chanyeol cuba menarik tali pinggang itu untuk memastikan yang ianya kukuh. "Saya tak akan sanggup kehilangan awak." Bisik Chanyeol.

Hyeran dah dapat mengangak Chanyeol tidak akan memberitahunya apa-apa, namun belum sempat Hyeran membuka mulutnya, Chanyeol sudah mencelah.

"Saya tahu awak mesti dalam ketakutan tadi, kan?" Chanyeol pantas menyoal. Mukanya memancarkan refleksi menyesalnya dan ia membuatkan hati Hyeran terbuka untuk memaafkannya. "Saya minta maaf." Sekian kalinya, Chanyeol mengeluh sambil kepalanya tertunduk. Apabila Chanyeol medongak kembali, dia berkata, "Jalmothaesseo."

"Ije kwaenchana." Hyeran menganggukkan kepalanya.

"Sebenarnya..." Jeda. Chanyeol tidak tahu bagaimana untuk membuat ayat agar boleh dijelaskan kepada Hyeran. "Ada beberapa orang tadi di lobi." Chanyeol memberitahu sambil jari telunjuknya menunjuk ke satu arah yang tidak pasti.

"Siapa dia?" Hyeran menyoal sebelum menggeleng kepalanya. "Siapa mereka?" Dia membetulkan kata-katanya.

Chanyeol juga tidak tahu siapa mereka berdua sebenarnya tetapi dari cara dia melihat kedua-dua lelaki tadi memerhatikan sekeliling lobi apartment mereka berdua, Chanyeol dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Dia tidak pasti ini hari ke berapa dia melihat kelibat orang berpakaian seperti itu, muncul di mana-mana sahaja. Chanyeol risau. Walaupun sebenarnya terserempak dengan wartawan sesuatu yang biasa, dengan situasinya kini Chanyeol wajar untuk berasa risau. Melihatkan kamera yang tergantung di leher mereka membuatkan kerisauannya bertambah. Sepatutnya Chanyeol sudah dapat mengagak, tetapi hanya dia terlalu takut untuk menyatakannya.

"Saya tak pasti, Hyeran." Geleng Chanyeol sambil memandang Hyeran dengan wajah kelirunya. Chanyeol sememangnya sedang serabut kini. Hyeran pula di sebelahnya, kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapannya itu.

"Tetapi saya berharap yang mereka tiada kena mengena dengan kita berdua. Saya benar-benar berharap mereka bukan orang yang akan merosakkan kerjaya kita berdua." Chanyeol berkata dengan suaranya yang perlahan.

Dahi Hyeran berkerut. "Maksud awak..."

Chanyeol mengangguk. "Ya, Hyeran. Wartawan."

Malam itu penuh dengan kebimbangan pada mulanya. Sebenarnya Hyeran juga perasan tentang orang seperti yang diceritakan oleh Chanyeol itu ada muncul di beberapa tempat yang dikunjungi olehnya. Dia penasaran tentang apa yang wartawan-wartawan itu cari sehinggakan mereka mengorbankan masa tidur mereka untuk mencari sumber fakta yang nantinya hanya akan ditokok tambah menjadi auta.

Ketakutan yang menjalar di setiap nadi Hyeran membuatkan Hyeran langsung tidak mahu keluar dari perut kereta walaupun sudah beberapa kali dipujuk oleh Chanyeol. Hyeran takut dengan kemungkinan yang manusia-manusia itu ialah wartawan yang sedang mencari bukti kukuh tentang mereka hubungan rahsia mereka berdua. Kerisauan Hyeran sudah mencapai tahap dewa membuatkan Chanyeol terpaksa memutuskan rancangan mereka pergi ke Hongdae untuk menikmati makanan gabi mereka di salah sebuah restoran yang pastinya agak sunyi pada jam sekarang.

Sebaliknya mereka berdua hanya pandu lalu di McDonalds untuk memesan satu set hidangan yang mana dikongsi bersama di dalam kereta. Hyeran tidak tahu bagaimana Chanyeol memilih tempat untuk berhenti. Walaupun hakikatnya mereka sedang berada di jalan raya, Hyeran tidak dapat berhenti mengagumi kecantikan bulan mengambang yang hanya diperhatikannya melalui tingkap. Chanyeol boleh berkeras, mengatakan yang malam itu tidak boleh dianggap sebagai temu janji tetapi Hyeran sudah dapat merasakan suasana romantik di dalam kereta itu berbanding kalau mereka bersiar-siar di Hongdae.

"Awak nak buka tingkap?" Chanyeol menyoal dengan lembut sambil dia membuka plastik makanan yang baru dibelinya tadi.

"Dwaesseo." Hyeran menggelengkan kepalanya kepada Chanyeol sambil tersenyum.

Mereka berdua berpindah tempat duduk ke belakang kereta dan berjaya melakukannya tanpa keluar dari kereta langsung. Kepala Chanyeol yang tidak boleh dielakkan dari terhantuk ke dinding membuatkan Hyeran tertawa kecil melihat kerenahnya. Sudah dua kali Chanyeol terhantuk malam ini.

"Noona pasti marah kalau tahu saya kotorkan kereta dia." Ujar Chanyeol tetapi mukanya sedikit pun tidak kelihatan takut. Malah dia selamba sahaja menikmati ayam gorengnya dan sekali sekala terfikirkan Kai yang memang menggemari ayam goreng tersebut.

Hyeran mengikat rambutnya dengan getah yang dia terjumpa di dashboard supaya memudahkannya untuk menikmati burgernya. "Kenapa pesan satu set je?" Hyeran bertanya sambil dia menyambut huluran air minuman yang bersaiz besar itu kepadanya.

"Kita kan boleh kongsi." Jawab Chanyeol dengan ringkas. Hyeran hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sweetlah ni ya? Desis Hyeran. "Saya kan dah beli minuman dalam cawan bersaiz besar dan saya dah tambahkan banyak kentang goreng dan ayam goreng untuk awak. Cuma saya tak boleh nak makan satu set seorang diri."

"Oh ya, awak kan tak macam saya. Saya makan banyak, awak tak boleh makan banyak." Bibir Hyeran muncung sambil matanya diarahkannya kepada perut Chanyeol yang kurus.

"Sebab tulah kita melengkapi antara satu sama lain." Kali ini cawan yang tercetak logo McDonalds itu berada dalam tangan Chanyeol. "Saya dapat kiss awak juga." Chanyeol tersenyum nakal apabila dia memasukkan penyedut minumannya ke dalam mulutnya, membuat ciuman secara... "Secara tak langsung." Tambah Chanyeol.

Hyeran mengklikkan lidahnya sambil menggeleng. "Park Chan... Park Chan..."

"Walau apapun, awak nampak cantik malam ini." Puji Chanyeol sambil matanya meneliti penampilan Hyeran tanpa jaket dan topinya. Gaun paras lutut Hyeran yang bercorakkan bunga dapat dilihatnya dengan jelas melalui biasan cahaya bulan malam itu. Hyeran kelihatan sangat anggun pada malam itu, tidak dinafikan.

"Terima kasih." Ucap Hyeran tanpa menyedari yang malam itu hampir tiba ke penghujungnya.

Dari melihat warna dan potongan rambut lelaki yang sedang membelakanginya itu pun Hyeran sudah dapat tahu siapa gerangannya. Langkah kakinya menapak menuju ke arah lelaki tadi dengan girang dan pada masa yang sama tidak lupa juga untuk berhati-hati menatang dulangnya. Dia berhenti sebentar sebelum mengambil tempat duduknya di sebelah lelaki tadi di mana beberapa dari sekumpulan lelaki itu mendongak untuk menyapanya dengan gaya senyuman masing-masing.

Namun Hyeran tidak tahu mengapa hanya lelaki itu yang tidak memandangnya dan seakan tidak menyedari kehadirannya di sebelah. Apa yang Hyeran perhatikan dari lelaki itu ialah pandangannya hanya tunduk memandang makanannya dan seakan berada dalam dunianya sendiri. Hanya aura sekeliling lelaki itu sahaja yang kelihatan suram manakala sahabat-sahabatnya yang lain sedang sibuk berbual tentang ini dan itu yang sekali sekali disertakan dengan bunyi ketawa.

"Annyeong, Baekhyun-ah." Sapanya kepada lelaki itu.

Barangkali tersentak dengan suara Hyeran, kepala Baekhyun mendongak dengan serta-merta. Kemudiannya, apa yang Hyeran tahu ialah dia sedang bertentangan mata dengan Baekhyun. Mata Baekhyun jelas memberitahu Hyeran yang ada sesuatu sedang bermain di minda lelaki itu. Kalau tak, tidaklah mungkin lelaki itu akan termenung sendirian.

"Annyeong." Setelah beberapa ketika, Baekhyun berjaya untuk menuturkan kata-katanya yang hanya sepatah itu.

Terlukis senyuman di bibir Baekhyun yang kering demi membalas senyuman Hyeran yang sangat mesra itu. Walau bagaimanapun, senyumannya tersirat sesuatu yang lain selain kegembiraan atau kemesraan. Hyeran langsung tidak mengira ianya sebuah senyuman. Belum sempat Hyeran menyambung perbualannya pada tengah hari itu dengan Baekhyun, ada sesuatu yang sedang merenggut lengannya.

Laju sahaja Hyeran beralih kepada Chen yang mata dan bibirnya tersenyum kepada Hyeran dengan sangat mesra. Hyeran sudah melupakan tentang niatnya untuk berbual dengan Baekhyun apabila Chen tidak berhenti-henti bertanya tentang itu dan ini kepadanya.

"Chanyeol, semalam kau pergi ke mana?"

Dengan tiba-tiba kumpulan itu yang tadinya rancak berbual sesama sendiri terus terdiam tatkala mendengar soalan Suho itu.

Mata Chanyeol terbuka luas saat memandang Suho yang memberikan pandangan seriusnya. Keningnya terangkat, tidak keruan. Bukankah dia sudah memberitahu Suho setiap hari tentang ke mana dia pergi jika dia tiada di dorm?

"Macam biasalah, Hyung." Mata Chanyeol memandang Hyeran dengan sekilas sebelum kembali kepada Suho. "Saya pergi ke studio saya untuk menggubah lagu." Jawab Suho.

Suho mengangguk mengerti namun mukanya semakin tegang sahaja. "Oh, studio." Ulang Suho. "Okey, asalkan kau tak pergi ke tempat lain selain studio kau tu. Aku cuma nak pastikan sahaja."

Dari mata Baekhyun, Baekhyun sudah dapat mengagak yang Chanyeol langsung tidak tahu menahu tentang berita yang sedang tersebar hangat di Daum kini. Baekhyun pelik juga sama ada internet sahabatnya itu berfungsi atau tidak kerana Chanyeol ketinggalan untuk mengetahui khabar angin yang sedang mendapat tempat pertama di internet itu.

"Mwoya, Gambar Chanyeol ditangkap berdua-duaan dengan Hyeran di kawasan tempat letak kereta?" Sehun mengumumkan membuatkan semua hyung-hyungnya mengerumuninya bagaikan sekumpulan burung yang diumpan dengan makanan.

Hanya ada beberapa orang sahaja di bilik itu, termasuk Baekhyun sendiri namun entah mengapa Chanyeol boleh tiada saat itu. Laju betul jari Sehun meng'scroll' browser telefon bimbitnya itu untuk membaca berita penuh tentang ahli kumpulan mereka yang menjadi topik perbualan Netizen kini.

"Tajuk Utama, Chanyeol dan Hyeran berdating? smALL masih tidak tampil memberi penjelasan tentangnya." Mulut Xiumin sendiri terlopong ketika membaca tulisan yang tertera di skrin I Phone milik maknae mereka itu.

"Yah, tengoklah apa yang mereka dah buat!" Suho menjerit dalam kehampaan. Dia betul-betul hampa apabila mendengar berita tergempar itu.

"Sekarang kita nak buat apa ni?" Chen menyoal dengan cemas bagaikan dirinya yang ditangkap berdating dengan Hyeran.

"Kau panggil Chanyeol ke sini! Aku nak tanya dia pasal benda ni." Arah Suho kepada Chen.

Chen hanya akur dengan Suho namun Baekhyun tiba-tiba menghalang jalannya. Baekhyun memegang lengan Chen dengan kemas supaya Chen tidak dapat pergi mencari Chanyeol.

"Andwae, Hyung." Baekhyun berkata kepada Suho. "Jangan beritahu Chanyeorie. Dia kena dengar berita ini di telinganya sendiri." Kata Baekhyun yang mempunyai idea lain selain daripada apa yang berada di fikiran Suho kini.

Apabila Suho memberikan pandangan maut kepada Chen, Chen meronta untuk dilepaskan. "Jebal, Hyung!" Jerit Baekhyun. "Tolong jangan marah kepada Chanyeol atau berleter kat telinganya." Baekhyun menghalakan renungan seriusnya pada Suho. "Beri Chanyeol sedikit lagi masa, Hyung. Chanyeorie masih perlukan masa."

Dan kini, mereka semua menunggu masa untuk Chanyeol terjumpa berita itu di telefon bimbitnya sama ada cepat atau lambat.

*~*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

147K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
1.5M 81K 70
2020 | Action Romance story [COMPLETE] โ๐™ƒ๐™š'๐™จ ๐™ข๐™ฎ ๐™†๐™ž๐™ฃ๐™œ.โž Kerana masa silamnya, dia berubah. Menjadi seorang yang kejam, dingin dan bengis. Ha...
18.9K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...