The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 82

915 63 9
By sapphire_blue88

Konflik seterusnya akan datang di bab seterusnya... saya tahu awak tertanya2 siapa yg tangkap gmbr Chanyeol n Hyeran.. sbnrnya saya tak sampai hati biarkan Chanyeol n Hyeran terpisah lagi... heol. maaf, nak pergi fangirling kat EXO jap...

Dun dun dun! Bab 82~~

-Menonton wayang

-Membeli belah

-Pergi ke pantai

-Candle light dinner

-Pergi ke EXO planet

Eh? Hyeran menyiku Chanyeol yang mula menulis sesuatu yang pelik di atas kertas itu. Chanyeol tertawa terbahak-bahak sebelum kembali berfikir ke mana dia harus membawa Hyeran.

"Jangan bermimpi nak bawa saya ke tempat yang tak wujud, Park Chan."

"EXO planet wujudlah, Ran-ah." Chanyeol tersengih dengan kenyataannya yang tak masuk akal itu. Dia memang boleh berfikir menggunakan otak lelaki berumur 24 tahun yang waras dengan sangat baik tetapi dia masih mahu menganggap EXO Planet itu wujud. Sungguh kebudak-budakan. "Kalau tak wujud, macam mana saya boleh ada di sini? Saya datang dari EXO planetlah." Sekali lagi, Chanyeol membuat kenyataan kebudak-budakannya. Siapa yang waras yang akan percaya tentangnya?

-Membeli barang dapur bersama

Memikirkan tentang rancangannya yang satu itu, cukup membuatkan Chanyeol bahagia. Dia sudah membayangkan mereka berdua pergi ke pasar raya bersama untuk membeli makanan buat mereka berdua makan malam nanti. Chanyeol tidak tahu tentang kemahiran memasak Hyeran, namun Hyeran kelihatan seperti tahu memasak juga apabila Chanyeol mengimbas kembali peristiwa di Pulau Jeju dahulu di mana Hyeran memasakkan sarapan pagi buatnya. Jika Hyeran masih amatur dalam bab memasak, Chanyeol tidak akan kisah tentangnya kerana dia sendiri boleh memasakkan makanan buat Hyeran. Resepi makanan yang Chanyeol tahu sangat terhad tetapi dia akan cuba mempelajari lebih lagi.

Apabila perasan Hyeran tidak bergerak langsung disebelahnya, Chanyeol terus menoleh memandang Hyeran dan hampir melompat kerana mendapati Hyeran sedang menatapnya seperti hari esok tiada lagi. Chanyeol terus melambai tangannya di udara dan akhirnya Hyeran mengelipkan matanya. Chanyeol tidak tahu apa yang memukau Hyeran sehingga Hyeran tidak lekang memandangnya.

"Saya minta maaf sebab terlalu kacak."

Aish, Chanyeol si narcissism datang lagi. Entah bagaimana Hyeran boleh mencapai pipi Chanyeol dan menariknya. Chanyeol memang tidak boleh berubah. Sifat narcissistic Chanyeol memang sudah ada dalam darahnya sejak azali lagi.

"Mian. Mian." Chanyeol mengaduh kesakitan.

Disebabkan Chanyeol benar-benar kelihatan seperti dalam kesakitan atau Chanyeol berjaya menipu Hyeran, Hyeran tidak sedar dia sudah melepaskan Chanyeol.

"Kenapa?"

"Saya menyampah dengan awaklah!"

"Maksud saya, kenapa awak renung saya tadi? Kenapa, Ran-ah?"

"Awak buat lagi."

Sekali lagi Chanyeol mendapati Hyeran merenungnya tanpa berkelip langsung. Chanyeol tidak dapat berfikir apa lagi yang dia lakukan sehingga Hyeran merenungnya begitu.

"Sekejap, apa yang saya buat?" Chanyeol terus menyoal, tanpa berdalih lagi.

"Awak bagi saya nama gelaran!" Jawab Hyeran sebelum mengalihkan mukanya daripada Chanyeol. Kedua-dua tangannya terus menekup mukanya kerana pipiya sudah merasa hangat kini. Malunya kalau Chanyeol nampak mukanya sedang kemerahan.

Rambut hitam milik Hyeran menampar pipi Chanyeol apabila Hyeran memusingkan kepalanya. Chanyeol menundukkan pandangannya, melihat rambut Hyeran yang sedang berpaut pada bahunya sebelum jatuh. Setahu Chanyeol rambut Hyeran tak pernah berubah sejak dahulu lagi. Walaupun Hyeran sudah pun debut menjadi Rookie kini tetapi rambut Hyeran kekal sama. Rambut lembutnya memang lurus membuatkan Chanyeol befikir sama ada ia disebabkan hair straightener ataupun ianya memang semulajadi.

Tangan Chanyeol mencapai rambut Hyeran dan merasainya antara jari-jemarinya. Chanyeol pasti yang ianya semulajadi namun, satu sahaja yang berubah tentangnya.

"Rambut awak dah panjang." Kata Chanyeol sambil matanya tidak lekang memandang apa yang berada di dalam tangannya itu.

Kerana merasakan ada sesuatu yang sedang menarik-narik rambutnya, Hyeran terus memusingkan kepalanya lagi memandang Chanyeol yang sedang bermain-main dengan rambutnya. "Rambut memanglah akan bertambah panjang." Beritahu Hyeran, langsung tidak mengendahkan Chanyeol yang sedang menarik rambutnya bagaikan budak kecil.

Tetapi apabila Chanyeol mendekatkan rambut Hyeran dengan hidungnya untuk menghidunya, Hyeran tidak boleh berhenti dari memanggil Chanyeol, "Byuntae!"

"Buat terakhir kalinya, Hyeran. Saya bukan Byun Baekhyun. Saya Park Chanyeol, suami awak. Awak memang sukakan Baekhyun ya?" Soal Chanyeol dengan selamba. Dan dengan itu, Chanyeol mendapat tamparan di lengannya.

Ketawa kecil Chanyeol menyapa telinga Hyeran dan Hyeran tidak pasti mengapa bulu romanya berdiri ketika itu. Ianya cuma... Tawa Chanyeol cuma...

"Awak pakai syampu apa, Ran-ah?"

Soalan Chanyeol dengan suaranya yang lembut menyentap Hyeran dari lamunan. Mata Hyeran bulat memandang Chanyeol sebelum dia memikirkan apa yang disoal oleh Chanyeol kepadanya tadi.

"Oh... Saya pakai syampu yang biasalah. Kenapa?" Tanya Hyeran kepada Chanyeol yang sedang membidik renungan menerusi matanya. Hyeran terpaku seketika dengan renungan itu sementara Chanyeol menghadiahkan senyumannya.

"Awak suka?" Chanyeol menyoal.

Entah mengapa suara garau Chanyeol kedengaran semakin perlahan dan semakin perlahan di telinga Hyeran membuatkan Hyeran menggigit bibirnya. Ianya kedengaran sangat seksi. Argh, Yoon Hyeran! Jangan hilang kewarasan! Hyeran menarik nafasnya dengan dalam sebelum memandang Chanyeol lagi. Hyeran tidak sedar begitu rapatnya mereka berdua sedang terbaring di atas katil itu. Bahu masing-masing bersentuhan dan telinga Hyeran dapat menangkap turun dan naik nafas Chanyeol.

"Em, mestilah saya suka syampu tu." Hyeran mengangguk setelah membiarkan Chanyeol menunggu jawapannya agak lama. "Kalau tak, saya tak akan gunakannya."

"Bukan yang itu, Hyeran." Kepala Chanyeol bergerak ke kiri dan ke kanan, menafikannya. "Maksud saya, nama gelaran yang saya beri. Awak suka?" Chanyeol mengulangi soalannya sekali lagi namun, kali ini lebih jelas.

"Memandangkan awak panggil saya Park Chan, jadi saya kenalah panggil awak dengan nama yang... berbeza." Jelas Chanyeol. "Kalau awak tak suka saya..."

"Saya sukakannya, Chanyeol." Hyeran menguntum senyuman kepada Chanyeol sambil menatap wajah Chanyeol dengan mesra.

Tangan Chanyeol yang menjalar pada bahu Hyeran membuat Hyeran gentar pada mulanya. Dia menoleh kepalanya melihat jari jemari Chaneyol yang jatuh pada hujung bahunya. Hyeran tahu dia patut membiasakan dirinya dengan semua sentuhan yang dilakukan Chanyeol terhadapnya kerana ianya bukan sesuatu yang patut dia takutkan atau apapun. Namun, setiap kali Chanyeol menuntun tangannya atau mengusap pipinya, Hyeran tidak boleh bertenang dan jantungnya berdetak dengan hebat.

"Saya baru ingat nak panggil awak sayang."

Perkataan sayang yang keluar dari mulut Chanyeol membuatkan Hyeran tersedak. Sayang? Tidak. Bukan idea yang bagus.

"Tak nak?" Chanyeol mengerutkan dahinya kepada Hyeran yang sedang menundukkan kepalanya kini. Dengan perlahan-lahan Hyeran menjawabnya dengan gelengan.

"Tak." Jawab Hyeran. Kalau awak nak panggil saya sayang juga, surat kematian saya akan tertera nama awak sebagai sebab kematian. Hyeran menambah di dalam hatinya.

Andai sahaja Chanyeol tahu bagaimana gilanya jantung Hyeran berdegup ketika mendengar Chanyeol tertawa, pasti sahaja Chanyeol tidak melakukannya. Sambil menarik tangannya dari bahu Hyeran, Chanyeol tertawa lagi dan lagi. Sementara itu, Hyeran berasa lega kerana dia tidak akan merasakan renjatan elektrik ketika mereka bersentuhan.

"Awak comellah." Puji Chanyeol kepada Hyeran yang sedang memandangnya dengan mata yang terbuka luas. Sekali lagi Hyeran merasakan seperti direnjat oleh elektrik apabila Chanyeol mencuit hidungnya.

Kerana tidak boleh mengawal perasaan yang melanda hatinya bagaikan ribut taufan, Hyeran terus mengambil pen dari tangan Chanyeol dan mendekatkan buku catatannya kepadanya.

"Saya tahu apa lagi yang patut kita lakukan apabila keluar temu janji nanti." Hyeran sengaja menukar topik perbualannya. Dia terus menulis sesuatu pada buku tersebut.

-Makan ramen di dalam kedai.

Hyeran mendapati dirinya merenung tulisannya sendiri. Dia sedang membandingkan tulisan siapa yang lebih cantik berbanding dia dan Chanyeol. Pada akhirnya dia harus mengaku yang tulisan Chanyeol memang lebih cantik dan kemas berbanding dengan tulisan miliknya, mungkin kerana dia sudah lama tidak menulis.

"Saya rasa saya dah dapat agak awak akan tulis itu juga." Komen Chanyeol, menyeringai.

"Awak dah lama tak masak ramen untuk saya, awak tahu?" Soal Hyeran.

"Saya tahu. Saya tak sempat belilah, Hyeran. Lagipula, mereka semua syak bila saya selalu beli ramen tapi mereka tak pernah nampak saya makan." Beritahu Chanyeol.

Kepala Hyeran semakin menunduk sebelum mengangguk bermakna yang dia mengerti. Chanyeol mengusap rambutnya sementara dia menulis sesuatu lagi.

-Pergi ke Pulau Jeju.

Chanyeol tidak mengerti mengapa Hyeran sangat teruja untuk pergi ke Pulau Jeju. Agaknya Hyeran sukakan pantai. Chanyeol berasa sedih kerana dia tidak dapat membawa Hyeran melawati pulau itu ketika mereka mengadakan perkahwinan rahsia mereka. Dalam diam, Chanyeol berazam bahawa dia akan membawa Hyeran pergi ke seluruh tempat di pulau itu untuk menebus kesalahannya kerana meninggalkannya bersendirian di sana.

Pandangan Chanyeol tunduk memandang Hyeran yang sedang mengetuk hujung pennya pada kertas, sedang memikirkan tempat yang indah untuk dilawati nanti. Lama Chanyeol merenung buku itu. Memikirkan banyak lagi halaman kosong yang masih tersisa membuatkan Chanyeol berfikir yang Hyeran pasti terpaksa berhenti dari universitinya dengan mendadak.

"Kenapa awak tak sambung belajar awak, Hyeran?" Chanyeol menyoal Hyeran yang sedang melepaskan pen dari tangannya. "Awak masih boleh belajar walaupun awak menjadi trainee atau idol. Saya graduasi dari Kyunghee University."

Bahu Hyeran terangkat. "Saya tak tahu, Chanyeol. Waktu itu, appa yang suruh saya berhenti belajar. Saya kan memang patuh segala arahan appa jadi saya pun berhenti kuliah. Barangkali appa mahu saya memberi tumpuan pada training saya di smALL." Terangnya sebelum memandang Hyeran sambil tersenyum. "Oh, awak nak beritahu saya yang saya dah berkahwin dengan suami yang berkelulusan tinggi, bukan lelaki entah dari mana appa saya pilih?" Soal Hyeran.

Ejekan Hyeran membuatkan Chanyeol tersenyum. "Tak, Hyeran. Saya nak beri awak kebenaran untuk sambung belajar kalau awak mahu." Jelas Chanyeol yang menggelengkan kepalanya.

"Saya patut berasa bertuah sebab berkahwin dengan lelaki kaya, kan?" Hyeran mengangkat keningnya, masih lagi mahu memerli Chanyeol.

"Saya tak kaya, Ran-ah." Nafi Chanyeol. "Saya harus berikan semua yang awak perlukan. Pengetahuan ialah salah satu daripadanya, bukan ijazah."

Sekian kalinya Hyeran terpesona dengan kata-kata Chanyeol. Dia mendapati dirinya tersenyum lebar kepada Chanyeol, lebar berbanding sebelumnya. Dia menyandarkan dahinya pada bahu Chanyeol sambil berdesis apa yang dia mahukan di dalam hatinya. Chanyeol. Chanyeol ialah apa yang dia mahukan dan Chanyeol sahaja yang dia akan minta, tidak lebih daripada itu. Walaupun kadang kala Hyeran berfikir Chanyeol tidak layak buatnya. Chanyeol sangat-tidak, hampir... Hampir sempurna. Kerana tiada orang yang sempurna di muka bumi ini.

Sebelum bangun dari katil, Chanyeol mencuit hidung comel milik isterinya itu. "Awak tulislah apa sahaja di situ sementara saya..." Chanyeol tersengih bagaikan kerang busuk. "...Selongkar barang awak." Sambung Chanyeol.

Hyeran hanya mampu menggeleng kepalanya melihat Chanyeol. Sebelum menulis Ke mana sahaja asalkan bersama dengan awak di atas kertas itu. Sempurna, fikir Hyeran. Chanyeol yang berkata sesuatu kepadanya membuatkan Hyeran terus mendongak kepalanya melihat Chanyeol yang sedang mencari sesuatu di rak kecilnya.

"Awak pernah beritahu saya yang ayah awak buka kedai buku di hadapan Vivapolo, kan?" Tanya Chanyeol sambil tangannya mencapai buku yang tersusun kemas di rak buku milik Hyeran.

Mata Hyeran mengecil memandang buku yang sedang berada di dalam tangan Chanyeol namun matanya kembali membesar apabila dia menyedari sesuatu. "Chanyeol, jangan buka!"

Terlambat. Chanyeol yang sedang menyelak halaman novel di tangannya itu terus memandang Hyeran. Baru sahaja dia mahu bertanya kenapa, dia merasakan ada sesuatu terjatuh di atas kakinya. Manakala Hyeran pula, terus menampar dahinya apabila Chanyeol membongkokkan badannya untuk mengambil benda di atas lantai itu.

Mulut Chanyeol ternganga apabila mendekatkan benda itu dengannya. Ianya penanda bu-bukan penanda buku yang biasa! Chanyeol terus melirikkan matanya memandang Hyeran yang sedang menekup mukanya dengan bantal.

"Biar betul awak ada penanda buku muka Byun Baekhyun!" Mulut Chanyeol masih melopong seakan tidak percaya.

Bantal yang sedang menutup mukanya diturunkan sedikit oleh Hyeran untuk mencuri-curi memandang Chanyeol yang sedang marah. "Cerita lama, Chanyeol." Jelas Hyeran. Ya, fangirling kepada Byun Baekhyun ialah cerita lama. Ianya cukup menjelaskan yang dia mempunyai penanda buku dengan muka Baekhyun, kan?

"Awak mesti suka sangat dengan Baekhyun, kan?" Sebelah kening Chanyeol terangkat.

"Ya! Saya suka dia!" Hyeran menjerit sambil melemparkan bantalnya jauh dari mukanya untuk memandang Chanyeol. "Dulu, maksud saya." Cepat-cepat Hyeran membetulkan perkataannya. "Kenapa? Takkan itu pun awak nak cemburu?" Hyeran mengerutkan dahinya kepada Chanyeol yang perlahan-lahan menutup mulutnya yang terbuka luas.

"Kalau saya tak cemburu maknannya saya tak sayangkan awak." Balas Chanyeol dengan selamba.

Mata Hyeran menjeling Chanyeol yang sedang menyeringai kepadanya. Chanyeol lantas menapakkan kakinya, mendekati Hyeran. "Jalmoseun uri byeori isseo." Chanyeol membaca perkataan yang tertera di buku itu dengan agak kuat.

"The fault in our stars." Ucap Chanyeol dan Hyeran dengan serentak.

Chanyeol sedang tersengih memikirkan bagaimana mereka berdua boleh bercakap perkataan yang sama dalam masa yang sama manakala Hyeran sedang memikirkan bagaimana Chanyeol boleh tahu tajuk buku yang sangat dia minati itu di dalam bahasa inggeris.

Seperti dapat membaca apa yang sedang berada di fikiran Hyeran, Chanyeol terus berkata, "Saya tahu sebab ada filem tajuk yang sama. Adaptasi daripada ini, kan?" Chanyeol menggerakkan buku itu di hadapan muka Hyeran.

Soalan Hyeran Chanyeol itu dijawab oleh Hyeran dengan anggukan. Dia memandang Chanyeol yang sedang menyelak halaman buku yang sudah diterjemahkan dalam bahasa korea itu dengan penuh minat. Tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran Hyeran. "Awak nak tengok filemnya? Saya ada muat turun di laptop."

Tanpa berfikir dengan lebih panjang, Chanyeol menganggukkan kepalanya. Chanyeol berfikir yang menonton filem merupakan idea yang bernas namun apabila Hyeran menangis secara tiba-tiba walaupun filem itu baru lima belas minit bermula, Chanyeol berasa ianya idea yang teruk.

"Kenapa ni, Hyeran?"

"Chanyeol..." Sambil teresak-esak, Hyeran terus memeluk Chanyeol dengan erat.

*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

55.3M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
24M 833K 69
"The Hacker and the Mob Boss" โฆ Reyna Fields seems to be an ordinary girl with her thick-framed glasses, baggy clothes, hair always up in a ponytail...
91.8M 2.9M 134
He was so close, his breath hit my lips. His eyes darted from my eyes to my lips. I stared intently, awaiting his next move. His lips fell near my ea...
355K 22.8K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...