The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 81

872 60 7
By sapphire_blue88

Perasan new cover? Credit to yaya_brutal for the lovely cover! Thanks, dear :))

Akhirnya dapat jua update... minta maaf sebab kemalasan saya ni melampau sangat. Seminggu tak boleh taip apa2 sebab tertunggu2 EXO comeback...

Sorry, kalau lepas ni tak boleh update selalu... saya kena heart attack sebab EXO hot sgt.. esp pcy n bbh... kbai

Bab 81 y'all~~

Date. Temu janji. Chanyeol sangat sukakan perkataan itu. Dia masih ingat yang sewaktu ketika dahulu dia pernah berazam untuk membawa teman wanitanya pergi ke mana-mana sahaja yang teman wanitanya itu mahukan malah, jika dia harus membawanya ke bulan juga dia sanggup. Apa yang dia mahukan ialah membuat orang yang disayanginya gembira. Tetapi Chanyeol tidak mempunyai teman wanita, apa yang Chanyeol miliki ialah seorang isteri dan Chanyeol tidak boleh menafikan yang dia sangat sukakan perkataan itu.

Isteri. Perkataan itu membuatkan Chanyeol tidak boleh berhenti tersenyum. Mungkin kerana perkataan itu lebih sedap kedengaran berbanding perkataan teman wanita? Atau mungkin kerana dia tahu dia mempunyai seorang isteri yang sangat dicintainya dan juga mencintainya. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kehidupan Chanyeol selepas mengahwini Yoon Hyeran. Barangkali sempurna? Tak, semuanya lebih dari sempurna.

Kegembiraan ini tidak pernah dirasakan oleh Chanyeol sebelum ini. Dia sangat gembira dengan hidupnya sekarang. Siapa sangka dalam umur 24 tahun, Park Chanyeol sudah merasakan alam perkahwinan? Tidak, umur bukanlah satu perkara yang merunsingkan Chanyeol tetapi dengan kerjayanya yang sebegitu rupa, Chanyeol berfikir yang dia akan dapat berkahwin pada umurnya 40 tahun atau lebih teruk lagi, dia tidak akan dapat berkahwin langsung.

Kerana bersyukur dengan kebahagiaan yang dikecapinya sekarang membuatkan Chanyeol selalu mempelawa Chanyeol untuk keluar bertemu janji dengannya. Chanyeol akan melakukan semua perkara yang akan dapat membahagiakan pemilik hatinya itu tetapi Hyeran bukannya orang yang mengharapkan sesuatu daripadanya. Hyeran berfikir yang dating bukan idea yang bagus. Sebenarnya Hyeran terlalu takut mereka berdua akan dicam di khalayak ramai walaupun Chanyeol akan memaksanya memakai pakaian yang menutup seluruh badannya; yang kelihatan seperti Ninja, atau itu yang dikatakan oleh Chanyeol.

Menjadi ninja ialah lumrah bagi para selebriti yang mahu lari dari paparazzi dan segelintir peminat mereka yang err-agak gila? Bagi Hyeran, menjadi ninja lebih menarik perhatian orang ramai memandangkan siapa yang mahu memakai jaket pada musim panas atau cermin mata pada malam hari atau topi pada hari mendung?

Walaupun Hyeran masih mahu menolak untuk keluar dengannya, tidak bermakna Chanyeol akan mengalah.

"Sudikah awak keluar dengan saya?" Soal Chanyeol pada satu malam ketika mereka berdua bercadang untuk tidak tidur kerana tiada apa-apa schedule besoknya. Chanyeol tidak tahu bagaimana caranya dia mahu memujuk Hyeran pada kali ini. Dia hampir sahaja melutut pada satu kaki dan menawarkan sejambak bunga kepada Hyeran atau sekotak cincin.

Cincin? Bercakap tentang cincin, sudah lama Chanyeol tidak melihat cincin pemberiannya menghiasi jari-jemari Hyeran. Yeah, Chanyeol tahu yang cincin itu akan menimbulkan perhatian orang ramai namun setiap kali Chanyeol melihat tangan Hyeran, dia merasakan yang tangan Hyeran kelihatan sangat-kosong. Dia hampir bertanya kepada Hyeran tentang cincin-cincin itu kerana penasaran walaupun dia tahu yang Hyeran sedang menjaganya dengan baik.

Seketika, wajah Chanyeol dipandang oleh Hyeran. Hyeran tak faham mengapa temu janji sangat penting buat Chanyeol padahal Hyeran selalu memberitahu Chanyeol yang dia cukup berasa gembira jika Chanyeol hanya bersamanya di dalam bilik kecil itu. Tidak dapat dihitung dengan jari berapa kali Chanyeol mengatakannya dan buat kesekian kalinya, Hyeran menggenggam jari-jemarinya kerana tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya kepada Chanyeol. Jawapan tidaknya pasti sahaja akan membuatkan Chanyeol memuncungkan bibirnya sedepa dan membuat muka comel. Siapa yang tak cair dengan wajah itu? Hyeran akan mendapati dirinya menggigit bibirnya kerana Chanyeol yang mengada-ngada.

"Saya sudi," Jawab Hyeran dengan suara yang perlahan membuatkan Chanyeol tersenyum lebih lebar berbanding sebelum dan sebelumnya. Mata Chanyeol yang bersinar-sinar memancarkan cahaya kegembiraan membuatkan Hyeran mahu mengeluh kerana dia takut dia akan menghampakan Chanyeol buat sekali lagi. "Tapi bukan sekarang!" Pantas Hyeran menambah.

Riak muka Chanyeol berubah dengan serta-merta. Senyuman manis Chanyeol yang sentiasa mencairkan hati Hyeran pudar membuatkan Hyeran berasa bersalah. Namun, Chanyeol tahu yang dia tidak sepatutnya menunjukkan wajah yang tegang jadi dia terus mengembalikan senyuman di wajahnya. Walaupun dia tidak dapat keluar bersama Hyeran hari ini, namun ada peluang lagi untuknya besok. Dia tetap berasa gembira kerana Hyeran bersetuju akhirnya.

Satu perkara lagi terlintas di fikiran Chanyeol membuatkan Chanyeol terus menoleh sekelilingnya. Chanyeol yang mengeluh kerana Kitty tidak cukup terang lagi membuatkan Hyeran terus membuka lampu biliknya. Hyeran menyandarkan badannya pada pintu bilik sambil tersenyum memandang Chanyeol yang terhenti melakukan kerjanya apabila lampu terbuka.

"Teruskanlah pencarian awak tu," Hyeran memeluk tubuhnya pada Chanyeol yang tercegat memandangnya. Suara Hyeran yang kedengaran sinis itu membuatkan Chanyeol kembali duduk di atas katil.

Kerja Chanyeol apabila berada di bilik Hyeran ialah tidak lain tidak bukan hanyalah menyepahkannya. Satu bilik kalau boleh nak diselongkarnya sehinggakan Hyeran tidak tahu apa yang dicari oleh Chanyeol. Jawapan selamba Chanyeol iaitu hanya mahu menyelerakkan bilik itu membuatkan Hyeran terus menjentik dahi Chanyeol dan Hyeran memastikan ia benar-benar sakit. Entah berapa kali harus dia mengemas biliknya lagi setelah Chanyeol menyepahkan seluruh isi biliknya itu. Tiada kerja lain, agaknya.

Hyeran dah masak sangat dengan perangai Chanyeol. Selepas dimarahi pasti Chanyeol akan menundukkan mukanya dan membuat muka. Dia ingat dia comel agaknya? Hyeran mendengus di dalam hatinya melihat Chanyeol yang sudah merajuk. Siapa yang sepatutnya merajuk di sini.

"Baiklah." Kata Hyeran beserta dengan keluhan. "Apa yang awak nak cari?" Dia tahu dia harus mengalah juga pada akhirnya.

"Awak ada buku catatan?" Wajah Chanyeol kembali ceria dengan senyumannya-tak, lebih kepada sengihan.

Hairan dengan kata-kata Chanyeol itu, sebaliknya Hyeran tidak menyoal apa-apa dan malah memberi tahu di mana buku notanya berada. "Dalam laci atas sekali." Beritahu Hyeran kepada Chanyeol yang terus membuka lacinya itu. "Jangan ambil barang lain!" Hyeran sengaja mengugut Chanyeol yang kelihatan seperti mahu mengambil kotak perhiasannya di dalam laci itu. "Kalau boleh jangan sepahkan laci saya." Hyeran tahu ianya sia-sia kerana Chanyeol tetap juga menyepahkan lacinya itu. Kepala Hyeran mengangguk apabila akhirnya mengangkat buku catatan bersaiz A4 miliknya.

Buku berwarna kuning yang di'ring'kan dengan kawat spiral diselak oleh Chanyeol tanpa menunggu lebih lama lagi. Catatan-catatan Hyeran pada buku itu dibaca oleh Chanyeol dengan sekilas sambil dia menyelaknya untuk mencari halaman yang kosong. Buku itu tidak lama berada dalam tangan Chanyeol sebelum Hyeran merampasnya dan terus membuka halaman kosong dengan rawak dan menyerahkannya kembali kepada Chanyeol.

"Ini buku apa?" Chanyeol memandang Hyeran yang sedang duduk di sebelahnya. Selain saiznya yang besar, yang membuatkan Chanyeol tertarik dengan buku itu ialah apa yang ditulis oleh Hyeran di dalamnya. Kelihatan seperti Hyeran menggunakan buku itu untuk belajar sesuatu.

"Saya tak beritahu awak yang saya berhenti kolej semata-mata nak masuk smALL ke, Park Chan?" Hyeran menyoal kembali sambil memikirkan sama ada dia pernah memberitahu Chanyeol atau tidak. "Tak, bukan nak masuk smALL sebenarnya. Nak kahwin dengan awak." Sengaja Hyeran menekankan perkataan 'kahwin'.

Mata Chanyeol berkelip memandang Hyeran. Dia tidak faham pada mulanya namun setelah berfikir, dia akhirnya mengangguk. "Oh..." Ialah apa yang dikatakan oleh Chanyeol.

Dahi Hyeran berkerut mendengar 'Oh' Chanyeol itu. Takkan oh je? "Oh Sehun?"

Chanyeol mendongak kepalanya memandang Hyeran yang menyebut nama Sehun dengan mukanya yang menyampah. Hello, siapa yang patut rasa menyampah di sini?

"Sehun akan terbangun dari tidurnya, awak tahu?" Tangan Chanyeol terus kembali menyelak halaman buku yang dia lihat tadi. Dia masih mahu membaca catatan Hyeran. Dia mahu tahu apa yang Hyeran belajar di universitinya. "Nampaknya awak tak beritahu saya segala-galanya tentang awak." Bibir Chanyeol muncung sedepa. Sekali lagi.

"Sepatutnya awak tanya." Balas Hyeran, mahu mempertahankan dirinya sebelum dia menyedari Chanyeol sudah membaca catatannya. "Yah, janganlah baca catatan saya!" Tangan Hyeran yang kecil terus menekup bukunya namun, bukunya itu terlalu besar. Chanyeol masih boleh membacanya.

"Yah?" Chanyeol menggeleng kepalanya, memberi maksud yang perkataan itu tidak boleh digunakan terhadapnya. Pen yang baru sahaja diambilnya dari laci Hyeran tadi terus diambilnya dan hujungnya diketukkan ke dahi Hyeran.

Sejak bila 'Yah' kedengaran sangat biadap di telinga Chanyeol pula? Hyeran mengaduh kesakitan apabila Chanyeol memukulnya walaupun ianya tidak terlalu sakit. Jangan Chanyeol ingat dirinya sahaja yang boleh berlakon? Hyeran terus mengusap dahinya dan membuat ekspresi muka yang ianya sangat sakit.

"Sakit ke?" Chanyeol terus mengalihkan tangan Hyeran untuk melihat dahi isterinya itu. Bukannya merah atau lebam pun, fikir Chanyeol. Dia terus mendekatkan bibirnya dan mata Hyeran tertutup dengan serta merta. Chanyeol tersenyum nakal kerana tahu apa yang sedang difikirkan oleh Hyeran. "Dah baik?" Chanyeol menyoal setelah dia meniup dahi Hyeran yang 'sakit' itu. Mata Hyeran bulat apabila Chanyeol hanya meniup dahinya. Namun belum sempat Hyeran berkata apa-apa, Chanyeol sudah meletakkan tangan pada tengkuknya dan mengucup dahinya. "Lebih baik?" Chanyeol menyoal sambil mengukirkan senyuman nakalnya.

Hyeran terus menumbuk lengan Chanyeol sementara Chanyeol sedang mentertawakannya. "Dah baik belum?" Dengan ketawa yang bersisa, Chanyeol menyoal Hyeran yang sedang menjelingnya tajam. "Saya boleh buat lagi kalau awak nak." Ujar Chanyeol. "Selain dahi pun boleh juga." Tambah Chanyeol lagi.

"Byuntae!" Hyeran terus mengalihkan pandangannya dari Chanyeol untuk menyembunyikan wajahnya yang pasti sudah kemerahan kini.

"Byuntae? Byun Baekhyun maksud awak? Aish Hyeran, boleh tak jangan sebut nama lelaki lain depan saya lagi? Selepas ini siapa pula? Suho Hyung? Jongdae?" Chanyeol mengetap giginya, berlagak tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Hyeran.

"Awak ingat 'Parktae' masuk akal ke?" Hyeran terus menarik bukunya dari tangan Chanyeol dan menutupnya.

Chanyeol terus menarik lengan Hyeran apabila Hyeran bangun dari katilnya untuk menyimpan buku catatannya di dalam laci. "Hyeran-ah, Saya perlukannyalah." Ujar Chanyeol dan menarik Hyeran kembali duduk di tempatnya tadi.

Anak rambut Hyeran menjadi serabai apabila Hyeran mengeluh serta meniupnya sebelum dia menyerahkan buku itu kembali ke dalam tangan Chanyeol. Chanyeol yang tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Hyeran sebelum dia menyelak halaman buku itu lagi.

"Jangan baca!" Kata Hyeran apabila Chanyeol membaca catatannya lagi. Chanyeol yang tersengih terus menyelak halaman yang seterusnya sebelum Hyeran mengambilnya lagi dan membukakan halaman kosong.

"Eh, saya nampak nama saya tadi." Chanyeol memberitahu apabila dia melihat namanya tertulis di satu halaman Hyeran sebelum Hyeran menukar halamannya.

"Mengarutlah!" Hyeran menggigit bibirnya apabila dia menafikannya. Pada hakikatnya, memang betul dia ada menulis tentang Chanyeol di dalam bukunya itu sebab itu dia tidak mahu Chanyeol membacanya. "Sekarang apa yang awak nak buat?" Hyeran menyoal, menukar topik.

"Tentang temu janji kita." Chanyeol menatap wajah Hyeran. "Saya nak tulis apa yang patut kita lakukan. Apa yang awak nak buat? Ada sesuatu tempat yang awak nak pergi?"

Hampir sahaja Hyeran berkata tidak kerana dia memang tidak merancang untuk pergi ke mana-mana dengan Chanyeol namun disebabkan dia berkata ya tadi, dia terus berkata, "Pergi ke panggung wayang yang 24 jam tu?"

Kepala Chanyeol mengangguk, bersetuju dengan cadangan Hyeran itu namun wajahnya menampakkan yang dia merasakan ianya masih kekurangan sesuatu. Dia lalu menulis sesuatu di muka surat kosong itu sementara Hyeran mendekatkan dirinya dengan Chanyeol untuk membacanya.

-Menonton wayang

Chanyeol diam seketika untuk berfikir sebelum dia menulis sesuatu lagi di bawahnya.

-Membeli belah.

Hyeran menggigit pipinya dari dalam apabila membaca tulisan Chanyeol yang tidak dinafikan memang cantik itu. Namun, ada sesuatu tentang perkataan itu. Dia tidak berapa bersetuju.

"Tapi saya tak suka membeli belah." Hyeran memberitahu membuatkan Chanyeol yang ingin menulis sesuatu terus tertunda kerana mahu memandangnya. "Chanyeol, awak seorang je daripada berjuta lelaki yang menawarkan diri untuk menemankan perempuan membeli belah." Hyeran menambah lagi sambil memberi pandangan 'awak serius ke?' kepada Chanyeol.

Tanpa Chanyeol sedar, bibirnya mengukir senyuman nipis apabila mendengarkan kata-kata Hyeran itu. "Awak baru je mengaku saya satu dalam berjuta. One of a kind, huh? Itulah saya." Komen Chanyeol. Masuk bakul angkat sendiri nampak, Hyeran berfikir namun senyuman Chanyeol itu benar-benar membuatkan Hyeran lupa untuk memerli Chanyeol. "Sebab tu saya yang paling sesuai untuk awak." Chanyeol menyambung, berasa bangga.

"Saya suka membeli belah, Hyeran. Awak pula tak suka. Tengoklah betapa kita memenuhi antara satu sama lain." Kata Chanyeol lagi. "Mungkin kita patut keluar membeli belah bersama. Saya akan belikan apa sahaja yang sesuai untuk awak. Saya memang pakar bab fesyen." Chanyeol menepuk dadanya lagi, entah berapa kali pada malam ini berasa bangga dengan dirinya sendiri.

Park Chanyeol, the narcissism. Hati Hyeran berdesis.

Namun Hyeran menggeleng kepalanya, masih lagi tidak bersetuju dengan Chanyeol. "Tak akan berlaku walaupun dalam berjuta tahun." Kemudian Chanyeol memandang Hyeran dengan pipinya yang sengaja dikembungkan. "Kecuali awak..."

"Saya apa?" Chanyeol mendesak Hyeran yang berhenti di tengah perkataannya. "Saya beritahu satu dunia ini yang kita bersama?" Hyeran meneguk liurnya mendengar Chanyeol yang menyambung kata-katanya. Tanpa dia sedari, dia menganggukkan kepalanya. Memang benar, itu yang mahu dikatakannya. "Hyeran, saya tahu tentang perkara itu. Kalau tak, saya tak akan buat senarai ini, Hyeran. Kita pasti akan dapat melakukan semua yang kita mahukan di depan khalayak."

"Awak..." Buat sekian kali, kata-kata Hyeran terhenti.

Chanyeol mengangguk. "Ya, Hyeran. Saya akan umumkan tentang kita berdua, cepat atau lambat dalam bulan ini juga." Ucap Chanyeol.

Tangan Hyeran terus mencapai lengan Chanyeol sebelum menggenggamnya. "Chanyeol, awak tak perlu..."

"Saya nak lakukannya juga."

Dahi bertemu dahi. Hidung bertemu hidung. Chanyeol meletakkan tangannya pada bahu Hyeran sementara Hyeran pula dapat mendengar nafas Hyeran. Ianya mustahil bagaimana Hyeran boleh berasa bahagia hanya mendengar bunyi nafas itu. Barangkali kerana dia tahu insan yang dicintainya masih hidup dan berada dekat dengannya.

"Hyeran, izinkan saya..."

"Ya, awak boleh beritahu semua orang tentang kita berdua." Potong Hyeran. Walaupun Hyeran sedang menutup matanya, dia tahu Chanyeol sedang tersenyum kerana mendengarkan dari bunyi nafas Chanyeol. Dia juga turut tersenyum, virus senyum Chanyeol terjangkit padanya.

Nafas itu, dia pasti dapat mendengarnya buat selamanya, kan? Hyeran tahu selamanya terlalu berlebihan jika diberikan kepadanya yang tidak layak namun, jika berada dekat dengan si tiang elektrik bertelinga capang yang suka menjangkitkan semua orang dengan senyuman dan ketawanya, selamanya tidak cukup untuk Hyeran.

*~*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

335K 22.2K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
55.3M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
204K 8.8K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
40.3K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...