The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 69

767 52 0
By sapphire_blue88

Bunyi pintu dikuak menarik semua mata memandang ke arahnya. Chanyeol yang menyedari semua mata memandangnya hanya masuk ke dalam bilik tarian tanpa bersuara. Nampaknya mereka semua sudah lama menunggunya untuk berlatih koreografi mereka bersama-sama. Takkanlah mereka mahu berlatih tanpa kehadirannya pula. Suasana di sekeliling Chanyeol yang berasa kekok membuatkan Chanyeol meneguk liurnya. Dia mula membuat senaman ringkas untuk memanaskan badannya sebelum memulakan rehearsal.

"Ke mana kau pergi dengan Hyeran tadi? Kenapa lama sangat." Suho, selaku ketua di antara mereka menyoal.

Chanyeol membalas pandangan Suho. Senaman yang dilakukannya dihentikan buat seketika. "Ada benda yang saya nak beritahu Hyeran tadi." Jawab Chanyeol dengan ringkas. Dia rasa dia tidak perlu menceritakan semua dengan terperinci apa yang dia lakukan dengan Hyeran tadi.

"Park Chanyeol, minda kau waras ke tak? Kau tak sedar ke semua mata pandang kau semacam bila kau peluk Hyeran di hadapan Hyeran tadi? Kau tak dengar ke mulut orang mengata bukan-bukan?" Soalan Chen bertalu-talu itu bagaikan peluru yang menembusi tepat ke hati Chanyeol.

Bibir Chanyeol diketapkan. Mengapa semua orang mesti menentangnya sedaya mereka apabila dia rapat dengan Hyeran? Namun mengapa apabila Baekhyun yang rapat dengan Hyeran semua orang seakan menutup mata?

"Kenapa kalau aku peluk dia? Takkan tak boleh agaknya." Chanyeol tidak menjawab soalan Chen itu, sebaliknya dia menyoal Chen kembali.

Chen mentertawakan Chanyeol dengan sinis sementara tangannya memeluk tubuh. "Tak boleh kau tanya? Memang tak boleh pun. Ia buat orang terfikir apa hubungan kau dengan Hyeran." Balas Chen sebelum menyambung, "Oh ya, Chanyeol. Apa hubungan kau dengan Hyeran sebenarnya?"

"Aku cakap dia sepupu akulah!"

"Kalau sepupu kenapa kau layan dia tak macam sepupu?"

"Jongdae-yah, geumanhae!" Baekhyun terus menarik Chen yang mula mendekati Chanyeol. Dalam masa yang sama, Chanyeol sedang menggenggam penumbuknya.

"Yah, kenapa kau nak berpihak dengan Chanyeol tiba-tiba ni?" Chen memandang wajah Baekhyun yang serius menyuruhnya untuk memberhentikan perkara yang dia mulakan itu.

"Kenapa kau nak pelik pula bila aku peluk Hyeran? Peluk ialah sesuatu yang normal. Semua orang boleh lakukan. Kau tengok kat mana-mana adakah orang menghalang sepupu peluk antara satu sama lain? Ada? Kalau ada beritahu aku." Ujar Chanyeol masih lagi menggenggam penumbuknya. Chanyeol sedang menahan dirinya agar penumbuknya itu tidak melayang ke muka Chen dengan mudah. Dia tahu dia harus bersabar ketika mengendalikan hal itu.

"Kau bukan sahaja tak boleh peluk Hyeran tapi kau juga tak boleh rapat dengan Hyeran sehinggakan menarik perhatian orang ramai. Kau tak tahu ke Hyeran sedang ada Haters sekarang? Semua bermula sebab Baekhyun—" Chen menghalakan pandangannya ke arah Baekhyun. Baekhyun hanya menundukkan wajahnya. "Aku minta maaf, Baekhyun tapi kata-kata kau di radiolah yang menyebabkan semua orang bencikan Hyeran. Tapi aku dah tak kisah sebab sekarang orang dah mula menerima kenyataan Baekhyun sukakan Hyeran."

Baekhyun tidak dapat menahan dirinya daripada mencengkam kolar baju Chen. "Sampah apa kau cakap ni? Aku dah beritahu aku dengan Hyeran cuma kawan je kan?" Baekhyun kedengaran seperti mahu mengugut Chen.

Tangan Chen menepis tangan Baekhyun yang menarik kolarnya sehingga terlepas. "Kau ingat bila kau cakap semua perkara ini orang akan percaya? Kita orang tak akan percaya dengan cepatnya kau berubah hati!" Chen menjerit di muka Baekhyun.

"Dan Chanyeol kau—" Chen mengetap giginya. "Kau lupa ke dengan semua tohmahan yang Hyeran terima apabila dia dekat dengan Baekhyun? Sekarang pula? Kau nak dekat dengan Hyeran lepas mereka dah terima Baekhyun dengan Hyeran? Kau tak rasa orang kat luar sana tu akan menganggap Hyeran sebagai perempuan yang tak baik ke? Mula-mula Baekhyun, sekarang dengan kau pula?" Chen menyoal bertalu-talu.

Lutut Chanyeol yang longgar membuatkan Chanyeol terduduk di atas lantai. Dia tidak mahu memikirkan semua yang dikatakan oleh Chen tetapi dia tidak boleh menafikan tentang kebenaran kata-kata Chen itu.

"Jadi kau nak cakap aku perosak semuanya? Aku buat semua benda jadi tunggang langgang? Aku buat kehidupan seseorang kucar-kacir? Atau—Kau nak cakap aku tak boleh bersama dengan Hyeran?" Tanpa Chanyeol sedari, matanya berkaca-kaca. "Yah—Aku pun tak sangka perkara akan jadi macam mana? Kau rasa aku kena buat apa? Aku betul-betul perlukan Hyeran, tapi aku dibenarkan dengan dia. Macam tu?" Chanyeol menyoal. Suaranya sudah mula kedengaran serak.

"Soalannya, Chanyeol. Kenapa kau perlukan Hyeran?" Chen menyoal.

Chanyeol hanya diam tidak menjawab. Buat apa dia menjawab soalan itu kalau akhirnya mereka sendiri pun tidak akan memahaminya. Dia benar-benar perlukan Hyeran di samping menemaninya hingga nafas terakhirnya. Dia perlukan Hyeran lebih dari apa yang dia perlukan di dunia ini. Tetapi mereka tak mengerti. Mereka tidak akan pernah mengerti.

"Sebenarnya, Chen. Ayah Chanyeol sedang sakit sekarang ini. Hyeran sepupu Chanyeol jadi, yang sakit tu ialah pak cik Hyeran sendiri. Siapa je keluarga Chanyeol yang paling dekat dengan Chanyeol? Mestilah Hyeran." Tutur Baekhyun membuatkan suasana menjadi senyap seketika. Mereka semua terkejut mendengar berita itu sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Ch-Chanyeol, betul ke apa yang Baekhyun cakap pasal ayah kau?" Xiumin menekup mulutnya yang terbuka luas.

Chanyeol merenung Baekhyun dengan tajam. Sebenarnya Baekhyun salah. Bukan ayahnya yang sakit tetapi ayah Hyeran yang merupakan ayah mertuanya. "Yah! Kau dah janji tak nak beritahu sesiapa, kan?" Chanyeol berteriak kepada Baekhyun.

Baekhyun mengangkat kedua-dua tangannya. "Habis tu, takkan kau nak suruh aku diam je?" Soal Baekhyun namun Chanyeol hanya menutup matanya rapat dan mengeluh.

"Chanyeol-ah, kau tak nak pergi lawat ayah kau ke?" Suho yang mendekati Chanyeol terus menyoal.

"Ayah Hyung ada di mana? Di hospital?" Sehun juga turut menyoal dnegan wajah serius yang jarang ditayang olehnya.

"Kalau ayah kau ada di hospital, kita boleh pergi sana." Ucap Lay pula. "Kan, Suho?" Soal Lay pada Suho.

Suho menganggukkan kepalanya. Dia memegang bahu Chanyeol yang sedang mengetap giginya.

"Chanyeol, aku minta maaf."

Mata Chanyeol masih lagi tertutup rapat. Dia tidak mahu memandang wajah Chen yang sedang meminta maaf kepadanya malah dia menepis tangan Suho yang berada di bahunya.

"Tiada sesiapa yang akan lawat ayah aku dan tiada sesiapa yang akan pergi ke hospital." Putus Chanyeol. "Kenapa tiba-tiba semua orang simpati pada aku? Aku tak menagih simpati sesiapa pun. Aku tak minta sesiapa pun untuk bawa aku lawat ayah aku." Tambah Chanyeol lagi. Dia sudah cukup dengan semua ini.

"Kitorang cuma nak tolong kau. Takkan itu pun salah?" Soal Xiumin yang membela kawannya yang lain.

Kai mengangguk-anggukkan kepalanya, menyokong kata-kata Xiumin. "Kitorang cuba nak faham keadaan hyung."

Chanyeol tertawa dan bunyinya kedengaran sinis sekali. "Tak perlu nak faham aku. Tak perlu nak cuba pun faham aku kerana kau tak akan faham punya. Sebab tu semua perkara yang aku buat korang mesti rasa benda tu tak betul kan, Chen?" Chanyeol memandang Chen yang sudah terdiam. Jika tadi banyak benda yang Chen mahu katakan kepada Chanyeol, sekarang semua kata-katanya itu hilang.

"Kau tahu? Aku selalu fikir kita ni kawan yang sangat rapat. Macam apa yang Suho Hyung selalu cakap, 'We Are One'!" Ujar Chanyeol lagi. "Tapi hari ini, aku terfikir betul ke kita seperti apa yang dicakapkan oleh Suho Hyung? Macam tadi, hanya aku dengan Chen je yang bertikam lidah di sini. Korang semua buat apa? Macam aku seorang je lawan korang semua sebab korang nampaknya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Chen, kan?" Chanyeol menyoal.

Semua orang tunduk membisu. "Aku tak tahu apa kesalahan aku sehingga apa yang aku buat semuanya tak betul. Aku minta maaf kalau aku memalukan nama kumpulan ini." Chanyeol menarik nafasnya panjang.

Baekhyun bangun dari duduknya dan berjalan ke arah Chanyeol. Dia duduk di sebelah Chanyeol dan menggoyang-goyangkan badan kawan baiknya itu sambil memanggil namanya berulang kali. Muka Chanyeol terus masam mencuka apabila Baekhyun menggoyang-goyangkan badannya. Dia terus memandang Baekhyun, berpura-pura menyampah. "Apa kau nak?" Chanyeol menyoal, menjeling Baekhyun.

"Mianhae..." Ucap Baekhyun masih lagi menggoyangkan badan Chanyeol.

"Aish, geumanhae!" Chanyeol mendengus.

"Aish, Mianhae!" Baekhyun mengulang tetapi mengajuk cara Chanyeol mengatakan 'geumanhae' kepadanya. Chanyeol tersenyum nipis seraya menolak muka Baekhyun jauh-jauh.

Chanyeol ialah orang yang pertama kali bangun dan berjalan menuju ke pemain CD untuk memainkan lagu 'Love Me Right'. "Okey, bangun! Bangun! Bangun semua! Kita ada tarian untuk berlatih demi konsert kita yang akan datang." Chanyeol membuat isyarat 'bangun' dengan kedua tangannya. Dengan sebuah senyuman, mereka bangun dan terus berlari mencari posisi mereka.

"Annyeong!"

Chanyeol tersentak apabila ada tangan memaut lengannya sekilas. Dia tahu pemilik suara tersebut namun dia masih mahu menoleh kepalanya untuk memastikannya. Hyeran tersenyum kepadanya saat mata mereka bertembung. Tetapi, kenapa Hyeran duduk di sebelahnya? Bukankah yang duduk di sebelahnya tadi ialah D.O tapi—dia melilaukan matanya mencari keberadaan D.O dan mendapati D.O sedang duduk di kerusi kosong di satu sudut.

"Sejak bila awak pandai buli D.O?" Chanyeol menyoal Hyeran ingin tahu memandangkan D.O bukanlah orang yang senang untuk dibuli. Jika ada sesiapa berani membuli D.O, tak sampai sesaat orang itu akan melutut meminta maaf kerana D.O pasti akan membalasnya dengan lebih teruk. "Boleh beritahu saya rahsia awak?"

Hyeran menggelengkan kepalanya. "Tak boleh. Ini bakat semulajadi saya." Hyeran enggan memberitahu padahal hakikatnya D.O ialah orang yang bangun dan menawarkan tempat duduknya. Chanyeol yang sedang makan sambil termenung tidak sedar yang dia dan D.O sudah bertukar tempat. Hyeran pun tidak tahu mengapa dia dibenarkan duduk di sebelah Chanyeol padahal selama ini dia hanya duduk di sebelah Baekhyun sahaja dan kedudukan Chanyeol ialah berhadapan dengannya.

Baekhyun hanya mampu memandang Chanyeol dan Hyeran yang sedang berjenaka di hadapan matanya sendiri. Keluhan kecilnya yang hampir tidak kedengaran dapat ditangkap oleh D.O di sebelahnya.

Dengan sebelah kening yang terangkat, D.O memandang Baekhyun. "Kenapa mengeluh? Kau sendiri yang nak aku tukar tempat dengan Hyeran." D.O berbisik, memastikan agar suaranya hanya kedengaran oleh Baekhyun.

Bahu Baekhyun terangkat. Baekhyun juga tidak tahu mengapa dia menyuruh Kyungsoo untuk duduk di sebelahnya pula. "Molla. Chanyeol kata dia perlukan Hyeran jadi aku tak nak Chanyeol lebih berasa sedih. Hyeran pula—aku cuma berfikir yang Hyeran benar-benar cintakan Chanyeol jadi aku tak mahu memisahkan Hyeran dari cintanya." Perit hati Baekhyun saat membalas kata-kata D.O. "Kalau aku dah buat Hyeran jauh dari Chanyeol, Hyeran tak akan bahagia. Kalau macam tu aku pun tak bahagia juga."

"Kau rasa mereka benar-benar sepupu ke? Kalau mereka ni sepupu kenapa boleh terbitnya cinta? Sepupu dan sepupu mana boleh bercinta."

"Aku pun tak tahu. Mungkin tak benar, Chanyeol cuma nak merahsiakan hubungannya yang sebenar seperti apa yang Chen kata. Mungkin juga benar tapi Chanyeol orangnya jenis memberontak. Dia tak kira. Kalau ada sesuatu yang dia nak, dia akan dapat juga akhirnya."

Sudu yang berisi makanan dimasukkan ke dalam mulut D.O. Dia menunggu makanannya dikunyah dan ditelan sebelum dia berkata kepada Baekhyun. "Tetapi kau masih sukakan Hyeran, kan?" D.O memandang Baekhyun. "Benda yang berlaku di hadapan kau ini mungkin akan buat kau sakit hati. Kau sanggup nak tahan?"

"Aku tak sanggup." Jawab Baekhyun. "Mungkin aku perlu betul-betul berhenti sukakan dia mula dari sekarang. Terus berjalan ke hadapan, lupakan tentang Hyeran dan jangan pandang ke belakang lagi." Tambah Baekhyun lagi.

Wajah Hyeran yang tersenyum ke arah Chanyeol ditatapnya. Tengoklah, Hyeran sedang tersenyum. Hatinya terpaut lagi. Mana mungkin rasa cintanya boleh hilang kalau begini. Baekhyun menutup matanya rapat sebelum tunduk.

'Tolonglah, Baekhyun. Kau nampak sangat kasihan sekarang. Tolong lupakan dia.' Baekhyun mendengar suaranya di dalam berkata. Dia mengetap giginya kerana geram. 'Tapi bagaimana? Bagaimana?' Ujar separuh dirinya lagi.

"Hati-hati dengan apa yang kau buat sekarang ini. Hyeran atau Chanyeol mungkin akan perasan. Mereka akan pelik." D.O berbisik ke telinganya lagi membuatkan Baekhyun segera membangunkan semangatnya lagi.

Kepala Baekhyun mendongak dengan perlahan namun apa yang dia lihat hanyalah Hyeran yang hanya memandang Chanyeol seorang. Dari raut Hyeran itu, Baekhyun tahu Hyeran sangat gembira berada di samping Chanyeol.

"Baekhyun Oppa! Saya sokong Oppa dengan Hyeran!"

"Baekhyun Oppa dengan Hyeran sangat sesuai!"

"Baekhyun Oppa, pedulikan komen negatif orang lain pasal hubungan Oppa dengan Hyeran. Saya tetap sokong Oppa!"

Hubungan dia dan Hyeran? Hyeran tertawa sinis. Hubungan apa yang dia jalin dengan Hyeran melainkan hanya sebagai kawan? Baekhyun memandang semua peminatnya yang sentiasa menyokongnya walau apa pun keputusan dia buat. Apabila semua orang menentangnya untuk mendekati Hyeran dahulu, dia berasa sangat hampa tetapi kini bila ada peminat yang berharap dia dan Hyeran bersama, dia berasa semakin hampa. Dia hanya mampu tersenyum pahit kepada peminat-peminatnya sebelum pintu van tertutup rapat.

'Tak mungkin.' Baekhyun berbisik sambil menggeleng kepalanya. 'Aku dan Hyeran tak akan pernah ditakdirkan bersama.' Hatinya berkata dengan sangat pahit. Dia belajar menerima yang semua hakikat kehidupan tak semestinya indah. Meskipun dia tidak dapat memiliki orang yang dia cintai, mungkin dia akan jumpa dengan orang yang bersedia untuk mencintainya kelak.

*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

285K 13.6K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
925K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
136K 12.4K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...