The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 68

755 56 1
By sapphire_blue88

Pintu Royal Starex berwarna hitam itu terbuka membenarkan semua orang di dalamnya untuk keluar namun Hyeran yang duduk di tempat duduk belakang sekali tidak berganjak. Dia menunggu agar semua orang keluar dahulu. Hujan membasahi bumi Seoul buat pertama kali di dalam musim panas itu. Mujur hujan sudah sedikit reda jadi Hyeran tidak perlu untuk berlari masuk ke dalam bangunan smALL. Walaupun Hyeran sedang memakai sneaker Converse kesayangannya, dia tetap melangkah dengan perlahan dan berhati-hati yang dikelilingi oleh manusia itu.

Dia tahu benar yang dalam lautan manusia itu, ada yang membencinya namun Hyeran tidak takut jika diugut dengan batu. Sebaliknya mereka tak perlu mengugutnya kerana dia bukan seperti apa yang mereka sangkakan. Dia tidak pernah merampas Baekhyun dari sesiapapun.

"Unnie!" Hyeran terkejut apabila ada tangan sedang memberinya sejambak bunga untuknya. Dia terus memandang ke arah orang yang menghulur. Gadis kecil kira-kira belasan tahun menyapanya dengan senyuman.

Tidak lupa juga untuk membalas dengan senyuman, Hyeran mengambil bunga itu. "Terima kasih." Ucap Hyeran dengan gembira.

Masuk sahaja ke dalam bangunan smALL, Hyeran mencium bunga mawar merah jambu yang diterimanya. Wangi kelima-lima kuntum bunga tersebut sangat memikat hatinya. Dia bercadang untuk meletakkannya di dalam pasu di atas mejanya nanti. Dia juga akan menjaga bunga itu dengan elok. Di dalam jambangan bunga itu juga ada beberapa paket coklat kegemaran yang memenuhinya. Itu merupakan hadiah yang paling tidak boleh Hyeran lupakan seumur hidupnya.

Matanya menangkap sekeping kad ucapan yang terselit di antara bunga dan coklat tersebut. Kakinya yang berjalan mengikuti langkah LUV, tidak menghalang Hyeran untuk membaca kad tersebut.

Annyeong haseyo, Hyeran Unnie! Saya peminat nombor satu Unnie.
Saya dah lama meminati Unnie sejak Unnie nyanyi di fanmeeting EXO lagi.
Saya rasa Unnie memiliki suara yang sangat merdu!

Oh, tentang Baekhyun tu Oppa. Unnie janganlah risau kalau ada orang nak menghalang hubungan Unnie dengan Baekhyun Oppa. Saya rasa Unnie dengan Baekhyun Oppa sangat sesuai dan akan menjadi pasangan yang comel! Saya akan tetap menyokong Unnie walau apapun yang Hyeran Unnie buat.

Fighting!

Gigi Hyeran menggigit pipinya dari dalam. Dia—dengan Baekhyun? Tak mungkin. Walaupun tetap ada orang yang menyokongnya tetapi perkara itu salah. Dia sudah menjadi milik orang lain.

"Annyeong haseyo, EXO sunbaenim."

Langkah Hyeran terhenti apabila dia mendengar LUV menyapa EXO. Kerana sibuk membaca mesej peminatnya, dia tidak perasan pun EXO ada di hadapannya kini. Hyeran dengan kelam kabut turut menunduk hormat di hadapan EXO.

Usai tunduk, Hyeran terus mengangkat mukanya namun pandangannya terhalang dengan Chanyeol di hadapannya. Hyeran hampir menjerit terkejut tetapi Chanyeol yang memeluknya dengan tiba-tiba membuatkan suaranya tersekat di kerongkong.

Kenapa dengan Chanyeol? Kenapa tiba-tiba? Takkan Chanyeol tak sedar perlakuannya diperhatikan oleh orang ramai? Beribu persoalan muncul di benak mindanya namun Chanyeol malah mengeratkan pelukannya. Sementara itu, EXO dan LUV memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik.

"Yah, kenapa ni?" Hyeran mahu sahaja menolak Chanyeol agar menjauhinya.

"Peluk saya sekejap. Sekejap sahaja." Chanyeol berbisik ke telinga Hyeran.

Dahi Hyeran semakin pelik kerana kehairanan. Chanyeol sangat lain hari ini. Apa yang sedang terjadi. "Kenapa ni? Cuba beritahu." Hyeran akan mendesak jika Chanyeol tidak mahu juga memberitahunya.

"Saya minta maaf, Hyeran." Ucap Chanyeol secara tiba-tiba membuatkan Hyeran semakin tertanya-tanya.

"Apa yang awak dah lakukan? Kenapa minta maaf?" Hyeran menyoal. Sekarang dia tidak kisah kalau ada orang lain memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik. Apa yang dia mahu ialah Chanyeol menceritakan segala-galanya.

"Saya akan bahagiakan awak. Saya janji. Saya akan jaga awak seumur hidup." Sekali lagi Chanyeol membisikkan kata-kata yang tidak dimengerti oleh Hyeran. Semua kata-kata yang keluar dari mulut Chanyeol sama sekali tidak membantu Hyeran, malah membuat otak Hyeran lebih kusut.

Hyeran segera menolak Chanyeol agar melepaskannya. Chanyeol menunduk ke bumi sengaja tidak mahu bertentangan mata dengannya.

"Apa yang awak merepek pagi-pagi buta ni, Chanyeol?" Hyeran menyoal Chanyeol yang sudah membisu dan kaku di tempatnya.

Pandangan Hyeran dihalakan kepada EXO dan LUV serta staf smALL lain yang memandang mereka berdua dengan pelik. "Tttarawa. (Ikut saya.)" Arah Hyeran.

Baru dua langkah berjalan, Hyeran perasan yang Chanyeol tidak mengekorinya langsung. Hyeran mengetap giginya dan menarik tangan Chanyeol. "Ttarawa!" Ulang Hyeran lagi sambil mengheret Chanyeol.

"Duduk." Hyeran menepuk tempat duduk sebelahnya. Chanyeol yang bagaikan lembu dicucuk hidung hanya menurut arahan Hyeran agar duduk di atas konkrit yang membelakangkan palang penghadang di atas rooftop itu.

Setelah lama menunggu Chanyeol untuk membuka mulutnya, Hyeran akhirnya mengeluh kecil. Dia pandang muka Chanyeol. "Awak tak ada benda nak beritahu saya?" Hyeran menyoal dengan nada suara yang paling lembut.

Gelengan Chanyeol membuatkan Hyeran menggigit bibirnya. Ini lebih susah dari apa yang dijangkanya. Tangannya segera menemui jalannya ke tangan Chanyeol. "Tak apa, awak boleh cerita pada saya. Awak ada masalah?" Jari-jemari Hyeran bersatu dengan jari-jemari Chanyeol.

Kali ini Chanyeol menganggukkan kepalanya sambil memandang Hyeran. "Saya takut, Hyeran." Chanyeol mula meluahkan segala-galanya.

"Takut pasal apa? Cuba beritahu saya." Pinta Hyeran sambil menatap wajah Chanyeol dalam.

"Saya—takut tak boleh bahagiakan awak?" Beritahu Chanyeol membuatkan Hyeran tertawa kecil.

Hyeran mengangkat tangannya yang saling bertautan dengan Chanyeol agar Chanyeol nampak. "Awak nampak saya macam tak bahagia ke? Awak ada di samping saya, takkan saya tak bahagia." Hyeran meletakkan kepalanya di atas bahu Chanyeol.

"Terkadang, saya takut kalau suatu hari nanti awak akan bencikan saya." Kata Chanyeol.

"Saya mungkin pernah bencikan awak dahulu sebab waktu itu saya tidak cukup matang. Tetapi, saya janji perkara itu tak akan berulang lagi. Saya akan belajar untuk menjadi lebih matang." Hyeran berjanji.

"Saya akan cuba berikan segalanya untuk awak. Kalau saya mampu berikan dunia ini untuk awak, saya akan lakukannya." Balas Chanyeol pula.

Kepala Hyeran diangkat dari bahu Chanyeol. Hyeran yang mahu Chanyeol memandang mukanya terus memegang dagu Chanyeol dan menghalakan muka Chanyeol kepadanya.

"Satu dunia tak akan cukup kalau awak nak beri saya." Hyeran berbisik perlahan. "Jadi awak tak perlu berikan dunia, cukuplah awak berada di samping saya selagi saya masih bernafas. Saya tidak perlukan apa-apa dunia ini melainkan awak."

Chanyeol terkedu seketika apabila Hyeran memanjangkan leher untuk mengecup pipinya. Chanyeol tersenyum. Dia mula berasa sedikit lega. Mereka berpandangan buat seketika. Chanyeol berharap yang masa akan berhenti agar saat itu boleh menjadi selamanya.

Tanpa Chanyeol sedari, wajahnya mendekati Hyeran dan apabila bibir mereka hampir bersentuhan, Hyeran menutup bibirnya dengan sebungkus coklat yang dia dapat dari peminatnya. Bukannya Hyeran tidak membenarkan Chanyeol menciumnya tetapi Hyeran cuma tidak mahu dirinya menjadi perempuan yang senang disentuh walaupun dengan lelaki sendiri. Dia masih lagi merasakan perkara itu kekok. Chanyeol terus menjauhkan mukanya dari Hyeran dan mengangguk. Dia menyambut huluran coklat berjenama Crunky itu.

"Eh, saya pernah buat iklan jenama coklat ini." Ujar Chanyeol apabila dia perasan jenama yang tertera di kulit coklat itu.

"Macam mana rasanya jadi duta coklat? Mesti best dapat makan coklat banyak-banyak, kan?" Hyeran menyoal dengan teruja.

Tidak bersetuju dengan kata-kata Hyeran, Chanyeol menggeleng kepalanya berulang kali. "Awak tak payahlah jadi duta coklat. Nanti sakit perut makan coklat banyak-banyak." Chanyeol memberi nasihat.

Bibir Hyeran muncung mendengarkan kata-kata Chanyeol. "Kenapa tak boleh? Saya tak kisah sebab saya sukakan coklat." Hyeran mengutarakan pendapatnya yang bertentangan dengan Chanyeol. Coklat yang berada di dalam tangan Chanyeol dipandang sekilas. "Makanlah coklat tu, Park Chan. Ia akan membantu awak."

"Membantu dari segi apa?" Chanyeol mengangkat keningnya sebelah.

"Ujikaji mendapati, Coklat akan mengeluarkan enzim yang berperanan mencipta perasaan senang dan bahagia. Jadi kalau awak sedang dilanda masalah seperti sekarang, coklat ialah penawarnya." Jelas Hyeran panjang lebar.

Kepala Chanyeol mengangguk-angguk walaupun dia berasa bosan apabila Hyeran bercakap tentang sains. Dia terus membuka bungkusan coklatnya dan menjamah sedikit. "Awak pun makanlah juga." Chanyeol mempelawa apabila Hyeran hanya melihatnya makanan.

Tangan Hyeran mengambil jambangan bunga yang terletak di sebelahnya. Jambangan bunga yang juga dipenuhi dengan coklat itu membuatkan Chanyeol melopong sambil berkata 'wow' sementara Hyeran mengambil satu lagi bungkusan coklat dengan perisa kegemarannya.

"Yah, mana awak dapat ni? Dari peminat?" Chanyeol yang mengunyah coklatnya bertanya. Hyeran hanya menjawabnya dengan anggukan.

Lama Chanyeol memerhatikan kad yang terselit di antara bunga dan coklat itu. Mungkinkah ia daripada peminat lelaki? Chanyeol tidak boleh menahan dirinya dari mencapai kad itu. Hyeran yang ingin merampas kad itu dari tangan Chanyeol nampaknya tidak cukup pantas. Tangan panjang Chanyeol sudah menjauhi kad itu darinya dan apabila Chanyeol sudah membaca segala apa yang tertulis di kad itu, semuanya sudah terambat.

"Yah!" Hyeran memukul tangan Chanyeol apabila Chanyeol sudah pun membaca kad itu.

"Mwoya ige? 'Saya rasa Unnie dan Baekhyun Oppa sangat sesuai dan akan menjadi pasangan yang comel'? Benda apa yang tak masuk akal ni?" Air muka Chanyeol terus berubah apabila dia membaca surat peminat Hyeran.

Hyeran mengeluh. "Sebab itulah saya tak beri awak baca sebab saya dah agak perkara ini akan berlaku punya."

Chanyeol menatap wajah Hyeran dengan serius. "Awak rasa masuk akal ke bila dia suruh awak berpasangan dengan Baekhyun? Mana boleh. Awak milik saya seorang." Tegas Chanyeol.

"Siapa cakap saya milik awak seorang? Saya milik appa saya." Hyeran memeluk tubuhnya.

"Hye—" Chanyeol kehilangan kata-katanya apabila dengan tiba-tiba Hyeran menyebut tentang ayahnya. Chanyeol meneguk liurnya. Kalaulah Hyeran tahu tentang keadaan ayahnya sekarang.

Tangan Chanyeol merenyuk kad yang sememangnya sudah berada di genggamannya. Selepas kad itu renyuk, dia terus mencampaknya ke tanah. Hyeran tergelak apabila melihat muka Chanyeol yang sangat comel ketika cemburu dan cara Chanyeol mencampakkan kad tersebut.

"Yah!" Hyeran menumbuk lembut lengan Chanyeol. Chanyeol hanya diam seraya menggigit coklatnya lagi.

Melihatkan cara Chanyeol memakan coklat itu, Hyeran pun tergoda untuk memakannya juga. Tangannya membuka pembalut coklat itu sebelum memasukkan coklat itu ke dalam mulutnya.

"Eo?" Hyeran yang cuba mematahkan coklat itu terkejut apabila dia mendapat bahagian yang besar.

Tanpa sempat bernafas, muka Hyeran dihalakan memandang Chanyeol dengan sekelip mata. Dalam sekelip mata juga, Chanyeol mendekati mukanya dengan mula menggigit coklat yang berada di mulut Hyeran dalam masa yang sama. Hyeran menutup matanya dengan rapat tatkala tangan Chanyeol berada di tengkuknya untuk membawanya mendekati muka Chanyeol.

Perlahan-lahan, coklat itu dimakan oleh Chanyeol sehinggalah tiada apa yang tertinggal. Akhirnya bibir mereka bersentuhan dan percubaan kali kedua Chanyeol berjaya.

'Saya minta maaf sebab tak beritahu pasal ayah awak, Hyeran.'

*~*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 133K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
306K 19.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...