The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 52

1K 59 7
By sapphire_blue88

Kepala mereka yang sama paras membuatkan mereka senang untuk saling berpandangan. Kedua-dua mereka tidur di atas cadar dengan menghadap antara satu sama lain. Bantal Hyeran yang hanya ada satu menyebabkan mereka berdua harus berkongsinya dan juga selimut, nampaknya. Chanyeol mengeluh seketika seraya meletakkan tangannya di bawah kepalanya. Hyeran membesarkan kepalanya memberi isyarat kepada Chanyeol kenapa Chanyeol mengeluh.

"Kenapa awak cantik sangat ni? Walaupun dalam gelap." Soal Chanyeol seraya tangannya mengelus pipi Hyeran yang membuatkan Hyeran menutup matanya sambil tersenyum.

"Saya hanya cantik dalam gelap? Tak cantik bila terang? Tak cantik semalam?" Soal Hyeran iaitu soalan yang semestinya wajib ditanyakan kepada lelaki saat dipuji.

"Tak." Chanyeol menggeleng. "Awak cantik hari ini seperti semalam. Tak tak, awak lagi cantik hari ini." Puji Chanyeol lagi.

"Geotjimal! (Tipu!)" Balas Hyeran sambil memuncungkan bibirnya.

Chanyeol melemparkan senyuman nakalnya sebelum mencubit pipi Hyeran membuatkan Hyeran mengaduh kesakitan. Hyeran lalu memukul lengan Chanyeol untuk membalas dendamnya.

"Sekarang giliran awak pula puji saya." Pinta Chanyeol yang memang suka pujian itu.

Lama juga Hyeran memandang wajahnya membuatkan Chanyeol berasa berdebar. Walau hanya dengan pandangan, sudah dapat menghentikan degupan jantungnya.

"Adakah sedang bermimpi adakah sedang jaga?
Terlalu maujud untuk menjadi mimpi
Terlalu indah untuk menjadi nyata
Namun mimpi atau jaga tiada bezanya.
Hanya wajahnya mengekori di mana-mana
Andai hanya mimpi
Jangan dikejut dari jaga
Jika ini semua nyata
Benarkan ku dengannya selamanya." Hyeran juga tidak tahu bagaimana semua perkataan itu boleh terkeluar dari bibirnya sendiri. Dia seakan tidak percaya. Mungkin pandangan Chanyeol yang benar-benar berharap yang membuatkan semuanya diluahkan dengan indah.

"Awak apa? Yoon Hyeran atau penyair? Atau isteri saya?" Soal Chanyeol tersenyum sampai ke pipi.

"Penyair? Wajah awak kan seni?" Jawab Hyeran.

Ketawa tersembur keluar dari mulut Chanyeol sebelum dia menekup kedua belah tangannya dengan tangan disebabkan terlalu malu.

"Hyeran, tolong jangan mengurat saya. Saya tak sanggup nak terima." Ucap Chanyeol yang masih menutup mukanya.

Tangan Chanyeol ditarik Hyeran sambil ketawa agar dia dapat melihat wajah Chanyeol. Tetapi Chanyeol mengeraskan tangannya supaya tidak dapat ditarik oleh Hyeran.

"Awak malu ke? Kenapa? Saya belajar dari awaklah," Ujar Hyeran sebelum sambung ketawanya. "Macam inilah yang saya rasa bila awak keluarkan ayat-ayat jiwang awak tahu, tak? Menggigil satu badan!"

Akhirnya Chanyeol mengangkat bendera putih. Walaupun dia sudah tidak menyembunyikan wajahnya tetapi dia masih tidak boleh memandang mata Hyeran.

"Yah, Jarhanne... Saya mengalah." Beritahu Chanyeol.

"Takkan dah mengalah? Jomlah, jiwang lagi. Jaemiitne... (Seronoklah...)"

"Apa yang seronok sangat?"

"Seronoklah, Op-pa!" Panggil Hyeran sambil mengenyit matanya kepada Chanyeol.

Chanyeol menggigit bibirnya. "Aigoo, nampaknya awak dah sembuh dari demam." Teka Chanyeol sambil melihat Hyeran atas bawah dan atas bawah.

Tangan Hyeran menemui jalannya ke tangan Chanyeol sebelum memasukkan jari jemarinya antara jari jemari Chanyeol. "Awaklah penawar saya..."

"Andwaegetta! (Tak boleh jadi ni!)" Chanyeol terus membenamkan mukanya ke bantal sebelum menjerit dengan perlahan.

Jeritan Chanyeol itu membuatkan Hyeran tidak tahan untuk gelak. Tulah, siapa suruh mengurat dia hari itu! Kan dah kena balik! What goes around, comes around!

"Saya rasa saya mimpilah, Hyeran." Kata Chanyeol apabila memandang wajah Hyeran. Pipi Hyeran lalu dicubitnya. Hyeran yang mengaduh kesakitan menolak dahi Chanyeol dengan marah. "Eh, bukan mimpi ke?" Soalnya.

"Bukan!" Kali ini giliran Hyeran yang mencubit pipi Chanyeol.

"Tapi awak nampak lain sangat. Macam mana awak boleh berubah macam ni? Tengok, awak pakai baju saya pulak tu! Betul ke saya tak bermimpi ni?" Chanyeol sendiri keliru dengan dirinya sendiri.

Baru sahaja Chanyeol mahu menampar wajahnya, Hyeran sudah menghalangnya berbuat demikian. "Sebab saya tak nak pulang baju ini pada awak!" Senyum Hyeran.

"Tak apa, saya tak akan minta. Awak ambil jelah. Banyak lagi baju kat rumah." Balas Chanyeol.

"Kalau macam tu bagi semua baju awak kat saya!" Hyeran mendepakan tangannya.

"Nak buat apa? Nanti saya nak pakai apa?"

"Tak payahlah pakai apa-apa. Awak nampak seksi." Hyeran melemparkan senyuman nakal kepada Chanyeol.

"Hyeran, saya rasa awak terlebih dos lah ni. Saya rasa saya dah suruh Dahyun beri awak ubat ikut waktunya."

Hyeran memuncungkan mulutnya apabila ideanya untuk mengenakan Chanyeol muncul di benak fikirannya lagi. "Maksud awak, Too much! Neoya, Your love Igeon Overdose!"

Chanyeol hanya mampu menggelengkan kepalanya saat melihat Hyeran menyanyikan lagu Overdose sambil menari tarian itu dengan hanya menggunakan tangannya.

"Awak dengar yang Kai puji saya hari tu, kan? Kan? Kan?" Hyeran mendekatkan wajahnya pada Chanyeol setiap kali dia menyebut perkataan 'Kan' tetapi saat wajah mereka hanya seinci sahaja jaraknya, Hyeran cepat-cepat kembali ke posisi asalnya. "Kai, Dancing Machine EXO puji saya pandai menari! Ah, gembiranya!"

"Boleh tak jangan sebut Kai Kai Kai depan saya? Tak baik sebut nama lelaki lain depan suami!"

"Ahh... Jiltu? (Cemburu ya?)" Jari telunjuk Hyeran menunjuk Chanyeol dengan senyumannya yang menyenget. Chanyeol segera menggenggam tangan Hyeran itu.

"Mana ada!"

"Ada!"

"Bila masa?"

"Sekarang!"

"Tak pernah!"

"Tapi tadi, kan? Awak ada sebut Dahyun Unnie, kan?"

"Awak pun cemburu!"

"Kai! Kai! Kai! Kai!" Teriak Hyeran membuatkan Chanyeol segera menekup mulut isterinya itu. Hyeran mengambil tangan Chanyeol lalu meletakkannya jauh-jauh. "Saja nak bagi awak cemburu!"

Chanyeol melihat tangannya yang ditepis oleh Hyeran lalu mengambil tangan Hyeran lagi untuk digenggam. "Saya dah bagitahu Dahyun yang sebenarnya."

Hyeran yang terkejut terus menekup mulutnya kerana tidak percaya. "Jinjja?"

Jawapan yang Hyeran nantikan hanya diberikan dengan anggukan. Chanyeol memandang mata Hyeran, bertanya apakah dia sudah melakukan suatu kesalahan? Namun, Chanyeol berasa gembira apabila Hyeran menghadiahkan seukir senyuman yang indah buatnya.

"Geurae? Dahyun Unnie-ga neomu chakanne... (Betul ke? Dahyun Unnie seorang yang sangat baik.)" Luah Hyeran.

"Jeongmal?" Chanyeol menyelitkan anak rambut Hyeran yang berjuntai ke dahi ke belakang telinga. "Dia dah beri awak makan?" Soalnya prihatin.

Seperti anak kecil, Hyeran mengangguk. "Eung, tapi saya tak habiskannya. Tu ada kat tepi tu!" Hyeran menunjukkan mangkuk yang tidak jauh dari mereka.

"Kenapa tak habiskan?"

"Tekak saya perit. Saya nak Ramyeon Samyang je."

"Pulak, mana saya nak cari tengah malam ni?"

Dengan tiba-tiba Hyeran memeluk Chanyeol dengan erat. "Andwae, jangan pergi cari malam-malam ni?"

"Wae?"

"Awak takkan tahu bahaya yang menanti dalam gelap?"

"Geurae, anhalkkeoya." Kata Chanyeol. "Ja... (Tidurlah...)"

Hyeran meleraikan pelukannya untuk memandang wajah Chanyeol. "Tak nak, awak suruh saya tidur sebab awak nak tinggalkan saya, kan?"

"Antteona... (Saya tak akan tinggalkan awak...)" Chanyeol kembali memeluk Hyeran, kali ini lebih erat.

"Maaf kalau awak tak selesa tidur di sini."

"Awak selesa tak? Jangan cakap sebab saya ada awak boleh tidur dengan selesa, sudah!"

"Memang pun..." Hyeran tersenyum sambil matanya tertutup. "Ah, Jollyeo... (Ngantuknya...)"

"Jalja..."

Rasanya sudah setengah bulan Chanyeol berkunjung ke bilik Hyeran setiap malam demi menemani Hyeran tidur walaupun demam Hyeran sudah betul-betul surut pada malam yang ketiga. Mungkin yang membuatkan Chanyeol terus datang ke bilik Hyeran ialah kerana rahsianya itu belum terbongkar lagi. Dia akan datang pada pukul 12 tengah malam, di waktu semua orang sudah tidur dan akan pulang ke dormnya semula pada pukul 5 pagi sebelum sesiapa bangun terlebih dahulu. Walaupun hal itu membuatkan Chanyeol kurang tidur, tetapi Chanyeol tetap melakukannya demi Hyeran.

Setiap malam juga Chanyeol akan membawa Ramyeon Samyang dan menghidangkannya buat Hyeran. Hyeran berasa sangat bahagia kerana pertama, dia dapat merasai ramyeon kegemarannya dibuat oleh Chanyeol kedua, dia dapat melihat sang suami yang kelihatan sangat comel mengenakan apron dan akhir sekali, walaupun Chanyeol sangat comel dengan apron, tetapi cara Chanyeol memasak membuatkan Hyeran berfikir yang suaminya itu sangat seksi.

"Awak dah nak pergi?" Soal Hyeran pada pagi itu.

Chanyeol memang seorang yang akan cepat terjaga jika ada bunyi di sekitarnya jadi, Chanyeol tidak akan pernah terlajak masa. Setelah Chanyeol bangun, dia akan mengejutkan Hyeran pula yang masih tidur nyenyak walaupun dia keberatan.

Senyuman Chanyeol dihadiahkan buat Hyeran yang tersayang. "Ya." Jawabnya ringkas sambil jari jemarinya mengelus rambut milik Hyeran.

"Awak akan datang lagi besok, kan?" Tanya Hyeran, berharap.

"Tak." Chanyeol menggeleng.

"Kenapa?"

"Kalau awak nak saya datang sini, tak bolehlah selalu. Akan ketahuan juga nanti." Jawab Chanyeol kepada Hyeran yang sudah menundukkan kepalanya untuk menyembunyikan wajahnya yang duka.

Dagu Hyeran diangkat agar Hyeran membalas pandangannya. Wajah sugul Hyeran membuat Chanyeol rasa bersalah. Tetapi dia masih tidak boleh datang ke tempat itu setiap hari.

"Okey?" Soal Chanyeol.

Akhirnya Hyeran mengangguk kecil. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Chanyeol ada benarnya jadi dia harus mengalah jua.

Tangan mereka saling bertaut sebelum Chanyeol menarik Hyeran bangun. "Jom, temankan saya." Kata Chanyeol.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pintu utama. Chanyeol yang perasan wajah Hyeran yang semakin sedih ketika dia memakai kasutnya hanya tersenyum.

Dahi Hyeran dikucup tanda perpisahan. Walaupun mereka akan berjumpa juga di smALL nanti.

"Galkke..."

"Jalga..." Hyeran melambai tangannya sebelum Chanyeol memusing badannya dan berlalu pergi. Setelah Chanyeol betul-betul hilang dari pandangan, Hyeran mengeluh berat dan menutup pintu rumah.

Hari-hari Hyeran berjalan seperti yang kebiasaannya. Setiap harinya hanya ulang alik ke smALL untuk menjalani kehidupan sebagai seorang trainee. Nama pun trainee, mestilah banyak yang harus dipelajari Hyeran. Walaupun Seo Haewon, guru vokalnya tidak akan mengaku yang vokal Hyeran semakin mantap tetapi Hyeran sendiri mengaku tentang perkara itu. Mana taknya, setiap hari menghukum Hyeran menguji pitching, tone dan berbagai-bagai lagi walaupun Hyeran tidak melakukan kesalahan apa-apa pun. Minhee pula kelihatan gembira sekali melihat Hyeran selalu dihukum tetapi Hyeran tidak kisah kerana hukuman itu akan menjadikannya sebagai seorang penyanyi yang lebih berkualiti, bukan hanya dengan rupa paras yang cantik.

Sebelum itu, Tarikh debut LUV dilanjutkan hingga ke hujung bulan May. Ini membuatkan Minhee sangat marah kerana katanya mereka sepatutnya sudah debut tetapi disebabkan Hyeran, debut mereka jadi tertunda. Baguslah, daripada tidak debut langsung betul tak? Dalam masa beberapa bulan itu Hyeran menghadiri macam-macam kelas. Gaya dia berjalan sudah diperbaiki dalam kelas gaya berjalan. Hyeran juga belajar berjalan memakai kasut timit tinggi namun, Hyeran hanya mampu setakat 4 inci sahaja atau jika lebih, dia pasti akan jatuh. Cakap pasal kasut tumit tinggi, dia pasti mengingati peristiwa dia mencuba baju pengantin dengan Chanyeol dahulu.

Dalam kelas menari, Hyeran belajar asas-asas untuk menari seperti menegakkan tangannya dan sebagainya. Semua asas itu harus dia praktikkan selama sebulan sebelum dia masuk ke peringkat yang lebih tinggi. Hyeran tidak sedar sudah lama dia menjadi trainee smALL apabila dia fokus dengan latihannya. Pelbagai latihan ini membuatkan Hyeran berasa lebih bersemangat. Dia bersemangat untuk mengejar LUV yang memang hanya tunggu masa untuk debut demi menunjukkan yang dia juga berkebolehan untuk berkongsi pentas yang sama dengan mereka. Dia juga mahu Chanyeol lihat pentasnya sendiri untuk Chanyeol menilai nanti kerana selama ini hanya Hyeran sahaja yang menonton Chanyeol di atas pentas. Dan yang paling penting, dia juga mahu membanggakan appanya yang tercinta.

Hyeran duduk di meja makan yang kosong sebelum mengambil chopstiknya. Tatkala dia menjamah suapan kedua, semua tempat kosong di sekelilingnya sudah penuh dalam masa beberapa saat sahaja. Dia memandang Chanyeol yang duduk di sebelahnya. Chanyeol mengangkat keningnya sambil tersenyum.

"Annyeong, hoobae kesayangan EXO." Ucap Luhan yang duduk di hadapannya sambil melambaikan tangannya sedikit. Hyeran tidak berbuat apa-apa melainkan tersenyum.

"Apa? Jadi Hyeran dah jadi hoobae kesayangan kita secara rasmi?" Soal Lay yang bingung dengan keadaan itu. Salah, Lay memang selalu bingung dan keliru.

Luhan mengerutkan dahinya sambil berfikir. "Tak tahulah tapi Cuma Hyeran hoobae kita yang kita rapat di sini, kan?" Soal Luhan pula.

"Baru saya perasan kita dah layan Hyeran dengan sangat baik." Pintas Kris pula dengan makanan yang masih ada dalam mulutnya.

"Aah, kenapa ya?" Soal Sehun pula dengan tanda tanya.

"Hyerannie, Chanyeolui Gajoginikka... (Sebab Hyeran keluarga Chanyeol...)" Jawab Suho dengan ringkas.

"Geureom?" Soal Lay lagi masih keliru.

"JAdi kita pun kena layan Hyeran sebagai keluargalah, Lay." Balas Suho agak menyampah.

"Ah..." Lay mengangguk-angguk kepalanya membuatkan Hyeran tertawa kecil kerana Hyeran mendapati ianya comel.

Hyeran terus menyembunyikan ketawanya apabila Suho menyebut tentang 'Gajog' ataupun bermaksud keluarga. Dia memandang Chanyeol yang sibuk menjamah makanannya. Ye, tepat sekali. Chanyeol ialah keluarganya. Chanyeol yang perasan tentang pandangan Hyeran itu terus memandang wajah Hyeran sambil membesarkan matanya. Chanyeol meberi isyarat 'apa' kepada Hyeran tetapi Hyeran hanya mengangkat bahunya.

Sewaktu Hyeran menyambung makan tengah harinya, dia dapat melihat telefon bimbitnya bergetar di atas meja lalu Hyeran cepat-cepat mengambilnya supaya tiada orang dapat melihat apa yang ada di telefonnya.

Skrin lock dibuka dan gambar Chanyeol terpampang sebagai Wallpaper. Hyeran tahu Chanyeol sudah menggeledah habis semua isi di dalam telefon bimbitnya apabila Chanyeol memulangkannya. Mana taknya, wallpaper yang sepatutnya gambar bunga Hyndragea bertukar menjadi muka Chanyeol. Hyeran hanya diam kerana dia tahu dia tak boleh bertanyakan tentang hal itu sebab Chanyeol dah ganti screen protectornya dengan screen protector diamond yang baru dan Chanyeol juga sudah menukar casing telefon bimbitnya tanpa mendapat keizinannya dahulu. Casing cantik yang hampir lutisnar itu ada gambar Rilakkuma bertimbun di bahagian bawah dan di tengah-tengahnya ada perkataan Cute And Happy. Cute and Happy sangat. Hyeran tahu maksudnya ialah Chanyeol And Hyeran tapi Chanyeol Cuma tak nak straight to the point, takut rahsia itu terbongkarlah tu.

Wae geurae? O.O –Chanyeol. (kenapa ni?)

Nuguseyo? –Hyeran. (Awak siapa?)

Dari pandangan tepinya, Hyeran dapat melihat Chanyeol mengetap giginya dengan geram setelah menerima mesej daripadanya. Mereka berpandangan buat seketika. Hyeran menjelirkan lidahnya sedikit membuatkan Chanyeol bertambah geram.

Beraninya permainkan Park Chanyeol!

*~*~*~*~*~*~*

Continue Reading

You'll Also Like

7.3M 305K 38
~ AVAILABLE ON AMAZON: https://www.amazon.com/dp/164434193X ~ She hated riding the subway. It was cramped, smelled, and the seats were extremely unc...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
29.1M 921K 49
[BOOK ONE] [Completed] [Voted #1 Best Action Story in the 2019 Fiction Awards] Liam Luciano is one of the most feared men in all the world. At the yo...
114K 5K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.