The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 45

1.2K 96 5
By sapphire_blue88



Tombol pintu yang sudah berada di genggaman tangannya dipulas perlahan-lahan. Kamar yang gelap dan suram itu membuatkan Hyeran segera mencari suis lampu dan menekannya. Mata Hyeran melilau dan memeriksa setiap inci kamar itu sambil kukunya digigit. Nampaknya situasi yang dihadapinya kurang menyenangkan jadi, dia mengambil keputusan untuk tidak membuatkan ia bertambah buruk lagi.

Nafasnya ditarik sementara dia menghimpunkan semua semangatnya yang tinggal. Tidak mungkin dia membiarkan dirinya sendiri jatuh.

"Tak apa, Hyeran. Kau boleh lakukannya. Aja aja fighting!" Kata Hyeran sambil membut isyarat 'fighting' dengan kedua-dua tangannya. "Bilik ni tak adalah teruk sangat. Memanglah kecil tapi, tempat ni boleh dijadikan tempat tidur pun jadilah. Memanglah kotor tapi, boleh bersihkan semua habuk dan kotoran di dinding dan lantai. Tak apa. Tak teruk sangat daripada tiada tempat untuk tidur." Ucap Hyeran yang cuba berfikiran positif.

Nada bunyi mesejnya yang berkumandang membuatkan Hyeran segera membuka kunci telefon bimbitnya.

Neon Kwaenchana?

Dua patah perkataan yang ringkas tetapi sungguh bermakna itu membuatkan Hyeran terus menguntumkan sebuah senyuman. Tidak dinafikan yang Hyeran sangat menunggu mesej ataupun panggilan daripada orang itu.

Jari jemari Hyeran terus menaip mesej untuk membalas mesej itu.

Eung, Kwaenchana. Neon bwasseo? (Awak nampak ke?)

Baru sahaja Hyeran mahu menyimpan kembali telefon bimbitnya di poket seluarnya namun, sebuah mesej lagi tiba membuatkan dia membatalkan niatnya itu.

Dangyeonhaji. (Mestilah.) Saya sembunyi di belakang tangga tadi.

Pelik tapi benar, Hyeran tertawa dengan mesej yang baru sahaja diterimanya. Sebenarnya apa yang sangat melucukan, Hyeran pun tidak pasti tetapi dia dapat membayangkan Chanyeol segera melarikan diri dan bersembunyi di tangga saat wajah Minhee tersembul di muka pintu.

Tanpa Hyeran sendiri sedari, semua peristiwa yang membuatkan dia berasa marah dan sedih hilang dengan tiba-tiba. Walaupun mungkin pada suatu hari nanti, dia akan mengingati semuanya dan mengungkitnya kembali, satu perkara lagi yang Hyeran tidak sedar ialah hatinya semakin berubah tidak seperti apa yang dirasakan Hyeran terhadap Chanyeol pada hari pertama Hyeran berjumpa lelaki itu.

Hatinya berubah.

Omo, awak terpaksa sembunyi belakang tangga tadi? Mesti takut orang hoobae awak syak sesuatu, kan?

Tunggu jelah, Hyeran. Saya akan buat awak terkejut dengan apa yang saya akan lakukan nanti. Saya akan beritahu satu dunia yang Yoon Hyeran isteri kepada Park Chanyeol.

Wah, mesti akan gempar dan jadi trending, kan?

Hyeran juga tidak tahu sejak bila dia pandai mengusik Chanyeol tetapi, dia tetap mahu mencuba dan melihat reaksi Chanyeol. Namun, dia tidak sangka yang Chanyeol begitu serius dengan kata-katanya.

Saya serius. Saya akan lakukannya juga suatu hari nanti.

Yaksokhae hajima, Chanyeol... (Tak usah berjanji, Chanyeol...) Saya tahu betapa susahnya untuk awak penuhi kata-kata awak tu.

Ada orang pernah berkata, jangan terlalu mengharap akan sesuatu kerana harapan yang terlalu tinggi itulah yang akan membuatkan kita jatuh ke bumi. Hyeran tak menafikan yang dia berharap akan ada pengakhiran yang gembira dengan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu tetapi dia masih tidak mahu berharap akan sesuatu.

Kadang-kadang awak perlukan beri sedikit kepercayaan kepada saya, Hyeran.

Awak tahu tak, saya masih tak percaya yang awak tinggal di tingkat paling atas bangunan ni.

Sekarang awak dah berada dekat dengan saya lagi, macam mana saya nak lepaskan awak pergi. Kalau saya boleh saya nak masuk ke dalam apartment awak sekarang dan peluk awak.

Ke mana saya boleh pergi? Apartment ini penjara bagi saya.

Kerana sibuk menaip mesej kepada Chanyeol, Hyeran tidak menyedari yang ada seseorang sedang menghampirinya dari belakang.

"Hyeran-ah, awak buat di bilik stor ni?" Soal satu suara yang lantas menyentakkan Hyeran dari lamunan.

Pantas Hyeran menoleh kepalanya dan mendapati Dahyun sedang berdiri di sebelahnya. Telefon bimbitnya yang berada di tangannya terus disimpan ke dalam poket seluarnya. "Ah, tak ada apa-apa, Dahyun Unnie. Hyeran Cuma nak tengok keadaan bilik stor ni je." Jawab Hyeran dengan gagap pada permulaan bicaranya kerana terkejut dengan kemunculan Dahyun secara tiba-tiba.

"Nak tengok keadaan bilik stor?" Soal Dahyun sebelum tertawa kecil kerana dia merasakan Hyeran berkelakuan pelik. Memandangkan Hyeran sepatutnya mengemas barangnya ke dalam bilik hujung namun, Hyeran malah pergi ke bilik stor.

Dengan mesra, Dahyun menguntumkan senyumannya. "Tak ada apa-apa yang perlu awak tengok pun, Hyeran." Katanya.

Tangan Dahyun dengan perlahan-lahan, menemukan tangan Hyeran lalu memegangnya. "Mari saya tolong awak kemas barang awak." Pelawa Dahyun sebelum menarik Hyeran mengikutinya namun, Hyeran masih tidak berganjak dari tempatnya.

"Dahyun Unnie, ada sesuatu Hyeran nak beritahu." Kata Hyeran yang lantas memberhentikan langkah Dahyun dari membawanya ke bilik hujung.

"Apa dia?" Soal Dahyun, ingin tahu.

Pada pandangan Dahyun, Hyeran kelihatan ragu-ragu sama ada untuk memberitahu dirinya atau tidak. Telefon bimbit Hyeran yang sudah kali ketiga berbunyi menandakan mesej masuk hanya dibiarkan Hyeran kerana dia masih memberitahu Dahyun sesuatu.

"Hyeran nak tidur di bilik stor. Bolehkan?" Hyeran yang mengajukan soalan yang tidak pernah disangka Dahyun.

Mulut Dahyun terlopong mendengar soalan Hyeran. Matanya lalu diarahkan kepada bilik stor yang kelihatan semak dan kotor itu. Mana mungkin dia mahu membiarkan Hyeran tidur di dalam bilik itu sedangkan dia tidur di dalam bilik yang selesa. Tangannya lalu membelai lengan Hyeran dengan perlahan.

"Hyeran-ah, tak perlulah Hyeran nak ambil hati dengan apa yang dikatakan oleh Minhee. Minhee Cuma..."

"Geugeon aniya, unnie. (Bukan macam tu, Unnie.)" Potong Hyeran sambil menggelengkan kepalanya. "Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Minhee benar juga. Bilik stor ni bukannya teruk sangat kalau Hyeran bersihkan sedikit pasti..."

Dahyun segera menggenggam tangan Hyeran. "Hyeran..." Panggilnya yang lantas mematikan kata-kata Hyeran.

"Unnie, Hyeran Cuma tidak mahu membebankan sesiapa apatah lagi Minhee." Jelas Hyeran yang membuatkan Dahyun mengeluh kecil mendengarnya.

"Hyeran, Unnie tak pernah rasa Hyeran membebankan malah, Unnie dah menerima Hyeran sebagai keluarga Unnie apabila Hyeran jadi kumpulan LUV." Balas Dahyun yang kedengarannya sangat jujur dari hati. "Jadi, Hyeran jangan pernah fikir yang Hyeran membebankan."

Hyeran menganggukkan kepalanya tanda dia mengerti. "Gomawo, Unnie. Tapi Unnie, Hyeran rasa Hyeran masih mahu tidur di bilik stor ni sebab Hyeran yakin yang Hyeran boleh jadikan ia sebuah bilik yang selesa kalau Hyeran kemasnya sedikit. Lagipun, Hyeran takut Hyeran akan berdengkur dengan kuat dan mengganggu Dahyun dan Minhee tidur." Hyeran memberikan semua alasan yang dia mampu berfikir pada ketika itu sementara hatinya berharap yang Dahyun akan membenarkannya.

"Jinjja? Jinjjaya? (Betul? Betul ni?)" Soal Dahyun sambil merenung wajah Hyeran.

Buat kesekian kalinya, Hyeran menganggukkan kepalanya dan tersenyum hambar.

Nada dering 'Moonlight' membuatkan Hyeran tersentak dan segera mencapai telefon bimbit di poketnya. Dia terkejut saat melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Mulutnya segera menutup mulutnya yang terbuka luas.

'Haish, boleh pulak Chanyeol telefon pada masa yang tak sesuai ni.' Desis Hyeran sambil matanya memandang Dahyun sekilas.

Senyuman yang muncul di wajah Dahyun membuatkan Hyeran langsung tidak mengerti apakah maksudnya. Dahyun memeluk tubuhnya sambil matanya tidak lekang memandang Hyeran yang sudah berasa gementar di tempatnya kerana telefonnya tidak berhenti berdering.

"Kenapa tak jawab panggilan tu? Jawablah, pasti dia dah tertunggu-tunggu." Ujar Dahyun yang bagaikan sudah mengerti situasi Hyeran itu.

"T-tak Apa, Unnie. Tak p-penting pun... Salah nombor agaknya." Balas Hyeran dengan gementar.

"Siapa dia? Orang yang sama mesej awak berulang kali, ke?" Soal Dahyun lagi membuatkan Hyeran berasa cemas. "Nugunya? Namchin? Namchinnya? (Siapa dia? Teman lelaki? Teman lelaki awak ke?)" Bertalu-talu soalan yang diajukan Dahyun.

Dengan pantas, Hyeran tunduk hormat kepada Dahyun sambil berkata, "Mianhaeyo, Unnie. Mianhaeyo."

"Kenapa tiba-tiba minta maaf pulak ni?" Soal Dahyun yang terkejut melihat reaksi Hyeran.

"Sebab kat kontrak..."

"Heol, Hyeran-ah... Jinjja? Betullah awak ada teman lelaki?" Potong Dahyun.

"Aniyo, Unnie..." Nafi Hyeran dengan pantas.

Dahyun tertawa kecil. "Geurae. Sebenarnya kontrak tu ada maknalah, Hyeran. Bukannya boleh mati pun kalau awak langgar perjanjian, kan? Jawablah panggilan tu. Unnie pergi ke bilik sekejap." Pamit Dahyun tanpa menunggu lebih lama kerana ingin memberikan ruang untuk Hyeran menjawab panggilannya.

"Unnie, jjamkammanyo! (nanti dulu!)" Jerit Hyeran namun Dahyun masih tetap pergi.

"Jangan risau. Tak akan ada sesiapa tahu." Balas Dahyun dari jauh.

Apabila Hyeran sudah memastikan yang tiada sesiapa yang berdekatan di tempat itu, dia terus mengangkat panggilan Chanyeol dan menekup telefon bimbitnya di telinga.

"Apa yang awak lakukan ni, Chanyeol? Kenapa tiba-tiba telefon saya tak henti-henti? Awak tahu yang saya ada di mana, kan? Awak nak mereka semua tahu, ke?" Bagaikan mesin bola tenis, bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Hyeran. Geram pula dia dengan sikap Chanyeol yang tidak bertempat.

"Ugh Mianhae Hyeran. Saya cuma risaukan awak je. Awak tak balas-balas mesej saya, saya ingat ada sesuatu berlaku pada awak macam tadi. Mianhae." Balas Chanyeol pula yang kedengaran cemas.

Senyuman nipis diukir oleh Hyeran apabila dia membayangkan betapa cemasnya Chanyeol kerana dia tidak membalas panggilan sahaja. "Geurae..." Kata Hyeran dengan ringkas. "Geokjeongmara, Chanyeol-ssi. (Janganlah bimbang, Chanyeol.)"

"Tetapi, Hyeran. Saya sarankan awak tambah nombor telefon saya pada speed dial jadi, senanglah awak nak hubungi saya kalau ada apa-apa berlaku." Pesan Chanyeol membuatkan Hyeran tersenyum lagi.

"Geokjeongmarago. Nan kwaenchaneulgeoya. (Saya dah cakap tak usah bimbang. Saya akan baik-baik sahaja)." Jamin Hyeran manakala Chanyeol berasa sedikit lega mendengarnya.

Kedengaran keluhan kecil di hujung talian. "Geuraedo... (Tapi...)" Chanyeol tidak mampu meneruskan kata-katanya. Apa yang perlu dikatakannya supaya Hyeran mengikuti apa yang dipesannya tadi.

"Geurae. Saya akan tambah nombor telefon awak pada speed dial. Nombor telefon awak akan jadi nombor satu di speed dial, okay?" Hyeran berjanji kepada Chanyeol yang kedengarannya akan tetap bimbang tentangnya.

Entah mengapa Hyeran dapat merasakan yang Chanyeol sedang tersenyum puas mendengar janjinya itu. Dia juga turut tersenyum sebelum tangannya menutup pintu bilik stor di hadapannya.

"Mwohae? (Awak buat apa?)" Soal Chanyeol dengan ringkas di hujung talian kepada Hyeran yang sedang menyandarkan belakangnya pada pintu bilik stor.

Nafas dihela Hyeran apabila dia merasakan beban untuk menjawab soalan Chanyeol itu. "Tengah tengok bilik baru saya. Saya rasa saya kena kemas sedikit agar boleh dijadikan sebuah tempat yang boleh dihuni." Jawabnya.

Hyeran dapat merasakan yang Chanyeol sedang mengangguk apabila mendengar kata-katanya jadi, Hyeran terus menyambung, "Awak pula kat sana? Buat apa?" Soal Hyeran pula agar mereka saling bertanya dan mengetahui keadaan masing-masing.

"Saya tengah bersiap-siap untuk pergi ke smALL." Jawab Chanyeol.

"Oh, member LUV pun akan ke smALL jugak nanti jadi, kita akan terserempaklah bila keluar nanti, kan?" Hyeran menyoal apabila dia teringat yang dia ada jadual baru bersama LUV dalam masa beberapa minit lagi.

"Taklah, kami tak pernah terserempak pun sebab EXO kebiasaannya keluar lebih awal sebab tu saya tak pernah tahu LUV tinggal di bangunan ini juga." Jawab Chanyeol.

"Geurae. Itta boja, Chanyeol Sunbaenim. (Okaylah. Jumpa nanti, Senior Chanyeol.)" Ucap Hyeran yang tidak mahu mengganggu Chanyeol yang sedang bersiap. Panggilannya terus sahaja dimatikan apabila mendengar Chanyeol juga membalas 'Jumpa nanti'.

Kerana menyedari hanya beberapa minit sahaja yang tinggal untuk Hyeran sebelum pergi ke smALL, Hyeran segera ke dapur dan menjamah sarapan pagi yang telah dibeli oleh Haemi untuknya. Setelah itu, dia bersiap dan menukar baju yang sesuai untuk paginya yang baru itu. Setelah masuk ke dalam kenderaan berwarna hitam milik LUV, Hyeran diberitahu yang dia perlu pergi ke pejabat Kim Chiwon Sajangnim manakala ahli kumpulan yang lain meneruskan dengan latihan rehearsal mereka.

Hyeran juga diberitahu yang dia perlu berjumpa dengan Kim Chiwon Sajangnim untuk menandatangani kontrak barunya bersama smALL. Disebabkan Kim Chiwon sukar untuk berjumpa jadi, Hyeran akan menggunakan peluang yang telah diberikan kepadanya untuk berbincang dengan lelaki itu.

"Masuk."

Suara Kim Chiwon Sajangnim mempelawa Hyeran masuk ke dalam membuatkan Hyeran tidak menunggu lebih lama lagi. Kakinya segera dilangkahkan ke dalam bilik Kim Chiwon manakala matanya dihalakan tepat memandang Kim Chiwon yang sedang menyandarkan belakangnya pada kerusi.

"Ah, Hyeran. Saya hampir-hampir lupa yang saya ada appointment dengan awak." Kata Kim Chiwon sebaik sahaja dia melihat wajah Hyeran di hadapannya.

Hyeran mengetap giginya mendengar kata-kata Kim Chiwon itu. Kali ini matanya benar-benar memandang Kim Chiwon dengan tajam sekali bagaikan pemangsa mahu memburu mangsanya.

"Macam mana Tuan boleh senang-senang lupakan saya setelah apa yang Tuan lakukan kepada saya, Tuan?" Soal Hyeran yang sedang menahan amarahnya dari marak.

"Kenapa saya tak boleh perbaharui kontrak awak, sedangkan sayalah CEO syarikat ini?" Soal Kim Chiwon bagaikan sengaja menguji kesabaran Hyeran.

"Saya tak nafikan yang Tuan ialah CEO syarikat ini dan Tuan memang ada hak." Ujar Hyeran manakala Kim Chiwon menganggukkan kepalanya bersetuju dengan kata-katanya. "Tetapi Tuan tak ada hak untuk perbaharui kontrak saya tanpa perbincangan dan persetujuan saya dahulu. Saya yang tanda tangan kontrak tu jadi saya patut diberitahu tentang hal ini terlebih dahulu." Sambung Hyeran yang lantas membuatkan Kim Chiwon terdiam seraya memandangnya.

"Saya ingatkan Tuan dah tamatkan kontrak saya apabila ada dua orang lelaki yang entah datang dari mana bawa saya ke tempat yang tak pernah saya bayangkan saya akan berada. Saya tanda tangan kontrak dengan Tuan pun disebabkan saya mahu jadi penyanyi solo tetapi bila Tuan letakkan saya bersama dengan LUV, apa yang patut saya lakukan?" Luah Hyeran tanpa memberi peluang kepada Kim Chiwon untuk membalas kata-katanya sama sekali.

Memang Hyeran tidak berpuas hati dengan Kim Chiwon. Sanggup Kim Chiwon mencampaknya sesuka hati sahaja. Sebagai seorang manusia, bukankah dia mempunyai hak untuk memilih pilihannya sendiri? Dia tidak pernah terfikir untuk menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan penyanyi perempuan. Nampaknya keadaan kelihatan semakin sulit membuatkan Hyeran tidak tahu bagaimana caranya untuk menghadapi kehidupannya itu.

"Jadi, awak nak tanda tangan kontrak bahu atau tidak?" Soal Kim Chiwon.

Hyeran tau yang dia harus memilih untuk menandatangani kontrak barunya atau tidak. Namun, Hyeran masih tidak berasa adil kerana kedua-dua pilihan yang diberikan kepadanya mempunyai implikasi yang Hyeran benar-benar mahu hindari.

"Kurang ajar punya orang tua!" Hampir sahaja Hyeran menyumpah seranah Kim Chiwon namun, disebabkan dia tidak mahu bersikap kurang ajar, dia bersabar sahaja dengan perangai Kim Chiwon itu.

Butang lif terus ditekan Hyeran apabila dia sampai di hadapan pintu lif yang masih tertutup.

"Dia ingat dia ada kuasa, dia boleh buat apa sahaja yang dia suka? Tak masuk akal betullah! Kalau tak tahu macam mana nak jaga artis sendiri, tak perlulah nak tubuhkan smALL Entertainment betul tak? Ini tak..." Kata-kata Hyeran terus sahaja terhenti apabila pintu lif sudah terbuka.

Kepalanya terus menoleh kea rah lif dan dia terpaku seketika melihat senyuman yang ditujukan buatnya.

"Annyeong haseyo, Hyeran-ssi." Tangan itu diangkat sebelum dilambai mesra ke arah Hyeran.

Kegembiraanya tidak mungkin dapat disembunyikan. Dengan serta-merta Hyeran tersenyum ke arah lelaki itu.

"Annyeong haseyo, Chanyeol Sunbaenim." Balas Hyeran sebelum dia melangkahkan kaki masuk ke dalam lif.

*~*~*~*~*~*~*



Continue Reading

You'll Also Like

123K 11.3K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
913K 29.8K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
289K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...