The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 36

1.1K 78 0
By sapphire_blue88

Waktu makan tengah hari telah pun tiba namun, Hyeran langsung tidak berganjak dari tempatnya. Dia sedang duduk di atas lantai sambil memeluk lututnya. Perut yang sedang berkeroncong tidak dihiraukannya. Dia tahu yang waktu makan tengah hari ialah waktu di mana semua trainee, junior dan mahupun senior smALL berkumpul di kafe untuk mengisi perut yang kosong. Dia tidak mahu untuk berjumpa dengan sesiapapun pada waktu itu, jadi disebabkan tiada orang di bilik muzik, dia menyembunyikan diri di dalamnya.

Namun, Hyeran terpaksa mengalah jua kerana perutnya asyik minta diisi tidak berhenti dari tadi. Mujurlah dia membawa sedikit biskut oat dari rumah untuk persediaan kalau-kalau dia sangat lapar. Dia terus mengambil beg galas MCM miliknya dan mencari sebungkus biskut oat di dalamnya. Tanpa menunggu lebih lama lagi, dia terus menjamah biskut. Kalau dah lapar tu makan apa-apa pun jadilah.

Selepas menjamah sedikit biskut dan meminum sebotol air mineral, Hyeran terus menyumbat earphone ke telinganya dan memasangkan lagu sekuat yang mungkin. Dia ingin menenangkan hatinya. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa lain macam. Dia cuba menutup matanya dan menumpukan tumpuannya kepada bait-bait lirik lagu yang didengarinya itu tetapi fikirannya tetap lari. Dia berasa gementar akan sesuatu tetapi dia tidak tahu apakah sesuatu itu.

Akalnya tiba-tiba mendapat satu idea. Dia terus bangun sambil menggalas begnya. Dia bertekad untuk mencari sebuah pondok telefon yang berdekatan bangunan smALL. Dia tetap mahu menelefon ayahnya untuk bertanyakan khabar. Dia tidak akan tenang selagi tidak mendengar suara ayahnya itu.

Sejurus sahaja daun pintu dibuka, Hyeran terus keluar namun, sesuatu telah menghalangnya. Tanpa dia sedari, ada seseorang telah memeluk tubuhnya. Dia terus mendongakkan kepalanya dan melihat wajah orang yang telah dilanggarnya itu. Kerana orang itu sangat tinggi, dia terpaksa mendongakkan lagi kepalanya untuk melihat wajahnya.

Dan siapakah orang itu?

"Yah, Kwaenchanayo?" Soal satu suara garau membuatkan Hyeran terus mengambil satu langkah ke belakang kerana dia tahu dia tak sepatutnya membiarkan dirinya dipeluk oleh orang itu walaupun pelukan itu tidaklah begitu rapat. Dia mendongakkan lagi kepalanya melihat lelaki itu dengan terkejut manakala lelaki itu juga sangat terkejut melihatnya.

Kening Kris terangkat sedikit sambil riak mukanya melihat Hyeran dengan pandangan risau dan hairan.

"Kwaenchanayo?" Ulang Kris lagi.

Hanya anggukan yang dibalas oleh Hyeran. Namun, dengan tiba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh yang menarik perhatian matanya.

Chanyeol...

Dan reaksi muka Chanyeol tidak begitu menyenangkan. Hyeran sudah mula mengagak yang Chanyeol tidak suka melihat dia dipeluk oleh lelaki lain. Hyeran terus melemparkan senyuman yang manis kepada Kris yang lantas membuatkan lelaki itu berasa agak lega.

"Saya tak apa-apa, Kris-nim." Jawab Hyeran sambil senyumannya masih lagi terukir di wajahnya.

Lay terus melangkah ke hadapan dan menyapa Hyeran dengan lesung pipit yang dalam di pipinya itu. "Inilah trainee baru yang Hyung cakap dulu tu, Chanyeol. Kamu pun kenal dia kan, Chanyeol? Mustahillah yang kamu dah lupa tentang Hyeran." Kata Lay kepada Chanyeol yang riak wajahnya sangat sukar untuk diteka.

Chanyeol mengukir senyuman sinis. 'Seperti apa yang aku agak.' Dia bermonolog sendiri sambil matanya masih tidak lekang memandang Hyeran membuatkan Hyeran berasa tidak selesa dengan pandangan itu.

"Oh patutlah saya macam pernah nampak awak sebelum ni! Awak... awak..." Kris mendengus apabila otaknya tidak boleh mengingati nama Hyeran. Hyeran hanya memaksa dirinya untuk tertawa kecil melihat gelagat Kris.

"Saya tak sangka yang saya akan jumpa awak lagi, Cik Hyeran." Kata Chen dengan senyumannya yang menaikkan kedua pipinya itu.

Satu anggukan dari Chanyeol menandakan yang dia memang tidak lupa dengan perempuan itu. Mana mungkin... Sangat mustahil untuk dia melupakan perempuan yang sangat dicintainya itu. "Ya. Chanyeol tak lupa. Hyeran. Puan Yoon Hyeran." Chanyeol sengaja menekankan perkataan 'Puan' itu yang lantas membuatkan semua orang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Hyeran pula merenung Chanyeol dengan perasaan yang tidak puas hati.

Dia takut kalau-kalau ada orang yang faham tentang perkataan Chanyeol yang sangat dalam itu.

Lay menggeleng kepada Chanyeol. "Puan? Eh, Hyeran belum kahwin lagilah, Chanyeol."

"Oh." Chanyeol mengangguk sambil membuat reaksi wajah tidak tahu sambil memandang Baekhyun. "Betul ke?" Soalnya kepada Hyeran membuatkan Hyeran buntu bagaimana untuk menjawab soalannya itu.

"Betul kan, Hyeran? Awak belum kahwin lagi, kan?" Baekhyun yang hanya mampu memerhati Hyeran dari tadi sambil tersenyum kini bersuara. Dia melihat Hyeran sambil menunggu jawapan yang bakal keluar dari bibirnya itu.

Dalam pada masa yang sama, Chanyeol juga turut memandang Hyeran. Matanya merenung Hyeran dengan sangat dalam, meminta jawapan yang jujur dari Hyeran. Dia ingin mendengarnya dengan telinganya.

"Err..." Hyeran menggigit bibir bawahnya. Apa yang sepatutnya dia lakukan apabila berada di dalam situasi ini? Namun, dia terus mendapat satu idea. Dia terus mengangkat tangan kirinya dan mempamerkannya di hadapan EXO. "Saya boleh buktikan dengan jari saya. Nampak tak? Saya tak ada pakai apa-apa cincin pun."

Chanyeol tertawa kecil lalu tersenyum sinis. "Itu tak membuktikan apa-apa." Katanya dengan sinis.

"Sekejap. Awak berdua ni macam bergaduh je saya tengok. Chanyeol, janganlah cari pasal dengan hoobae kita. Minta maaflah Cik Yoon Hyeran. Chanyeol memang macam ni, dia suka cari pasal dengan orang lain. Cik bolehlah beredar sekarang sebab kami nak gunakan bilik muzik ni." Suho terus menyuarakan sesuatu memandangkan dia tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku. Dia harus campur tangan dalam hal ini.

Hyeran terus mengangguk sebelum dia menunduk hormat kepada EXO memandangkan mereka ialah Seniornya. Tanpa membuang masa, dia terus mengundurkan dirinya namun, apabila dia terus keluar dari bilik itu, dia terlanggar seseorang ini. Dan kali ini dia... Dia...

Chanyeol merenung matanya, hidungnya lalu bibirnya membuatkan Hyeran berasa tidak keruan dan cepat-cepat pergi namun, Chanyeol sempat menggenggam tangan Hyeran buat beberapa saat melepaskannya pergi.

Langkah Hyeran terhenti. Dia memandang belakangnya dan mendapati tiada siapa pun yang berada di situ. Semua ahli kumpulan EXO sudah masuk ke dalam bilik muzik. Hyeran melihat tangannya yang digenggam Chanyeol tadi. Dia masih dapat merasakan kehangatan tangan Chanyeol. Orang kata, kalau tangan seseorang itu hangat, maka hatinya baik dan sebaliknya jika tangan seseorang itu dingin, hatinya juga turut dingin. Hyeran meletakkan tangannya itu ke pipinya sambil menutup matanya.

Dia rindu...

Namun, dia berharap yang tiada siapa yang nampak situasi itu tadi.

*~*~*~*~*~*~*

Beberapa keping duit syiling terus dimasukkan ke dalam lubang sebelum tangannya menekan nombor telefon ayahnya. Mujurlah dia telah menghafal nombor itu jadi, bila kecemasan seperti ini terjadi bolehlah dia terus menghubunginya. Namun, panggilan pertamanya tidak dijawab oleh ayahnya membuatkan dia tidak keruan. Dia cuba mendail nombor itu berulang-ulang kali sehingga entah panggilan ke berapa, ayahnya akhirnya mengangkat panggilannya itu.

"Hye..."

"Appa, kenapa appa tak angkat panggilan Hyeran? Hyeran risau tahu, tak? Kenapa appa buat Hyeran macam ni?"

Namun ketawa kecil yang terdengar dari hujung talian membuatkan Hyeran mengeluh kecil. "Appa ni... Janganlah ketawa." Geram betul dia dengan aahnya itu, orang risau, dia pergi ketawakan pulak.

"Kenapa risau sangat ni, Hyeran? Appa tak apa-apalah, Hyeranku sayang. Ayah baik-baik sahaja di sini. Semuanya baik-baik sahaja. Ayah dan ibu Chanyeol dah melayan appa dengan baik sejak appa tinggal dengan mereka di sini. Mereka juga selalu tumpangkan ayah ke kedai buku appa bila mereka pergi ke Vivapolo. Nasib baik kedai buku appa berhadapan dengan restoran mereka." Beritahu appa panjang lebar namun, ia tetap tidak mententeramkan hati Hyeran. Dia rasa sesuatu. Dia tidak sedap hati.

"Appa... Appa kena janji sesuatu dengan Hyeran." Pinta Hyeran dengan bersungguh-sungguh. Rasanya dia harus melakukan sesuatu agar hatinya kembali tenteram.

"Baiklah, apa dia?" Soal Appa.

"Appa jangan biarkan Hyeran tunggu lama-lama, appa kena jawab panggilan telefon Hyeran yang pertama." Hyeran menekankan perkataan yang terakhir itu agar appanya dapat mengerti. "Dan ayah kenalah jaga kesihatan, jaga diri, jangan terlepas waktu makan."

Appa tertawa kecil lagi membuatkan Hyeran memuncungkan bibirnya.

"Okey, Appa janji tapi janganlah muncungkan bibir." Kata Appa.

Hyeran tersentak. Macam mana appa boleh tahu? Padahal mereka berada di tempat yang berbeza.

"Appa tahulah, appa dah masak sangat dengan perangai kamu tu." Ucap Appa bagaikan sudah dapat membaca hati Hyeran.

"Appa janji, kan?"

"Ya... Appa janji..." Ucap Appa sekali lagi.

"Hyeran nak minta satu lagi dari appa."

"Eh, ada lagi?"

"Appa..." Panggil Hyeran dengan manja namun, suaranya digarangkan sedikit agar ayahnya tahu yang dia tidak main-main.

"Yelah, apa dia?"

"Appa kena janji dengan Hyeran yang appa tak akan sembunyikan sesuatu dari Hyeran." Entah kenapa itu yang keluar dari mulut Hyeran dalam banyak-banyak perkara. Entah mengapa hatinya tidak mahu tenteram dan semakin membuatkannya berasa gementar. Tiba-tiba dia berasa takut... tapi takut akan apa?

Kedengaran keluhan kecil di hujung talian. "Appa mana ada sembunyikan sesuatu dari Hyeran. Pernah ke Appa berahsia dengan Hyeran? Kalau ada sesuatu yang berlaku mestilah appa dah beritahu Hyeran semuanya."

Sebenarnya apa yang appanya katakan betul juga. Takkanlah appa nak sembunyikan sesuatu dari pengetahuan.

Hyeran menundukkan kepalanya lalu menguis lantai dengan tapak kasutnya. Dia cuba menutup matanya dan menenangkan fikirannya tetapi tetap sahaja dia tidak mengubah apa-apa. "Appa... janjilah."

"Baiklah appa janji... Sekarang Hyeran pula yang kena janji dengan appa sesuatu. Kita sama-sama berjanji. Biar adil."

Satu anggukan dibalas Hyeran walaupun dia tahu yang appanya tak boleh melihat anggukannya.

"Hyeran dah jumpa dengan Chanyeol, kan?"

Hyeran terus terdiam. Dia tidak menyangka yang appanya akan bertanya tentang Chanyeol dan bukannya bertanyakannya. Bibir bawahnya digigit. Dia tidak tahu mahu membalas apa dan dia tidak mahu walaupun dia tahu yang appanya sedang menunggu jawapan darinya.

"Hyeran..."

"Appa!"

"Appa macam dah agak perkara ini akan berlaku." Keluh appa. "Hyeran janganlah mengelakkan diri darinya."

"Hyeran bukannya mengelakkan diri dari dia... Hyeran Cuma lari..." Hyeran memberi alasan.

"Sama jelah tu, malah lebih teruk!" Marah appanya.

Hyeran pun tidak tahu kenapa dia mahu lari dari Chanyeol walaupun dia sangat merindukannya lelaki itu. Nak kata yang dia marah sebab Chanyeol tinggalkan dia di Pulau Jeju tu memanglah marah. Tapi Hyeran dah lupakan semua itu. Lagipun, bila difikirkan balik, dia yang menyuruh Chanyeol untuk meninggalkannya. Memanglah tiada sebab untuk dia terus-terusan lari dan membiarkan Chanyeol sendirian tapi... tapi...

"Hyeran takut." Ujar Hyeran.

"Kenapa Hyeran nak takut?"

"Sebab... Sebab Hyeran dah senang sangat jumpa dia sekarang ni. Hyeran pergi mana-mana pun Chanyeol mesti ada dan dia mesti nak jumpa Hyeran tapi Hyeran tak nak. Buat masa sekarang ni Hyeran tak nak jumpa dia lagi." Tutur Hyeran panjang lebar.

"Hyeran nak kehilangan Chanyeol sekali lagi, ke?" Akhirnya soalan cepumas keluar juga dari mulut ayahnya.

"Tak nak." Geleng Hyeran.

"Habis tu?"

"Hyeran rasa sebab Hyeran tak nak kehilangan dialah Hyeran lari daripadanya. Hyeran takut... Kalau-kalau ada orang ternampak kami dan tahu rahsia ini, Hyeran mungkin tak akan dapat jumpa dia lagi."

Tanpa diminta, tanpa disuruh, air matanya menitis ke bumi. Dia tidak menyangka dia akan mengatakan kata-kata itu juga tapi itulah ayat-ayat yang datang tulus dari hatinya. Ayat-ayat yang mengatakan dia tidak mahu kehilangan Chanyeol.

"Hyeran... Walaupun perkahwinan ini diaturkan oleh keluarga kedua-dua belah pihak tetapi appa yakin yang kamu berdua ada jodoh untuk bersama. Chanyeol sudah menjadi suami kamu. Jangan abaikan dia walaupun kamu tak boleh bersama buat masa sekarang. Hyeran, janji dengan appa yang Hyeran jangan lari daripada dia lagi dan jangan runtuhkan perkahwinan yang telah terbina ini walau apapun yang terjadi nanti." Ucap Appa membuatkan Hyeran mengangkat keningnya.

"Kenapa appa? Appa fikir Hyeran nak bercerai dengan Chanyeol ke nanti?" Soal Hyeran. Memanglah pada mulanya dia mahu menuntut cerai kepada Chanyeol pada bulan ketiga perkahwinan mereka tetapi rasanya bila difikir balik, Hyeran merasakan yang dia tidak berperikemanusiaan.

"Soal masa depan bukan kerja kita, Hyeran. Kita yang masih hidup hanya mampu menjalani dan meneruskan hidup ini. Yang akan pergi, tetap akan pergi. Mana tahu nanti tiba-tiba Hyeran berfikir untuk cerai dengan Chanyeol. Appa mana tahu? Appa hanya nak kamu berdua teruskan perkahwinan ini walaupun sesukar mana pun apa yang kamu berdua lalui. Sekarang bukannya appa yang menjaga Hyeran. Hyeran dah ada Chanyeol. Dia kan suami Hyeran. Dia tahu apa yang perlu dia lakukan. Siapa lagi tempat Hyeran bergantung dengan Chanyeol? Appa percaya dengan dia. Appa percaya yang dia sedang memikul amanah appa dengan baik." Panjang lebar Ayah berkata tanpa bagaikan tiada noktahnya. Hyeran yang mendengarnya hanya terdiam.

"Appa... Apa yang appa cakap ni? Dengar lain macam je."

"Tiada apa yang lain macam Hyeran. Appa Cuma beritahu Hyeran nasihat sahaja tapi Hyeran lah yang akan mengubah pendirian Hyeran. Sekarang Hyeran tahu kan apa yang Hyeran perlu buat? Hyeran jangan mengelakkan diri daripada Chanyeol, Hyeran jangan lari daripada Chanyeol. Appa tak suka."

*~*~*~*~*~*

"Masih lagi tidak mahu beritahu Hyeran perkara yang sebenar?" Soal seseorang sejurus sahaja Appa Hyeran mematikan panggilan.

Appa Hyeran menggeleng dengan lemah sebelum mengeluh kecil. "Aku akan serahkan semuanya pada takdir aku. Aku percaya dengan anak kau. Aku tahu dia boleh lakukan apa yang aku suruh dia lakukan. Aku percayakan Chanyeol." Kata Appa Hyeran kepada Appa Chanyeol.

Encik Park duduk di hadapan sahabatnya itu. Sahabatnya itu cuba untuk tidak menjawab soalannya dengan menukar topik. Dia menggeleng kepalanya. "Aku rasa Hyeran patut tahu. Dia kan anak kau."

Namun, Encik Yoon menggeleng kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan pendapat Encik Park. "Tak. Sebab dia anak akulah... Sebab dia satu-satunya anak perempuan akulah aku tak nak beritahu dia. Aku tahu dia kuat, dia dah ada Chanyeol sekarang. Aku lebih kenal dia. Dia anak aku. Kalau dia tahu semuanya sekarang... mungkin dia akan bertindak sesuatu yang aku tak mahu."

*~*~*~*~*~*~*

#6Mg

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 133K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
388K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
146K 13.1K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...