The Inevitable Chanyeol [EXOV...

By sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... More

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 20

2.2K 124 2
By sapphire_blue88

Chanyeol berasa gementar. Seluruh badannya menggeletar sedikit. Padahal sekarang baru masuk pertengahan musim bunga dan musim sejuk sudah pun berlalu. Mungkin dia takut. Dia belum bersedia lagi. Dia tidak sanggup. Dia cuba mengeraskan badannya agar ibu dan ayahnya tidak perasan badannya menggeletar sedikit. Namun, nampaknya tidak menjadi.

“Kamu okey ke tak ni, Chanyeol?” Soal Umma, mengangkat keningnya melihat wajah anak lelakinya yang tiba-tiba bertukar pucat.

Pantas Chanyeol menganggukkan kepalanya agar kerunsingan Ummanya terus pergi. Dia tidak mampu membuka mulut dan menjawab pertanyaan Ummanya kerana dia tahu pasti suaranya akan menggeletar seperti orang yang duduk di tengah-tengah padang salji yang membukit.

Jadi, mengapakah Chanyeol tiba-tiba menjadi seperti ini? Sebab…

Hyeran dan ayahnya akan tiba di rumahnya sebentar sahaja lagi.

Mereka berdua akan datang untuk membincangkan beberapa perkara mengenai perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi. Kata Umma, mereka akan berkahwin dalam minggu ini juga! Gila ke? Baru je hari tu Umma cakap dia nak tengok Chanyeol kahwin, pastu jumpa Hyeran dan ayahnya dan Ayah Hyeran datang ke Vivapolo dan tup tup… hujung minggu ini akan berkahwin? Semuanya berlaku begitu pantas dalam masa seminggu. Chanyeol macam tak percaya ianya begitu cepat. Dia kira mungkin ayah dan ibunya serta ayah Hyeran sudah merancang perkahwinan mereka ini awal-awal lagi.

Dia tidak akan mampu memandang wajah Hyeran nanti. Pasti Hyeran akan memandangnya dengan penuh kebencian. Dia sudah dapat mengagak dari mula dia memberitahu ayah Hyeran yang dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak perempuannya itu. Dia pasti Hyeran tidak akan suka dengan berita jam 1.30 itu. Tapi, nak buat macam mana? Chanyeol terpaksa, Hyeran dipaksa. Hyeran pasti akan menyoalkannya kenapa perkara ini berlaku seperti ini. Pada hakikatnya, Chanyeol sudah memberi kata putus kepada Ayah dan Ummanya yang dia tidak mahu perkahwinan itu dilangsung walau apa pun yang terjadi. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita Chanyeol bersetuju pula.

Takdir oh takdir.

“Wah, tak sangka adik Noona akan berkahwin tak lama lagi.” Ujar Yoora cuba mengusik Chanyeol yang berasa gementar. “Tengok tu, Umma. Dia rasa gementarlah mungkin sebab dia akan berjumpa dengan Hyeran nanti.” Tambahnya lagi manakala Ummanya tertawa akan kata-katanya. Umma mengusap bahu Chanyeol dengan lembut.

Ugh, nak je Chanyeol suruh Noonanya menutup mulut dan diam. Noona fikir Noona boleh menceriakan suasana tapi, Noona salah. Noona tak membantu apa-apa! Noona tidak faham apa-apa! Noona tidak akan faham. Chanyeol mahu menceritakan segalanya kepada Yoora namun, Noonanya itu mungkin akan terkejut mendengarnya. Apa yang Chanyeol mampu lakukan sekarang ialah mengetap bibirnya dengan geram. Suatu hari nanti dia akan memberitahu Noonanya juga.

“Umma, mereka dah datang.” Beritahu Yoora yang mengintip dari celah tingkap.

Yoora terus berjalan ke sofa dan duduk di sebelah Chanyeol manakala ibu dan ayah Chanyeol pergi ke pintu untuk menyambut anak-beranak itu ke dalam rumah mereka. Chanyeol yang semakin berasa gementar dikejutkan dengan sentuhan lembut di tangan kanannya. Noonanya kini sedang memegang erat tangannya membuatkan dia terus menoleh. Dia melihat Noona yang tersenyum manis kepadanya.

“Adik Noona… Tak percaya Chanyeollie akan kahwin dalam masa sedekat ini.” Yoora cuba untuk ketawa namun, ketawanya kedengaran sangat kekok di telinga Chanyeol. Yoora terus tunduk melihat tangan Chanyeol yang dipegangnya erat. Tangan kanannya pula mengusap tangan Chanyeol yang lantas membuatkan gementar Chanyeol hilang serta-merta.

“Noona…” Panggil Chanyeol sambil tangan kirinya mencapai tangan kakaknya dan memegangnya erat. Bibirnya terbuka sedikit. Dia mahu melontarkan suaranya tapi suaranya seakan tersekat di kerongkong. Dia mahu memberitahu Noonanya segalanya. “Noona, sebenarnya…”

Dan apabila dia sudah boleh berkata-kata, dengan tiba-tiba dia terhenti apabila menangkap empat susuk tubuh yang kini berjalan menuju mereka. Matanya juga sempat menangkap Hyeran yang juga sedang memandangnya. Mata mereka bertembung buat seketika. Chanyeol tergamam apabila melihat renungan tajam dari Hyeran. Inilah yang dia takutkan. Dia tidak mahu Hyeran memandangnya seperti ini. Hyeran kelihatan sangat membencikannya dan dia tidak sanggup kalau Hyeran membencikannya.

‘Maafkan saya, Hyeran.’ Bisik hati kecil Chanyeol.

“Chanyeol-ah, ada sesuatu ke yang Chanyeol nak beritahu pada Noona?” Tanya Yoora, ingin tahu.

“Hah?” Chanyeol tersentak. “Em…” Chanyeol benar-benar mahu meluahkan segalanya kepada Noonanya pada saat dan ketika ini namun, melihatkan Ummanya yang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya, dia menggelengkan kepalanya kepada Noona. Appanya pula duduk di sebelah Yoora.

Hyeran dan appanya juga sudah duduk di sofa menghadap dengan Chanyeol dan keluarganya. Dia dapat melihat Hyeran melontarkan senyuman kepada Ummanya namun dari mata Chanyeol, senyuman Hyeran itu kelihatan sangat palsu. Sejurus sahaja Hyeran tersenyum kepada Ummanya, mata gadis itu terus bertembung dengan mata milik Chanyeol.

Mereka bertatapan.

Lama.

Hyeran memberikan renungan tajamnya manakala Chanyeol hanya memandangnya dengan lembut. Chanyeol cuba untuk mengukir sebuah senyuman yang manis namun Hyeran terus mengedipkan matanya sebelum melontarkan pandangannya pada appanya yang berada di sebelahnya. Hyeran pura-pura tidak nampak senyuman Chanyeol yang membuatkan Chanyeol berasa agak hampa.

“Wah, Chanyeol. Cantiknya isteri adik. Oops, maksud Noona bakal isteri Chanyeol. Pandai Umma pilihkan untuk Chanyeol. Tinggi jugga citarasa Umma.” Puji Yoora dengan menekankan perkataan bakal. Bakal tak bakal, hujung minggu ni juga kahwin. Tak adalah lama sangat nak menjadi isteri Chanyeol ni.

Umma Chanyeol pula hanya ikut tertawa mendengarkan ketawa Yoora Noona. “Memanglah kena pilih yang betul-betul cantik Yoora, kalau tak nanti sampai bila-bila tak setuju nak kahwin. Nasib baik hati terbuka sedikit pintu hati tu nak kahwin.” Kata Umma Chanyeol.

Pipi Hyeran mula memerah apabila anak-beranak itu memuji-mujinya. Segaris senyumannya terukir di wajahnya yang kelihatan bercahaya tak seperti beberapa minit lepas, masam mencuka! Chanyeol yang melihatnya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya akan kerenah Hyeran itu. Dia lalu mendapat idea untuk menyakat Hyeran.

“Cantik tu cantiklah, Noona. Tapi, Noona lagi cantik kut.” Ujar Chanyeol yang lantas membuatkan senyuman di wajah Hyeran semakin pudar dan terus menghilang. Hyeran terus mengangkat kepalanya merenung Chanyeol tajam.

Tatkala melihat wajah Hyeran yang mula masam mencuka, Chanyeol tertawa kecil. Entah kenapa dia merasakan yang semakin lama dia melihat Hyeran, semakin comel pula bakal isterinya itu. Apalagi bila dia sedang marah.

Chanyeol apa lagi, dia mengenyitkan matanya kepada Hyeran untuk mengusiknya lagi. Hyeran yang tidak menyangka akan dapat melihat kenyitan mata Chanyeol pada hari itu lantas terus melontarkan pandangannya kepada appanya.

Rusuk Chanyeol terus disiku oleh Yoora. “Tak baiklah, Chanyeollie!” Marah Yoora sambil tertawa.

“Alah, biarlah.” Balas Chanyeol sambil tersenyum puas.

“Jadi, kami berkumpul di sini untuk membincangkan beberapa perkara tentang perkahwinan anak-anak kita nanti.” Encik Park mengumumkan tanda mulanya perbincangan mereka pada malam itu. “Seperti apa yang Encik Yoon telah katakan beberapa hari lepas, Encik Yoon tidak kisah tentang hari, tarikh dan tempat berlangsungnya perkahwinan anak-anak kita nanti. Semuanya telah diserahkan kepada keluarga pihak pengantin lelaki untuk diuruskan.” Ucap Puan Park pula dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya.

Hyeran menoleh memandang ayahnya yang khusyuk mendengar kata-kata Puan Park.  Ayahnya lalu tertawa kecil sambil tangannya mengusap belakangnya. “Ya. Betul tu. Disebabkan saya tak tahu macam mana untuk menguruskan sebuah perkahwinan jadi, saya memutuskan untuk menyerahkan segalanya kepada keluarga Chanyeol. Hyeran ini anak tunggal saya, saya mahukan perkahwinannya diadakan dengan indah namun, sederhana sahaja. Tetapi, sebab saya tahu Chanyeol adalah anak lelaki tunggal Encik dan Puan Park jadi, tentulah kamu mahukan perkahwinan yang meriah, bukan?” Tutur Appa.

“Tapi, Perkahwinan yang kita akan adakan ini bukannya meriah. Kita akan mengundang saudara terdekat sahaja untuk hadir ke perkahwinan ini. Majlis yang meriah mungkin kita akan adakan pada tahun depan atau dua tahun depan. Saya harap secepat mungkinlah.” Ucap Puan Park panjang lebar.

“Kenapa Umma? Kita tak ada cukup wang ke untuk adakan majlis perkahwinan besar-besaran?” Soal Chanyeol.

Ummanya hanya menggeleng sambil mengusap tangan kirinya. “Bukanlah, Chanyeol. Kamu pun tahu kan yang ini bukannya masa yang sesuai untuk mengadakan perkahwinan kamu. Kita buat secara rahsia dahulu. Hanya saudara yang terdekat sahaja yang diundang. Keluarga kita bukannya besar pun. Kalau masa itu tiba, barulah kita buat secara besar-besaran ya? Janganlah risau, sayang.”

‘Masa itu tiba? Masa apa?” Fikir Chanyeol sambil mengerutkan dahinya.

“Chanyeol dan Hyeran tak kisah ke nanti? Sebab keluarga kami kecil sahaja. Saya tak rasa yang saudara terdekat saya tinggal di seoul. Tak ke kelihatan sunyi majlis tu nanti?” Soal Appa Hyeran.

Chanyeol terus menggeleng sebab tidak mahu rancangan yang telah dirancang oleh Umma dan Appanya tidak berjalan dengan lancar. Umma dan Appanya pasti ada sebabnya tertentu untuk merancang sedemikian rupa. Umma dan Appanya pasti tahu yang terbaik untuknya.

“Macam mana, Hyeran?” Soal Chanyeol apabila Hyeran hanya mendiamkan diri tanpa jawapan.

“Hyeran… Hyeran tak kisah.” Jawab Hyeran dengan yakin.

“Kalau macam tu, baik kita bincangkan hal yang seterusnya.” Ujar Appa Chanyeol. “Kami sebenarnya sedang kusut memikirkan tempat berlangsungnya perkahwinan itu nanti namun, nasib baik anak perempuan kami, Yoora ada cadangkan satu tempat. Dia cadangkan agar kita buat perkahwinan itu di Pulau Jeju.” Tambah lelaki itu lagi.

Mata Hyeran terkebil-kebil mendengar kata-kata yang panjang lebar dari Encik Park. “Pulau Jeju, pak cik? Pak cik serius ke? Bukan ke Jeju tu jauh. Saya ingat kita akan adakan majlis itu di Seoul saja.” Balas Hyeran.

Yoora menggeleng kepalanya. “Disebabkan majlis ini majlis rahsia jadi, saya rasa lebih baik kita terbang ke tempat yang orang tak akan dapat sangka Chanyeol akan berkahwin. Chanyeol semakin terkenal di Korea. Lebih baik kita adakan majlis ini secara rahsia demi kebaikan Chanyeol, Hyeran dan keluarga kita.” Jelas Yoora sebelum menyambung lagi, “Pasal majlis itu nanti, kami sudah fikirkan macam mana caranya. Appa ada kawan rapat yang menguruskan perkahwinan di sana jadi, senanglah kerja kami. Segala persediaan perkahwinan sedang dijalankan di sana.”

Appa Hyeran hanya mengangguk-angguk mendengr kata-kata Yoora. Dia tidak mahu membantah apa-apa selagi Hyeran tidak berkata apa-apa. Dia tahu apa yang ibu dan ayah Chanyeol lakukan adalah yang terbaik yang mereka dapat lakukan. Semuanya untuk kebaikan Chanyeol dan Hyeran juga.

“Saya… Sebenarnya… Saya ada satu benda nak dicadangkan tetapi, saya tak tahu sama ada Chanyeol dan Hyeran setuju atau tidak.” Ujar Yoora apabila tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi.

“Ada apa, Yoora? Apa yang Yoora nak cakap?” Soal Encik Park.

“Yoora tak pernah beritahu lagi sebab Yoora baru teringat beberapa minit lepas tentang… wedding photoshoot.” Balas Yoora.

“Wedding photoshoot?” Ulang Puan Park dengan nada terkejut. Wanita itu lantas memandang suaminya. “Yelah, Yeobo. Kenapa saya tak pernah terfikir untuk buat Wedding Photoshoot? Bagus idea Yoora tu, Sayang.” Puji Puan Park kepada anak perempuannya yang sedang tersenyum lebar mendengarnya.

“Tapi, kita kena dengar komen Chanyeol dan Hyeran dulu untuk tentukan sama ada kita harus buat atau tak Wedding Photoshoot. Ya, saya tahu ianya idea yang bagus tetapi, kita tak boleh nak paksa budak-budak ini kalau mereka tak selesa untuk melakukannya.” Kata Encik Park. “Abang ni! Mestilah mereka setuju. Tahu tak yang sekarang wedding photoshoot ialah perkara yang penting untuk dilakukan bagi pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Betul tak, Hyeran?” Soal Puan Park kepada Hyeran yang sedang duduk termenung di tempatnya.

“Hah? Ya? Saya… Saya… Saya tak…”

“Chanyeol setuju Umma!” Pantas Chanyeol memotong kata-kata Hyeran apabila dia mendengar perkataan ‘tak’ yang keluar dari mulut Hyeran.

Kalau boleh semua benda Hyeran tak setuju. Tak boleh jadi ni. Sekurang-kurangnya mereka harus lakukan wedding photoshoot. Wedding Photoshoot? Hanya mendengarkan perkataan itu sahaja dah membuat Chanyeol berasa teruja. Dia harus juga menyelamatkan Wedding Photoshoot itu. Jadi, Hyeran pun…

“Hyeran pun kena setuju.” Chanyeol menyeringai sambil memandang wajah Hyeran. Hyeran terus menjelingnya dan melarikan matanya ke Appanya.

“Chanyeol ni, kenalah dengar Hyeran juga. Chanyeol tak boleh nak paksa Hyeran.” Kata Umma Chanyeol.

“Baiklah, Hyeran setuju.” Ucap Appa yang membuatkan Hyeran menarik nafas terkejut tatkala mendengarnya. Appa hanya tersenyum kecil kepada Hyeran. “Hyeran kena setuju juga.” Pujuk Appa yang akhirnya Hyeran terpaksa juga menganggukkan kepalanya.

“Assa!” Jerit Chanyeol dengan teruja sekali.

Akhirnya rancangannya berjaya juga. Terima kasih untuk Noona Yoora yang telah mencadangkan idea yang sungguh bernas dan terima kasih kepada Appa Hyeran yang memujuk Hyeran untuk bersetuju. Namun, tatkala segaris senyuman muncul di wajah Chanyeol, Chanyeol sudah tahu yang senyumannya itu tak akan kekal lama jua.

“Saya minta maaf…” Ucap Chanyeol kepada Hyeran setelah Chanyeol meminta izin dari Encik Yoon untuk membawa Hyeran ke laman rumah. Katanya mahu menunjukkan Hyeran pokok-pokok bunga yang cantik yang telah ditanam oleh Ummanya sendiri tetapi sebenarnya untuk meminta maaf kepada Hyeran di atas keputusan yang tiba-tiba itu.

Dia tahu yang Hyeran marah sangat padanya. Terlalu marah sehinggakan tidak dapat meluahkan satu perkataan pun keluar dari mulutnya. Suasana kelihatan begitu suram sekali.

“Okey, tamparlah saya kalau itu yang boleh…”

PANG! Hyeran membuatkan Chanyeol terus hilang kata-katanya apabila dengan tiba-tiba tangannya sepantas kilat hinggap di pipi kiri Chanyeol. Tidak sangka tangan selembut Hyeran boleh meninggalkan kesan yang sangat sakit di pipi kirinya. Chanyeol tidak bersedia untuk tamparan itu walaupun dia yang minta tetapi sekurang-kurangnya ia boleh meredakan kemarahan Hyeran.

“Terima kasih, Park Chanyeol sebab menipu saya.” Ucap Hyeran yang terus melangkah pergi.

Namun, Chanyeol terus menyambar tangan Hyeran. Tubuh Hyeran ditarik ke dalam pelukannya. Hyeran membuatkan dia kehilangan kata-katanya dengan tamparannya jadi, kenapa Chanyeol tidak boleh buat Hyeran menjadi kelu seribu bahasa juga.

Hyeran terus menarik kepalanya yang tersembam di dada Chanyeol dan terus matanya tertembung mata milik Chanyeol. Chanyeol hanya menghadiahkan Hyeran sebuah senyuman. Senyuman nakal. Dia terus mendekatkan wajahnya dengan wajah Hyeran disebabkan ketinggian mereka yang berbeza. Hyeran pula hanya menggigit bibir dengan kelakuan Chanyeol yang tidak dapat disangkanya.

“Ya. Saya Park Chanyeol, bakal suami awak.”

*~*~*~*~*~*

Jangan lupa untuk tinggalkan komen~ Good morning~! Atau kalau yang baca pada tengahari/petang/malam, Good Afternoon/evening~!

Continue Reading

You'll Also Like

933K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
393K 13.9K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...