SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C]

By Qaynyy

912K 44K 3.2K

๐Ÿ† Ranking 1 Of Lecturer ( 14/11) BEST BOOK OF ROMANCE || LECTURER + STUDENT || ROMANCE STORY 2021 ADELIA SYA... More

Bab 1
Bab 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
SPECIAL ANNOUNCEMENT
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
SPECIAL ANNOUCEMENT
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
SPECIAL ANNOUNCEMENT

BAB 61

9.8K 549 84
By Qaynyy

Syaura mengenakan pakaian putih yang terhias cantik ditubuhnya. Shawl putih dililitkan. Mak andam yang melihatnya tersenyum manis.

" Cantiklah Ura! Mak suka dengan kulit awak! Bersih! " Affa yang mengibar-kibarkan tangannya dimuka Syaura. Walaupun dia lelaki dan bekerja sebagai mak andam, batasnya dijaga.

Hari ini adalah hari dimana dia dan Zayne akan bersatu. Datangnya peluang kedua apabila dia redha dengan apa yang terjadi. Allah telah bukakan pintu hatinya untuk menerima Zayne kembali. Menjadikan ia buat kali kedua adalah peluang mereka untuk menebus semua masa dan waktu yang masih tersisa untuk mengecapi bahagia.

Saat ini kakinya melangkah turun kebawah untuk upacara akad nikah. Matanya bertembung dengan bakal suaminya. Senyum mesra dilakarkan. Zayne yang kembali memandang tok kadi menahan debar didada. Walaupun ini bukanlah kali pertama, tapi ia masih terasa gemuruhnya lagi.

" Sedia? " Tok kadi menghulurkan salam dan disambut oleh Zayne. Lafaz diucap.

" Aku terima nikahnya Adelia Syaura Binti Alif Zakri dengan mas kahwinnya sebanyak 200 ringgit tunai." Semua saksi mengangguk. Tanda sah.

Air mata Syaura tidak dapat ditahan. Dia menjadi sebak! Dulu neneknya yang berada disampingnya. Neneknya yang menyapu lembut airmata sebaknya. Kini hanyalah kenangan. Jika ini adalah takdir untuknya, maknanya doa yang selama ini yang dipohon sudah pun dimakbulkan.

" Tahniah Ura.." bisik Mira perlahan.

Zayne mendekatinya dengan langkah perlahan. Zayne tidak langsung melepaskan pandangan dari terus melihat isterinya.

" Assalamualaikum isteri abang.." Syaura menganggkat mukanya. Wajah kacak Zayne ditatap. Zayne menyarungkannya cincin dan gelang tangan.

Seusai itu, tangan Zayne dicium lembut. Walaupun ini bukanlah kali pertama dia dengan Zayne bersalaman, tapi gementar itu masih ada lagi. Kini bibir Zayne sudah pun mendarat didahinya. Lama.

" Terima kasih untuk sekarang sayang..Ura masih menerima abang sekali lagi. Abang janji abang akan bahagiakan Ura tak kira macam mana pun keadaan. " bisik Zayne lembut. Mata dia dan Zayne saling merenung antara satu sama lain.

Zayne berazam untuk menghargai setiap waktu dan masanya bersama dengan Syaura. Sayangnya dia pada Syaura bukanlah perkara yang biasa. Kehilangan Syaura pada ketika dulu, memberikan dia kesedaran betapa berharganya seseorang yang dianugerahkan untuk dia.


Aku nak kali ni semuanya berjalan lancar ! - Mia

Ok - Unknow

Jangan okay je! Aku tak nak jadi macam hari tu!  - Mia

See you at 12 oclock - unknown

[ Skip ]

Makin petang makin berkurang tetamu. Ramai yang meminta diri untuk pulang. Kawan-kawan Syaura juga sudah pun minta diri untuk pulang. Selesai sahaja diluar, Syaura masuk kedalam. Zafrul dan Aulia sudah lama minta diri untuk pulang kerumah. Mak andak dan Mak kiah melepaskan lelah didalam bilik.

Selepas menukar baju, Syaura melangkah kedapur. Mengemas mana yang patut. Kesian pada kedua-kedua bidadarinya yang sudah pun menjamah usia. Lincah tangannya membasuh cawan dan pinggan yang dilonggokkan.

Sepasang tangan melingkari pinggangnya dengan tiba-tiba. Bau wangian itu pun sudah dia tahu. Bahunya dicium lembut. Zayne menampung dagu dibahu Syaura.

" Sayang tak penat ke? " Syaura berdebar. Hembusan nafas Zayne terasa dilehernya.

" Janganlah kacau..Ura nak basuh pinggan ni. " Syaura mengawal rasa gugupnya.

" Buat jelah..bukan abang kacau pun. Abang peluk je ni.." Zayne dengan miang tidak dapat dipisahkan.

" Huh! Apa kata abang pergi tukar baju, tolong Ura kat sini. " arah Syaura.

" Ehm..okay. Sayang tunggu jap, abang pegi tukar baju. " Zayne melangkah naik ketingkat atas.

Selepas lima minit Zayne menukar pakaian, dia kembali kedapur. Tapi yang menjadi tatapan dia pinggan mangkuk dan cawan yang berselerak. Kesan tompokan merah berkelecah. Muka Zayne sudah pucat tidak berdarah.

Dia gagahkan diri mengikut kesan darah itu. Tangannya yang mula menggigil menolak daun pintu bilik stor. Bulat matanya melihat Syaura yang terjelepok berlumuran darah.

" Syaura.." Kakinya tidak dapat menahan dari berdiri. Betul ke apa yang dia nampak?!

Dia mengesot mendekati Syaura. Badannya menggigil melihat darah Syaura. Syaura yang diam tidak berkutik menambahkan lagi debaran Zayne.

" Sa..say..sayang..kenapa ni? Siapa buat ni? " Tangannya ditekapkan kearah perut Syaura. Air matanya tidak dapat ditahan.

" Syaura! Kenapa ni?!! Jangan tinggalkan abang sayang..sayang" Zayne menangis. Dia mengoncangkan badan Syaura.

" Bangun sayang..jangan macam ni!! Abang tak nak!! " Syaura dipandang. Air matanya yang mengalir laju dibiarkan tanpa diseka.

" SYAURA !!! " Bergema suara Zayne. Mak andak dan Mak kiah terkocoh-kocoh turun kebawah. Mereka berdua saling berpandangan. Terkejut melihat darah dilantai. Mereka segera mendekati ruang stor yang sudah terbuka pintunya.

" Zayne?!! Ya Allah kenapa ni? " Mak andak mendapatkan Zayne yang terduduk lemah memangku Syaura.

" Apa bilik stor ni bau sos ni? " Mak Kiah mencalit tompokan merah itu dan dihidunya.

Syaura tidak dapat menahan ketawa. Dihamburkan sekuat-kuatnya. Zayne terkedu. Baru sebentar tadi Syaura terbaring kaku dipangkuannya. Kini Syaura duduk sambil ketawa.

" Bertuahnya budak! " Mak andak memukul bahu Syaura.

" Hahahah! Kelakarlah" Sakit perutnya menahan gelak dari tadi.

" Sa..sayang apa ni? " Muka Zayne dipandang.

" Ura saja je nak kenakan abang..Syaura tertumpahkan sos tadi..dalam pada nak kemas tu, Ura buatlah macam ni..nak kenakan abang. " Zayne memandang Syaura redup.

" Ish kamu ni Syaura! Tak mengenakan orang tak sah budak ni! " Mak kiah menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Tiba-tiba Syaura sudah pun berada didakapan Zayne. Zayne memeluknya erat. Air matanya turun laju tanpa diseka.

" Please sayang..jangan buat macam ni..abang takut Syaura tinggalkan abang lagi..Abang tak kisah kalau Syaura nak hukum abang atas semua silap abang..tapi jangan tinggalkan abang sayang.." sayu suara Zayne berkata.

" Abang..Ura tak tinggalkan abang..Ura saja je tadi. " Syaura menggosok belakang Zayne lembut. Dia tidak sangka benda ini akan buatkan Zayne rasa sedih teramat.

" Please, don't leave me.." Rayu Zayne. Dieratkan lagi pelukannya.

Wajah Syaura yang keletihan dipandang lembut. Selepas solat isyak, Syaura minta untuk tidur sementara menunggu kedatangan Zafrul dah Aulia. Syaura siap memesan sekiranya Zafrul dan Aulia sampai kejutkan.

Kening Syaura yang terletak kemas dikuncup perlahan. Mata Syaura yang dikatup rapat dicium lembut. Dia mengusap rambut Syaura perlahan-lahan. Tak nak mengganggu lena Syaura.

Entah dari mana, telinga Zayne menangkap bunyi pasu pecah. Dia mengamati bunyi diruang tamu bawah. Automatik teringatkan Mak Kiah dan Mak andak yang masih berada ditingkat bawah.

Zayne menutup pintu bilik dengan perlahan. Kakinya melangkah laju menuju ketingkat bawah.

" Mak Kiah..Zayne dengar pasu pecah..Mak Kiah okay ke? " Kaki dia terhenti dianak tangga terakhir.

Pasu yang pecah berderai disebelah mak andak dipandang. Matanya beralih pada tubuh mak andak yang terbaring kaku.

Darah dikepala Mak andak dipegang. Ini bukan sos!

" Mak andak...mak andak!! " Dia teringat mak kiah. Dia segera kedapur. Matanya membulat apabila melihat pisau yang tertusuk tepat pada belakang mak kiah!

" Mak kiah!!! " Mak Kiah nafas tersekat-sekat menahan sakit. Zayne menggigil.

" To..tolo..tolong.. " Suara mak kiah tersekat-sekat.

" Mak Kiah.. " Tangan mak kiah mengisyaratkan sesuatu. Mak Kiah menuding jari pada seseorang dibelakang Zayne.

Baru sahaja Zayne ingin memusingkan kepala, sebuah hentakkan keras mengenai dahinya. Dia terasa pandangannya berpusing.

Lelaki itu tersenyum sinis dan menendang Zayne sekuat hati! Zayne tidak larat untuk berdiri kerana pandangannya kabur.

Dalam samar-samar, matanya jatuh pada beberapa susuk tubuh yang baru sahaja turun dari tangga dan membawa sekujur tubuh.

" Syaura.. " Dia berusaha untuk bangun tapi perit dan pandangan yang mula berpinar-pinar membuatkan dia rasa tidak berdaya.

" Ura... " akhirnya pandangannya gelap. Dia tidak sedarkan diri.



Mata dibuka. Cahaya putih yang menerjah penglihatannya dahulu. Dirongga hidungnya bau ubat memenuhi ruang. Kepalanya dipegang. Rasa sakit masih tersisa. Langsung ingatannya teringat apa yang terjadi.

" Syaura! " Dia mencabut semua jarum ditangan dan dia meninggalkan semua barangnya. Dia tetap gagahkan diri untuk bangun.

" Eh! Zayne! Kau nak pergi mana? " Bahu Zafrul ditolak.

" Aku nak cari Syaura! Syaura kena culik! " Keras sahaja suara Zayne.

" Kau nak cari kat mana? Kau tahu ke? " Mata garang Zafrul dipandang.

" Kau diam Zaf! Kau tak tahu apa yang jadi! " bentak Zayne.

" Hey Zayne! Jangan bertindak bodoh! Yang culik Adelia bukan calang-calang orang! Kita kena planning dulu Zayne! " Terkejut Zafrul tengok Zayne yang tiba-tiba sahaja bangun.

" Bertindak bodoh?!! Hey Zaf! Yang kena culik tu isteri aku!! ISTERI AKU!! Kau rasa memang patut ke aku duduk dalam hospital ni sedangkan isteri aku kena culik?!! " jerkah Zayne. Dia meraup mukanya dengan kasar. Akhirnya dia terduduk.

" Zaf! Isteri aku Zaf.. " Zayne menangis. Dia terfikir nasib Syaura.

Zafrul memeluk adiknya erat. Sebaik sahaja malam tadi dia datang kerumah Syaura. Pintu utama sudah pun dibuka, darah yang berlumuran dilantai mengejutkan dia dan Aulia.

" Tolong Syaura Zaf..tolong aku Zaf.. " Zayne membalas pelukan Zafrul. Hatinya sakit! Dia rindukan Syaura.

" Aku tolong kau Zayne. "

Holaa guys!! Vote dan comment okay.

Betul ke Zaf nak tolong Zayne ni? Ke dia ada sembunyikan apa-apa ni?!

Continue Reading

You'll Also Like

12.6K 1.2K 21
"Aku tak nak lelaki hina macam kau jadi suami aku." - Nur Nasywa "Aku minta maaf." Ahnaf Syaqil "Pergi mati dengan maaf kau."
1.6M 89.7K 65
๐Œ๐ข๐ง๐ž'๐ฌ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
452K 20.6K 45
[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sam...
34.3K 2K 64
๐‘๐Ž๐˜๐€๐‹ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ 1 ยปยป-----ใ€€โ™”ใ€€-----ยซยซ It's her Tengku Kayla Phoenix Semua yang aku buat adalah untuk kali terakhir dan aku tak kan ulang benda...