The Inevitable Chanyeol [EXOV...

Da sapphire_blue88

155K 8.9K 742

[] Chanyeol's Fanfiction [] Malay Fanfiction [] Melancholic [] Romance [] #WasSebenarnyaSayaIsteriChanyeol []... Altro

Prexolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Chakanim's notes <3
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50 (pembetulan)
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 59
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87 [Sebenarnya Saya Isteri Chanyeol]
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 94
Bab 095
Bab 096
Bab 097
Bab 098
Bab 099
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104
Bab 105
Exologue

Bab 13

2.1K 114 7
Da sapphire_blue88

"Cik Yoon Hyeran!" Panggil setiausaha Kim Chiwon dengan mesra. Perempuan itu terus sahaja tersenyum lebar melihat Hyeran di hadapannya. "Cik dah datang pun. Tuan Kim Chiwon memang dah tunggu cik sampai dia batalkan semua schedule hari ini semata-mata nak jumpa Cik Yoon Hyeran." Beritahu Setiausaha itu lagi.

"Ah... Geursseyo?" Hyeran mengangguk.

Takkan sampai begitu sekali Kim Chiwon mahu berjumpa dengannya? Macam penting sahaja perkara yang mahu lelaki itu beritahu kepadanya. Berdebar pula jantungnya dirasakan.

"Sebentar ya saya nak beritahu Tuan yang Cik dah datang." Kata setiausaha itu sebelum mencapai gagang telefon.

Hyeran hanya mengangguk mendengarnya.

"Tuan, Cik Hyeran dah sampai." Ucap setiausaha itu di corong telefon.

"Baiklah, Tuan." Setiausaha itu mengangguk sebelum meletak gagang telefon.

"Cik, Tuan kata Cik boleh masuk ke pejabat dia sekarang."

Sopan sekali suara dan adab setiausaha Kim Chiwon itu menyuruh Hyeran masuk ke pejabat Kim Chiwon.

Hyeran hanya akur dengan kata-kata tersebut terus masuk ke dalam bilik yang telah ditunjukkan.

Dengan perasaan yang berdebar, Hyeran menguak daun pintu. Dia berasa ragu-ragu untuk masuk bagaikan masuk ke dalam bilik dekan selepas melakukan kesalahan berat.

Namun, ada suara yang datang dari dalam bilik itu menyuruhnya masuk menyebabkan Hyeran terus melangkahkan kakinya ke dalam bilik itu tanpa kerelaan hatinya. Hyeran mendapati Kim Chiwon tersenyum lebar apabila memandangnya. Hyeran berlagak bertenang sahaja sementara menunggu kata-kata yang bakal keluar dari bibir lelaki yang sudah menginjak usia hampir separuh abad itu.

Ini bukanlah pertemuan mereka buat kali pertama. Mereka sudah berjumpa di Ujibakat smALL yang diadakan di Seoul kira-kira sebulan lepas. Kalau ini merupakan pertemuan pertama mereka pasti Hyeran sungguh berdebar-debar kini.

"Ya. Cik Yoon Hyeran. Saya memang nak sangat jumpa awak. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan awak." Lelaki itu memulakan perbualan. Hyeran pula hanya menayangkan wajah yang tenang namun, pada hakikatnya otak Hyeran ligat berfikir hingga membuatkan dia hampir-hampir mengerutkan dahi.

Ada sesuatu yang mahu dibincangkan? Apa dia? Kenapa tidak berterus terang sahaja kepadanya? Hyeran tidak suka orang yang suka memanjangkan masanya. Adakah Kim Chiwon pasti dia tidak salah orang memandangkan Hyeran berasa yang tiada apa yang perlu dibincangkan.

“Saya tak ada banyak masa.” Tutur Hyeran beberapa patah. “Tolong berterus terang kerana saya perlu bergegas ke suatu tempat.”

“Saya tak minta awak banyak masa pun.” Lelaki itu tersenyum sambil menyandarkan belakangnya ke kerusi. “Kecuali awak tak beri kerjasama terhadap saya.” Dia menambah. Suaranya kedengaran tegas dan serius.

“Saya hanya nak menawarkan awak kontrak.”

Kata-kata itu lantas membuatkan Hyeran mengerutkan dahinya. “Kontrak?”

“Pasti awak tak akan menyangka yang awak akan diterima bekerja dengan smALL akhirnya, bukan? Yelah, memandangkan awak telah gagal ujibakat smALL tempoh hari. Saya pun tak sangka. Tetapi, setelah melihat video awak di Youtube, saya sangat sukakannya. Saya tahu awak mempunyai bakat yang…”

“Sebentar.” Pantas Hyeran memotong. Dia tahu yang sangat biadap untuk memotong kata-kata orang yang lebih tua tetapi dia perlukan penjelasan. “Kontrak? Kontrak apa?” Hyeran bertanya.

“Awak masih tak faham? Saya fikir apabila saya sebutkan tentang kontrak, awak akan terus faham apa yang saya maksudkan.” Ujar Kim Chiwon.

Hyeran menggelengkan kepalanya. “Saya benar-benar tak faham dan Tuan patut menjelaskannya kepada saya.”

“Saya nak ambil awak bernyanyi di bawah naungan agensi saya, smALL Entertainment. Saya akan jadikan awak seorang artis solo. Itupun kalau awak sudi. Tetapi, saya cukup pasti yang awak akan terima tawaran saya.” Jelas Kim Chiwon panjang sambil menahan nafasnya.

“Maafkan saya.” Hyeran membalas setelah mendiamkan diri beberapa minit. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. “Kalau Tuan percaya yang saya akan terima tawaran Tuan, Tuan… salah.” Kata Hyeran tanpa berani bertentang mata dengan Kim Chiwon.

“Saya minta maaf, saya tak boleh terima tawaran Tuan dan saya minta diri dulu.” Hyeran pamit. Dia benar-benar ingin cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

“Wah.” Kata Kim Chiwon takjub. “Awak orang pertama yang menolak tawaran keemasan saya memandangkan siapa yang tidak mahu membuat perjanjian dengan agensi saya.

Hyeran kaku sebentar sebelum memandang Kim Chiwon buat kali terakhir.

“Saya minta maaf, Tuan. Saya dah lambat. Saya minta diri dulu.” Hyeran menunduk hormat sebelum cepat-cepat menguak pintu dihadapannya.

*****

Yoon Hyeran. Chanyeol sangat pasti gambar yang terpampang di skrin telefon bimbit itu ialah gambar perempuan itu. Matanya tak mungkin terlihat orang lain. Memang Yoon Hyeran. Dia tidak akan mungkin melupakan perempuan itu.

“Yoon. Hye. Ran. Betul tak apa yang aku cakap ni?”

Tajam mata Chanyeol merenung Baekhyun. Dengan sekelip mata Chanyeol boleh menukar mimik wajahnya. Suaranya pula kedengaran sangat serius.

“Ya. Dia memang Yoon Hyeran, dan kenapa kau mendesak sangat?” Baekhyun melemparkan soalan kepada Chanyeol sambil membalas renungan Chanyeol.

“Apa hubungan kau dengan dia?” Soal Chanyeol lagi.

Ketawa Baekhyun meledak setelah mendengar kata-kata Chanyeol. Dia tidak dapat menahan ketawanya lagi melihat Chanyeol berkelakuan seperti itu. Kenapa Chanyeol bersikap sangat serius tentang hal ini? Kenapa juga Chanyeol mesti menyoalnya soalan seperti tadi dan berlagak seperti suami Hyeran.

“Boleh pulak kau ketawa!” Marah Chanyeol.

“Mian.” Balas Baekhyun sepatah. “Tak, kelakar je sebab cara kau soal aku macam lah kau ni suami dia.” Tambah Baekhyun dengan ketawa yang bersisa.

Chanyeol mengeluh. Penat dia melayan Baekhyun. Orang serius, dia main-main pula! Dan kenapa perlu bangkitkan tentang suami pula ni?

“Kalau aku ni suami dia, kenapa?” Ucap Chanyeol secara tiba-tiba membuatkan yang lainnya terkejut mendengarnya. Chanyeol juga tak tahu apa yang merasuk fikirannya sampai dia boleh berkata seperti itu.

‘Ei, apa yang aku cakap ni.’ Desis Chanyeol dalam hati.

“Apa? Hyung! Hyung dah kahwin dengan perempuan tu ke?” Separuh jerit Sehun berkata.

“Eish! Cakap tu perlahan sikitlah! Nanti orang dengar boleh salah faham.” Marah Chanyeol hampir-hampir menekup mulut Sehun agar diam. “Aku cakap kalau, kan? KALAU!” Balas Chanyeol memandang Sehun dengan muka menyampahnya.

“Algesseo? (Faham tak?)”

“Arasseo…” Jawab Sehun sambil membuat aegyonya.

“Aku ingat betul-betul.” Ucap D.O yang dari tadi mendiamkan diri. D.O tergelak kecil sebelum menyambung, “Tapi kan, Kau tak nak kahwin ke? Kau kan dah tua.”

Kata-kata D.O lantas membuatkan Chanyeol tersentak. “Kau ni agak-agaklah. Aku muda lagi.” Ucap Chanyeol separuh menjerit.

“Tapi cukup tua untuk berkahwin, kan?” Sampuk Baekhyun. “Kau pergilah kahwin, kau kan dah ada calon.”

“Siapa?”   

“Yoon Hyeran!” Kata ketiga-tiga rakan Chanyeol dengan serentak.

Nasib baiklah Ummanya belum lagi menghantar mereka berempat makanan yang telah dipesan kalau tidak, mesti Chanyeol sudah tercekik piza sekarang ini.

“Yah! Michisseo?! Jugeullae?!” Teriak Chanyeol membuatkan orang ramai terus menoleh melihatnya.

“Huh? Aku ingatkan kau nak kahwin sangat dengan perempuan tu sambil tercakap kau suami dia bagai.” Balas Baekhyun.

“Korang ni memang tak faham bahasalah.” Chanyeol menggeleng-gelengkan kepalanya. Biarlah dia mengalah. Tiada gunanya untuk menjelaskan kepada tiga orang manusia yang tak faham bahasa.

Tetapi, kenapa juga mesti dia tiba-tiba berkata yang dia adalah suami Yoon Hyeran? Kenapa?

*****

“Bas! Bas!” Jerit Hyeran sambil berlari-lari mengejar bas yang sudah pergi meninggalkannya itu. “Berhenti!” Pekik Hyeran sekuat hati dengan harapan agar pemandu bas itu mendengar jeritannya dan memberhentikan basnya semula.

Namun, nampaknya tiada guna dia menjerit. Bas itu semakin lama semakin menjauh darinya. Hyeran menghentak-hentakkan kakinya. Kalaulah dia tiba di perhentian bas ini beberapa minit lebih awal. Pasti dia sudah berada di dalam bas itu menuju ke PJY Entertainment sekarang.

“Ah! Juggetta! (Mati aku!)” Keluh Hyeran sambil melihat jam di pergelangan tangannya. “Aku betul-betul dah lambat ni. Sempat tak aku sampai kat PJY Entertainment nanti?” Hyeran bermonolog sendiri sambil duduk di atas bangku perhentian bas itu.

“Waaaahh michigetta!” Hyeran menampar-nampar pipinya namun tidak begitu kuat sehingga boleh menyakitkan dirinya sendiri.

“Hyeran! Kenapalah kau pergi ke smALL? Kau tak sepatutnya pergi! Tengok! Sekarang dah tak ada bas dan kau tak boleh pergi ke ujibakat tu!” Hyeran menyalahkan dirinya sendiri. “Ah! Paboyah!”

Hyeran menyeka fringenya yang menghalang pandangannya apabila dia menundukkan wajahnya. “Eotteohkae? Eotteohkae?!” Hyeran melepaskan keluhan perlahan. Dia amat menyesal dengan tindakannya sendiri. Dia tahu dia akan tidak sempat ke PJY lagi jika dia pergi ke smALL tetapi, dia pergi juga. Hanya dialah yang harus disalahkan kini.

Syukurlah beberapa minit kemudian ada sebuah bas tiba di perhentian bas itu. Tanpa membuang masa, Hyeran terus menaiki bas itu dan menuju ke PJY Entertainment. Namun, kerana bas tidak menyusuri jalan ke PJY Entertainment, Hyeran harus berhenti di perhentian bas berdekatan dengan bangunan itu dan berjalan kira-kira lima belas minit untuk ke sana.

Disebabkan Hyeran berlari daripada berjalan, Hyeran keletihan apabila duduk di atas kerusi di ruang menunggu. Dia bernasib baik kerana wanita yang menguruskan ujibakat itu memberitahu yang gilirannya masih belum tiba.

“Err… Annyeong?” Suatu suara halus menyapa. Hyeran terkejut apabila dia mendapati perempuan yang pernah menegurnya beberapa jam lepas kini duduk di sebelahnya. Dia juga tidak perasan yang dia telah duduk di sebelah perempuan muda itu.

“Oh… Awak…” Ucap Hyeran sebelum menarik nafasnya yang naik turun.

“Awak pergi ke mana tadi?” Dengan ramah, perempuan itu bertanya.

“Saya ke… ke...” Lidah Hyeran kelu. Patutkah dia memberitahu yang dia ke smALL Entertainment tadi? Memandangkan yang perempuan itu berfikir dia seorang trainee smALL tetapi pergi ke ujibakat PJY.

Perempuan itu melemparkan senyuman. “Tak apalah kalau awak tak nak beritahu. Tak mengapa.”

“Saya… Pergi ke smALL tadi.” Jawab Hyeran. Dia rasa tidak mengapa untuk memberitahu tentang perkara itu.

“Saya dah agak!” Jerit perempuan itu membuatkan dahi Hyeran terangkat. Apa yang sudah diagakkannya?

“Saya dah agak awak trainee smALL! Tetapi, masalahnya kenapa awak datang ke ujibakat PJY ni? Awak nak tukar agensi ke? Ruginya! Kalau saya jadi awak, saya akan tetap jadi trainee smALL. Yelah, bukan senang nak diterima oleh syarikat tu.” Ucap perempuan itu panjang lebar.

‘Betul juga tu… Tapi…’ Hyeran menundukkan kepalanya sambil berbisik.

“Yoon Hyeran!”

Hyeran cepat-cepat bangun dari kerusinya apabila mendengar namanya dipanggil. Dia berjalan beberapa langkah ke ruang ujibakat itu sebelum berhenti dengan tiba-tiba di tengah jalan.

*****

Pintu bilik appa diketuk bertalu-talu sebelum dia memulas tombol pintu yang sudah berada di dalam genggamannya itu.

“Appa?” Hyeran menjengulkan kepalanya melihat appanya yang menyelubungi diri dengan selimut dari kaki sehingga ke paras lehernya.

“Appa… Appa dah tidur ke?” Soal Hyeran kepada appanya walaupun dia yakin yang appanya belum tidur lagi. Dia dapat melihat appanya cepat-cepat menutup matanya apabila dia menguak daun pintu tadi.

Dengan perlahan, Hyeran mendekati appanya yang sengaja mengeraskan badannya dan tidak mahu bergerak.

“Appa… Appa…” Hyeran berbisik di telinga appanya. “Appa, Hyeran dah lulus ujibakat tahu tak? Bukaklah mata dan tengok ni. Hyeran dah dapat kontrak syarikat. Mereka akan jadikan Hyeran penyanyi seperti di televisyen jika Hyeran dan appa menandatangani kontrak ni.”

“Appa?” Hyeran memuncungkan bibirnya apabila appanya yang masih memejamkan matanya. Nampaknya, Appa masih berdegil mahu meneruskan lakonannya. Baiklah. Kalau itu apa yang dimahukan oleh appanya. “Okey. Kalau appa dah bangun, apa bacalah kontrak ni, okey?” Kata Hyeran lagi lalu meletakkan kontrak itu di atas meja.

“Appa… Kontrak ni Hyeran letakkan di atas meja. Bacalah nanti kalau appa dah bangun dari tidur.” Hyeran tersenyum sendiri melihat appanya. Dia tahu yang appanya akan membaca isi kandungan kontrak itu juga.

Setelah itu, Hyeran terus berjalan keluar dari bilik appanya.

*****

Appa terus membuka kedua-dua matanya selepas mendengar pintu biliknya ditutup. Dia mengeluh kecil apabila teringat kata-kata Hyeran tadi. Berita itu sungguh tidak menggembirakan hatinya yang sepatutnya membuatkan dia berasa bangga kerana anak perempuannya telah menjadi artis seperti apa yang dia mahukan. Tetapi…

“Hyeran dapat kontrak dari PJY Entertainment?” Lelaki tua itu mengeluh lagi. Tidak lama kemudian, dia bangun dari katilnya. Cermin matanya dicapai sebelum mengambil kontrak yang terletak di atas meja.

Apabila membaca ayat perkataan pertama yang tertera di kertas itu iatu nama sebuah agensi, Appa memejamkan matanya sebelum membukanya semula. Dia mengulanginya berulang-ulang kali kerana tidak percaya nama yang dia baca. Dia berfikir matanya yang sudah berusia menipunya tetapi pandangannya sangat jelas dan dia dapat membacanya dengan betul.

“S-SmALL Entertainment?!”

*****

“S-SmALL Entertainment?!”

Hyeran yang menyandarkan belakangnya di dinding bilik appanya tersenyum apabila terdengar jeritan appanya dari dalam bilik yang disusuli dengan gelak ketawa. Dia berasa puas dan juga gembira apabila mengetahui yang appanya sangat gembira dengan kontrak yang dibawakan kepadanya.

To Be Continued... 

Continua a leggere

Ti piacerà anche

5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
7.2K 1.1K 20
Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay ✨ Disclaimer: Cerita ini hanya fiksyen (rekaan) semata-mata. Buka...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
17.6K 3.2K 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalanka...