Bab 12

3.4K 141 3
                                    

" Una mengandung..."

Kecewa Husna apabila melihat reaksi Hakimi yang diam membisu seribu bahasa. Hakimi bangun lalu meninggalkan Husna. Mengalir air mata Husna. Tegar benar Hakimi memperlakukannya sebegitu.

Lamunan semalam terhapus apabila terdengar suara Nasuha memanggil Husna. Segera Husna mengelap pipinya.

" Assalammualaikum, Kak Una."

" Waalaikumussalam. Eh, Suha. Masuklah. Pintu tak kunci pun," Husna tersenyum melihat Nasuha yang sopan melangkah masuk ke dalam rumahnya.

" Seorang saja ke Kak Una?" soal Nasuha apabila melihat rumah itu seperti sunyi.

" Abang Kimi keluar. Petang baru balik. Suha balik bercuti ke?" soal Husna. Nasuha tersenyum.

" Ya, cuti gilir-gilir dengan kawan. Tak boleh tinggal tadika tu sebab ada ibubapa yang hantar anak kat situ walaupun cuti sekolah. So, minggu ni giliran Suha cuti. Lama tak jumpa Kak Una. Hari tu Suha balik sekejap, tak sempat nak jumpa. Kak Una sihat?" soal Nasuha. Dilihatnya pipi Husna semakin tembam. Badannya juga nampak seperti berisi.

" Suha tengok Kak Una ni semakin berisi. Ada apa-apa berita baik ke?" soal Nasuha sambil tersengih. Dia pernah melalui saat-saat bahagia itu. Husna hanya tersenyum. Sekadar menganggukkan kepala sahaja. Lebar senyuman Nasuha melihat anggukan itu.

" Seroius?" soal Nasuha.

" Ya. Tiga bulan dah. Tapi..." sedih pula rasanya mengenangkan penerimaan suaminya pagi tadi. Sarapan pagi yang disediakan juga tidak dijamah.

" Kenapa? Suha tengok muka Kak Una macam sedih. Abang Kimi tak suka ke?" tebak Nasuha. Pelik. Kenapa tidak suka. Sedangkan anak itu anaknya juga.

" Entahlah, Kak Una tak tahu nak cakap macam mana. Abang Kimi kadang baik, kadang-kadang tu Kak Una sendiri pun tak faham," balas Husna. Nasuha diam.

" Abang Kimi tak boleh lupakan Manisah lagi ke?" soal Nasuha.

" Kak Una bukan perempuan yang dia mahukan Suha. Kak Una sedih. Sedih hidup Kak Una macam ni. Sudahlah ayah sendiri pun tak sayang Kak Una. Suami pula terus menjauhkan diri. Kadang-kadang rasa macam nak mati." Luah Husna.

" Astagfirullah al Azim. Jangan cakap macam tu Kak Una. Suha yakin suatu hari nanti mesti Abang Kimi akan dapat menerima Kak Una sepenuhnya. Abang Kimi tu baik sebenarnya kak. Cuma itulah dia suka ikut sangat kata hati dia," balas Nasuha. Dia kenal Hakimi sejak dari kecil.

" Entahlah. Suha datang sini mak ngah tahu ke?" soal Husna.

" Tahulah. Ibu yang suruh datang sini, bagi mee goreng ni. Ibu kata Kak Una dah lama tak datang rumah. Jadi ibu risau kalau jadi apa-apa kat akak," jawab Nasuha. Dia menghulurkan bekas biru yang berisi mee goreng itu kepada Husna. Husna mengambilnya. Terukir senyuman di bibir Husna. Macam tahu-tahu sahaja dia teringinkan mee goreng.

" Akak sibuk sekarang. Kerja banyak. Tahu sajalah koperasi kampung ni. Nampak saja kecil, tapi kerja berlambak. Tambah pula sekarang cuti sekolah, ramai pula yang nak menempah homestay koperasi. Kenduri kahwin pun banyak. Tu nanti, Alang Din mesti call akak bagi tahu ada orang nak duduk kat homestay."

" Suha tak boleh lama ni kak. Nanti ibu bising. Apa pun tahniah Kak Una. Jaga diri baik-baik. Jangan pendam sangat perasaan tu. Kalau ada apa-apa nak share dengan Suha, bagi tau jer. Suha sudi dengar."

" Terima kasih Suha. Nanti kirim salam kat mak ngah dan pak ngah. Akak minta maaf sebab dah lama tak datang rumah Suha."

" In shaa Allah. Nanti Suha sampaikan salam akak kat ibu dengan ayah. Suha balik dulu. Assalamualaikum," Nasuha melangkah meninggalkan kawasan rumah yang disewa oleh Hakimi dan Husna itu. Baru dua hari dia balik kampung. Bercuti. Merehatkan mindanya yang serabut.

Pemandangan sawah padi yang menghijau bagaikan permaidani baldu itu mendamaikan hatinya. Dahulu masa awal-awal dia berkahwin dengan Imran, di sinilah tempatnya mereka berdua sering menghabiskan masa. Imran sering memanjakannya. Teringat kenangan lalu, Nasuha rindu. Rindu akan kenakalana Imran yang suka mengusiknya.

" Abang, Suha rindu abang. Kenapa takdir kita seperti ini abang"

" Abang sayang Suha tak?" soal Nasuha suatu hari ketika dia dan Imran sedang duduk bersantai di beranda rumah ibubapa Imran.

" Sayang. Kenapa?. Ni mesti ada apa-apa nak minta dari abang ni," usik Imran. Ditenung wajah kesayangannya itu.

" Ish, ke situ pula abang ni. Tak adalah, saja Suha tanya," jawab Nasuha sambil tersenyum.

"Kasih dan sayang abang pada Suha dan anak kita tak akan pernah berubah sayang. Akan abang bawa sampai mati. Tapi bila abang tak ada nanti, Suha jangan sedih-sedih tau." Ujar Imran. Nasuha sudah cemberut mukanya. Tidak suka apabila Imran berkata seperti itu.

" Abang ni, suka cakap pasal mati. Suha tak sukalah," balas Nasuha.

" Mengingatkan soal mati tu kan bagus sayang. Supaya kita boleh himpun banyak amalan pahala," jawab Imran. Dia mengelus lembut tangan bidadadri hatinya itu. Yang dicintai sepenuh hatinya.

" Ya, Suha tahu. Tapi Suha nak bersama abang sepanjang hayat kita. Nak tua bersama-sama abang. Sama-sama membesarkan anak-anak kita. Itukan impian Suha. Abang dilarang tinggalkan Suha. Kalau tinggal juga, Suha nak ikut abang," ujar Nasuha. Imran ketawa. Dia menarik hidung mancung isterinya.

" Andai suatu hari nanti, jodoh kita kita tak berpanjangan, abang tak nak Suha bersendirian. Abang sayangkan isteri abang yang cantik dan manja ni,"

Nasuha mula menarik muka masam. Dia tidak faham kenapa Imran kerap bercakap soal jodoh mereka. Dia tidak mahu mereka berpisah. Dia sayangkan Imran. Jejaka yang dia kenal sejak di bangku sekolah. Imran merenung Nasuha dengan sepenuh hatinya. Berat dirasakan hatinya. Namun dia tidak tahu apa dia. Cuma dia rasa dia akan pergi jauh dari isterinya. Sesuatu yang berat dan tidak mampu dia luahkan. Apa yang dia tahu, dia hanya mahu menghabiskan saat-saat indah bersama-sama isteri dan anaknya.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now