Bab 36

3.3K 129 2
                                    

Selepas memastikan Sofea sudah lena, Nasuha meninggalkan kanak-kanak itu dengan ibunya kerana Sofea merengek mahu tidur bersama-sama Hajah Azian. Kebetulan ayahnya tiada kerana mengikuti kursus usahawan desa di Selangor. Jadinya Sofea mahu tidur bersama-sama neneknya walaupun sudah dilarang oleh Amsyar. Namun Hajah Azian melayan sahaja karenah kanak-kanak itu. Walaupun hanya cucu tiri, namun tetap disayangi sama seperti cucu-cucunya yang lain.

" Fea dah tidur?" soal Amsyar apabila melihat Nasuha sudah masuk ke dalam bilik. Nasuha hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia menghampiri meja solek lalu mencapai sikat rambut. Disisir rambutnya dengan perlahan. Untung Nasuha kerana dianugerahkan rambut yang yang lurus dan sangat cantik. Dilihatnya di sebalik cermin solek itu, suaminya sedang mengemas tempat tidur mereka. Sudah menjadi tabiat Amsyar sebelum tidur untuk merapikan tempat tidur supaya selesa untuk tidur sepanjang malam.

" Kenapa pandang abang macam tu? " soal Amsyar apabila perasan arah mata isterinya itu. Nasuha menggelengkan kepalanya. Setelah siap merapikan diri, dia menghampiri katil lalu duduk di birai katil.

" Ada apa-apa nak cakap dengan abang ke?" soal Amsyar sambil memandang belakang tubuh isterinya.

" Abang, Suha nak tanya sesuatu. Boleh?"

" Apa dia?"

" Apa yang abang rasa bila tengok Nabil tadi?" soal Nasuha. Dia mengalih tubuhnya lalu duduk menghadap bertentangan suaminya. Amsyar seolah-olah dapat mengagak hala tuju perbualan isterinya. Sengaja mahu menduga isterinya. Dia menarik selimut menutup hujung kaki. Malam ini sejuk kerana hujan turun dengan lebat.

" Abang tengok dia comel. Biasalah baby lagi kan." Jawab Amsyar seolah-olah acuh tak acuh sahaja. Nasuha sudah muncung mulutnya. Rasa sakit hati pula mendengar jawapan suaminya. Amsyar pula rasa mahu ketawa.

" Jawab betul-betul abang. Suha tanya ni."

" Laaa, betullah abang jawab. Abang tengok Nabil tu comel, putih gebu macam mak dia."

" Hai bang, lain macam puji tu." Nasuha mengertap gigi.

" Laa, puji pun salah. So sekarang, sayang nak cakap apa sebenarnya ni. Abang dah sejuk ni. Hujan makin lebat ni. Meh, sayang tolong hangatkan abang lagi bagus." Usik Amsyar.

" Malas cakap dengan orang gatal miang macam abang ni." Nasuha mendengus geram. Bantal ditepuk-tepuk dengan kasar. Tanda protes geram. Dia baring membelakangkan suaminya.

" Abang cuma gatal miang dengan sayang saja. Kalau dengan orang lain agaknya dah lebam muka abang yang kacak ni."

" Sudahlah abang. Dah lewat ni. Tidurlah".

Mahu memejamkan mata namun pelukan di pinggang yang erat dan kemas itu membuatkan matanya terus terjaga. Dia sedar lelaki di belakangnya itu sudah rapat di tubuhnya.

" Sini sayang. Abang tahu apa yang sayang hendak cakapkan. Selama kita kahwin hampir enam bulan ini, abang memang tak pernah cakap soal anak. Tapi itu tak bermaksud abang tak mahu anak lagi. Sayang ingat Sofea tu dah cukup?"

Nasuha terus rasa keras kejung. Takut hendak berpusing menghadap suaminya.

" Sofea adalah anugerah terindah yang diberi kepada abang. Tapi dengan Nasuha, abang rasa macam nak buka satu pasukan bola sepak." Gemersik suara itu di cuping telinganya. Dan-dan dia berpusing ke arah suaminya. Dilihat Amsyar sudah mengangkat kening. Riak nakal terserlah di wajah itu.

" Abang, main-mainkan Suha kan?"

" Taklah sayang. Abang serius. Abang memang nak anak. Tapi abang nak bagi masa pada Suha dulu untuk adapt dengan perubahan kita ni. Abang tahu kita dulu tak banyak sangat masa kenal antara satu sama lain. Tapi abang ikhlas nak memperisterikan sayang. Abang tebalkan muka abang. Ajar Fea bukan-bukan sebab abang tak tahu macam mana nak pikat sayang. Abang rasa ilmu sebagai playboy tu dah tak lut dah."

My Lover Daddy CoolOnde histórias criam vida. Descubra agora