Special Part MLDC II

2.4K 97 1
                                    

" Ala, macam mana nak pergi beraya rumah Tok Ma dengan Tok Pa Daddy?" tanya Amriz apabila mendengar pengumuman mengenai SOP PKP 3.0 tadi. Amalan kunjung mengunjung tidak dibenarkan. 

" Sabarlah. Dugaan." Pujuk si ayah. Tahu sangat anak-anak dia kalau sehari tak pergi melepak dekat rumah datuk dan nenek mereka memang tidak senang duduk anak-anaknya. Macam kena bara api kalau duduk di rumah sendiri. 

" Daddy, Alisa nak duit raya dari Tok Pa. Sebab Tok Pa cakap nak bagi duit raya banyak-banyak dekat Alisa kalau puasa penuh." Alisa mencelah duduk di atas riba ayahnya.

" Kau puasa penuh ke?" sampuk Amjad.

" Orang puasa penuhlah. Bukan macam Jad. Puasa tipu-tipu."

Amsyar dan Nasuha ketawa melihat keletah anak-anak mereka.

" Jad puasalah. Kan mummy kan," Amjad bangun lalu mengendeng di sebelah mummynya. Manja sekali. Agaknyalah memang anak-anak lelaki lebih manja dengan emak mereka. Yang anak perempuan pula lebih manja dengan ayah. Kalau tidak, tak adalah Sofea menjeling adik perempuannya yang sedang bahagia duduk di atas riba ayahnya.

" Ya, Jad puasa. Tapi Jad puasa separuh hari ajer. Nak kira macam mana tu?" tanya Nasuha. Saja mahu menguji anaknya. Amjad tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sekata itu. Terserlah gigi siongnya. Comel.

" Daddy cakap jadi orang lelaki kena berpuasa walaupun setengah hari. Kira puasa penuhlah tu mummy." Nasuha ketawa. Bijak sungguh.

" Turunlah Alisa. Kau dah lima tahun dah, kenapa nak duduk meriba lagi atas daddy. Tak malu." Sofea menarik tangan adiknya. Menjerit-jerit Alisa apabila tangannya ditarik oleh kakaknya.

" Kak long..." tegur Amsyar. Pening dengan telatah anak-anak perempuannya. Sofea jangan cakaplah memang kuat cemburu. Tak boleh Alisa dekat langsung dengannya. Terasa macam menjadi rebutan gadis-gadis sahaja.

" Sayang, help me." Amsyar merenung isterinya. Mengharapkan bantuan dari isterinya.  Nasuha menggelengkan kepalanya. 

" Dah-dah, mummy pula nak berkasih sayang dengan daddy. Kak long jangan tarik adik macam tu." tegur Nasuha. Merah muka Alisa kerana menangis ditarik kakaknya. 

" Alisa ni, dah besar dah. Kenapa nak duduk atas daddy lagi. Kak long tak sukalah." Sofea sudah bercekak pinggang.

" Raihan Sofea..." Amsyar menaikkan nada suaranya. Siren amaran sudah berbunyi. Sofea menghentakkan kakinya. Sofea semakin besar wajahnya banyak mewarisi wajah arwah ibunya Yasmin. Dengan tubuh tinggi seperti ayahnya. Walaupun baru berumur 14 tahun, namun tubuhnya sudah seperti remaja berusia 18 tahun. 

" Daddy dah tak sayang Kak long lagi." Kemudian terus dia berlari naik ke tingkat atas. Berdentum pintu bilik di tutup olehnya.

" Raihan Sofea...!" sabar sahajalah Amsyar dengan anak perempuannya yang seorang ini. Cabaran membesarkan anak gadis yang semakin meningkat remaja. Tersilap langkah, mahu macam-macam jadinya nanti.

" Mummy, Kak long marah." Alisa memandang mummy. Nasuha mengisyaratkan jari supaya diam. Alisa bangun lalu duduk di sebelah ibunya. 

" Abang, pergilah pujuk dia. Abang pun tahukan sikap dia. Mana boleh tengok abang layan Alisa lebih dari dia." Nasuha mengusap lembut lengan suaminya.

" Abang sayang anak-anak abang semuanya sama. Tak adanya beza apa pun."

" Itu abang yang cakap. Pada pandangan matanya, tak sama macam abang fikir. Lebih baik abang pergi pujuk dia. Kalau tak satu hari berkurung dalam bilik tu."

Amriz dan Amjad langsung tidak mempedulikan situasi yang berlaku di sekeliling mereka. Sibuk dua beradik itu bermain game. Andrian pula lena tidur. Senang sekali menjaga anak kecil itu. Tidak banyak karenah. Diberi susu terus tidur.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now