Bab 23

3.4K 157 6
                                    

Dan di sinilah mereka. Duduk di ruang tamu bersama-sama ahli rombongan. Kebetulan abang-abang Nasuha juga turut balik. Kedatangan tetamu disambut baik. Mujur sahaja tiada acara berbalas pantun. Jika tidak, berpeluh juga ketiak Amsyar yang menunggu di dalam kereta itu. Diajak masuk dia tidak mahu. Malu. Tapi sebenaranya kalau ikut hati dia memang hendak masuk duduk sekali. Cuma sudah dipesan kepada abangnya, kalau sudah selesai, cepat-cepat memberitahunya.

" Macam nilah, kita tak payah lah nak berpantun-pantun semua tu. Kita mudahkan soal hati orang-orang muda," Pak Omar yang menjadi wakil buat keluarga Amsyar mula bersuara. Dia mengatur ayat dengan jelas dan teratur. Agaknya bekas seorang guru besar memang macam itulah kot.

" Saya ni melarang pun tidak, cuma ikutlah pada si tuan badan. Kami terima sahaja." Haji Mior menjawab bagi pihak perempuan.

" Kami pun tak nak buang masa. Kira jadilah. Ini ada seutas gelang emas sebagai tanda merisik dan sebentuk cincin sebagai tanda jadi. Macam sebelum ini mereka dah bincang, tak mahu bertunang lama-lama. Almaklumlah si lelaki bukan anak teruna lagi. Makanya lagi tiga bulan terus menikahnya." Mereka yang ada di ruang tamu itu, terus ketawa mendengar kata-kata Pak Omar. Dia menghulurkan sekotak barang kemas kepada Haji Mior.

Haji Mior mengambilnya lalu diberikan kepada isterinya. Hajah Azian menyambutnya. Tersenyum gembira kerana anak bongsunya disunting orang. Seterusnya acara menyarung cincin dan memakaikan gelang dilaksanakan oleh Datin Aishah. Sofea orang yang paling gembira sekali.

" Tahniah Suha. Mama gembira sangat Suha sudi jadi menantu mama."

" Terima kasih mama." Nasuha tersenyum malu.

" Sofea, cepat salam mummy." Datin Aishah memanggil cucunya.

Sofea menghampiri mummynya sambil tersenyum simpul. Geram Nasuha dengan pipi tembam Sofea lantas diciumnya.

" Mummy cantik sangat. Nanti mummy boleh ikut Fea dengan daddy balik dah kan?" soal Sofea polos. Datin Aishah dan Hajah Azian tersenyum mendengar soalan Sofea itu.

" Belum lagi sayang. 90 hari lagi," jawab Nasuha. Dia mengusap lembut pipi Sofea. Tidak sangka dia sudah menjadi tunangan orang. Tambahan pula siap pakej anak lagi.

" Banyak 90 hari tu. Lama lagi ke Tok Ma?" soal Sofea. Dia menoleh ke arah neneknya.

" Tak lama sayang. Nanti Cik Pia tanda pangkah dekat kalendar, mula hari ini." Celah Hajah Azian.

" Betul ke nenek?Okey, nanti Fea buat."

Hajah Azian menganggukkan kepalanya. Datin Aishah suka melihat cucunya yang nampak sangat gembira.

" Mama harap Suha jaga Sofea macam anak Suha sendiri. Didik dia dengan kasih sayang."

" In shaa Allah mama. Suha dah anggap Fea macam anak sendiri. Sayang dia. Mama jangan risau. Suha akan jaga amanah mama ni dengan baik-baik. Lagi pun anak Amsyar ni kan kuat dramanya." Nasuha tersengih. Dia mencubit pipi tembam Sofea.

" Ha tahu tak apa." Mereka di dalam bilik itu terus ketawa.

Malamnya, dia dihubungi oleh Amsyar.

" Hai sayang. Dah tidur?" sapa Amsyar.

" Awak ni salam pun dah tak tahu nak bagi dah."

" Assalammualaikum sayang pujaan hati abang."

" Waalaikumusalam. Merepek awak ni. Sayang-sayang pula." Balas Nasuha sedangkan hatinya sudah berdebar-debar.

" Sayang awak. Takkan nak sayang orang lain. Anak dara saya dah tidur ke?" soal Amsyar. Petang tadi Sofea sudah memulakan drama pertamanya. Jenuh memujuk supaya ikut balik, namun teresak-esak menangis Sofea tak nak ikut Amsyar. Terpaksalah Amsyar meninggalkan Sofea di rumah Nasuha. Tebal mukanya tadi, namun Haji Mior segera memujuk Sofea. Akhirnya, anaknya malam ini tidur di rumah Nasuha. Menggeleng-geleng kepala Amsyar. Datin Aishah juga tidak mampu memujuk cucunya. Betul-betul mengada-ngada cucu perempuannya yang seorang ini.

" Sudah. Penat agaknya main petang tadi dengan anak-anak abang-abang saya. Awak dah makan/" soal Nasuha. Sekadar bertanya.

" Sudah, tapi saya rasa macam tak kenyang lagi." Dia sudah membetulkan duduknya sambil bersandar di kepala katil.

" Kenapa pula tak kenyang?"

" Hurmmm....tak kenyanglah sebab saya rasa macam nak makan awak."

" Ahmad Amsyar...!"

"Hahaha..." Amsyar sudah ketawa-ketawa. Boleh terbayang reaksi geram Nasuha ketika ini.

" Awak ni kan. Memang tak senonoh. Tak malu."

" Saja nak usik awak. Okeylah, saya tahu awak pun dah penat. Layan anak saya lagi. Tak tahulah kenapa degil betul Sofea hari ini. Padahal dah pesan suruh behave."

" Anak awakkan. Tak apa, biar saja dia dengan saya. Esokkan dah nak balik."

" Okey, saya biar dia tidur dengan awak dulu malam ni. Nanti malam pertama kita nanti, saya hanatar dia pergi duduk planet Pluto sekejap."

" Awak ni kan...." Nasuha menahan geram dan cuba mengawal nada suaranya. Takut mengejutka si dara cilik yang sedang tidur itu.

" Okey, okey,, saya gurau saja. Ok, goodnight sayang. Tolong sampaikan peluk cium saya kat Sofea. Sampai hati dia tinggal daddy tidur sorang-sorang malam ni".

Nasuha ketawa. Dia mematikan panggilan telefon. Tersenyum sendirian. Melihat Sofea yang nyenyak tidur itu, dia segera merebahkan badan disebelahnya.

" Selamat malam sayang. Dadday suruh mummy peluk cium sayang". Lalu diciumnya wajah polos itu lantas dipejamkan matanya. Badannya sudah terasa penat. Mahu merehatkan badan. Lalu malam pun berlalu dengan sepi.




#Lepas dua hari lagi saya akan update...so, dua hari ni saya off update...(Jumaat & Sabtu)..jumpa balik Ahad nanti yea...sudi-sudilah baca cerita nie...banyak lagi bab yang akan datang..so,,sabar tau tunggu update dari saya. bye...bye...bye...selamat berhujung minggu.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now