Bab 19

3.5K 138 11
                                    

Tidak tenang hidup Nasuha sejak dari pemberian pertama itu. Saban hari ada sahaja hadiah yang muncul. Sofea yang menjadi posmen karatnya. Namun kali ini, sekeping kad tanda mempelawa dia makan malam bersama-sama.

" Daddy suruh cakap kat mummy, lepas maghrib nanti daddy nak bawa kita pergi makan. Daddy suruh mummy pakai cantik-cantik."

Nasuha merenung wajah Sofea dengan ralit. Akhirnya Nasuha pasrah sahaja apabila Sofea kerap memanggilnya mummy. Sudah dilarang, namun gadis kecil ini memang boleh tahan tahap degilnya. Anak yang patuh dan taat pada suruhan ayahnya.

" Fea, kenapa daddy Fea tak cakap sendiri dengan mummy?" Nasuha berdehem. Mahu menghilangkan rasa kekok membahasakan dirinya mummy.

" Daddy cakap mummy garang. Tapi Fea tengok mummy tak garang pun. Mummy selalu sayang Fea." Nasuha mengertap bibirnya. Suka hati dia saja cakap Nasuha garang.

" Mulut manis. Ikut siapa ni?" usik Nasuha. Sofea tersengih. Memang Amsyar selalu berpesan kepadanya supaya selalu memuji Nasuha. Biar hati wanita itu cepat lembut. Bijak Amsyar menggunakan anaknya sebagai senjata memikat.

" Ikut daddy." Amira yang duduk berdekatan dengan mereka terus meletus ketawanya. Nasuha mencerlung matanya ke arah Amira. Berkerut dahi Sofea melihat Amira yang sedang ketawa itu.

" Cikgu tak tahu pula Fea ni mulut manis. Selalu makan gula-gula yea?" soal Amira.

" Tak boleh makan gula-gula. Tok Ma kata nanti gigi buruk."

Amira menggelengkan kepalanya. Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut Sofea. Nasuha juga turut tersenyum.

" Fea, nanti malam nak dinner dengan mummy Fea ni kat mana?" sengaja Amira mahu mengusik Nasuha. Mahu melihat reaksi acah-acah malu Nasuha. Nasuha menjeling tajam ke arah Amira.

" Tak tahu kat daddy. Tapi daddy cakap suruh mummy pakai cantik-cantik."

" Oh...mesti nak pergi makan kat restoran sedap-sedap ni. Fea ikut juga ke?"

" Ikut, daddy suruh Fea ikut sekali. Sebab sekarang daddy tak kahwin lagi dengan mummy, jadi tak boleh duduk dua-dua dengan mummy."

" Ya Allah Fea, sapa ajar cakap macam tu?" soal Nasuha. Geram pula rasa hatinya. Dipintal-pintal hujung tudungnya dengan rasa geram. Seolah-olah memintal bapa Sofea dengan penuh rasa geram.

" Daddylah."

Amira ketawa. Tak tahulah hari ini kenapa dia rasa mahu ketawa sahaja. Nasuha yang sedang sakit hati itu terus membaling sebatang pen kepadanya. Cekap Amira mengelak.

Ketika mereka sedang ketawa itu, terdengar bunyi deringan telefon kepunyaan Nasuha. Nasuha segera menjawabnya walaupun pada awalnya dia rasa was-was. Memang tertera nama Bapa Sofea di skrin telefonnya.

" Assalammualaikum, hai sweetheart."

Nasuha tergamam. Rasa seperti salah dengar pula.

" Salah nombor."

" Eh, nanti dulu. Jangan letak. Sorry."

" Assalammualaikum. Saya minta maaf ganggu awak sekarang ni. Saya cuma nak remind tentang first date kita malam ni. Jangan lupa tau. Pukul 8.30 malam. Saya tak nak jawapan No. Awak hanya ada dua pilihan sahaja."

" Apa dia?"

" Pilihan pertama ialah Yes. Pilihan kedua ialah Yes."

Secara tidak sengaja Nasuha menghentakkan kakinya.

" Tak adil."

" By hook or by crook, it's your choice. Just choose Yes or Yes. Okay sweetheart."

Belum sempat Nasuha mahu membalas kata-katanya, Amsyar sudah memutuskan panggilan.

" Kenapa kak?" soal Amira.

" Tak ada pilihan Mira. Yes or Yes. Yang mana satu nak tolak."

Terlopong mulut Amira mendengar kata-kata Nasuha. Kemudian terdengar bunyi mesej di aplikasi What's app masuk.

Bapa Sofea : Hai baby, ingat tau malam ni. Saya jemput awak pukul 8.30 malam. Ingatan mesra dari saya, jangan lari. Kalau awak lari, siap awak.

Nasuha berdecit apabila membaca pesanan itu. Hanya blue tick sahaja yang diberikan kepada Amsyar. Amira menarik telefon itu dari tangan Nasuha. Tersengih-sengih dia membaca pesanan itu.

" Fea, cepat doa bagi dapat Cikgu Nasuha ni jadi mummy Fea."

" Mira...!"

" Aaminnn..." Sofea menyapu mukanya seolah-olah baru sudah berdoa.

Tepat 8.30 malam, Amsyar muncul. Dalam tidak mahu, malah dipaksa oleh Amira, Nasuha tetap bersiap juga. Dia hanya memakai baju blouse berbunga biru yang bertanahkan warna kuning, berseluar slack hitam dan bertudung warna biru. Ringkas namun menarik hati si lelaki. Yang lelaki pula segak dengan t-shirt berwarna putih namun dilapisi dengan jaket blazer berwarna biru gelap dan berseluar jeans hitam. Sekali pandang nampak sedondon pula.

" Assalammualakum. Lama tunggu?" sapa Amsyar.

" Waalaikumusalam. Adalah dalam 10 tahun saya menunggu, " jawab Nasuha. Muka cuba dimaniskan walaupun sebenarnya hati tidak rela.

" Boleh tahan mulut awak. Jom kita gerak."

Nasuha menarik pintu belakang namun Amsyar cepat-cepat menolaknya.

" Duduk sini. Kat belakang ni ada mem besar."

" Ha..." Amsyar tersengih menayang gigi. Dia menarik lengan Nasuha lalu membuka pintu di tempat penumpang sebelah pemandu. Nasuha memandangnya.

" Lengan saya."

" Opss...sorry." Tersedar dia sudah terlepas laku. Amsyar hanya mampu melepaskan senyuman manis sahaja. Nasuha menjeling tajam.

" Hai mummy." Sapa Sofea. Gadis kecil ini ternyata lebih gembira daripada kedua-dua orang dewasa ini. Seperti merasakan sebuah keluarga yang lengkap. Ada daddy, ada mummy.

" Hai, sayang." Nasuha membalas sapaan Sofea. Tidak sangka pula Sofea mencium pipinya. Terkedu Nasuha.

" Cukup Fea dulu cium awak. Nanti sampai masa yang sesuai, saya pula cium awak." Selamba sahaja Amsyar berkata-kata. Sedangkan Nasuha seperti mahu menghentak-hentakkan kepala lelaki itu di stereng kereta sahaja. Pantas sahaja dia memukul bahu Amsyar dengan beg tangannya. Mengaduh kesakitan lelaki itu. Sofea hanya terlopong melihat gelagat orang dewasa di hadapannya. Amsyar menggosok bahunya. Boleh tahan ganas juga wanita bertubuh kecil molek ini.

" Mummy suka tak Fea kiss mummy?" soal Sofea.

" Ya mummy suka. Comel Fea malam ni. Siapa yang siapkan Fea?" Sofea kelihatan comel dengan gaun separas lutut berwarna merah jambu dan bertocang lipan. Ada dua klip rambut berbentuk rama-rama diselitkan di rambutnya.

" Terima kasih. Aunty Ina yang siapkan Fea. Daddy, cepatlah. Fea dah lapar ni."

" Okey, jom. Daddy pun dah lapar. Fea dengan mummy lapar tak?" sengaja Amsyar mahu mengusik. Nasuha menjeling. Laju sahaja Sofea mengiakan. Akhirnya kereta digerakkan menuju ke destinasi.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now