Bab 33

3.2K 118 3
                                    

 Ketika mahu memegang beg tangan Nasuha, Amsyar ditegur oleh Marsya.

" Eh, Abang Am..." tegur Marsya. Kebetulan Adli ke tandas. Dia menunggu Adli di bangku yang terdapat di depan Watson itu. Ternampak Amsyar dan isterinya sedang berjalan-jalan dia terus menegur.

" Sya...dengan siapa?" terkejut Amsyar sebab setelah sekian lama baru dia jumpa bekas adik iparnya itu.

" Dengan Adli. Dia ke tandas kejap. Abang Am dengan siapa?" soal Marsya. Dia memandang Nasuha yang manis bertudung warna kuning itu tersenyum kepadanya.

" Oh dengan isteri abang. Sayang, ni Marsya. Adik ipar abang dulu. Marsya, ni Kak Suha," Amsyar memperkenalkan Nasuha kepada Marsya. Huluran tangan disambut mesra.

" Alhamdulillah Abang Am dah kahwin. Lama tak nampak Fea. Dah besar dia sekarang?" soal Marsya. Rindu juga dia pada anak saudaranya itu.

" Ada jer dengan Tok Ma dia. Selalu tu nak menyelit juga dia tapi hari ni mimpi apa tak nak ikut." Balas Amsyar.

Marsya tersenyum. Kemudian Adli muncul. Setelah berbual sebentar, mereka berpisah arah.

" Abang, masa kita nikah hari tu diorang tak datang ke?" soal Nasuha.

" Tak. Abang ada jemput. Tapi bekas mak mertua abang tu pelik sikit. Dia tak suka abang, Tak tahulah kenapa. Tapi bekas adik-adik ipar abang okey. Dengan Fea pun dia tak suka. Agaknya sebab muka Fea macam muka abang la kot, tu yang dia benci abang."

" Eh abang ni. ke situ pula. Suha rasa tak mungkinlah dia benci abang. Tambah cucu dia tu."

" Entahlah, susah nak cakap benda-benda macam ni. Abang tak kisah pun, asalkan jangan ambil Fea sudah. Itulah harta dunia akhirat abang. Nanti anak dari Suha pula." Amsyar tersengih-sengih memandang Nasuha. Isterinya menjeling. Masih sempat lagi tu.

" Jangan jeling abang macam tu. Tak tahan godaan tahu."

" Gatal abang ni."

Amsyar ketawa. Memang sudah menjadi kebiasaannya mengusik isterinya. Kemudian mereka masuk ke dalam pasar raya mahu membeli keperluan dapur yang sudah habis. Sesekali keluar berdua membeli memang menyeronokkan. Mujur saja jadual Amsyar minggu ini tidak padat. Banyak sudah projeknya yang hampir siap. Kini masa untuk dia bersenang lenang dengan isteri dan anaknya.

" Abang tengok Abang Am tu nampak happy saja dengan isteri baru dia." Ujar Adli ketika dia memandu keluar dari mall besar itu.

" Itulah, Sya pun nampak benda yang sama. Isteri dia pun nampak baik. Jauh beza dengan arwah Kak Min."

" Orang dah tak ada Sya. Tak baik bandingkan." Tegur Adli.

" Taklah, Sya cakap benda yang betul abang. Abang Am tu jenis lelaki yang setia pada isteri tau. Rugi Kak Min sebab sia-siakan suami yang baik macam tu. Boleh pula dia minta cerai lepas bersalin."

" Hurmmm, tak tahu nak cakap apa. Sya rasa abang ni suami yang setia tak?" soal Adli. Sekadar mahu tahu sahaja persepsi dari isterinya. Marsya merenung Adli dengan hairan.

" Kenapa tanya macam tu? Abang ada skandal belakang Sya ke?" soal Marsya. Mata dipincing tajam ke arah suaminya. Adli hanya ketawa sahaja.

" Tak ada. Abang saja tanya sebab Sya puji Abang Am tu bukan main lagi. Nak tahu jugalah kalau-kalau abang ni suami yang setia ke tidak."

" Bukan macam tu, abang suami Sya yang paling terbaik. Abang sabar dengan family Sya. Terutama dengan mak. Sya tahu abang mesti terasa hati dengan mak kan. Sya ajak pindah abang tak nak."

" Bukan abang tak nak. Abang kesiankan mak tu. Mak tu dah tua Sya. Kalau kita pindah siapa yang nak tengok mak, sakit pening dia. Semua tu abang dah fikir dah."

Marsya diam. Dia tahu suaminya memang lelaki yang baik. Walaupun tidak bergaji besar namun dia mampu menyara mereka. Siap bagi duit belanja lagi dekat emak mertua. Itu pun masih lagi ada yang tidak kena.

" Kalau abang dah cakap macam tu, Sya ikut sajalah. Sya untung dapat suami yang baik dan penyabar macam abang ni. Sayang abang dunia dan akhirat."

Adli tersenyum. Lega mendengar kata-kata isterinya. Bukan dia tidak mampu untuk menyewa rumah lain, namun keselamatan ibu mertuanya perlu diutamakan. Biarlah Puan Fatimah itu benci sekalipun padanya. Dia tetap hormat ibu mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now