Bab 40

3.3K 116 1
                                    

Bilik yang berselerak itu tidak dihiraukan oleh Shila. Meraung bagaikan orang gila. Wati sudah tidak terkata apa-apa dengan sepupunya itu. Akhirnya dibiarkan sahaja. Stress mahu melayan karenah adik sepupunya itu.

" Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun jangan mimpi akan dapat kau. Aku sanggup mati dari tengok kau dengan perempuan lain!"

Tok...tok...tok...!

" Shila buka pintu ni!" jerit Wati dari luar bilik. Hatinya risau. Melihatkan Shila yang sudah beberapa hari tidak keluar bilik.

" Jangan ganggu akulah!"

" Buka pintu ni Shila sebelum aku pecahkan pintu ni."

" Kau tak faham ke apa aku cakap. Aku tak nak diganggu. Kau boleh berambuslah!"

Wati mendengus geram. tiba-tiba teringat kunci pendua yang disimpan di dalam laci meja kopi. Segera dia mengambilnya. Setelah dapat apa yang dicari, terus dibuka dibuka pintu bilik Shila. Mengucap panjang dia melihat keadaan bilik yang sudah tidak serupa bilik itu. Sedangkan dia tahu sepupunya itu sangat menjaga kekemasan bilik.

" Astagfirullah al azim Shila. Apa yang kau buat ni?" soal Wati. Dia menghampiri Shila yang sudah berpeluh-peluh sambil memeluk lutut dihujung sudut bilik.

" Kau pergi!"

" Kau dah makin teruk Shila. Jangan macam ni. Kesian mak ayah kau kat kampung. Aku bawa kau ke sini, bukan nak tengok kau jadi macam ni."

" Kau tak fahm perasaan aku Wati. Aku cinta dia sangat. Tapi dia tolak cinta aku. Apa lebihnya perempuan tu berbanding aku?"

" Cinta tak boleh dipaksa Shila. Kau redalah. Mungkin jodoh kau dengan orang lain." Pujuk Wati. Kasihan juga dia melihat raut sepupunya yang lencun dengan air mata itu. Mahu salahkan Amsyar, macam tidak patut. Sebab lelaki itu tidak pernah memberikan apa-apa harapan pada sepupunya. Malah lelaki itu sangat menjaga jarak hubungan. Jadi siapa yang patut disalahkan?. Wati bingung.

" Tak. Aku tak boleh terima ni semua. Tiga tahun aku menunggu cinta dia, boleh pula dia kahwin dengan perempuan entah apa-apa."

" Mengucap Shila. Banyakkan istighfar. Aku tak nak tengok kau macam ni. Ni dah berapa lama kau tak solat?" soal Wati. Kesal dengan sikap ambil mudah Shila tentang soal solat.

Shila diam. Namun hati yang sudah semakin jauh dengan dendam, tidak mampu lagi menerima apa sahaja nasihat dan teguran.

" Kau pergi mandi, solat, makan. Jangan sampai aku bagi tahu Mak Lang dengan Pak Lang dekat kampung pasal kau. Tudung sekarang pun dah ke mana. Dulu kau bukan macam ni. Jangan sebab cinta, kau merosakkan diri kau sendiri. Terimalah hakikat. Allah dah atur sesuatu yang lain untuk kau Shila. Aku sedih tengok kau macam ni."

Kata-kata Wati memang tidak dihadamnya. Sudah dipekakkan telinganya mendengar kata-kata yang baik. Dibutakan mata dan hati.

Sesungguhnya cinta itu tidak salah. Yang salah adalah manusia yang tidak tahu mengolah cinta itu untuk jadi apa.

' Abang, Suha keluar sekejap. Ada barang terlupa nak beli.'

Mesej dihantar kepada suaminya. Seketika ada nada mesej masuk.

'Tak apa. Nanti balik kerja abang belikan.'

' Sekejap saja. Kedai depan ni ajer'.

' Sayang...'

' Please....' Emoji comel menggenggam tangan dihantar.

'Okey, tapi hati-hati.'

' Sayang abang....'

' Sayang isteri abang juga. Masak sedap-sedap tau'

' Anything for you darling'

Nasuha tersenyum puas hati. Datin Aishah yang duduk di sebelahnya hanya menggelengkan kepala sahaja dengan gelagat anak menantunya.

" Abang dah izinkan. Jom mama."

" Jom. Suha nak masak apa?"

" Suha ingat nak masak rendang ayam. Tadi tengok ada pulut sikit. Dua tiga hari lepas abang ada cakap teringin nak makan pulut kuning dengan rendang ayam."

Datin Aishah tersengih. Macam-macam betul anaknya yang seorang ini. Mengidam mengalahkan orang yang mengandung.

Setelah sampai di kawasan pasar raya yang berdekatan dengan rumah mereka, Nasuha mencari parkir kereta. Setelah jumpa petak kosong, terus dia masuk ke kotak parkir tersebut.

" Mama, masuk dulu. Suha terlupa nak ambil dompet."

" Tak apa. Guna duit mama dulu."

" Eh tak apa, sekejap saja."

" Okeylah, tapi hati-hati melintas jalan tu." Risau pula Datin Aishah dengan menantunya yang semakin sarat itu. Hati dipalu rasa kurang enak. Namun cuba dijauhkan rasa itu. Datin Aishah hanya memerhati sahaja langkah Nasuha dari pintu utama pasar raya itu. Dalam masa yang sama, matanya tajam memerhati sebuah kereta myvi berwarna hitam yang laju menuju ke arah Nasuha. Dia mahu menjerit memanggil nama Nasuha namun tidak keluar suaranya.

Yang kedengaran hanyalah...bummm!

" Ya Allah....Nasuha....!"

Dia bergegas berlari ke arah Nasuha yang jatuh terguling di tepi jalan. Orang ramai semakin mengerumuni. Di sebelah Nasuha ada seorang lelaki yang memangku kepalanya. Nasuha pengsan dan kepalanya luka berdarah.

" Suha...Ya Allah..."

" Aunty..." panggil lelaki itu. Datin Aishah memandang ke depannya.

" Idlan. Tolong aunty Idlan. Ya Allah."

" Saya dah call ambulans. Nanti diorang sampai, " balas Idlan. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Datin Aishah di sini. Dia sempat menarik tubuh Nasuha tadi sebelum dilanggar oleh kereta Myvi tadi.

" Call Am sekarang Idlan. Cakap kat dia isteri dia kemalangan."

Idlan yang terpinga-pinga itu segera menghubungi Amsyar. Sudah dijangka reaksi pemanggil.


p/s: pendek pula chapter kali ni...saya harap awak semua suka dan happy reading!

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now