Bab 13

3.4K 164 5
                                    


" Kau macam mana Kimi?" soal Amsyar. Sudah dua hari dia berada di kampung ini. Sofea ditinggalkan pada mamanya memandangkan kini cuti sekolah.

" Macam kau nampak sekarang ni la. Aku tak ada kerja hebat macam kau," balas Hakimi sambil tersengih memandang Amsyar. Dia pun tidak sangka akan berjumpa dengan Amsyar di sini. Ya, mereka memang bersahabat baik. Tetapi selepas menamatkan persekolahan berasrama penuh di Kedah, mereka terus terputus hubungan.

" Kau yang pilih jalan hidup macam ni Kimi. Kenapa kau tak minta kerja yang lebih elok. Bukan kau tak ada kelulusan. Ada ijazah lagi. Tapi aku hairan, kau seksa diri kau macam ni. Come on bro, perempuan tak akan mampu buat hidup kita senang. Hanya kita saja yang mampu," ujar Amsyar.

" Eh, kau ni. Bercakap macam frust menonggeng," balas Hakimi. Hairan dengan kata-kata Amsyar.

" Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Apatah lagi kalau perempuan tu jenis suka mencurang," balas Amsyar selamba. Hakimi diam. Dia sudah lama tidak bertemu dengan Amsyar. Jadi banyak perkara yang berlaku di dalam hidup sahabatnya itu, banyak yang dia tidak tahu.

" Tak semua macam tu Am," balas Hakimi.

" Aku tahu. Tapi selagi boleh mengelak, aku akan mengelak. Isteri kau macam mana?" soal Amsyar. Dia tahu Hakimi sudah berkahwin.

" Baik saja." Hakimi melepaskan keluhan.

" Eh, kenapa yang kau mengeluh ni?" soal Amsyar.

" Aku kahwin sebab mak ayah aku yang aturkan. Sebelum aku kahwin, aku dah ada girlfriend. Aku pernah bawa dia jumpa mak ayah aku. Tapi diorang tak suka. Kata mereka, girlfriend aku tu terlalu moden. Entahlah. Akhirnya, aku kena paksa kahwin dengan isteri aku sekarang ni. Dah dua tahun Am. Tapi hati aku ni, susah nak cakap," Hakimi meraup mukanya. Terasa ringan bebannya apabila dapat meluahkan apa yang dia simpan selama ini.

" Dah tu kenapa kau nak terikat dengan perkahwinan kalau kau tak bahagia. Isteri kau pun tak bahagia juga kalau kau layan dia acuh tak acuh." Melopong Amsyar mendengar kata-kata Hakimi.

" Aku tak boleh tinggalkan isteri aku. Dia baik sangat. Tambah sekarang ni, dia mengandung. Aku tahu dia sedih sebab aku tak cakap apa-apa pasal kandungan dia."

" Peliklah kau ni. Tak cinta tapi kau ada hati pula nak sentuh isteri kau. Patut kau rasa malulah sebab kau sentuh dia tanpa rasa cinta. Dalam masa yang sama kau seksa perasaan dia. Hati dia,"

" Aku tahu. Tapi sekarang aku dah rasa lain dengan dia. Aku rasa macam aku dah mula sayang dia," jawab Hakimi.

Makin bertambah persoalan di dalam kepala Amsyar. Namun tiba-tiba, ada seseorang menegur Hakimi. Telinganya bagaikan menegak apabila mendengar nada suara yang lembut itu. Seperti pernah mendengar suara itu.

" Abang Kimi," panggil Nasuha.

" Eh, Suha. Buat apa kat sini?" soal Hakimi. Terkejut dengan kehadiran sepupunya yang seorang ini.

" Saja singgah beli barang kat pasar raya depan. Abang Kimi dengan sapa ni?" soal Nasuha. Dia menoleh sedikit melihat gerangan lelaki yang duduk di hadapan sepupunya itu. Tergamam.

" Kawan Abang Kimi. Amsyar, ni adik sepupu aku. Nasuha Amina," Hakimi memperkenalkan mereka berdua.

" Awak..." Nasuha terlopong. Amsyar sekadar mengangkat bahu. Selamba.

" Ni ke kawan abang?" soal Nasuha. Hairan. Dia tidak pernah tahu yang mereka berdua adalah kawan baik.

" Ya. Kawan sekolah. Kenapa? Suha kenal ke?" soal Hakimi.

" Erkk...sebenarnya..."

" Dia cikgu anak aku," balas Amsyar.

" Oh, macam tu. Eh, duduklah Suha," pelawa Hakimi. Dia sedar kedua-dua manusia di hadapannya seperti tidak selesa dan kedua-duanya nampak tegang.

" Tak apa, Suha nak balik dah. Saja singgah sini tegur abang. Sebab dah lama tak jumpa abang," menolak sopan pelawaan Hakimi. Dia bukan apa. Dia masih terasa hati dengan kata-kata Amsyar tempoh hari.

" Okey, baik-baik bawa kereta tu," pesan Hakimi. Nasuha sekadar menganggukkan kepalanya.

Setelah Nasuha beredar, barulah Amsyar bersuara "Sepupu kau?".

" Iya. Sepupu aku. Kau dengan dia aku nampak macam ada yang tak kena. Kenapa?" soal Hakimi pelik.

" Tak ada apa pun," balas Amsyar.

" Kau jangan buat bukan –bukan kat sepupu aku tu. Dia tu baru saja nak pulih semangat," ujar Hakimi.

Amsyar mengerutkan kening tebalnya. Pelik dengan kata-kata Hakimi.

" Maksud kau?" soal Amsyar. Tiba-tiba terdetik rasa ingin tahu di dalam hatinya.

" Sepupu aku tu baru saja kehilangan suami dengan anak. Anak pun baby lagi masa kemalangan tu. Arwah suami dia meninggal dekat tempat kejadian. Kalau tak kuat semangat, boleh meroyan Nasuha tu," jawab Hakimi.

Tersentak hati Amsyar. Dia kelu. Tidak tahu mahu berkata apa. Dia sangkakan dia yang kehilangan, rupanya masih ada lagi orang yang senasib dengannya. Bezanya mereka, pasangan mereka. Seorang sangat setia. Seorang pula curang!

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now