Bab 7

3.8K 157 3
                                    

Hari minggu Amsyar balik ke rumah ibubapanya bersama-sama anaknya Sofea. Adiknya Amrina juga turut serta. Datin Aisyah gembira melihat anak-anak dan cucu kesayangannya balik ke rumahnya setiap kali hujung minggu. Namun anak lelakinya yang seorang ini sangat liat mahu balik ke rumahnya. Jika tidak dipaksa dan diugut, memang tak akan muncullah Amsyar di sini.

" Balik juga akhirnya. Kalau tak, Ina dengan Fea saja yang balik sini", sindir Datin Aisyah.

" Mama angah dah balik kan," balas Amsyar.

" Tok Ma,Fea nak bagi makan ikan Tok Pa kat belakang rumah."

" Eh nanti dulu cucu Tok Ma ni. Tak payah dah bagi makan ikan Tok Pa tu. Pak Akob dah bagi makan dah tadi. Duduk sini dengan Tok Ma. Kita makan dulu," larang Datin Aishah. Dia cukup tahu sudah dengan kelakuan cucunya ini. Kalau sudah duduk di belakang rumah bersama-sama Pak Akob, dia memang tidak akan ingat untuk makan. Jenuh memanggil. Suka betul melihat ikan-ikan yang baru dibeli oleh atuknya minggu lepas.

" Ala Tok Ma. Sekejap saja. Bolehlah ," sengaja muka comel ditayangkan.

" Tok Ma cakap no. A big NO."

" Mama ni, biarlah dia. Bukan selalu pun," sampuk Amrina. Diusapnya kepala anak saudaranya. Muncung sedepa anak buahnya ditarik. Geram.

" Bukan selalu apanya, kalau dah ke belakang tu, tak ingat nak makannya nanti. Daddy dia bukan tahu apa anak dia dok main kat belakang tu," balas Datin Aisyah. Geram hatinya dengan sikap anak lelakinya yang seorang ini.

" Angah tu kan memang dah macam tu. Angah, dengarlah mama cakap tu. Busy sungguh. Orang lain pun kerja juga. Tak macam angah ni. Semedang dengan tab, handphone. Macamlah syarikat papa hari-hari masuk projek," Amrina menyerang abangnya yang kedua ini.

" Ish, kau ni Ina. Apa tahu", balas Amsyar. Geram dengan adiknya, sebiji bantal berbentuk bulat dibaling ke arah adiknya. Sempat Amrina mengelak tetapi malangnya terkena pada Mak Munah yang sedang menatang dulang berisi gelas minuman. Terkejut orang tua itu. Mujur tidak jatuh.

" Angah..."

" Daddy...kesian Tok Munah," Sofea memandang ayahnya dengan tajam. Selain Tok Ma, Tok Munah juga kesayangan Sofea. Pantang orang buat lebih kurang dengan Tok Munah.

" Maaf Mak Munah. Angah tak sengaja. Nak baling ke Ina, terkena pula Mak Munah," serba salah Amsyar. Datin Aisyah hanya menggelengkan kepalanya. Anak-anak walaupun sudah dewasa, namun masih lagi berperangai seperti keanak-anakan.

" Angah ni, kesian Mak Munah. Kak Munah, Syah minta maaf. Budak-budak ni dah besar tapi perangai macam budak-budak," Datin Aisyah dudah mula membebel.

" Ala, mama. Sorry...," Amsyar memeluk ibunya. Amrina menjelirkan lidahnya kepada abangnya.

" Tak apalah. Bukan sengaja pun," balas Mak Munah.

" Daddy ni nakal. Kalau Fea buat macam tu daddy marah, tapi daddy buat tak apa pula."

" Tu anak kamu dah membebel angah," Datin Aisyah mahu ketawa melihat cucunya yang sudah bercekak pinggang itu. Sangat comel pada pandangan matanya.

" Membebel pula anak daddy ni. Meh sini, daddy nak cium sikit mulut yang suka cakap banyak ni," Amsyar menarik tubuh anaknya lalu digomol dengan geram. Mengekek ketawa Sofea apabila digeletek oleh ayahnya. Riuh rendah banglo tiga tingkat itud dengan gelak ketawa dan usik mengusik.

Lewat petang barulah Dato Iqbal muncul. Puas berbasikal dengan kawan-kawannya. Selain bermain golf, Dato Iqbal suka berbasikal. Walaupun penat, tetap dilayan juga karenah cucunya itu.

Malamnya Amsyar mengambil angin sambil duduk minum nescafe panasnya. Duduk di astaka yang dibina oleh Dato Iqbal sendiri itu memang sudah menjadi tempat kegemaran mereka tiga beradik untuk melepak. Direnungnya bintang-bintang yang berkelip di dada langit. Kagum dengan ciptaan Illahi. Teringat ketika saat-saat bahagia dulu. Disinilah juga tempatnya dia bersama-sama arwah Jasmin suka duduk. Namun semua itu sekejap sahaja. Sehingga sekarang, Amsyar sukar menerima apa yang telah dilakukan arwah isterinya yang juga sebenarnya adalah bekas isterinya. Mereka sebenarnya sudah bercerai sebaik sahaja arwah melahirkan Sofea. Ini permintaan arwah Jasmin sendiri. Siapa sangka selepas tiga bulan bercerai, arwah Jasmin terlibat dengan kemalangan jalan raya dan meninggal di tempat kejadian. Yang paling tidak disangka, mangsa kemalangan yang bersama-sama Jasmin adalah sahabat baiknya sendiri, Idlan. Amsyar tidak menyangka selama ini, lelaki yang sering disebut oleh Jasmin adalah Idlan, kawan baiknya. Terduduk Amsyar apabila mengetahuinya. Terasa dikhianati oleh sahabat sendiri.

Berkali-kali Idlan memohon maaf kepadanya, namun Amsyar sukar mahu memaafkan kerana terasa dikhianati. Isterinya curang dengan sahabat baiknya!

" Angah..."

Amsyar menoleh ke belakang. Dato Iqbal menghampiri anaknya. Melabuhkan punggung di atas lantai astaka dari kayu jati itu. Amsyar tersenyum.

" Tak tidur lagi Angah?. Cucu papa tu dah tidur ke?" soal Dato Iqbal.

" Belum papa. Fea dah naik tidur dengan Ina. Kenapa papa pun tak tidur lagi?" soalnya semula. Nescafe dihirup perlahan.

" Saja. Mama pun dah sampi bulan," tergelak Dato Iqbal. Ini kalau isteri dia terjaga, sedar dia tidak ada di dalam bilik ketika ini, membebellah kerjanya nanti. Namun dia tidak kisah pun. Sebab lumrah golongan wanita memang seperti itu. Amsyar tersengih.

" Angah fikirkan apa?" soal Dato Iqbal. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya. Sejak bercerai dan kematian isteri, hidup anaknya bagaikan hilang arah. Mujur juga, cucunya dijaga oleh mereka. Pihak sana memang tidak mahu mengambil tahu lagi tentang anak kecil itu. Bukan mereka tidak pernah membawanya ke sana. Namun anak itu sering dilayan acuh tak acuh oleh nenek yang satu lagi. Bagaikan benci padanya. Padahal anak kecil itu tidak tahu apa-apa pun.

" Tak ada apa-apa papa. Saja nak ambil angin malam. Hurmm, along dah lama tak balik kan. Mama tak ada pun nak bising," ujar Amsyar. Teringat abangnya Ahmad Ammar. Abangnya tidak sepertinya. Alongnya tidak berminat dengan perniagaan keluarga. Abangnya lebih berminat dengan pekerjaan yang melibatkan pakaian seragam. Jadi, Amsyar yang mengambil alih perniagaan keluarga mereka.

" Along tu kan degil. Mama pun dah malas nak bising agaknya. Biarlah, asalkan along sihat sudahlah," balas Dato Iqbal.

Amsyar diam. Dia dan abangnya sangat rapat. Lagipun jarak usia mereka yang berbeza dua tahun itu, membuatkan mereka bagaikan kembar dan wajah dan ketinggian mereka hampir sama. Tidak hairanlah jika ramai yang mengatakan mereka kembar. Namun sejak makin dewasan dan tuntutan tugas, mereka jarang berbual. Harapkan what's app group keluarga saja. Itu pun abangnya sekejap muncul lepas tu hilang. Namun kakak iparnya rajin update hal-hal mereka. Tentang anak-anak saudaranya yang dua orang itu.

" Tadi pagi papa ada terserempak dengan Idlan."

" Papa, angah tak suka papa sebut nama dia. Tolong papa. Angah tak bersedia nak tahu apa saja yang berkaitan dengan dia."

" Angah, tak baik macam tu. Dia pun dah menyesal. Lagipun arwah Jasmin dah lama tak ada. Lupakan sengketa ni semua. Tak tenang arwah kat sana."

Amsyar mendengus geram. Tangannya mengepal penumbuk. Dia tidak mampu untuk melupakan semuanya. Melihatkan Amsyar yang diam sahaja, Dato Iqbal menepuk bahu anaknya. Memberikan sedikit semangat untuknya. Namun dia tahu, anaknya tidak semudah itu untuk melupakannya. Dia hanya mampu berdoa supaya Allah taala melembutkan hati anaknya.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now