Bab 44

3.2K 128 5
                                    

Mak Munah leka dengan kerja-kerja di dapur. Sudah dipesan oleh Datin Aishah yang Amsyar akan balik ke sini bersama-sama anak dan isteri. Kelam kabut juga Mak Munah dibuatnya. Mungkin terasa gembira hendak sambut orang baru. Datin Aishah berkeras mahu Nasuha berpantang di rumahnya sahaja walaupun Amsyar menentang cadangan mamanya. Namun Datin Aishah adalah Datin Aishah. Dato Abas sendiri pun tidak dapat mengubah keputusan isterinya. Namun dia menyokong juga cadangan isterinya itu. Bukan tidak diharapkan Amsyar, namun mudah untuk mereka pantau keadaan Nasuha jika Amsyar keluar bekerja.

Besan mereka juga dijangka sampai tengah hari nanti. Sudah dipelawa besannya supaya bermalam di rumah mereka. Haji Meor suami isteri rasa segan dengan pelawaan tersebut, namun Dato Abas sekeluarga ikhlas mempelawa mereka. Jadi hari itu keluarga Nasuha berkampung di rumah mertuanya.

Tengah hari itu, Amsyar dan Nasuha sampai di rumah. Meriah mereka disambut oleh ahli keluarga. Tambah paling gembira sudah tentu Raihan Sofea. Dia yang paling tidak sabar mahu melihat adik baru. Celik mata orang pertama yang dia cari adalah Tok Manya. Bertanya bila daddy dan mummy hendak balik bawa adik baru. Puas jugalah Tok ma mahu menjawab. Walaupun malam tadi sudah bervideo call dengan daddy dan mummy. Tidak puas sebab tidak dapat tengok adik baru.

" Daddy...!"

" Perlahan-lahan sayang. Mummy tak sihat lagi tu." Tegur Amsyar. Risau melihat keaktifan anaknya. Macam bertahun tidak jumpa sedangkan baru sehari isteri dan anaknya berpisah.

" Sorry daddy. Cepatlah nak tengok adik. Fea tak sabar dah ni nak main dengan adik."

" Sabar sayang." Nasuha tersenyum dengan telatah gadis cilik ini. Nampak perasaan teruja gadis ini.

Sofea tersenyum gembira apabila bayi kecil itu diletakkan di atas ribanya. Perlahan-lahan dia memeluk adiknya.

" Adik kakak. Sayang adik."

" Wah, dah pandai bahasakan diri dia kakak. Siapa ajar ni?" soal Nasuha.

" Fea dengar kawan cakap kat tadika la. Auni dengan Auliya. Auni panggil Auliya kakak. Jadi Fea tahulah Fea kakak sebab Auni tu adik Auliya. Macam Fea dengan adik."

" Bijak anak daddy ni. Sebiji menurun daddy ni," usik Amsyar. Dia tersengih melihat permata hatinya yang pertama ini. Mulut petah. Doanya semoga anaknya ini akan menjadi gadis yang baik dan menghormati orang lain.

" Ya lah anak daddy. Memang sebiji perangainya."

Datin Aishah menggelengkan kepalanya. Namun dia juga gembira dengan suasana seperti ini. Riuh bagaikan mahu menyambut hari raya sahaja.

Sofea masih merenung adiknya. Suka melihat tubuh kecil itu mengeliat. Namun satu bau yang kurang enak menerpa hidungnya.

" Apa yang busuk ni mummy?" soal Sofea. Dia memandang mummynya. Nasuha dan Amsyar sudah tersenyum-senyum. Sudah pasti si kecil ini sudah melepaskan hajat. Berkerut hidung Sofea menahan bau.

" Eeekkk...adik yakkk la...tak naklah..."

" Amboi,,,tadi dia bukan main lagi cium sayang adik dia." Hajah Azian mengusik gadis itu.

" Nenek, tak naklah. Ambil adik ni," Sofea sudah mahu menolak adiknya dari riba namun cepat ditarik oleh Amsyar. Kemudian Sofea bangun lalu berlari duduk di atas riba Dato Abas. Ngeri rasanya bau itu...!

" Eh, budak bertuah ni. Ditinggalkan adiknya, mujur tak tergolek baby," rungut Datin Aishah.

Nasuha yang awal tadi nampak cemas dengan tindakan Sofea hanya mampu menarik nafas lega.

" Meh, ibu bersihkan. Am pergi bawa Suha berehat kat bilik." Ujar Hajah Azian.

" Tak apa, biar saya buat. Awak berehatlah dulu. datang jauh-jauh." Datin Aishah menghalang besannya. Dia cuma kasihan sahaja. Takut besannya penat.

" Eh, tak apa. Saya boleh buat."

" Apa kata awak berdua bagi kepada bapa si bayi ni saja yang buat," sampuk Haji Meor. Mereka di sekeliling sudah ketawa. Kedua-dua wanita anggun itu hanya tersenyum simpul. Malu ditegur begitu. Namun apa nak kisah, siapa saja yang tidak teruja mendapat cucu baru.

" Okey, bagi angah yang buat. Lagipun anak angahkan."

Amsyar mengambil anaknya dari kendongan ibu mertuanya. Lalu mereka suami isteri masuk ke bilik khas yang sudah disediakan oleh Datin Aishah. Buat masa sepanjang tempoh berpantang, mereka akan mendiami bilik di ruang bawah sahaja.

Datin Aishah dan Hajah Azian ketawa.

" Jom saya tunjukkan bilik. Nanti berehat puas-puas, makan tengah hari sama-sama." Datin Aishah melayan tetamunya dengan baik. Bab ini dia memang pakar.

" Abang...Sofea dah tidur? " soal Nasuha apabila melihat suaminya melangkah masuk ke dalam bilik.

" Dah. Lambat pula dia tidur malam ni."

" Tak apa. Seronok tak habis lagi tu."

Amsyar melabuhkan duduk di sebelah isterinya. Dalam masa yang sama, matanya tertancap pada si kecil yang pulas tidurnya.

" Dah tidur hero daddy ni. " Dia mencuit pipi bayi kecil itu dengan hujung jarinya. Namun sikit pun tidak bergerak. Memang tidur sungguh.

" Abang..."

" Kenapa sayang?" soal Amsyar. Dia memandang isterinya.

" Abang marah ke Suha berpantang di rumah mama?" soal Nasuha. Dia risau sekiranya suaminya ini terasa hati kerana Amsyar sikit pun tidak membuka mulut lepas berlawan cakap dengan ibu mertuanya.

" Abang tak marah. Mana-mana pun tak apa. Kenapa sayang rasa macam tu?" soal Amsyar.

" Suha risau kalau abang terasa hati dengan mama. Manalah tahu kalau abang nak jaga Suha sepanjang tempoh berpantang ni."

" Kalau ikut hati abang, memang nak jaga sayang dengan anak-anak. Tapi tahu sajalah mama tu. Ibu pun macam tak galakkan sangat abang jaga. Macam semua orang tak percaya dengan kebolehan abang ni. Hurmm, abang dah ada dua anak pun mama masih tak percaya dengan abang."

Nasuha hanya tersenyum. Dia tahu suaminya berjauh hati dengan mamanya. Namun jika dibantah, Nasuha takut mama pula yang merajuk.

" Tak apalah, kali ni kita bagi peluang kat mama untuk jaga Suha dengan baby. Lagipun mama dah tua, biarlah mama." Pujuk Nasuha. Dia mengusap perlahan tangan suaminya.

" Okey, kiranya lepas Amriz, abang ada peluang lagikan?" soal Amsyar sambil tersengih. Nasuha menggelengkan kepalanya.

" Itu pun kalau abang tak pengsanlah dalam dewan bersalin tu."

" Sayang....!"

Nasuha ketawa. Suka pula melihat wajah mencuka suaminya. Sesungguhnya inilah cinta terakhirnya.

My Lover Daddy CoolМесто, где живут истории. Откройте их для себя