Bab 3

3.9K 186 0
                                    

            Lewat petang baru Nasuha sampai di kampungnya. Cuaca pun sudah nampak gelap seperti mahu hujan. Apatah lagi, cuaca sekarang yang tidak menentu. Kalau hujan lebat, memang boleh banjir di simpang masuk kampungnya. Sofea di sebelah sudah lena. Sepanjang jalan Sofea memang petah bercakap. Ada saja celotehnya. Namun lama-kelamaan, dia mula mengantuk selepas mereka menyambung semula perjalanan setelah berhenti di RnR Gurun.

" Sofea, bangun. Kita dah sampai", Nasuha mengejutkan Sofea dari tidur. Terpisat-pisat mata anak itu apabila melihat keadaan sekeliling. Nasuha tersenyum melihat Sofea yang sepert terpinga-pinga itu.

" Dah sampai ke cikgu?", soal Sofea.

" Iyea, dah sampai. Jom. Kita turun. Nenek dengan atuk dah tunggu kita", jawab Nasuha sambil menggosok kepala Sofea.

Dengan keadaan masih mamai, Sofea turun. Pelik melihat rumah papan separuh batu itu. Selalu dia pergi ke rumah Tok Ma dengan Tok Pa, rumah mereka rumah batu. Tiga tingkat pula tu. Rumah Opah Timah walaupun tak besar, tapi rumah batu. Ini kali pertama dia melihat rumah kampung seperti ini yang masih mengekalkan struktur tradisi Melayu.

" Dah sampai dah. Marilah masuk", sapa Hajah Azian. Tersenyum menyambut kepulangan anak perempuannya. Tambah lebar senyumnya melihat si gadis cilik yang erat memegang tangan Nasuha. Seperti takut atau pun malu.

" Sofea, salam nenek", Nasuha menarik tangan Sofea. Menolak sedikit tubuh itu. Hajah Azian memeluk dan mencium pipi montel itu. Geram rasanya melihat kanak-kanak bertubuh montel dan putih gebu itu.

" Siapa nama ni?" tanya Hajah Azian sambil mengelus pipi anak itu.

Sofea memandang Nasuha. Memandang sikapnya begitu apabila pertama kali berjumpa orang yang tidak dikenalinya. Nasuha mengusap kepalanya.

" Fea, nenek tanya tu. Jawablah. Bagi tahu nama Fea".

" Rayhan Sofea Binti Ahmad Amsyar", jawab Sofea. Hajah Azian tersenyum.

" Panjang namanya. Nenek nak kena panggil apa ni?".

" Daddy selalu panggil sayang. Panggil Fea lah", balas Sofea. Mula berasa selesa. Sudah tidak kekok. Dia memang suka orang melayannya seperti itu. Sama macam Tok Ma dengan Tok Pa.

"Oh, Fea. Marilah masuk dalam dulu. Hujan nak turun ni", Hajah Azian menarik tangan Sofea masuk ke dalam rumah. Nasuha menggelengkan kepalanya. Begitulah emaknya setiap kali cucu-cucunya balik ke sini. Suka dan gembira.

Nasuha terus masuk ke dalam biliknya. Sudah hampir tiga bulan dia meninggalkan bilik ini. Matanya menatap hiasan biliknya. Masih kemas. Bersih. Ibunya memang rajin mengemaskan bilik anak-anaknya. Dia meletakkan beg Sofea di tepi dinding. Mahu merehatkan badan sebentar. Namun tiba-tiba terdengar bunyi deringan telefon. Nada yang dia tidak pernah dengar. Terasa getaran di atas katil. Nasuha lantas membuka beg galas Sofea. Dicarinya telefon itu. Setelah jumpa, tertera nama Daddy di skrin telefon.

" Hai sayang..." terdengar suara garau seorang lelaki. Terkejut Nasuha apabila disapa begitu.

" Errk,, maaf. Sofea tak ada. Sekejap saya panggil dia", balas Nasuha.

Amsyar di hujung panggilan sudah terkedu. Rasa keras tengkuk apabila mendengar suara lembut itu. Malu pun ada.Bbeberapa minit kemudian, Sofea sudah berlari-lari mendapatkan telefonnya.

" Daddy...!" jerit Sofea. Nasuha tersenyum. Tidak mahu mengganggu perbualan kedua-dua beranak itu, dia keluar dari bilik. Ruang dapur dijengahnya. Dilihatnya Hajah Azian sedang sibuk menyediakan juadah minum petang mereka.

" Ibu, ada apa-apa Suha boleh tolong?" Nasuha menghampiri ibunya. Hajah Azian tersenyum.

" Tolong ibu keluarkan pinggan. Lepas tu letak atas meja. Sekejap lagi ayah balik. Dah cakap tadi, jangan keluar. Nak juga keluar. Dah hujan turun", ujar Hajah Azian.

" Ayah pergi mana ibu?", soal Nasuha sambil mengeluarkan pinggan dari dalam almari.

" Katanya nak jumpa Pak Ndak Don. Pasal kebun arwah atuk tu. Pak Ndak Don dah tak larat nak buat kerja-kerja tu dah. Itu yang ayah nak pergi jumpa Pak Ndak Don. Rasanya ayah tu tak nak orang lain yang buat. Nak juga Pak Ndak Don buat, kesian orang tua tu", Hajah Azian menutup api dapur.

" Ooo...kenapa tak suruh Abang Kimi saja?", soal Nasuha. Hajah Azian mengeluh.

" Ayah yang tak nak. Katanya Kimi tak boleh diharap. Tapi nak salahkan ayah pun tak boleh, sepupu kamu tu memang tak sungguh-sungguh nak buat kerja. Ibu ni kadang-kadang, kasihan dengan kak Husna kamu. Dah dua tahun kahwin, macam tu juga Kimi. Tak berubah-ubah. Dipaksanya Husna pergi kerja. Dia duduk rumah."

Nasuha teringat abang sepupunya itu. Hakimi memang anak saudara ayahnya. Anak pak longnya. Tidak tahulah kenapa Abang Kimi boleh jadi seperti itu. Dahulu lelaki itu rajin bekerja. Tetapi sekarang, setelah berkahwin dengan Kak Husna, dia berubah. Yang Nasuha tahu, Abang Kimi memberontak sebab pak long dengan mak long tak bagi dia kahwin dengan kekasih hatinya. Kak Husna pula pilihan keluarga.

" Kasihan Kak Husna. Tak tahu nak cakap macam mana. Sama-sama menderita. Pak long mak long tak patut paksa Abang Kimi. Akhirnya Kak Husna yang menjadi mangsa". Nasuha sangat bersimpati dengan nasib Husna.

" Tak apalah. Kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka. Mana Sofea?" soal Hajah Azian.

" Tadi tengah bercakap dengan daddy dia kat telefon. Suha tinggalkan sekejap".

" Mahu juga dia ikut kamu balik".

" Entahlah. Adalah yang ayah budak tu cakap apa-apa. Kalau ikutkan Sofea tu bukan mahu sangat dengan orang. Apatah lagi kita ni, orang luar. Asing lagi".

" Cikgu..."

" Ya Sofea.Kenapa?" soal Nasuha. Sofea dilihat melangkah ke arahnya.

" Lapar", jawab Sofea.

Hajah Azian tersenyum. Nasuha hanya tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

" Lapar yea cucu nenek ni. Meh, duduk sini. Kita makan mee goreng. Nenek letak ayam banyak-banyak ni dalam pinggan Sofea".

" Nak, Fea suka".

Sofea segera duduk di atas kerusi. Nasuha mengambil cawan lalu di tuang air milo yang sudah suam itu. Berselera benar Sofea makan. Rasa gembira melihat aksi Sofea. Terasa air mata menitik di pipinya. Gelagatnya diperhatikan oleh ibunya. Hajah Azian hanya menggelengkan kepalanya. Dia faham apa yang dirasakan oleh Nasuha. Semoga ada sinar buat anaknya.

My Lover Daddy CoolDonde viven las historias. Descúbrelo ahora