Bab 16

3.8K 148 2
                                    

 " Cikgu marah saya lagi?" soal Amsyar. Dia mendekati Nasuha yang asyik melihat ikan-ikan tilapia yang banyak di dalam kolam itu. Dia pun tidak menyangka yang ayah Nasuha merupakan usahawan ternakan ikan tilapia. Malah di situ juga, orang luar boleh memancing. Sesuatu yang dia suka.

" Please, saya tak nak bercakap dengan awak. Kang nanti awak tuduh saya bagi harapan palsu kat anak awak. Kalau boleh muka awak pun saya tak nak tengok. Saya tak suka lelaki yang suka menuduh melulu. Jadi baik awak jauhkan diri awak dari saya. Saya tak suka," balas Nasuha.

Amsyar menelan liur. Terasa pahit. Dia tidak tahu pula bahawa wanita yang bertubuh kecil molek ini sebenarnya sangat garang. Tetapi ternampak comel pada pandangan matanya.

" Saya tahu saya salah. Saya minta maaf."

Nasuha menoleh ke arah lelaki yang berdiri disebelahnya. Setahunya lelaki itu sejenis manusia yang susah memohon maaf. Tetapi seperti pelik pula dia dengar di telinganya. Bunyinya seperti kekok.

" Tak perlu, saya rasa awak tak ikhlas."

" Nabi Muhammad s.aw. pun maafkan umatnya."

" Saya bukan nabi. Jangan samakan saya dengan nabi." Keras nada suaranya. Amsyar tersenyum. Bila dekat seperti ini, baru dia perasan di tepi bibir halus itu ada sebentuk tahi lalat kecil. Pemanis wajah orang-orang tua cakap.

" Saya tak sangka cikgu pun degil macam anak saya."

Nasuha mengerutkan keningnya. Geram pula dia melihat sengihan lelaki itu.

" Saya pun tak sangka yang bapa anak murid saya ni sejenis gigih dan bermuka tebal." Selamba sahaja Nasuha mengata lelaki dihadapannya ini. Sudah keluar ayat-ayat sinis dari bibirnya. Semasa mengenali arwah, permulaan mereka juga tidak baik. Arwah Imran pantang nampak muka dia, ada sahaja mahu mengata Nasuha. Mereka memang suka berperang mulut ketika di zaman persekolahan. Namun siapa sangka, akhirnya lelaki itu juga yang meluah perasaan padanya dahulu. Namun tetap disambut baik sebab dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Imran. Namun kembali ke realiti, lelaki di sebelahnya ini terasa mengjengkelkan. Hilang sudah pesona lelaki dingin yang dilihatnya pada pertama kali dulu.

" Keikhlasan hati saya memohon maaf kepada awak janganlah dipersoalkan. Saya memang ikhlas nak minta maaf. Saya tahu bahasa saya kasar. Mulut saya lancang sangat mengata awak. Awak tak akan faham cikgu. Saya buat semua tu adalah bersebab. Saya tak nak Sofea terluka. Saya tahu anak saya. Sekali dia sayang, susah dia nak lepas. Anak saya tu memang sayangkan cikgu sangat-sangat. dalam ramai-ramai cikgu kat tadika itu, cikgu yang dipilih anak saya."

Nasuha mengerling dengan ekor matanya.

" Erkk...maksud saya anak saya boleh pula bawa diri apabila dengan cikgu." Seriau andai tersalah berkata-kata, mahu lain jadinya maksud kata-katanya.

" Sofea anak yang baik. Penyayang. Manja. Tapi sayang, bapanya sangat menyakitkan hati. Awak ingat ya, saya tak akan mudah lupakan apa yang awak cakap kat saya. Dan saya juga tak kuasa nak mengorat lelaki macam awak ni."

" Erkk..." belum sempat Amsyar mahu berkata sesuatu, Nasuha sudah beredar dari situ. Terpinga-pinga Amsyar. Itulah siapa suruh lancang sangat lidah itu!

" Ayah, Suha nak balik dulu. Pak cik, Suha minta diri dulu. Nanti sampaikan salam Suha pada mak cik," Nasuha menghampiri kedua-dua lelaki yang sudah berusia itu. Terpinga-pinga Haji Mior dengan kelakuan anaknya. Mukanya nampak tegang.

" In shaa Allah. Bawa motor elok-elok." Pak Omar juga memandang anak saudaranya itu dengan pelik. Namun tidak pula nampak raut wajah serba salah itu. Ternyata selamba sahaja. Amsyar hanya memandang sahaja kelibat Nasuha yang berlalu dengan motorsikal jenama Honda Wave itu.

" Daddy, lama lagi ke nak balik? Fea rindu daddy ni," tanya Sofea apabila dia ternampak wajah bapanya di dalam applikasi What's app menggunakan panggilan video.

" Lusa daddy baliklah. Fea kan suka tinggal dengan Tok Ma. Duduklah lama sikit dengan Tok Ma." Sengaja Amsyar mengusik anaknya. Sofea sudah menarik muncung tajam.

" Ala, lambatlah daddy balik. Fea dah tak sabar nak tunjuk kat daddy ni. Aunty Ina belikan baju baru kat Fea."

Amsyar hanya tersenyum sahaja. Adiknya Amrina memang suka manjakan Sofea dengan barang-barang baru. Tambahan pula apabila dengar saja ada jualan murah, dibelinya banyak-banyak sampai tidak ingat dunia. Kadang-kadang sampai tidak terpakai pun baju-baju tu. Tambahan pula Sofea jenis bertubuh tinggi walaupun dia montel sikit. Jadi baju-baju itu kadang-kadang tidak muat.

" Okey, mana dia daddy nak tengok." Sekadar mahu mengambil hati anak yang sudah seminggu ditinggalkan dengan Tok Manya. Dilihatnya Sofea bergerak ke arah katil lalu mengambil sepasang dress berwarna hijau pudina.

" Ini daddy. Cantik tak?" soal Sofea. Dia menunjukkan gaun itu sambil dipadankan pada tubuh montelnya. Amsyar ketawa. Bab cantik memang Sofea cukup pandai. Tiada guru lain yang mengajarnya jika bukan Aunty Inanya.

" Wah, cantiknya. Nanti Fea pakai ok. Mesti anak daddy lagi bertambah cantik bila pakai baju tu. Pandai Aunty Ina belikan baju kat Fea." Tersengih-sengih Sofea apabila dipuji ayahnya. Sesungguhnya anak gadis Ahmad Amsyar ini pantang dipuji. Sama seperti Aunty Ina dia.

" Baik daddy. Okeylah daddy. Fea nak ikut Tok Ma pergi rumah Tok Lang. daddy jaga diri baik-baik yea. Take care, I love you, bye bye."

Belum sempat Amsyar mahu membalas kata-kata anaknya, applikasi itu terus ditutup. Menggelang kepalanya dengan gelagat anak gadisnya ini.

" Anak bertuah ni, daddy belum cakap apa-apa dia dah letak." Telefon itu ditenungnya. Tersenyum sendirian dengan gelagat anaknya.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now