Bab 1

7.4K 197 11
                                    

Jam di dinding sudah menghampiri pukul 6.00 petang. Nasuha mengemas meja kerjanya. Dilihatnya masih ada seorang lagi kanak-kanak perempuan berbaju gaun berwarna hijau masih belum pulang. Mungkin ibubapanya masih belum datang.

" Sofea..." Nasuha memanggil kanak-kanak itu. Sofea memandang ke arahnya. Nasuha tersenyum. Dia menghampiri Sofea yang masih setia memandang ke luar pagar.

" Tunggu ayah dengan ibu?", Nasuha menyoal lembut.

" Daddy selalu lambat. Fea penat tunggu daddy", balas Sofea.

" Oh, Daddy Fea banyak kerja kot. Nanti mesti dia datang ambil Fea", Nasuha memujuk anak kecil berusia lima tahun itu.

" Cikgu, nanti kalau daddy datang, cakap Fea dah balik", Nasuha terkejut. Dia tahu anak itu merajuk. Timbul rasa simpati kepadanya. Sofea bangun lalu duduk di kerusinya. Melihat rakan-rakan lain sudah pulang awal diambil oleh ibubapa masing-masing, membuatkan Sofea selalu cemburu. Dia tidak mempunyai ibu sejak lahir. Kata daddy, mummy sudah pergi ke syurga.

Sebuah kereta Honda BRV berwarna hitam berhenti di hadapan tadika merangkap pusat jagaan harian kanak-kanak itu. Nasuha membuka pagar.

" Sofea...", lembut nada Nasuha memanggil pelajarnya. Walaupun dia baru sahaja sebulan bekerja di sini, namun murid-murid bagaikan sangat akrab dengannya.

" Assalammualaikum. Maaf saya lambat. Sofea, come". Seorang lelaki tinggi lampai berkulit hitam manis yang masih kemas berbaju kemeja berdiri di hadapan Nasuha.

" Waalaikumumusalam. Ayah Sofea ya?", soal Nasuha. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

" Sofea, mari sini. Daddy Fea dah datang", Nasuha mengambil beg sekolah berwarna merah jambu itu, lalu menarik perlahan tangan Sofea yang masih berkeras tidak mahu bangun.

" Kenapa ni?" soal Nasuha. Resah dan serba salah kerana lelaki itu masih setia berdiri di muka hadapan pintu.

" Fea tak nak balik. Daddy selalu lambat ambil Fea", balas Sofea. Masam benar wajahnya.

" Rayhan Sofea Binti Ahmad Amsyar..."

Lelaki itu sudah mencekak pinggangnya. Wajahnya sudah nampak merah seperti menahan marah atau pun rasa malu dengan guru muda itu. Panas hati tiba-tiba anaknya buat perangai.

Sofea perlahan-lahan bangun. Sayu memandang wajah Nasuha. Rasa mahu memeluk Cikgu Nasuha.

" Daddy minta maaf. Lain kali Daddy janji, tak akan lambat lagi", Daddy Sofea memegang tangan anaknya. Nasuha berdiri memerhatikan telatah kedua beranak itu.

" Erk,,, ini beg Sofea", Nasuha menghulurkan beg itu kepada lelaki tersebut.

" Saya minta maaf cikgu sebab lambat ambil Sofea. Selalunya adik perempuan saya yang ambil dia". Nasuha hanya mampu tersenyum sahaja.

Setelah kedua-dua beranak itu menghilang dari kawasan sekolah, Nasuha lantas mengunci pintu. Mujur sahaja dia mendapat tempat tinggal di dalam tadika ini di tingkat atas.

" Dah balik ke budak tu Kak Suha?", soal Amira yang baru turun. Jelas wajahnya nampak kebasahan seperti baru sudah mandi.

" Sudah. Buat perangai juga tu tak nak balik", jawab Nasuha.

" Dari tahun lepas lagi Sofea tu kak Suha. Kasihan budaknya. Sepanjang Mira kerja kat sini, sekali Mira tak pernah tengok emaknya. Ayahnya pun jarang-jarang datang. Kalau datang pun masa awal nak daftar hari tu jer. Lepas tu mak cik budak tulah yang selalu datang ambil dia", Amira memang sudah lama bekerja di sini. Sudah tiga tahun dia di sini. Sudah sangat selesa.

" Oh, kasihankan. Kecil-kecil lagi dah terabai. Kak Suha tak sampai hati tengok Sofea tu tadi".

" Biasalah kak. Nak kesiankan anak orang lebih-lebih pun, tak boleh juga. Tapi apa yang Mira tahu, daddy Sofea tu memang handsome", balas Amira sambil tersengih-sengih.

"Ish, Mira ni. Ke situ pula. Kalau dengar kat orang lain, malu kita", balas Nasuha sambil tersenyum. Memang tak dinafikan lelaki yang datang tadi memang kacak. Walaupun berkulit hitam manis namun wajahnya tampan. Walau tiada segarit senyuman, wajah yang agak beku namun lelaki itu memang terserlah auranya.

" Tadi ayah dia yang datang. Kira rezeki Kak Suha lah dapat tengok", ujar Nasuha selamba. Amira memandangnya. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

Amsyar memandang anak tunggalnya yang sedang menonton rancangan kartun Didi and Friend itu. Sebenarnya dia memang tidak sampai hati mahu meninggalkan anaknya setiap kali dia terpaksa bekerja di luar kawasan. Kerap sangat Amrina adiknya yang selalu mengambil anaknya.

" Fea, buat apa?" soal Amsyar. Sofea memandang daddynya.

" Tengok Didi la. Kenapa?" soal Sofea. Tidak senang bila diganggu ketika khusyuk menonton rancangan kegemarannya.

" Hurmmm...jom kita keluar nak?", pancing Amsyar. Dia mahu meluangkan masa dengan anaknya kerana esok dia akan berangkat ke Terengganu selama tiga hari.

" Pergi mana?Fea nak tengok Didi ni", balas Sofea malas.

" Kita keluar pergi makan. Nanti Daddy rakam semula kartun ni",pujuk si ayah. Dia tahu anak itu liat mahu mendengar kata-katanya lepas dimarahi di dalam kereta semasa balik tadi.

" Okeylah, tapi Daddy janji tau. Record balik". Sofea bangun.

" Ya, Daddy janji. Now, let's go", Amsyar lantas mendukung anaknya. Sofea tersengih. Dia cukup suka apabila di dukung ayahnya. Segera dipeluk erat leher ayahnya. Melentok sakan di bahu lebar itu. Terserlah aura ayah yang penyayang.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now